Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1 Teknologi Pembuatan

Teknologi Pembuatan – satu kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan atau mesin

i) Kaedah Konvensional
– menggunakan teknologi yang asas dan biasanya dikendalikan oleh individu dengan tangan.
– kemahiran individu diperlukan dalam penghasilan produk
– jenis produk yang dihasilkan terhad dan memerlukan masa yang lama untuk disiapkan
– contoh peralatan : tukul, pahat, gergaji tangan

ii) Kaedah Moden
– menggunakan kaedah moden dapat menjimatkan masa, kos dan bahan
– menggantikan penggunaan alatan tangan
– individu dapat menjalankan banyak tugas yang berlainan.

Menghuraikan proses pembuatan produk
Proses pembuatan produk – kaeadah dan teknik tentang sumber tenaga kerja, mesin dan bahan yang ada diubah untuk menghasilkan produk siap.

Peringkat pembuatan
i) pemotongan
ii) pembinaan
iii) tuangan
iv) pemasangan
v) pembersihan
vi) Kemasan

Proses Pembuatan
i) Perancangan
ii) Kaji selidik
iii) Lakaran/lukisan
iv) Mock-up / Model
v) Penilaian/Pengujian
vi) Pembinaan Produk
vii) Kaedah konvensional / Kaedah Moden

Membanding beza teknologi pembuatan

Aspek elemen perbezaan konvensional dan moden
rbt t2b2.1 1

Membuat lakaran model 3D

i) Lakaran Idea – lakaran yang dihasilkan mengandungi maklumat penting seperti bahan, saiz, warna, dan sebagainya.
rbt t2b2.1 2

Menganalisis lakaran model 3D
Analisis perlu dilakukan pada lakaran akhir untuk mencari kecacatan sekiranya ada.
rbt t2b2.1 3

Maklumat acuan model 3D
Kaedah Pembuatan
1) Tuangan (Casting)
rbt t2b2.1 4
– proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan

2) Acuan (Moulding)
rbt t2b2.1 5
– rongga yang terdapat pada acuan menyerupai bentuk produk sebenar. Bahan dimasukkan ke dalam acuan sama ada melalui tuangan atau injection moulding dan dibarkan mengeras

3) Pembentukan (Forming)
rbt t2b2.1 6
– proses megubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh digunakan untuk membina satu produk

4) Pemesinan (Machining)
rbt t2b2.1 7
– proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki

5) Sambungan (Joining)
rbt t2b2.1 8
– bahagian atau komponen yang dihasilkan melalui proses sebelumnya disambungkan supaya menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi.

Model
i) Model statik – untuk melihat rupa bentuk sebenar sesuatu produk.
ii) Model berfungsimenilai kefungsian beberapa bahagian pada produk

Proses menghasilkan acuan model 3D
i) Menghasilkan model awal 3D
– model awal yang digunakan untuk mendapatkan rupa bentuk luaran dalam proses pembinaan acuan.

ii) Membuat acuan
– bekas tuangan sesuatu bahan yang hendak dibentuk
– dibentuk menggunakan bahan seperti pasir, tanah liat, botol, kulit kerang, kayu, zink, simen dan plaster of paris.

iii) Tuangan
a) Tuangan panas
– teknik tuangan yang menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan
– bahan: plastik, timah, tembaga dan besi keluli

b) Tuangan sejuk
– dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan seperti plaster of paris dan resin epoxy.

Plaster of Paris
rbt t2b2.1 9

Membuat model 3D berdasarkan proses kerja
i) Penggunaan Acuan Dan Tuangan
ii) Penggunaan Pen 3D

Membuat kemasan model 3D
– untuk melindungi permukaan produk daripada calar dan karat akibat daripada tindak balas udara dan air
i) Konsep Electrostatic
– kajian sains digunakan untuk menjelaskan cas elektrik yang statik
statik – tidak bergerak, cas elektrik berada pada permukaan atau di tempas cas itu terhasil

ii) Konsep Electroplating (saduk elektrik)
– kaedah kemasan yang digunakan untuk membuat saduran pada permukaan bagi menghilangkan kelemahan sesuatu bahan.

Bahan untuk proses Electroplating
i) cecair elektrolit
ii) bikar
iii) kepingan bar tembaga
iv) wayar berserta klip buaya
v) sel 9 voltan

Menilai model 3D
i) Borang penilaian reka bentuk produk
– model 3D dinilai dari segi prinsip dan elemen reka bentuk.

Menjana Idea utnuk penghasilan reka bentuk yang lebih efisien
– model atau produk yang telah dihasilkan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa kerana produk perlu bersaing dengan produk sama yang dihasilkan oleh pengeluar lain.
– dengan ini dapat memastikan produk itu lebih kompetitif dan mempunyai kelebihan dalam pasaran.

Kuiz RBT Bab 2.1: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.1: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah