Categories
Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Daripada Huzaifah RA katanya, “Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami memakai pakaian daripada sutera kasar (untuk lelaki sahaja) dan minum di dalam bekas yang dibuat daripada emas dan perak (lelaki dan perempuan). Baginda bersabda lagi, “Semua barang tersebut adalah untuk orang kafir di dunia tetapi barang-barang tersebut akan kamu perolehi di akhirat kelak.”  

Huraian Hadith: 
1) Orang lelaki dilarang memakai pakaian yang dibuat daripada sutera sama ada sutera tersebut halus atau pun kasar. Sebaliknya orang perempuan boleh memakai pakaian daripada sutera.

2) Islam melarang keras umatnya lelaki dan perempuan menggunakan bekas yang dibuat daripada emas dan perak kerana kesan daripada memakai bekas tersebut boleh melahirkan sifat buruk seperti bangga diri dan lain-lain.

3) Walaupun umat Islam dilarang menggunakan bekas-bekas yang dibuat daripada emas dan perak di dunia tetapi mereka akan perolehi nikmat tersebut di akhirat kelak.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: e-hadith

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah