Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5 Reka Bentuk Akuaponik

Akuaponik – merupakan teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur dengan aktiviti hidroponik dalam satu pusingan air.
– akuaponik ini penting kerana unsur kewujudan ikan, tanaman dan bakteria membentuk suatu hubungan yang saling menguntungkan atau simbiosis mutualisme.

Tujuan akuaponik
i) mengekalkan kualiti air dan mengurangkan kadar ammonia di dalam air supaya dapat dimanfaatkan oleh organisma lain
ii) menjimatkan ruang dan dapat menghasilkan dua jenis makanan manusia serentak

Sistem kitaran akuaponik
rbt t2b2.5 2
– sistem pengaliran air dari kolam ikan ke media penanaman dan air akan dikitar semula ke dalam kolam
– air dari kolam ikan yang kaya dengan bahan organik diserap oleh tanaman dan air yang mengalami proses kitaran akuaponik yang lengkap akan menjadi jernih

Akuaponik secara takungan
rbt t2b2.5 1
– menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama untuk ikan dan tanaman
– ikan dipelihara di dalam bekas dan tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam

Akuaponik secara kitaran
rbt t2b2.5 3
– menggunakan dua bekas tangki iaitu tangki ikan dan bekas tanaman secara berasingan.
– mempunyai kelebihan dari segi penyediaan oksigen untuk akar tanaman supaya lebih terjamin dan membuatkan tanaman lebih sihat selain mengurangi risiko busuk akar.

Model Akuaponik
a) Sistem raft (rakit)
rbt t2b2.5 6
– tanaman diletakkan terus di atas permukaan air sehingga akar tanaman terendam di dalam air dengan menggunakan stereofoam, atau span.
kelebihan:
i) akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara langsung,
ii) tumbuhan tumbuh lebih cepat dari sistem lain
ii) produktiviti sistem lebih tinggi dan dugnakan secara meluas dalam komersial

kelemahan:
i) terdedah oleh serangan bakteria pada akar tanaman kerana akar yang terendam di adalam air adalah sesuai untuk perkembangan bakteria patogenik yang menyebabkan reput akar

b) Sistem ebb & flow (sistem pasang surut)
rbt t2b2.5 4
– berfungsi dengan menggunakan alat yang dipanggil loceng sifon, alat ini mengalirkan air dari media penanaman apabila ari suda memenuhi media penanaman.
– loceng sifon berkerja dengan prinsip yang mirip dengan pelampung pada tangki simbah
kelebihan:
i) biofilter berlaku dalam media penanaman dan dapat mengurangkan kesukaran dalam mereka bentuk sistem akuaponik
ii) biji benih nurseri boleh ditanam terus pada media penanaman

kelemahan:
i) menggunakan elektrik 24 jam untuk mengairi media tanaman
ii) perlu memberikan penekanan dalam penyelenggaraan loceng sifon krana kegagalan pada loceng sifon akan menyebabkan air melimpah, air di dalam kolam berkurangan dan ikan akan mati

c) Sistem NFT (Nutrient Film Technique)
rbt t2b2.5 5
– sistem seolah seperti sistem raft cuma tidak menggunakan media penanaman dan akarnya menyentuh lapisan air yang mengalir.
– ait yang mengalir tidak boleh bertakung dan sentiasa mengalir dengan cepat
kelebihan:
i) air digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah sedikit.
ii) pam yang digunakan agak kecil
iii) produktiviti yang memberikan hasil yang memuaskan

kelemahan:
i) memerlukan penapis tambahan bagi menapis sebarang kekotoran masuk ke dalam tangki ikan
ii) penyemaian benih tidak boleh dilakukan secara terus.

Mengenalpasti Komponen Akuaponik
1) Tangki ikan
– tempat untuk memelihara ikan sebagai sumber nutrisi bagi tanaman dan tempat pembiakan ikan
– jenis tangki: kolam simen, akuarium, kolam fibreglass, drum plastik dan lain-lain
– penggunaan kolam berwarna gelap akan menghalang pertumbuhan lumut.

2) Bekas tanaman
– tempat untuk menanam tenaman digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan air.

3) Media tanaman
– digunakan sebagai pemegang tanaman agar dapat tumbuh
– haruslah mempunyai ruang udara dan daya tahan supaya tanaman lebih subur.

4) Sistem perpaipan
rbt t2b2.5 7

5) Pam air
– digunakan untuk memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman
– pam ini menggerakkan air secara menegak.

6) Penapis
– menyingkirkan pepejal dan penukaran arah air
– digunakan agar kualiti air menjadi bersih dan jernih.

Melakar Reka Bentuk Sistem Akuaponik
1) Pilih jenis sistem akuaponik
2) Melakar
rbt t2b2.5 8
3) Bahan-bahan
– span, akuarium ikan, tiub udara, pam air, bekas tanaman, baju udara

Menganalisis lakaran reka bentuk
Elemen reka bentuk
1) Garisan – cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak
2) Rupa – hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya
3) Bentuk – objek yang mempunyai ruang, isi padu dan mempunyai lebih daripada satu permukaan
4) Tekstur – rupa, bentuk, jalinan pada permukaan objek, lukisan dan gambar
5) Saiz – ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
6) Warna – kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
7) Ruang – kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas
8) Nilai – merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna

Prinsip reka bentuk
1) Keseimbangan – seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian, atau berbentuk simetri
2) Pengulangan – penyususnan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk
3) Kontras – perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
4) Kepelbagaian – aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilaim dan idea yang berbeza
5) Kesatuan – semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna
6) Keringkasan – idea kompleks yang diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas
7) Harmoni – melihat sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian
8) Pergerakan – cadangan tindakan atau arah berdasarkan sudut pandangan mata pada hasil reka bentuk
9) Penekanan – tekanan yang diletakkan di akwasan tunggal sesuatu kerja atau menyatukan tema visual
10) Pembahagian – hubung kai antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul dalam ukuran.

Membina model sistem akuaponik
Langkah-langkah
1) sediakan alatan
2) sediakan komponen utama dan bahan yang hendak digunakan
3) buat pemasangan kerangka sistem akuaponik
4) sediakan bekas penanaman
5) buat lubang untuk meletakkan pasu kecil
6) buat pemasangan sistem perpaipan air
7) pasangkan sambungan paip untuk saluran air masuk dan air keluar
8) letakkan tangki ikan pada kerangka dan buat pemasangan pam dengan sistem perpaipan
9) susun pasu kecil di dalam lubang pada bekas penanaman
10) isi tangki ikan dengan air dan uji sistem akuaponik

Kriteria penilaian reka bentuk sistem akuaponik
1) kecenderungan inovasi, kreativiti, dan keaslian reka bentuk
2) kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
3) kecenderungan fungsi dan praktikal
4) ergonomik
5) kekuatan kualiti dan kebolehpasaran.

Kuiz RBT Bab 2.5: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.5: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara