Categories
Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 6

Geografi Tingkatan 3 Bab 6 Sumber Semula Jadi Di Malaysia

Sumber semula jadi – bahan atau punca yang terdapat di sekeliling, sama ada di atas permukaan bumi, di dalam bumi atau di dalam air

Sumber semula jadi
1) Hutan
– hutan hujan tropika
– hutan pantai
– hutan gunung
– hutan paya: hutan paya air masin, hutan paya air tawar

2) Suria
3) Tanih
– laterit
– gambut
– aluvium
– beris
– pasir

4) Air
– sungai
– paya
– laut
– air bawah tanah
– empangan
– kolam
– tasik

Sumber tenaga alternatif
i) berasaskan alam semula jadi untuk menghasilkan sumber kuasa elektrik
ii) bersifat mesra alam dan digunakan untuk menggantikan penggunaan bahan api fosil
iii) contoh penjanaan kuasa: hidroelektrik, tenaga suria, biomas, ombak, geoterma dan angin

Sumber tidak boleh baharu – sumber semula jadi yang akan habis atau pupus dalam jangku waktu tertentu jika penerokaan sesuatu sumber itu tidak dikawal dan dirancang dengan baik.

Sumber mineral logam
i) bauksit
ii) kuprum
iii) bijih besi
iv) bijih timah
v) emas

Sumber mineral bukan logam
i) batu granit
ii) kaolin
iii) arang batu
iv) petroleum
v) pasir
vi) gas asli

Taburan sumber

1) Air (hidroelektrik)
– empangan ialah tambak yang dibina untuk menahan aliran air
– air sungai yang diempang, apabila dilepaskan akan memutarkan turbin dan menghasilkan tenaga elektrik

2) Hutan
a) Hutan hujan tropika
Jenis Tanih: aluvium, laterit
Lokasi: bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Bahagian Sabah dan Sarawak
Sumber: cengal, meranti, mebau, mersawa, jelutung, keruing, nyatuh, buluh, rotan, orkid, paku-pakis. Harimau, gajah, tapir, landak, kancil dan monyet

b) Hutan paya air tawar
Jenis Tanih: gambut, aluvium
Lokasi: Sekitar Tasih Chini, Tasik Bera, Rompin, Pekan (Pahang), Sabak Bernam dan Tanjung Karang (Selangor), Dataran Hilir Perak, Sekitar Sungai Lupar dan Sungai Rajang (Sarawak)
Sumber: Pokok mengkuang, nipah, palma, keladi air, putat, palas, keriang, meranti jaya dan semayur. Ikan air tawar, katak, ular, biawak, buaya, burung dan kera

c) Hutan paya air masin
Jenis Tanih: gambut, aluvium
Lokasi: Laut Matang (Perak), Sebahagian pantai Kuala Selangor, Pantai Samarahan-Sadong (Sarawak), Delta Labuk-Sugut (Sabah)
Sumber: Pokok bakau. Ikan, siput, ketam, udang, ular, burung, memerang, keluang dan kera

d) Hutan Pantai
Jenis Tanih: berpasir
Lokasi: Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah), Pulau Sipadan (Sabah), Pulau Talang-talang (Sawarak), Pantai Penarik (Terengganu)
Sumber: Pokok ru, tapak kuda, mengkuang laut, bebaru, pokok kelapa dan rumput pantai. Burung, tupai, ular, ketam, siput dan serangga

e) Hutan Gunung
Jenis Tanih: laterit
Lokasi: Gunung Kinabalu (Sabah), Pergunungan Iran (Sarawak), Gunung Jerai (Kedah), Gunung Tahan (Pahang)
Sumber: Rafflesia, periuk kera, pokok renek, paku-pakis, lumut dan kulampair. Siamang, ular, burung, serangga, musang dan harimau dahan

3) Mineral
a) Petroleum
Lokasi: Luar pesisir pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak
Kegunaan: menjana tenaga elektrik, bahan api kenderaan, industri petrokimia, bahan kimia

b) Gas asli
Lokasi: Luar pesisir pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak
Kegunaan: bahan api domestik, industri petrokimia, bahan api alternatif untuk kenderaan

c) Emas
Lokasi: sekitar Raub, dan Kuala Lipis (Pahang), Bau (Sarawak), Sekitar Rusila (Terengganu)
Kegunaan: Jongkong emas, barangan kemas

d) Arang batu
Lokasi: Silimpopon, Maliau (Sabah), Bintulu, Mukah, Merit-Pila, Silantek, Balingian (Sarawak)
Kegunaan: menjana tenaga elektrik, melebur besi.

Kepentingan Sumber Semula Jadi
1) membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang mengikut sektor
2) menyediakan bahan mentah dan bahan asas kepada industri hiliran
3) membangunkan pelbagai Infrastruktur untuk memudahkan pengurusan sumber
4) penjanaan pendapata negara melalui sektor yang melibatkan bahan mentah
5) membangunkan bandar-bandar baharu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan

Kuiz Geografi Bab 6: Klik Sini
Geografi Tingkatan 3 Bab 6:
Nota Geografi: Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 1

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 2

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 3

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 4

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 5

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 6

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 7

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 8

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 9

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 10

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 11

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara