Categories
Hadis

Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

Hadis

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”

Huraian Hadith:  
1) Hadith menunjukkan kelebihan sifat malu, sifat malu adalah antara kesempurnaan iman, kerana sifat malu menghalang seseorang daripada melakukan maksiat, dan mendorongnya melakukan taat dan ibadat.

2) Malu adalah semulajadi (fitrah) dalam diri manusia, ianya boleh diasuh dan boleh dididik supaya sesuai dengan tuntutan syarak.

3) Islam menyuruh umatnya bersifat pemalu kerana malu itu sebahagian daripada iman.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: e-hadith

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci