Categories
Novel KSSM

Novel Pelari Muda

Novel Pelari Muda Tingkatan 1

Novel Pelari Muda: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Novel Pelari Muda
Kamarul menjadi popular dalam sekelip mata setelah memenangi beberapa hadiah dalam sukan MSSM, dan sukan SEA di Brunei. Oleh sebab berita dan gambarnya kerap disiarkan dalam televisyen dan akhbar maka Kamarul mula bersikap angkuh. Kamarul mengelak untuk hadir latihan sukan sekolah dan berbual-bual dengan kawan-kawannya. Bagi Kamarul, kawan-kawan sekolah dan latihan sukan sekolah sudah tidak penting lagi.

Kamarul menunjukkan sikap kurang senang apabila ditegur oleh cikgu-cikgu di sekolah. Malah, Kamarul memarahi Saridah yang menasihatinya supaya jangan bersikap sombong dengan kawan-kawan. Selain itu, Kamarul enggan menjalani latihan kecergasan bawah bimbingan Encik Kadir kerana latihan yang diajar oleh Encik Kadir itu serupa sahaja dan amat membosankan. Kamarul tidak mematuhi jadual latihan dan kerap ponteng latihan tanpa sebarang sebab. Kamarul lebih suka membuat latihan kecergasan sendiri. Rupa-rupanya, ada seorang pelari yang lain yang sedang berusaha dengan gigih untuk mengatasinya, iaitu Sures Menon.

Dalam pemilihan ke Sukan SEA di Bangkok, Sures Menon berjaya mengalahkan Kamarul. Kamarul amat runsing. Persahabatannya dengan Saridah semakin renggang. Hubungannya dengan Encik Kadir dan kawan-kawan sekolah sudah pun renggang. Kamarul amat tertekan. Sewaktu menyemberang jalan, Kamarul tidak menoleh ke kiri. Sebuah kereta datang dari arah bertentangan kemudian melanggarnya. Kamarul dihantar ke hospital. Kamarul mengalami kecederaan pada bahagian lutut, muka, dan mata.

Kunjungan Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan rakan-rakan sekelas menyebabkan sifat keegoan Kamarul cair. Kamarul memohon maaf daripada mereka. Kamarul mula menyediakan dirinya untuk menghadapi pertandingan antarabangsa yang cukup bermakna bagi dirinya, iaitu sukan SEA ke-14 di Bangkok.

Kamarul bertemu De Wega, pelari Filippina yang amat dikagumi. De Wega menasihati Kamarul supaya menjadi seorang atlet yang berdisiplin, patuh kepada arahan jurulatih, tidak mudah putus asa dan sentiasa menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan jikalau mahu menjadi atlet negara yang dikagumi. Kemudian, Kamarul, De Wega, Sures Menon dan beberapa orang lagi pelari dari negara lain bertanding dalam acara 100m dan 400m di Stadium Nasional, Bangkok. Kamarul mendapat dua pingat emas dalam kedua-dua acara ini. Kamarul amat gembira. Kamarul ingin cepat pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan sekolahnya terutama Saridah.

Tema dan Persoalan Novel Pelari Muda
Tema
Novel Pelari Muda mengungkapkan tema tentang semangat juang anak muda menghadapi pelbagai cabaran demi mengejar cita-cita. Contohnya Kamarul diduga dengan cabaran berat dalam hidupnya setelah dia menjadi terkenal kerana memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Brunei. Hubungan dengan rakan-
rakannya semakin renggang kerana mereka menganggap dia semakin sombong dan sikapnya sudah berubah apatah lagi apabila dia enggan bertanding dalam kejohanan kecil seperti sukan tahunan sekolah. Kamarul cuba menafikan perkara itu namun akur bahawa dia semakin kurang menjalani latihan pusat dan bersikap biadap apabila ditegur oleh jurulatihnya.

PERSOALAN
Kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi
– Sures berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rekod masa lariannya supaya dia dapat menewaskan rekod masa Kamarul.

Hubungan antara kawan baik
– Hubungan Kamarul dengan Saridah sangat rapat. Ibu Kamarul juga menyayangi Saridah seperti anaknya. Mak Jah tidak mahu Kamarul bergaduh dengannya lama.
Hubungan Saridah dengan Juriah. Saridah sering menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Juriah. Juriah juga menasihati Saridah supaya fokus akan pelajaran dan bukan bermain perasaan.

Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap atletnya
– Encik Kadir juga mengambil berat tentang prestasi atlet-atletnya yang lain seperti prestasi Suradi yang naik dan turun.

Kesabaran menghadapi karenah manusia
– Encik Kadir bersabar dengan tingkah laku Kamarul yang kurang berdisiplin. Daripada memarahinya, beliau menasihati Kamarul dan memberikan pingat emas sebagai pembakar semangatnya. Beliau juga melawat Kamarul yang terlantar sakit kerana kamalangan di hospital walaupun Kamarul telah menyakiti hatinya.

Keprihatinan masyarakat terhadap musibah yang dihadapi orang lain
– Mak Jah prihatin dengan masalah yang dihadapi anaknya. Dia bertanyakan masalah yang dihadapi Kamarul setelah berasa pelik dengan perlakuannya yang tidak seperti kebiasaannya.

Watak dan Perwatakan
Watak Utama : Kamarul Baharuddin
-Berusia 17 tahun.
-Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.
-Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.
-Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya.
-Seorang yang tidak berdisiplin. Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.
-Tidak mengenang budi
– Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan.
-Buruk sangka
– Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk membalas dendam.
Insaf akan kesalahannya
– Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap
sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta

WATAK SAMPINGAN
Saridah
-Saridah ialah kawan baik Kamarul.
-Berusia 17 tahun.
-Seorang pelari pecut.
-Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah.
-Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun.
Seorang yang peramah dengan orang tua. Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.

Mak Jah
-Ibu kepada kamarul dan isteri kepada Encik Baharudin.
Seorang ahli perniagaan yang berjaya.
-Penyayang – Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan.
-Prihatin – Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah.
-Bertanggungjawab – Menjaga Kamarul di hospital.

Sures Menon
-Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul.
-Berusia 17 tahun.
-Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.
-Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul.

Juriah
-Juriah ialah kawan baik Saridah.
-Berusia 17 tahun.
-Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang.
-Seorang yang selalu bergurau.

Encik Kadir
-Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia.
-Seorang yang tegas.
-Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya.
-Seorang yang bertimbang rasa.

De Wega
-De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul.
-Berusia 34 tahun.
-Seorang yang peramah dan rendah diri.
-Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut.
-Seorang yang berdisiplin.
-Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
-Pemurah dalam memberi nasihat.

Binaan Plot
Permulaan
Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.

Perkembangan
Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.

Klimaks
Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital.

Peleraian
Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.

Teknik Plot
Teknik dialog
Teknik monolog
Teknik monolog dalaman
Teknik imbas kembali
Teknik pemerian

Latar
Latar Tempat

Di rumah Kamarul
Di sekolah
Di hospital
Di Pusat Sukan Kampung Pandan
Di Bangkok
Di perpustakaan sekolah

Latar Masa
Pada waktu siang

Latar Masyarakat
1) Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti.
2) Masyarakat yang berdisiplin. Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.
3) Masyarakat yang lemah kerana cinta.
4) Masyarakat yang gigih berusaha.
5) Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan.
6) Masyarakat pelajar.
7) Masyarakat yang bertanggungjawab.

Gaya Bahasa
Diksi
Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one, two, three,
airport, dansorry.
Peribahasa
jauh hati
kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya
Sinkope
“Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah.
“Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata.
Simile
Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga.
Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.
Personifikasi
Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.
Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.
Repetisi
Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.
Anafora
Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir!
Maafkan aku, kawan-kawan!

Nilai dan Pengajaran
Nilai

Bertanggungjawab
– Adibah juga cuba mengambil tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga cuba untuk menyelesaikan masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atlet-atletnya.

Kesopanan
– Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah.

Keyakinan
– Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya.

Mengakui kesalahan diri
– Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital.

Hormat-menghormati
– De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkannya dalam lumba lari.

Pemaaf
– Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain.

Amanah
– Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.

Kerajinan
– Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang ke latihan pusat.

Kesabaran
– Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul.

Kasih sayang
– Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.

Pengajaran
1) Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita.
2) Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara.
3) Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih.
4) Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap
sombong dan ego.
5) Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.
6) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.
7) Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah.
8) Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.

Novel Pelari Muda: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1