Categories
Novel KSSM

Novel Tirani

Novel Tirani: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis dan Plot
PERMULAAN

Pengenalan kepada watak Waheeda yang melayari laman sesawang berkaitan kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah.Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.

PERKEMBANGAN
Monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda. Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

PERMULAAN
Waheeda dimaklumkan bahawa pembedahan akan memakan masa antara 10-15 jam. Apabila mendapat tahu berita itu, Raidah, ibu kepada Waheeda terus terbang ke Singapura untuk menemani Waheeda.

PERKEMBANGAN
Waheeda berjaya menjalani pembedahan. Setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Ibu Waheeda , Raidah balik ke Sarawak. Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa di Singapura sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Waheeda berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di Flamingo. Zahid berhasrat untuk meminang Waheeda.

PERMULAAN
Waheeda menghubungi Dr Rushdi memaklumkan bahawa tulang rawan hidungnya dirasakan runtuh. Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan segera untuk rawatan atau pembedahan pada bahagian hidungnya. Waheeda berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke Kuching untuk majlis pertunangannya dengan Zahid

PERKEMBANGAN
Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas abangnya antara Ghazi dengan Fatimah. Selepas itu, majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan dengan meriah dan penuh dengan adat Melayu Sarawak.

Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak muncul di restoran untuk makan tengah hari. Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu.

PERUMITAN
Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya. Waheeda leka berbual dengan Halloway dan Dr. Rushdi disebabkan mereka sudah lama tidak bertemu sekali lagi mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid. Malam itu berlaku krisis antara Zahid dan Waheeda sehingga Zahid mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik tidurnya. Raidah dapat merasakan sikap menantunya semakin menjauhkan diri daripada isterinya, Waheeda dan seluruh ahli keluarganya. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif Hospital pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.

KLIMAKS
Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.

PELERAIAN
Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Selepas 20 tahun, Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini.
Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.

Persoalan
1. Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan. Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
 Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.
 Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungan, Persoalan kasih sayang seorang isteri terhadap suami, Persoalan kasih sayang ibu mentua kepada menantu, Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.
 Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
 Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.
 Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.
 Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Persoalan keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
 Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah
 Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)
 Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.v  Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Persoalan ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusan
 Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.
 Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Persoalan ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga
 Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
 Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Persoalan kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan.
 Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Persoalan menghargai budaya dan warisan bangsa.
 Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.
 Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.
 Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Persoalan keinsafan terhadap kesilapan masa lalu akibat tindakan terburu-buru.
 Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Persoalan hubungan persahabatan yang erat dan utuh.
 Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.
 Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
 Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

11. Persoalan bersyukur atas ciptaan tuhan
 Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

IMBAS KEMBALI – Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami

1. Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.

2. Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.

IMBAS MUKA – Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.

1. Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

2. Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.

3. Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.

SASPENS– peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daalm kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

1. Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

2. Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.

3. Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu

4. Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

5. Peristiwa Zahid pertama kali Zahid melihat anak mereka Izaati. Pembaca tertanya-tanya, apakah penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan dengannya.

KEJUTAN – Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak.

1. Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

2. Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca terkejut ibu Waheeda , datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.

3. Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya.

4. Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid telahmenuduh Waheedabersubahat dengan pakar DNA.

5. Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.

MONOLOG / MONOLOG DALAMAN – kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada orang lain atau dirinya sendiri

1. Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.

2. Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah.

3. Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing

Latar Masyarakat
Masyarakat yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan.
 Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
 Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.
 Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan
 Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
 Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.
 Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.
 Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

Masyarakat yang berani mengambil risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
 Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran. Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah.
 Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)
 Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.
 Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

Masyarakat yang tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.
 Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.
 Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

Masyarakat yang tabah menghadapi dalam kehidupan khususnya dalam rumah tangga
 Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
 Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan tanpa usul periksa.
 Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa.
 Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.
 Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.
 Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

Masyarakat yang insaf terhadap kesilapan masa lalu.
 Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

Masyarakat yang menghargai hubungan persahabatan.
 Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.
 Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
 Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

Masyarakat yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan.
 Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Watak dan Perwatakan
Watak Utama : Waheeda Nurlyana

1. Seorang yang gigih
 Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
 Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.
 Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Seorang yang penyayang:
 Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Seorang yang berani:
 Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Seorang yang bijak bertindak:
 Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)
 Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

5. Seorang yang tegas :
 Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.
 Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Seorang yang tabah :
 Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
 Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Seorang yang sabar :
 Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa:
 Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.
 Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Seorang yang menghargai hubungan persahabatan :
 Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.
 Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

10. Seorang yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan:
 Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Watak Sampingan :
1. Raidah
Seorang yang penyayang:
 Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
 Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa:
 Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

2. Datin Hazirah
Seorang yang penyayang:
 Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

3. Pak Cik Aziz
Seorang yang bijak bertindak:
 Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

4. Izzati
Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa:
 Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya

Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

5. Zahid
Seseorang yang menyesal dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukan:
 Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

6. Bazilah
Seorang yang menghargai hubungan persahabatan :
 Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
 Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

DIKSI BAHASA INGGERIS
All Yahoo! Health, Shopping Mall, Weeping willow , Gentleman , Baby , Business , Coffee house, Erectile Dysfunction

DIKSI BAHASA ARAB
Al-Fatihah , Subhanallah , Wallahuaklam bissawab , Insya-Allah , Assalamualaikum, Bismillah

DIKSI MELAYU SARAWAK
Kerisit kerumun, tekul, bertekul, ditekul, mereya , jembuk, nasi temuan.

PERIBAHASA
Peribahasa yang digunakan ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.

Simpulan bahasa
1. Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung…
2. …panjang lebarpula lontaran buah fikirannya…
3. Waheeda digamit seronok berkawan dengan ulat buku…
4. Kaumyang degil dan keras kepala ialah kaumAragon”…

Perumpamaan, pepatah dan bidalan
1. Waheeda semakin terasa ada udang di sebalik batu.
2. “Ikan di laut, asatn di darat, dalam periuk bertemu juga”…
3. Waheeda dan Bazilah tidak keringgusi dibuatnya…
4. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Waheeda…
5. Bijak, bijak, mengangkat bakul sendiri
6. ‘Jauh di mata, namun dekat di hati, ‘gesit Waheeda..

SIMILE
Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Perbandingan menggunakan perkataan seperti , bagai , bak , laksana , umpama , macam dan ibarat.
1. …berlari ke rumah macam pelesit.
2. Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.
3. Serta-merta timbullah gambaran dirinya seperti mumia Mesir kuno yangsedang berada di perbaringan untuk pameran…Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.
4. “Orang dulu-dulu memuji hidung bak seludang mayang, pipi bak pauh dilayang, memang banyak kiasnyaRaidah… )
5. Kecantikan ibarat baranganyang mudah remuk.

PERSONIFIKASI
Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek atau benda.
1. Tiba-tiba pandangannya menyambar wajah Fatimah yang muncul dari balik dinding kaca.
2. Rasa kesal mulai mengasak benak.
3. Ciuman ibu berdecit singgah di pipi.
4. Udara sejnk dan nyaman meramas kulit yang dibaluti blaus nipis.
5. …,pokok itu nampak sayu dan melankolik sekali,…
6. Cengkerik yang berbenti menyanyi seketika kembali mengalunkan irama dalam simfoni orkestra malam yang mungkin bersenandung sehingga pagi.

METAFORA
Perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan sebagainya.
1. …, dari suak dahi ke tebing dagunya.
2. Beralun-alun wap keluar dari mulut buluh yang disumbat dengan pucukubikayu…
3. Waheeda melangkah laju setelah tiketnya dikoyak, bcrjalan menelusuri jambatan udara untuk terus masuk ke perut pesawat.
4. … dia lelah berjaya keluar daripada rantai konvensional,…
5. Terowong minda mengundang tafsiran saraf daripada renungan mata Zahid.
6. Awan kumulus yang berarak dari barat tiba-tiba menutup wajab bulan.
7. Lama Raidah termenung di tubir katilnva memikir

HIPERBOLA
Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
1. Dura berpuing-puing di cepu kepala setelah menyelami hati nurani sepupunva.
2. Hujan gerimis hilang di lautan senyap.
3. Terasa bangat dadanya oleh dengupan jantung yang menendangnendang rongganya.
4. Kesan ubat penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya.
5. Mereka sedang menyiapkan sarapan pagi bagi semua penghuni inap desanya sebelum matahari menyergah burni dengan kenyitan sinarnya yang tiada tara mesranya itu.

PARADOKS
Paradoks merupakan gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat.Paradoks juga memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.
1. Walaupun miskin barta tetapi orang Melayu memang kaya ketawa.
2. Hati Waheeda dijentik sayu, namun semakin tabah setelah menerima sokongan keluarga sebagai doa dan harapan untuk dia keluar dari bilik itu dengan selamat.
3. Waheeda cuba mengekel walaupun hati dijentik kesedihan oleb kejauh an yang memaksa.
4. Seseorang akan hanya tabu akan nikmat sib at apabila berada dalam keadaan sakit,…
5. Natijahnya sama seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Nilai
1. Nilai Kegigihan
 Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
 Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.
 Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Nilai kasih sayang
 Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
 Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.
 Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.
 Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Nilai Keberanian
 Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Nilai Kebijaksanaan
 Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)
 Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.
 Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Nilai Ketegasan
 Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.
 Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Nilai Ketabahan
 Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
 Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Nilai kesabaran
 Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Nilai Menghargai
 Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.
 Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.
 Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Nilai Keinsafan
 Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Nilai Setiakawan
 Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.
 Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
 Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

11. Nilai Bersyukur
 Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah gigih dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan
 Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
 Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.
 Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.
 Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
 Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.
 Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.
 Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Kita hendaklah berani menghadapi risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
 Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi.
 Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)
 Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.
 Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Kita hendaklah tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.
 Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.
 Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Kita hendaklah tabah berhadapan dengan masalah dalam kehidupan seharian.
 Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
 Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Kita hendaklah sabar dalam menghadapi dugaan agar dapat meneruskan hidup dengan tenang.
 Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Kita hendaklah menghargai budaya dan warisan bangsa supaya tidak ditelan zaman.
 Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.
 Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.
 Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Kita hendaklah mengakui kesalahan yang telah dilakukan untuk memulihkan kekeruhan dalam sesuatu hubungan.
 Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Kita hendaklah menghargai hubungan persahabatan yang terjalin agar ukhuwah berpanjangan.
 Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.
 Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
 Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

11. Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan agar tidak mudah berasa rendah diri.
 Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Novel Tirani: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Novel KSSM

Novel Destinasi Impian

Novel KSSM

Novel Formula Termodinamik

Novel KSSM

Novel Pelari Muda

Novel KSSM

Novel Sejambak Bakti

Novel KSSM

Novel Darah Titik Di Semantan

Novel KSSM

Novel Jalan Ke Puncak

Novel KSSM

Novel Jejak Monpus

Novel KSSM

Novel Meniti Impian

Novel KSSM

Novel Hempasan Ombak

Novel KSSM

Novel Jesteru Impian Di Jaring

Novel KSSM

Novel Tawanan Komander Caucasus

Novel KSSM

Novel Chot

Novel KSSM

Novel Moby Dick

Novel KSSM

Novel The Elephant Man

Novel KSSM

Novel Di Sebalik Dinara

Novel KSSM

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel KSSM

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel KSSM

Novel Pantai Kasih

Novel KSSM

Novel Bimasakti Menari

Novel KSSM

Novel Silir Daksina

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara