Putrajaya – KPM meneliti cadangan untuk menempatkan SPM dan STPM di Sabah yang terjejas akibat Covid-19 di asrama. Menteri Kanan Pendidikan berkata, ia susulan maklum balas yang diterima daripada ibu bapa bahawa anak mereka memilih untuk belajar secara bersemuka dengan guru.
Menurutnya, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah membangkitkan isu akses internet yang mereka hadapi di negeri berkenaan. “Mereka meminta kami mencari kaedah yang terbaik bagi membantu mereka mendepani isu tersebut. Selain tidak mempunyai akses internet yang baik, pelajar juga mempunyai kekangan tiada peranti untuk meneruskan pembelajaran di rumah”
Oleh demikian, beliau berkata, kali ini KPM lebih bersedia meneruskan sesi pembelajaran di rumah ketika sekolah-sekolah ditutup berdasarkan pengalaman yang dilalui ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Sumber: sinarharian