Categories
Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 8

Geografi Tingkatan 3 Bab 8 Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Dunia

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar
1) Gurun Panas
– meliputi Gurun Thar, Gurun Arab, Gurun Iran, Gurun Mojave, Gurun Sahara, Gurun Atacama dan Gurun Besar Australia

Tumbuhan Semula Jadi
– terdiri tumbuhan yang tahan cuaca panas
– pokok jenis xerofit sahaja boleh hidup di kawasan ini
– tumbuh secara jarang-jarang
– mempunyai akar panjang yang menjalar ke dalam tanah atau merebak di permukaan bumi untuk menyerap air
– pokok di kawasan gurun mempunyai daun berkilat, liat dan berbulu
Contoh: kaktus, prickly pear, semak samun berduri, rumput esparto, pokok akasia bantut

Hidupan Liar
– kebanyakan hidupan liar di kawasan ini adalah jenis nokturnal
– hidupan liar menjimatkan tenaga dan air di dalam badan dengan beteduh di bawah pokok atau bersembunyi di dalam lubang dan hanya bergerak aktif pada waktu malam untuk mencari makanan
Contoh: unta, kala jengking, tikus jerboa, cicak hutan, biawak pasir, musang fennec, addax antelope, rusa gazelle

2) Hutan Monsun Tropika
– tumbuh di kawasan India, Sri Lanka, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand dan Laos

Tumbuhan Semula Jadi
– terdiri tumbuhan berkayu keras
– tumbuh antara 20 hingga 30 meter
– mempunyai daun pokok yang banyak dan lebar
– hujung daun berbentuk tirus
– hutan ini jarang dan kelihatan berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata
Contoh: pokok jati, penaga, cendana, jelutung, buluh, rotan

Hidupan Liar
– terdiri haiwan yang berbulu nipis, kulit berkedut dan bersaiz besar
Contoh: gajah, rusa, monyet, burung, harimau bengal, ular, buaya

3) Hutan Daun Luruh Sederhana
– Amerika Utara, Jepun, New Zealand, Amerika Selatan, Eropah Barat, Korea Selatan dan Australia

Tumbuhan Semula Jadi
– mempunyai daun yang nipis dan lembut
– batang pokok mempunyai kulit tebal untuk mengurangkan transpirasi ketika musim sejuk
– batang pokok berbentuk silinder dan mempunyai cabang dahan yang lebih banyak
Contoh: oak, ash, elm, berangan, maple, poplar, bic

Hidupan Liar
– terdiri hidupan yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan musim
Contoh: chipmunk, white letter hairstreak, lesser purple emperor, rusa, badger, tupai merah, beaver, musang merah

4) Hutan Konifer
– Amerika Utara, Kanada Utara, Eropah dan Rusia

Tumbuhan Semula Jadi
– kanopi pokok berbentuk kon untuk mengelakkan salji terkumpul di atasnya
– batang pokok berkulit tebal, lurus dan tinggi
– kepadatan pokok adalah sederhana
– daun bersaiz kecil, halus dan berbentuk jarum untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses transpirasi
– permukaan daun bersalut lilin untuk mengelakkan ancaman fros
Contoh: pain, fir, sprus, cedar

Hidupan Liar
– burung dan binatang sangat aktif pada musim panas untuk mencari makanan
– pada musim sejuk, rusa dan burung berpindah ke kawasan yang lebih panas
Contoh: beruang, moose, lynx, tupai merah, burung hantu, belatuk, burung blue jay, burung raven

Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar
1) Pelancongan
– kebanyakan kawasan hutan semula jadi sesuai dijadikan pusat ekopelancongan

2) Penghalang hakisan
– tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting dalam menghalang hakisan tanah
– daun yang besar mampu memecahkan butiran hujan dan mengurangkan kelajuan titisan air yang jatuh ke bumi
– akar pokok mengurangkan air larian permukaan dan menjadi penghalang hakisan

3) Ekonomi
– batang pokok hutan konifer dan hutan monsun tropika digunakan untuk pembalakan yang menghasilkan sumber kayu balak untuk dieksport dan membekalkan bahan mentah untuk membuat kertas

4) Sumber perubatan
– tumbuhan boleh merawat pelbagai jenis penyakit

Kuiz Geografi Bab 8: Klik Sini
Geografi Tingkatan 3 Bab 8:
Nota Geografi: Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 1

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 2

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 3

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 4

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 5

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 6

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 7

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 8

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 9

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 10

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 11

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara