Hadith:
Daripada Jarir bin Abdillah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku semasa Haji Wida’: “Minta orang ramai diam”, kemudian Baginda bersabda, “Janganlah kamu sekelian menjadi kafir selepas peninggalanku nanti dan janganlah kamu sekelian bermusuhan sesama kaum muslimin.”
Huraian Hadith:
Sesuatu perkara kebaikan yang hendak diucapkan hendaklah disampaikan dengan cara yang bersungguh-sungguh supaya pendengar menumpukan sepenuhnya kepada ucapan tersebut.
Islam menggalakkan umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang memberi faedah kepada pendengarnya.
Sebelum melakukan ucapan pastikan kumpulan sasaran menumpukan perhatian.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: e-hadith
Categories
Nasihat Dari Rasulullah SAW
