Prosa Tradisional Asal Padi: Sinopsis, Tema dan Persoalan, Binaan Plot, Teknik Plot, Watak Perwatakan, Latar tempat masyarakat masa, Gaya bahasa, Nilai dan Pengajaran
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta yang tinggal hanyalah sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian. Dia melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah dusun.
Rupa-rupanya, sesuatu yang berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap lalu dicederakan oleh empunya padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan empunya padi. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu empunya padi bahawa dia mahu kembali ke bumi.
Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah tidak menjadi kerana daya hidup padi di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat jika padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula.
Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si Tekuri. Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh Si Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah punca tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.
Tema
Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal daripada kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.
Persoalan
1. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan
Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.
2. Persoalan kebijaksanaan mencari akal
Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.
3. Persoalan persoalan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain
Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh pasangan suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
4. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak
Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.
Plot
Binaan Plot
Permulaan – Si Bongsu dan abangnya kematian ibu bapa. Mereka
jatuh miskin akibat segala harta peninggalan ibu bapa mereka dicuri.
Perkembangan – Si bongsu mengikut tujuh orang wanita pulang ke
kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ternampak benda kuning sedang
dijemur. Pada sangkaannya, benda itu emas. Empunya benda itu
menyatakan bahawa itu ialah padi.
Klimaks – Si Bongsu ditangkap oleh orang kayangan lalu
dihempaskannya di tangga pelangi sehingga tumit Si Bongsu luka.
Peleraian – Padi tumbuh dengan subur di bumi. Pipit mati akibat Si
Tekuri menyepit tengkoknya kerana berbohong kepada tuan
empunya padi.
Teknik Plot
Teknik pemerian; teknik dialog; teknik monolog; teknik monolog
dalaman
Watak dan Perwatakan
Si Bongsu (Watak utama)
Anak bongsu dalam keluarga.
Mempunyai seorang abang yang cacat.
Anak yatim piatu yang malang.
Miskin – harta pusaka yang patut diwarisi telah dicuri oleh orang
jahat.
Bijaksana – mempunyai daya usaha yang tinggi untuk mengambil
padi.
Tabah dan gigih – tidak mudah berputus asa.
Orang Kayangan
Memiliki sawah padi di kayangan.
Menjaga padi daripada dibawa turun ke bumi.
Tinggal di kayangan.
Baik hati kerana membenarkan Si Bongsu merasa keenakan nasi.
Seorang yang pemaaf dan sanggup menerima Si Bongsu untuk menjaga padi di kayangan.
Burung Pipit
Berasal dari kayangan.
Tidak amanah – mengatakan bahawa padi tidak tumbuh di bumi
walaupun telah banyak makan padi di bumi.
Mati disepit oleh Si Tekuri
Burung Tekuri
Ditugaskan menemani burung pipit ke bumi untuk memeriksa
tumbuh-tumbuhan padi.
Amanah – menyepit tembolok burung pipit yang menipu
Latar Tempat
Di kolam ikan
Di kayangan
Di bumi
Latar Masa
Zaman dahulu kala
Latar masyarakat
Masyarakat yang tinggal kampung
Masyarakat yang tinggal di kayangan
Masyarakat haiwan
Gaya Bahasa
Contoh, “Jikalau demikian kehendakmu, baiklah. Akan tetapi jangan
lagi kamu selalu ingin mencuba untuk mencuri dan membawa lari
padiku.”
Contoh, untung tidak dapat diraih, malang tidak dapat ditolak.
Kata ganda. Contoh, “Sekarang saya betul-betul jera mengambil
apa-apa”.
Contoh, Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama
lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.
Nilai
Kegigihan; baik hati, kerajinan; keberanian; kebijaksanaan
Pengajaran
Kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan hidup.
Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengambil hak orang
lain.
Kita hendaklah amanah melakukan sesuatu pekerjaan.
Prosa Tradisional Asal Padi: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1