Categories
Novel KSSM

Novel Formula Termodinamik

Novel Formula Termodinamik tingkatan 1

Novel Formula Termodinamik: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Novel Formula Termodinamik

Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.

Tema dan Persoalan Novel Formula Termodinamik
Tema
Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan tinggi dan masih menuntut telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi tersebut dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.

PERSOALAN
 Persoalan tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan
masyarakat.
Contoh: Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian
terhadap mesin rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah untuk pertanian.

 Persoalan mengamalkan etika
Contoh: Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh dalam melaksanakan projek masing-masing.

 Persoalan taat kepada ajaran agama.
Contoh: Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang tidak bermoral.

 Persoalan perniagaan dan keusahawanan
Contoh: Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.

 Persoalan kasih sayang nenek terhadap anak cucunya.
Contoh: Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam
menjayakan Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka. Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk membuat kuih jala untuk Amir.

 Persoalan tanggungjawab terhadap seorang sahabat.
Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

 Persoalan mengamalkan budaya ilmu.
Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).

Watak dan Perwatakan Novel Formula Termodinamik
Amir (Watak Utama)
Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam. Sebagai contoh, Amir memaafkan Aswan walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya.

Seorang yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi.

Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh, Amir membuat rancangan untuk memberkas penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana.

Seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Amir menyayangi neneknya. Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung.

Usamah (Watak Sampingan)
Seorang perempuan yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi.

Seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Usamah menyayangi neneknya.

Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung.

Seorang yang kurang sabar. Sebagai contoh, Usamah berasa sangat marah apabila seorang pengguna Internet yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta maaf tidak menjawab pertanyaan mereka.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang berpendidikan tinggi
Contohnya, Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan
Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong
Contohnya, orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.

Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad dengki
apabila melihat kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin
rumput.

Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama
Contohnya, Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak
Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka.

Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri
Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] mili
Amiryang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan.

LATAR MASA
Malam sambutan Hari Krismas

– berlakunya kejadian air bah yang sangat dahsyat sehingga hampir
meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.
Selepas waktu isyak

– Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi
memerangkap dan menangkap pejenayah siber.
Pada pukul 12.00 tengah malam

– Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian
Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang
yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia.
Pada suatu pagi

– hujan lebat mencurah-curah, air naik sehingga satu meter, dan semua
penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.

LATAR TEMPAT
Kampung Warisan, Papar, Sabah
– tempat Amir, Usamah, Aswan, Fitri, dan Majibon dilahirkan dan
dibesarkan.

Bilik pembedahan
– tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya.

Kampung Pimping
– tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan
majlis perkahwinan Asma dan Asman.

Sawah padi
– tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari – lari.

Di dalam bilik
– tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan
Profesor Othman di skrin komputer.

Tepi sungai
– tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.

Di atas tangga, rumah Amir
– tempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik.

Pejabat Persendirian Damit, Syarikat Bahagia, Putatan
– tempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat Bahagia.

Rumah Majibon
– tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.

PENGAJARAN :
1) Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama
contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

2) Kita semestinya memiliki sikap kasih sayang contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.

3) Kita sewajarnya memiliki sikap jujur contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat
Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4) Kita hendaklah memiliki sikap berani contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.

Nilai
Kerjasama
contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

Kasih sayang
contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.

Kejujuran
contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

Keberanian
contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.

Novel Formula Terdinamik: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1