RBT Bab 1 Pengenalan Kepada Reka Bentuk Dan Teknologi
Reka Bentuk – pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.
Teknologi – pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
RBT – gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.
Bidang Reka bentuk
i) Konkrit – proses mereka bentuk sesuatu produk yang dapat dilihat dan dipegang
ii) Abstrak – proses mereka bentuk yang boleh dilihat tapi tidak boleh dipegang
Elemen – perkara yang dapat membantu menzahirkan idea dalam bentuk lukisan atau lakaran
1) Garisan – cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak
a) membahagikan dua ruang kawasan
b) menunjukkan pergerakan arah atau aliran
c) menunjukkan perhubungan antara elemen
d) mewakili ketegangan antara dua titik
e) menunjukkan kestabilan dan kerehatan
f) menunjukkan keseimbangan
g) menunjukkan daya gerakan yang dinamik
h) mewakili gerakan dan tenaga yang berpadu
i) menunjukkan objek itu dekat atau jauh
2) Ruang – kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas.
a) Ruang nyata/fizikal – ruang sebenar di antara dua objek yang berhampiran
b) Ruang ilusi/tampak – objek ruang gambar yang terhasil apabila dua objek tersebut dihasilkan dalam bentuk lukisan
3) Warna – kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek.
a) warna primer/asas/utama
b) warna sekunder
c) warna tertier
d) warna panas – warna yang terang dan jelas. (ceria, riang, bersemangat)
e) warna sejuk – warna memberikan kesan cahaya yang rendah. (redup, tenang, damai)
4) Saiz – ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.
5) Tekstur – jalinan merupakan teknik yang memberikan impak terhadap orang yang melihat atau menyentuh sesuatu permukaan pada lukisan atau objek
a) Jalinan tampak
b) Jalinan sentuh
6) Bentuk – objek yang mempunyai ruang, isi padu dan mempunyai lebih dari satu permukaan.
a) konkrit – objek mempunyai bentuk dan boleh dipegang
b) abstrak/ilusi – objek mempunyai bentuk dan tidak boleh dipegang
7) Rupa – hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya.
a) organik – mempunyai permukaan yang bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus.
b) geometri – rupa yang mempunyai sudut dan penjuru
Prinsip – konsep atau aturan yang digunakan pada elemen reka bentuk bagi memudahkan pembinaan sesuatu objek agar visual yang dihasilkan menjadi menarik, selesa kepada pengguna.
1) Keseimbangan – sesuatu objek tidak mempunyai keseimbangan dari sudut berat, tarikan tumpuan perhatian atau berbentuk asimetri
a) Simetri (formal) – mempunyai persamaan pada kedua-dua belah bahagian
b) Asimetri (tidak formal) – bersifat sebalik simetri tetapi kelihatan menarik dan mempunyai daya tarikan sendiri
2) Harmoni – melihati sesuatu yang dapat memberikan keamanan dan kedamaian.
3) Keringkasan – idea yang kompleks diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas.
4) Kesatuan – semua bahagian element bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna
5) Kepelbagaian – menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk.
6) Kontras – perbezaan ketara pada ciri element yang digunakan
a) tesktur: kasar dan licin
b) kedudukan: kiri dan kanan, menegak dan melintang
c) warna: terang dan gelap
d) saiz: besar dan kecil
e) bentuk: bulat atau bersegi
f) ruang: jauh dan dekat
7) Pengulangan – penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk
Aplikasi prinsip
Garisan binaan – digunakan untuk mendapatkan bentuk awal produk sebelum dihitamkan menjadi nyata.
Langkah 1 – pilih elemen rupa yang sesuai. Lakarkan elemen itu
Langkah 2 – pastikan lakaran itu mengikut prinsip reka bentuk.
Kriteria reka bentuk
1) kecenderungan inovasi – produk unik dan lebih daya saing
2) kreativiti – idea baharu
3) keaslian reka bentuk – menekankan kandungan unsur simbolik, emosi, estetika, dan penampilan
4) kekuatan kualiti dan kebolehpasaran – mempunyai ciri kekuatan tidak mudah rosak atau hancur
5) ergonomik – suatu ciri keselesaan yang ada pada produk
Membina objek asas
Teknik pembinaan objek
1) pembenaman – sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain
2) pembuangan – bahagian yang tidak dikehendaki dibuang.
3) penyatuan – mencantumkan dua atau lebih objek tanpa pembuangan atau pembenaman
4) peleraian – objek asas dileraikan sehingga menjadi objek baharu yang lebih ringkas
Kepentingan reka bentuk– memberi manfaat untuk kehidupan manusia
i) menyumbang kepada perkembangan teknologi moden
ii) menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan
iii) memenuhi kehendak individu dan masyarakat
iv) memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian
v) memupuk nilai invensi, inovasi dan kreatif
vi) membuka laluan kerjaya dan pekerjaan.
Peranan reka bentuk
i) individu
– memberi kebebasan memilih kepada pengguna
– menjadikan pengguna lebih kreatif
– memberi manfaat kepada pengguna
– menggunakan sumber alam secara terhad
– menghasilkan reka bentuk yang serba boleh
ii) masyarakat
– melindungi & memelihara etika sosial
– melahikan nilai estetika
– melahirkan masyarakat yang kreatif
– membentuk masyarakat yang lebih bertamadun
iii) pengeluar dan negara
– mengeluarkan produk berjenama negara
– melindungi hak cipta rakyat
– meningkatkan pendapatan negara
– menjadi aset negara
Etika
1) Keaslian
2) Jujur
3) Bermanfaat
4) Mesra alam sekitar
5) Selamat digunakan
Kerjaya
1) arkitek
2) automotif
3) kejuruteraan
4) grafik
5) fesyen
6) Persembahan makanan
Invensi – kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya
Inovasi – pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna.
Aplikasi
1) Pertahanan
2) Pendidikan
3) Kesihatan
4) Pembuatan
5) Teknologi maklumat
Kuiz RBT Bab 1: Klik Sini
RBT Tingkatan 1 Bab 1: –
Nota RBT: Tingkatan 1