Categories
RBT Tingkatan 1

RBT Tingkatan 1 Bab 5

RBT Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi

Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Reka bentuk sistem fertigasi – inovasi dalam teknologi petanian
Sistem fertigasi – sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi.

a) Sistem hidroponik
rbt t1b5 hidroponik

b) Tujuan menanam secara fertigasi
1) Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat
2) memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman
3) Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman

c) Kelebihan
1) penggunaan air secara efisien
2) menghindar masalah penyakit
3) mengatasi masalah tanah tidak subur
4) peningkatan hasil tanaman
5) kos operasi dapat dikurangkan
6) masalah merumpai sangat rendah

d) Kaedah
1) Penanaman menggunakan struktur perlindungan hujan (SPH)
2) Penanaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan

e) Perbandingan sistem fetigasi dan konvensional
rbt t1b5 perbandingan

Komponen utama sistem fertgasi
a) Komponen utama – terdiri daripada sumber, medium dan alur keluar.
sumber – tempat simpanan bekalan nutrien
medium – laluan penyampaian nutrien
alur keluar – tempat keluaran nutrien ke tanaman

b) komponen sistem fetigasi komersial
1) Tangki nutrien
2) Pam air
3) Set penitis, tiub mikro dan nipple
4) Penapis
5) Alat pengatur masa
6) Paip ladang
7) Bekalan elektrik
8) Sumber air

c) Keperluan asas
1) Tangki larutan baja
2) Larutan stok baja
3) Media tanaman
4) Biji benih
5) Alat pengukur

d) Pengurusan tapak dan alatan
1) Pemilihan tapak
2) Sumber air
3) Anggaran kos

e) Pengurusan sistem air
1) Sistem pengairan percikan
2) Sistem pengairan kabus
3) Sistem pengairan titis

Faktor pemilihan sistem air
1) Iklim
2) Jenis tanaman
3) Kesesuaian tanah
4) Media tanaman

f) Langkah pemasangan sistem fertigasi
1) Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi
2) Pemotongan paip poli
3) Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier
4) Penyediaan set penitis
5) Penyambungan paip tertier pada set penitis
6) Penyambungan paip tertier pada paip sekunder
7) Pemasangan injap penahan pada paip utama
8) Melengkapkan pemasangan paip tertier
9) Penyambungan saluran air keluar ke pam air dengan tiub lut sinar dan paip poli
10) Memasukkan pam air ke dalam tangki nutrien
11) Pemasangan pam air pada alat pengatur masa
12) Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangki

Lakaran reka bentuk
a) Teknik penyusunan sistem fertigasi jejari
rbt t1b5 lakaran1rbt t1b5 lakaran2
b) Teknik penyusunan sistem fertigasi gegelang
rbt t1b5 lakaran3rbt t1b5 lakaran4

Elemen reka bentuk sistem fertigasi
1) Garisan – menunjukkan lakaran laluan paip saliran, injap kawalan, dan komponen yang digunakan
2) Rupa – lakaran dalam bentuk 2D
3) Bentuk – mudah difahami berbanding dengan lakaran 2D
4) Tekstur – menunjukkan kesan rasa dan ekspresi
5) Saiz – menunjukkan perbezaan, jarak atau pebandingan komponen yang digunakan
6) Warna – menunjukkan kesan ton pada objek yang dilakar
7) Ruang – untuk memisahkan antara satu komponen dengan komponen yang lain

Penilaian lakaran
1) kencenderungan inovasi, kreativiti, dan keaslian reka bentuk
2) kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
3) kecenderungan fungsi dan praktikal
4) kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
5) ergonomik

Pengurusan tanaman
1) Semaian
2) Penjagaan
3) Tanaman
4) Prasemaian dan penanaman

Reka Bentuk Fesyen
Fesyen – gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa.
Reka bentuk fesyen – suatu proses atau bidang seni yang mengalikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori.

Kerjaya fesyen
1) Pereka fesyen
2) Peramal fesyen
3) Tenaga pengajar fesyen
4) Perunding imej

Jenis fesyen
1) Pakaian – penutup kepada badan dan anggota badan
2) Aksesori – perhiasan atau tambahan kepada pakaian

Teknik cantuman – proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabrik atau bahan lain bagi menghasilkan produk reka bentuk fesyen.

Kaedah
i) Jahitan – lebih praktikal kerana cantuman yang dihasilkan adalah kukuh, sekata dan kemas.
ii) Sulaman – digunakan untuk tujuan hiasan bagi menyerlahkan lagi keindahan dan estetika pada reka bentuk fesyen.
iii) Tampalan – menampal susunan bahan hiasan pada reka bentuk fesyen
iv) Lain-lain -Pengokot atau stapler dan pita selofan boleh digunakan untuk membuat cantuman bagi bahan, Kaedah cantuman ini sementara sesuai digunakan untuk menghasilkan mock-up.

Alatan
i) Mengukur – pembaris dan pita pengukur
ii) Mendraf – pembaris melengkung, pembaris sesiku L
iii) Memotong – gunting kertas, gunting fabrik, kacip/snipper, penetas
iv) Menanda – pensel tukang jahit, kapur penanda, roda surih dan kertas karbon, jarum peniti.
v) Menjahit – jidai, jarum jahit tangan, mesin jahit, mesin sulaman
vi) Alatan lain – tweeser, pengokot atau stapler, pistol perekat panas, pita selofan

Lakaran – lakaran yang baik ialah lakaran yang mempunyai ciri-ciri keaslian

Elemen
i) Bentuk
a) Bentuk segi empat atau tubular
rbt t1b5 fesyen1
-menimbulkan penegasan melintang supaya kelihatan lebih gempal

b) Bentuk jam pasir atau hour glass
rbt t1b5 fesyen2
– bentuk paling ideal dan menjadi idaman setiap wanita
– sesuai menggunakan pakaian yang diperbuat daripada fabrik lembut dan beralun
– warna terang dan gelap

c) Bentuk tiga segi terbalik
rbt t1b5 fesyen3
– mempunyai pelapik bahu yang kecil agar bahu kelihatan lebih luas
– tidak sesuai memakai skirt, blaus,jaket
– pakaian bahagian atas cerah dan bawah gelap

d) Bentuk tiga segi
rbt t1b5 fesyen4
– pilih skirt yang bergaris atau seluar labuh
– pakai blaus yang berkolar luas
– corak pakaian dengan garis menegak dan fabrik bertekstur halus

ii) Garisan
a) Garisan menegak – memberi kesan panjang, tinggi, atau langsing
b) Garisan mendatar – memberi kesan lebat atau gempal
c) Garisan menyerong – memberi kesan rendah atau tinggi

iii) Warna
a) Putih – melambangkan kesucian. Yakin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang
b) Merah jambu & Ungu – melambangkan kasih sayang dan tumpuan. Gembira dan selesa, membuat si pemakai ceria dan kelihatan muda.
c) Biru – melancar atau memudahkan komunikasi serta mendorong berfikiran secara rasional dan membuat keputusan dengan tepat.
d) Kuning & Jingga – memantulkan tenaga dan menjana pemikiran lebih kreatif dan kritis, memberikan keceriaan serta bergerak aktif.
g) Merah – membangkitkan aura keberanian, kemewahan, dan tuah. Mendorong si pemakai agar berani mencuba sesuatu yang baru.
h) Hitam – warna kedukaan, membuatkan si pemakai lebih kuat dan berkeyakinan.

iv) Tekstur
a) Tekstur lembut – penggunaan fabrik lembut dapat memberi penekanan kepada bentuk badan dan menampakkan ciri kelembutan dan menarik kepada si pemakai
b) Tekstur berkilat – memantulkan cahaya dan memberi efek yang lebih elegan
c) Tekstur kasar – penggunaan fabrik kasar membuatkan suatu reka bentuk lebih lasak dan ranggi
d) Tekstur legap – menyerap cahaya dan memberi kesan kecil kepada si pemakai.

Jenis bahan
a) Fabrik – benang tekstil, digunakan untuk menghasilkan pakaian dan aksesori
b) Benang – digunakan untuk mencantumkan atau melekatkan
c) Barik felt – digunakan untuk menghasilkan produk reka bentuk fesyen
d) Kancing – digunakan untuk merapatkan, mencantum, menutum atau melekatkan bahan pada pakaian atau aksesori
e) Butang hiasan – digunakan sebagai hiasan tambahan pada aksesori
f) Lapik dalam/interfacing – digunakan untuk mengeraskan, mengukuhkan atau melapis bahagian tertentu pada pakaian dan aksesori.
g) Pita perekat/Velkro – digunakan untuk menutup dan mencantum bahagian pada aksesori dan pakaian dengan menindih dua permukaan.
h) Dawai – digunakan untuk membuat aksesori.
i) Getah – digunakan dalam menghasilkan produk seperti getah rambut, tali jam dan gelang
j) Tali – digunakan untuk membuat aksesori
k) Bunga reben – digunakan untuk membuat hiasan dan aksesori
l) Bahan trimin – digunakan untuk membuat hiasan tambahan pada reka bentuk fesyen
m) Manik/beads – digunakan membuat rantai leher, gelang dan pakaian.

Penghasilan reka bentuk fesyen
1) Pemilihan tema
2) Tinjauan dan penyelidikan
3) Penjanaan idea
4) Pembinaan mock-up projek
5) Pengujian dan penambahbaikan

Langkah pembangunan fesyen
1) Sediakan bahan dan alatan
2) Mengukur
3) Mendraf
4) Menanda
5) Memotong
6) Mencantum
7) Kemasan
8) Produk siap

Kuiz RBT Bab 5: Klik Sini
RBT Tingkatan 1 Bab 5:
Nota RBT: Tingkatan 1

RBT Tingkatan 1

RBT Tingkatan 1 Bab 1

RBT Tingkatan 1

RBT Tingkatan 1 Bab 2

RBT Tingkatan 1

RBT Tingkatan 1 Bab 3

RBT Tingkatan 1

RBT Tingkatan 1 Bab 4

RBT Tingkatan 1

RBT Tingkatan 1 Bab 5

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Hadis

Memberi Pertolongan Kepada Sahabat

Hadis

Memuliakan Tetamu