Categories
Hadis

Memuliakan Tetamu

Hadis

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.”  

Huraian Hadith: 
1) Orang yang memuliakan tetamu dan bergaul dengannya akan disayangi oleh Allah dan Rasul.

2) Di antara sifat orang yang beriman dan bertaqwa ialah bercakap dengan perkataan yang baik serta berdiam diri dari bercakap perkara yang sia-sia.

3) Memperkatakan sesuatu yang sia-sia adalah satu sifat yang keji di dalam Islam. Oleh itu, berdiam diri adalah lebih baik.

4) Antara tanda kesempurnaan iman ialah memuliakan tetamu kerana mengharapkan ganjaran dari Allah SWT.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: e-hadith

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci