RBT Tingkatan 1 Bab 2 Pengurusan Projek
Pengurusan projek – aktiviti kerja melibatkan proses kerja iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek
1) Skop kerja – terdiri daripada skop produk dan projek
i) Skop produk – kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk
ii) Skop projek – kepimpinan dan pengurusan terhadap masa, bahan, maklumat, ruang dan ahli kumpulan
2) Tempoh masa – tempoh yang ditetapkan untuk menyempurnakan projek
3) Kos projek – peruntukan kewangan bagi menjayakan projek
Pengurusan projek
1) Mengawal pelaksanaan
2) Mengawal selia sumbe ryang terhad
3) Menentukan bilangan produk
4) Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk
5) Merancang aktiviti projek
Penjanaan idea
1) meniru yang terdapat di persekitaran dan menukarkan ke dalam bentuk produk
2) menterbalikkan fungsi sesuatu alat
3) menukar saiz objek
4) menterbalikkan kedudukan
Langkah pengurusan
1) Perancangan – peringkat pengurusan projek yang paling utama dan menjadi penentu objektif sesuatu projek
a) Tugas pengurus
i) Penentuan utama
ii) Penentuan subutama
iii) Pengelolaan aktiviti
iv) Matris organisasi atau pasukan
2) Penjadualan – menunjukkan anggaran jangka masa yang ditetapkan bagi menyiapkan projek
a) Tujuan Penjadualan
i) mengelakkan pembaziran atau pemborosan
ii) mengurus bahan mentah secara sistematik
iii) mengawal sumber tenaga pekerja
iv) mengelakkan kerugian masa dan kos
b) blok hubungan aktiviti melalui rangkaian
c) carta gantt atau carta bar
3) Pengawalan – merangkumi pengawalan sumber, kos, kualiti dan belanjawan.
a) Tujuan
i) semua aktiviti yang dikenal pasti dilakukan secara optimum
ii) semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan
iii) sumber diperlukan dikenal pasti
iv) perubahan dalam penjadualan dibuat sekiranya berlaku perubahan atau pembaharuan
Analisis – mengenal pasti segala aktiviti yang terlibat dalam pembangunan projek
a) Panduan penjadualan
i) menentukan aktivti jadual
ii) menyusun aktiviti mengikut keperluan
iii) menganggarkan sumber yang diperlukan
iv) menganggarkan tempoh masa
v) membangunkan jadual
vi) menganggarkan kos dan menyediakan bajet
Penyedian anggaran kos – proses dilakukan oleh peurnding bahan yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada pihak pelanggan.
a) Kaedah unit/kuantiti – anggaran mengikut kuantiti barangan atau perkhidmatan.
b) Konsep SMART (specify, measurable, attainable, realistic dan time-bound)
S – tujuan projek
M – pengukuran pengagihan kewangan
A – boleh dilaksanakan dan dicapai
R – kesesuaian dengan kehendak pengguna
T – tempoh masa dan sumber kewangan
Kumpulan kerja – ahli pasukan dalam suatu unit organisasi yang mempunyai matlamat yang sama.
Kelebihan
a) Individu
i) kurang tekanan
ii) tanggungjawab akan dikongsi bersama
iii) penghargaan dan iktifraf dikongsi bersama
b) Pasukan
i) memperoleh hasil yang optimum
ii) kejelekatan sesama ahli
iii) penglibatan yang menyeluruh
Kuiz RBT Bab 2: Klik Sini
RBT Tingkatan 1 Bab 2: –
Nota RBT: Tingkatan 1