Majlis akad nikah yang dilakukan samada di masjid. dewan, rumah dan sebagainya boleh dilakukan dengan kehadiran 250 orang tetamu mengikut kapasiti ruang dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara tersebut kerana terdapat kekeliruan yang timbul mengenai majlis akad nikah yang dibenarkan dengan kehadiran 20 tetamu sahaja berbanding majlis perkahwinan dengan 250 tetamu.
“Sebenarnya ramai yang aga keliru apabila kita mengumumkan majlis perkahwinan dibenarkan dengan kapasiti 250 termasuk majlis-majlis lain dibenarkan, ianya termasuklah majlis akad nikah kita benarkan. Ramai menganggap untuk akad nikah hanya 20 tetamu seperti kita putuskan dulu. Sebenarnya majlis akad nikah juga sama ada di dalam masjid, dewan, rumah dan sebagainya boleh mengundang tetamu tidak melebihi 250 dan had tetamu juga tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP yang telah diumumkan.“
“Kebenaran untuk majlis jamuan perkahwinan ini juga tertakluk kepada majlis perkahwinan agama lain. Maknanya apabila kita benarkan majlis perkahwinan Islam dan lain-lain aktiviti agama di masjid di rumah dan sebagainya, ianya juga adalah kebenaran kepada jamuan perkahwinan dan program perkahwinan di rumah ibadat atau di dewan bagi agama-agama bukan Islam yang lain. Jadi, terbuka kepada semua, walaubagaimanapun SOP sama sahaja sama ada Islam atau bukan Islam dan jumlah sama tidak melebihi 250 orang” kata beliau.
Sumber: Sidang Media PKPP