Categories
Novel KSSM

Novel Hempasan Ombak

novel hempasan ombak

Novel Hempasan Ombak: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan Syarikat Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Farid terpaksa mengambil alih syarikat tersebut walaupun berumur 19 tahun. Haji Badrul mempunyai isteri yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai anak sulung dan mempunyai anak 5 tidak pernah dididik dalam bidang perniagaan. Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut pada kerusi roda untuk bergerak.Farhan menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya tetapi telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah dan Hisham adik Farid baru berusia 15 tahun dan 12 tahun.

Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah dalam bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga menghadapi masalah kewangan. Ramai agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom menguruskan tugas pentadbiran dan kewangan.

Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau ditutup. Hajah Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam pasaran batik.Tiba-tiba fikiran Farid terlintas untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar hutang. Tambahan pula,Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan tanah demi menyelamatkan syarikat itu. Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang arif kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.

Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia mengambil alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan perniagaan dengan memperbesar bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian barang ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat itu.

Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu En Mokhsien yang merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborang binaan Nadi Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat. Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan sekelas sekolah yang membuka kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang pandai melayan pelanggan. Dia sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan dan citarasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid dan Zuraidah kian erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada Zuraidah. Zuraidah memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke kontemporari. Hal yang demikian kerana citarasa pelanggan sering berubah-ubah mengikut peredaran masa. Cadangan Zuraidah disetujui Farid demi membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.

Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein menyemak rancangan perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama, Encik Mokhsein menasihatkan Farid supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu dapat membantu seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.

Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan, peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi latihan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid telah mengadakan majlis perasmian dan mengundang Encik Mokhsein sebagai perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang merupakan graduan seni reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein sebagai pengajar corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak menyumbangkan idea dan melatih pekerja Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan Zuraida berasa cemburu dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid sedar akan tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah pudar dan hubungan mereka lebih akrab.

Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa agen baharu. Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik Syarikat Rajawali kepunyaan Mukhtar bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar menyedari bahawa hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar. Mukhtar bertambah marah apabila anak buahnya membantu menjual batik moden Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar kedai Zuraidah sekiranya dia tidak mahu memulangkanbatik tersebut kepada Farid. Zuraidah akur dengan permintaan bapa sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi bantuan setelah ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya menghentikan operasi batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan kejadian itu kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid melaporkan kepada pihak polis. Farid berdegil dan mahu menyelesaikan sendiri.

Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama Mahmood untuk membuat kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmoud bertambah marah dan menyangka syarikat Farid mencuri bekas pekerja majikannya. Haryani yang baru pulang cuba meredakan suasana dengan melayan Mahmoud dengan baik tetapi gagal. Kemudian Haryani menghalau Mahmoud. Mahmoud masih berdiri dan tidak mahu pulang. Haryani berlari dan meminta pertolongan daripada Pak Nik. Tindakan Mahmoud semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmoud mencekik leher Azmi dan ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang canting lilin panas,dia nekad mencurah lilin tersebut pada muka Mahmoud supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmoud melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas Mahmoud.

Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan Farid tetapi Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam. Mukhtar telah mengupah beberapa pemuda untuk membakar bangsal moden syarikat Farid. Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi letupan dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan cepat dan menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang apabila berhadapan dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam hati. Siasatan pihak bomba mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah siasatan selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara selama 3 tahun.

Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid bahawa beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari Singapura dan Kuala Lumpur. Zuraidah meminta maaf atas tindakan pak ciknya itu dan dia menyatakan bahawa akan sambung belajar. Semasa perjalanan menghadiri perkahwinan Hartini, Encik Mohsein mengusik Farid dan Zuraida. Encik Mokhsein menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah mukanya merah padam menikmati pemandangan di luar kereta.

TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:
1) Cabaran dalam dunia perniagaan. Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya.

2) Ketabahan dalam dunia perniagaan. Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik Nusantara.

3) Kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.

4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain. Contohnya:Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid.Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.

5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain. Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.

7) Persaingan dalam dunia perniagaan. Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.

Binaan Plot
Permulaan
Farid duduk di dalam bilik dan dia berasa sepeti tidak percaya dalam usia 19 tahun terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Farid berasa resah dan kurang yakin kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan perniagaan itu. Farid bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat perniagaan keluarganya banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang pengurusan syarikat keluarganya itu. Farid sangat mengagumi Kak Tom kerana kemahiran dan pengetahuannya dalam menguruskan syarikat milik arwah ayahnya.

Perkembangan
Farid mendengar pelbagai cerita tentang punca kematian ayahnya. Ada yang mengatakan bahawa ayahnya meninggal dunia akibat terkena santau, tuju dan sebagainya. Namun, Farid berpendapat bahawa kematian ayahnya merupakan takdir yang telah ditetapkan tuhan. Dia sendiri tahu bahawa ayahnya menghidap penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya seperti memberi amanah kepada Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya itu, lebih-lebih lagi abangnya, Lotfi lumpuh. Farid berhadapan tugas penting untuk memulihkan perniagaan keluarganya. Farid sering merujuk kepada Kak Tom dalam menguruskan perniagaan batik keluarganya. Sebagai pengurus baharu, Farid bertanggungjawab meninjau ke bangsal para pekerjanya Lankanankan proses mencanting batik. Farid berasa risau apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk menghasilkan batik semakin berkurangan. Menurut Nik lagi, kain batik mereka tidak laku dan melambak di pasaran. Tomsiah pula telah menyerahkan fail hutang syarikat itu kepada Farid. Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan pekerjanya dan keputusan telah diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk memajukan syarikat batik itu seperti memperbesar bangsal dan menghasilkan batik moden.Mokhsein dan Hartini memainkan peranan yang penting dalam penghasilan batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini, batik bercorak moden berjaya dihasilkan dan kegunaan batik juga telah dipelbagaikan.

Perumitan
Kemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat Farid menyebabkan batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan. Pemiliknya, Mukhtar sangat berdendam terhadap Farid dan dia juga telah mendesak Zuraida, anak saudaranya agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di gerainya. Selain itu, Mukhtar telah mengirimkan surat layang berbaur ugutan kepada Farid. Seterusnya samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke bangsal batik Farid dan dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah mencurah lilin panas pada muka Mahmood.

Puncak / Klimaks
Bangsal batik moden milik Farid telah dibakar oleh orang upahan Mukhtar pada waktu malam. Farid berusaha memadamkan api tetapi usahanya gagal. Kejadian itu memusnahkan bangsal batik moden. Selepas siasatan dijalankan, pihak bomba mendapati bahawa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Peleraian
Mukhtar bin Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga orang samseng membakar bangunan bengkel milik Farid. Zuraida memohon maaf kepada Farid atas perbuatan pakcik itu. Mukhtar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah penjara tiga tahun.

TEKNIK PLOT
Pemerian
Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai Zuraida.
Contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka mulut.
Pengarang menceritakan desar-desus punca kematian ayah Farid Contoh: Farid cuba menutup telingan daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya.

Dialog
Perbualan antara Farid dan Mokhsin.
Contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsin bersuara. “ Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein seperti menawarkan.

“Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. Perbualan antara Zuraida dan Farid
Contoh: “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!” “ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana.

Imbas kembali Lotfi teringat peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat.
Contoh: Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat, …

Monolog
Farid bercakap seorang diri.
Contoh: “Pengorbanan….. .” Farid separuh berbisik. Monolog dalaman

Hati Nik berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan.
Contoh: Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, …’ detik hati Nik, penjaga stor itu.

Imbas muka
Farid membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat Batik Nusantara bersama-sama suatu masa nanti.
Contoh: Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap.

Saspens
Pembaca tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki akan perniagaan Farid.
Contoh: “Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu.

Kejutan
Pembaca terkejut apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng yang menceroboh bangsal batik tempatnya berkhidmat.
Contoh: Tolong keluar bang. Keluar! ” Hartini mula bertegas.

Latar Tempat
1. Rumah Farid
Tempat Farid makan malam bersama keluarganya.

2. Pejabat Farid
Tempat Farid dan pekerjanya mengadakan mesyuarat pertama.
Tempat Farid bekerja sebagai pengurus di syarikat milik keluarganya

3. Firma Nadi Zaman
Tempat Farid bertemu Mokhsein bagi meminta nasihat dan tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.

4. Bazaar Mara Jalan Bonggol
Tempat Zuraida berniaga pakaian.

5. Kampung Tanjung
Rumah Zuraida

6. Balai Polis Daerah Kuala Terengganu
Tempat Farid memberi kenyataan tentang peristiwa kebakaran bangsal moden milik syarikatnya.

7. Mahkamah Rendah Kuala Terengganu
Tempat Mukhtar dibicarakan dan dijatuhkan hukuman terhadap kes kesalahan membakar bangsal moden Farid.

8. UITM ( Universiti Teknologi Mara)
Tempat Zuraida menyambung pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan

Latar Masa
1. Pagi Sabtu
Farid berkunjung ke kedai Zuraida
2. 2.00 pagi
Bangsal moden Syarikat Batik Nusantara terbakar
3. 15 minit
Bunyi letupan kedengaran dan orang kampung tersedar akan kebakaran bangsal tersebut.
4. Tiga hari
Selepas tiga hari berlakunya peristiwa kebakaran itu, Mokhsein mengunjungi Farid di pejabatnya.
5. 9.00 pagi
Mesyuarat kali pertama diadakan oleh Farid dan pekerjanya.
6. Sebulan
Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid
7. Akhir tahun 60-an
Syarikat Batik Nusantara ditubuhkan
8. Waktu Malam
Pada waktu malam, Farid dan keluarganya makan malam bersama.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat peniaga
Farid, Zuraida, Mokhsein dan Mukhtar seorang yang terlibat dalam perniagaan batik.

2. Masyarakat yang gigih berusaha
Farid berusaha dengan gigih untuk mebangunkan syrikat batik warisan milik keluarganya.

3. Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Moksein menyarankan agar Farid mengikuti kursus – kursus dalam perniagaan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan syarikat. Zuraidah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun walaupun dia sudah memiliki kedai.

4. Masyarakat hidup saling membantu
Mokhsein dan Zuraida sering membantu Farid dalam urusan perniagaan seperti memberikan cadangan yang membina.

5. Masyarakat yang sanggup berkorban
Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan barang-barang kemas miliknya untuk dijadikan modal dalam membangunkan perusahaan batik yang diwarisi anaknya.

6. Masyarakat yang dengki Mukhtar yang dengki kepada Farid sanggup sabotaj perusahaan Farid agar dapat menyingkirkan pesaingnya di dalam pasaran batik.

7. Masyarakat yang kreatif dan inovatif Hartini menggunakan daya kreativitinya untuk menghasilkan corak batik dan mempelbagaikan kegunaan batik sebagai pakaian, perabot dan penghias dinding.

NILAI
1. Ketabahan
Farid tabah menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Perusahaan Batik Nusantara
2. Bertanggungjawab
Masri bertanggungjawab menyelamatkan Azmi daripada serangan Mahmood.
3. Kasih sayang
Hajah Zaoyah sangat sayang akan keluarga dan warisan perniagaan milik perniaagaan suaminya.
4. Tolong – menolong
Mokhsein membantu Farid mencari ajen di Singapura dan Kuala Lumpur.
5. Bekerjasama
Keluarga Farid dan pekerjanya bekerjasama menyumbangkan idea bagi memajukan perniagaan batik tersebut.
6. Kejujuran
Zuraidah memberitahu Farid bahawa dia terpaksa berhenti menjual batik syarikat Farid kerana bimbang ugutan pak ciknya
7. Kerajinan
Farid rajinmengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan hidup
Farid tabah menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Perusahaan Batik Nusantara

2. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi.
Masri bertanggungjawab menyelamatkan Azmi daripada serangan Mahmood.

3. Kita mestilah menyanyangisetiap anggota ahli keluarga kita Hajah Zaoyah sangat sayang akan keluarga dan warisan perniagaan milik perniaagaan suaminya

Novel Hempasan Ombak: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 3