Categories
Novel KSSM

Novel Silir Daksina

Novel Silir Daksina: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

Tema
Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.

Persoalan
1. Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkaikan misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.

2. Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

3. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.

4. Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.
Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiviti dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ

5. Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan.
Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.

Binaan Plot
Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Pengenalan atau Eksposisi
Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan
Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Perumitan
Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya. Puncak atau Klimaks : Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya. Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian
Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan ndu persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.

Teknik Plot
1. Pemerian
Penulis menceritakan Tauke Lim yang sudah tinggal di kampung tersebut. (hlm.29)

2. Imbas Kembali
Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia hampir terlanggar seorang budak kecil. (hlm.1-2)

3. Saspens
Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid bukan ayah kandungnya. (hlm.4-5)

4. Kejutan
Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan adik tiri Haiqal datang pada malam persembahan tarian zapin walaupun uminya melarang Haiqal untuk menyertainya.(hlm.271)

5. Monolog
Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu Haiqal. (hlm.95)

Watak Utama :
Haiqal Hakimi / Aiman
– Anak kepada Umi dam Abdullah bin Kayan
1. Seorang remaja yang berbakat dalam bidang seni sastera.
Haiqal sering memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan menulis sajak serta puisi.

2. Seorang anak yang penyayang.
Dia sayang umi,walid,ayah kandungnya dan adik tiri.

3. Seorang yang baik hati
Haiqal telah memujuk Ratna yang menangis kerana mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang.

4. Seorang yang bijak dalam pelajaran.
Dia berjaya melanjutkan pelajaran di university selepas tamat tingkatan

5. Seorang yang taat pada perintah agama.
Haiqal solat subuh apabila tiba di stesen bas Batu Pahat sebelum tiba di kampung ayahnya.

Watak Sampingan :
See Hwa / Ai Ling
– Anak kepada Tauke Ling
1. Seorang yang pandai mendeklamasikan puisi.
Dia pernah memenangi pertandingan mendeklamasi sajak semasa di sekolah rendah.

2. Seorang yang fasih Bahasa Melayu.
Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa ada pelat Bahasa Cina.

3. Seorang yang suka membaca
Dia suka membaca kisah-kisah nabi sewaktu di sekolah rendah.

4. Seorang yang suka memasak
Dia suka memasak makanan yang pedas-pedas.

Abdullah bin Kayan / Amirulnizam
– Ayah kandung Haiqal
1. Seorang yang cintakan sastera.
Dia sanggup berpisah daripada isterinya berbanding bidang sastera.

2. Seorang yang penyayang
Dia sangat merindui dan menyayangi Haiqal.

3. Seorang penari zapin.
Dia juga seorang penari zapin di Kampung Seri Purnama.

Tauke Ong / Tauke Lim
1. Seorang yang sangat rajin
Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan menorah getah manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan.

2. Seorang yang murah hati.
Dia suka belanja kawan-kawannya di warung.

3. Seorang yang tahu membalas budi.
Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai membalas budi pertolongan datuk dan ayah Haiqal.

4. Seorang yang jujur dan amanah.
Dia menguruskan harta peninggalan ayah Haiqal dengan baik.

Ratna
1. Seorang yang minat dalam bidang perniagaan.
Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.

2. Seorang yang suka mengusik.
Dia selalu mengusik Haiqal semasa Haiqal sedang berkhayal.

3. Seorang pendengar setia.
Dia sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.

4. Seorang yang baik hati.
Dia sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.

Umi
– Ibu kepada Haiqal
– Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal masih kecil dan berkahwin dengan walid.
1. Seorang usahawan berjaya
Umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang.

2. Seorang yang penyayang
Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal menjaga Haiqal.

3. Seorang yang ego.
Dia tidak suka dan menghargai bakat seni bekas suaminya.

4. Seorang pemarah.
Dia melarang Haqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.

Latar Tempat :
1. Kuala Terengganu (rumah umi dan walid).
Contoh: Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik tirinya iaitu Nurul Asiah di Kuala Lumpur.

2. Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal).
Contoh: Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah dengan umi Haiwal.

3. Balai Raya Kampung Seri Purnama
Contoh:Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah Haiqal dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai raya Kampung Seri Purnama.

4. Gerai makan milik Ratna.
Contoh: Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna sambil menikmati makanan yang disediakan.

5. Restoran mamak.(See Hwa dan Haiqal telah makan di restoran mamak, Parit Raja sewaktu perjalanan ke kampung ayahnya.
Contoh: See Hwa dan Haiqal makan di restoran mamak yang terletak di Parit Raja selepas Haiqal tiba dari Terengganu.

6. Pusara Abdullah bin Kayan.
Contoh: Haiqal membaca yasin dan berdoa agar roh arwah bapanya ditempatkan di sisi orang yang baik-baik.

7. Rumah Tauke Ong.
Contoh: Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya manari Zapin. Dia terkejut apabila melihat See Hwa menggosook baju zapin.

8. Stesen Bas Batu Pahat.
Contoh: Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung arwah bapanya.

Latar Masa
1. Petang
Contohnya: peristiwa Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil.

2. Usia enam tahun
Contohnya: Umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.

3. Malam
Contohnya: Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zain di Warung Pak Dolah.

4. Pagi
Contohnya: Taukey Lim dan isteri menoreh getah.

5. Lapan belas tahun
Contohnya: Taukey Lim sudah tinggal di Kampung Seri Purnama 18 tahun.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat peniaga.
Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung lalu menjualnya di pekan.

2. Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.
Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Melayu.

3. Masyarakat yang berpendidikan.
Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam.Haiqal juga meninggalkan Kampung Seri Purnama lalu sambung belajar di menara gading.

4. Masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya: Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim dan See Hwa tinggal di Kampung Seri Purnama.

5. Masyarakat penyayang.
Contohnya: Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal berjauhan setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang akan anaknya pada manuskrip.

Nilai
1. Nilai setiakawan
Haiqal dan Ratna berkawan rapat.

2. Nilai tanggungjawab
Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu dan menggunakan wang tersebut untuk membesarkan anak-anaknya.

3. Nilai kasih sayang
Haiqal amat sayang akan ayahnya.

4. Nilai ketaatan
Haiqal akan keluar makan selepas menunaikan solat.

5. Nilai budi bahasa
Ai Ling dan Ratna melayan Haiqal dengan baik semasa baru berkenalan.

Pengajaran
1. Kita hendaklahcinta akan seni dan budaya bangsa Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk memulihara tarian zapin

2. Kita mestilah menghargai persahabatan. Haiqal dan Ratna saling menghargai persahabatan mereka

3. Kita hendaklah tabah melaksanakan sesuatu kerja. Abdullah sangat tabah dan berusaha untuk menghidupkam kembali tarianzapin.

Novel Silir Daksina: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Novel KSSM

Novel Destinasi Impian

Novel KSSM

Novel Formula Termodinamik

Novel KSSM

Novel Pelari Muda

Novel KSSM

Novel Sejambak Bakti

Novel KSSM

Novel Darah Titik Di Semantan

Novel KSSM

Novel Jalan Ke Puncak

Novel KSSM

Novel Jejak Monpus

Novel KSSM

Novel Meniti Impian

Novel KSSM

Novel Hempasan Ombak

Novel KSSM

Novel Jesteru Impian Di Jaring

Novel KSSM

Novel Tawanan Komander Caucasus

Novel KSSM

Novel Chot

Novel KSSM

Novel Moby Dick

Novel KSSM

Novel The Elephant Man

Novel KSSM

Novel Di Sebalik Dinara

Novel KSSM

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel KSSM

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel KSSM

Novel Pantai Kasih

Novel KSSM

Novel Bimasakti Menari

Novel KSSM

Novel Silir Daksina

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Hadis

Memberi Pertolongan Kepada Sahabat