RBT Tingkatan 1 Bab 3 Proses Reka Bentuk
Projek brief – satu proses perbincangan awal antara dua pihak, iaitu pengurus projek dengan pelanggan.
Ciri-ciri projek brief
1) Tajuk projek – produk yang ingin dihasilkan.
2) Gambaran keseluruhan projek -pengurusan projek dan gambaran awal produk yang ingin dihasilkan.
3) Kriteria produk – elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk
4) Perancangan pengurusan projek – merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja.
5) Analisis kajian – kajian reka bentuk produk dan kajian pasaran
6) Lakaran idea – bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan.
7) Mock-up atau model – diperbuat dari bahan yang mudah didapati dan mudah dibentuk.
Senarai semak ciri pertimbangan utama
– memberikan fokus dari aspek perancangan kesuluruhan projek dan reka bentuk produk
Borang projek brief
– jawapan kepada semua penyataan masalah yang disenaraikan di dalam jadual senarai semak kriteria pertimbangan utama
Menyaring maklumat
– memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk melaksanakan tugas masing-masing.
Aplikasi projek brief
– melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip, elemen dan idea inovasi.
Mock-up – model olokan dibuat sebelum menghasilkan model sebenar. Memberikan gambaran awal produk dari segi keseimbangan rupa bentuk, warna dan ergonomik.
Model – model separa berfungsi dan model berfungsi sepenuhnya
Model separa berfungsi – model blok dihasilkan secara berskala atau saiz sebenar.
Model berfungsi sepenuhnya – menyerupai objek sebenar dan berfungsi mengikut tujuan sasaran.
Alatan dan bahan cantuman mock-up
1) Pistol perekat panas
2) Supr glue
3) Perekat kayu
4) Gam paip PVC
5) Benang dan jarum
Penilaian hasil mock-up dan model
– mengukur tahap keberkesanan produk mengikut faktor penting iaitu mematuhi kriteria projek brief, memenuhi kehendak pelanggan, dan ketepatan rupa bentuk.
Pengujian mock-up – bedasarkan bentuk, keseimbangan, kestabilan dan kekuatan cantuman.
Pengujian model – menguji dari segi kefungsian bergantung pada model sama ada model separa berfungsi atau model berfungsi sepenuhnya.
Kuiz RBT Bab 3: Klik Sini
RBT Tingkatan 1 Bab 3: –
Nota RBT: Tingkatan 1