Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4 Reka Bentuk Elektronik

Mikropengawal & Mikropemproses
1) Mikropengawal (microcontroller)
rbt t2b2.4 1
– komputer kecil yang berfungsi untuk menerima dan memporses isyarat dan menghasilkan isyarat untuk dilaksanakan.
– peranti kawalan dalam satu cip
– terdiri daripada unit pemprosesan pusat (CPU), RAM (random access memory), ROM (read onli memory) dan port input/output yang dibina di dalamnya.
– berfungsi untuk mengawal peranti elektronik

2) Mikropemproses (microprocessor)
rbt t2b2.4 2
– peranti pemprosesan mikro dalam satu cip.
– digunakan untuk melakukan kawalan yang besar
– disokong cip seperti input, output, RAM dan ROM, dan dihubungkan melalui System Bus.

Menjelaskan Bahagian Mikropengawal
– terdiri daripada input, proses dan output.
1) Input
– menerima isyarat dan menghantarkannya kepada Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
– peranti input digital dan peranti input analog
a) peranti input digital
i) suis tekan tutup – apabila ditekan litar akan tertutup dan arus dapat mengalir
ii) suis tekan buka – apabila ditekan litar akan terbuka dan arus terputus
iii) suis mikro – suis tekan tutup & suis tekan buka.
iv) penderia pergerakan (motion sensor) – mengesan pergerakan haba yang dihasilkan oleh manusia atau haiwan, apabila berlaku pergerakan isyarat akan dihantar kepada mikropengawal dalam bentuk digital
v) penderia air – mengesan kehadiran air pada sesuatu tempat

b) peranti input analog
i) penderia jarak – mengesan dan membaca ukuran jarak antara penderia dengan objek
ii) penderia cahaya – isyarat analog yang dihasilkan berdasarkan perubahan kecerahan cahaya yang diterima.
iii) penderia suhu – mengesan suhu dalam julat tertentu.

2) Proses
– dilakukan oleh CPU dan melaksanakan atur cara yang disimpan dalam ROM
– ROM digunakan untuk menyimpan atur cara dan data secara kekal dalam mikropengawal
– RAM digunakan untuk menyimpan data secara sementara. Data akan terpadam apabila bekalan kuasa dimatikan.
-Isyarat diterima dari input akan diproses oleh CPU, kemudian CPU akan menghasilkan isyarat kepada output.

3) Output
– menerima isyarat dariapada CPU dan menghantarnya kepada pranti output
– terhasil dalam bentuk digital atau analog
a) Peranti Output
– melaksanakan isyarat yang diberi oleh output
– menggunakan melebihi 5V bekalan kuasa tambahan
i) Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting Diode – LED) – mengeluarkan cahaya dan sebagai lampu perhiasan.
ii) Pembaz (buzzer piezo) – berfungsi dengan cara menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.
iii) Geganti (relay) – suis kawalan litar berarus tinggi.
iv) Motor arus terus – berputar apabila ada arus elektrik yang melaluinya
– akan berputar berlawanan arah apabila penyambungan wayar secara terbalik.
v) Lampu LED – mengeluarkan cahaya

Menghasilkan lakaran
1) Lakaran gambar rajah blok – menerangkan secara ringkas tentang cara sistem beroprasi
rbt t2b2.4 3

2) Lakaran reka bentuk litar skematik – menunjukkan aliran kendalian suatu litar elektronik.
rbt t2b2.4 4

Binaan Papan Litar – menggabungkan beberapa komponen elektronik dengan mikropengaal dalam satu papan litar elektronik,
rbt t2b2.4 5
rbt t2b2.4 6

Membina litar simulasi
– litar yang hampir menyerupai litar sebenar
– dapat melihat cara sesuatu sistem yang dibina itu beroperasi dan berfungsi sebelum sistem sebenar dibangunkan bagi mengurangkan masalah kerosakan.

1) Pengenalan perisian pemprosesan pengaturcaraan secara teks
2) Fungsi asas arahan atur cara untuk membina simulasi blok
3) Pembinaan simulasi asas menggunakan blok
4) Merancang pengatucaraan untuk menghasilkan simulasi blok
5) Langkah untuk memaparkan simulasi blok

Membuat penyambungan litar input dan output kepada mikropengawal
Langkah-langkah
1) baca dan fahami lakaran litar skematik
2) sediakan komponen, peranti, bahan, dan papan litar yang diperlukan
3) bina litar input dan output
4) sambungkan litar input dan output menggunakan wayar pelompat dan soket pada plag papan litar.
5) pastikan litar input dan output dipasang pada plag yang betul pada papan litar
6) semak penyambungan litar yang dilakukan itu berdasarkan lakaran litar skematik

Menulis pengatucaraan mudah – suatu set tatacara arahan kepada mikropengawal untuk memproses isyarat input dan menghasilkan isyarat output untuk melaksanakan arahan.

Membuat pengujian dan penilaian
1) Pengujian – memastikan penyambungan litar adalah betul dari segi kekutuban dan keadaan komponen serta peranti yang digunakan berfungsi dengan baik
2) Penilaian – dilakukan berdasarkan kefungsian litar elektronik beroperasi mengikut tujuan yang hendak dilakukan.

Mencadangkan penambahbaikan – dilakukan dari segi penambahan peranti input dan output.

Kuiz RBT Bab 2.4: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.4: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara