Categories
Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 4

Geografi Tingkatan 3 Bab 4 Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia

Jenis dan Taburan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
i) Hutan hujan tropika
ii) Hutan paya air tawar
iii) Hutan paya air masin
iv) Hutan gunung
v) Hutan pantai

1) Hutan Hujan Tropika
geo t3b4 1
a) Lantai Hutan
– ketinggian pokok kurang 10 meter
– tumbuhan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari
– dilitupi oleh daun kering dan dahan reput
– terdapat tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput

b) Lapisan Tengah
– ketinggian pokok antara 10 – 20 meter
– pokok-pokok kecil
– terdapat tumbuhan epifit yang menumpang di atas pokok lain
– terdapat tumbuhan parasit yang memanjat pokok lain untuk mendapatkan air garam dan mineral dari pokok tersebut

c) Lapisan Kanopi (silara)
– ketinggian pokok antara 20 – 40 meter
– lapisan pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan

d) Lapisan Renjong (Emergen)
– ketinggian pokok antara 40 – 50 meter
– pokok berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat
– batang lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari

2) Hutan Pantai
geo t3b4 2
– tumbuh di kawasan pantai yang berpasir
– Tumbuhan: pokok ru, tapak kuda, pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut dan pokok kelapa
– pokok di sepanjang pantai mempunyai ketinggian yang berbeza-beza
– pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter, mempunyai batang yang lurus, tinggi dan berbentuk silinder
– tumbuh-tumbuhan menjalar seperti tapak kuda sesuai hidup di pantai yang berpasir

3) Hutan Paya Air Tawar
geo t3b4 3
– terdapat di kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air, khususnya air sungai dan tasik
– Tumbuhan: mengkuang, mersawa paya, meranti paya dan kempas
– terdapat pokok-pokok jenis berkayu keras dan batangnya besar, lurus dan tinggi yang tumbuh secara bercampur aduk, rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya

a) Lapisan pokok renek
– tumbuh-tumbuhan adalah jarang kerana kurang cahaya matahari
– lantai hutan dibanjiri air pada musim hujan

b) Lapisan tengah
– pokok bersaiz kecil dan sederhana

c) Kanopi (silara)
– pokok berkayu keras dan tinggi
– membentuk kanopi yang tidak sejajar

3) Hutan Paya Air Masin
– terdapat di kawasan pinggir laut yang bersaliran buruk, berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang
– Tumbuhan: pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung
– tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut jarak dari laut

4) Hutan Gunung
geo t3b4 4
– terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1,200m dari aras laut
– jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi adalah berbeza mengikut ketinggian
– tumbuh-tumbuhan akan mengadaptasikan dengan suhu dan kesuburan tanih

a) Hutan montane bawah
– Ketinggian Lapisan: 1200m – 1800m
– dikenali Hutan Daun Luruh
– ketinggian pokok antara 15m – 33m
– Tumbuhan: pokok oak, laurel, orkid dan paku langsuyar

b) Hutan montane atas
– Ketinggian Lapisan: 1800 – 2900m
– terdapat pokok daun tirus
– kebanyakan pokok adalah rendah
– ketinggian pokok di antara 1.5m -18m
– hanya terdapat 1 lapisan hutan sahaja
– lantai hutan yang lembap dan ditumbuhi lumut
– Tumbuhan: pain, sprus, gelam gunung, epifit, bunga raflesia, periuk kera dan pokok rhododendron

c) Tumbuhan hampir alpain
– Ketinggian Lapisan: 2900 – 3500m
– terdapat hutan campur jenis pokok bantut dan rumput
– Tumbuhan: Pokok renek konifier, Low’s Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera

d) Tumbuhan alpain
– Ketinggian Lapisan: melebihi 3500m
– terdapat tumbuhan renek dan lumut
– Tumbuhan: orkid dan lumut

Faktor mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi
i) Bentuk muka bumi
ii) Saliran
iii) Iklim
iv) Tanih

1) Bentuk muka bumi
a) Tanah pamah dan kaki bukit
– Hutan hujan tropika tumbuh di kawasan tanah pamah dan kaki bukit yang bersaliran baik
– terdiri daripada pokok yang tinggi dan bersaiz besar
– kawasan yang berada di bawah 180m dari aras laut
– akar banir befungsi untuk menyokong pokok daripada tumbang

b) Muara sungai, pinggir tasik dan pinggir laut
– kawasan berpasir dan berlumpur ditumbuhi Hutan Pantai
– kawasan pinggir laut yang bterlindung dan muara sungai berlumpur ditumbuhi Hutan paya air masin
– tanah pamah yang sering ditenggelami air ditumbuhi oleh Hutan paya air tawar

c) Tanah tinggi melebihi 1,200m dari aras laut
– tumbuhan pada ketinggian 1,200m terdiri daripada pokok yang bersaiz kecil
– pada ketinggian 1,800m hingga 2,900m pula terdapat pertumbuhan lumut dan pokok tumpang.

2) Saliran
a) Bersaliran baik
– pokok cengal, tualang, pokok kelapa dan pokok ru
– Pulau Sipadan (Sabah), Desaru (Johor) dan Air terjun lasir (Terengganu)

b) Bersaliran buruk
– pokok mengkuang, mersawa paya, meranti paya, kempas, nipah dan nibong
– Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang), Delta Labut-Sugut (Sabah)

3) Iklim
– Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun
– Purata suhu 27 darjah celcius dan menerima hujan yang banyak kira-kira 2,600 mm setahun
– purata suhu yang tinggi serta penerimaan cahaya matahari dan jumlah hujan yang banyak menggalakkan pertumbuhan Hutan hujan tropika
– suhu di kawasan tanah tinggi berbeza dari kawasan tanah pamah
– suhu 18 darjah celcius di kawasan tanah tinggi menggalakkan pertumbuhan Hutan Gunung.

4) Tanih
– Malaysia kaya dengan pelbagai jenis tanih
– tanih aluvium, tanih laterit, tanih gambut, tanih berpasir

a) Hutan Hujan Tropika
– Tanih: aluvium, laterit
– Tumbuhan: Cengal, meranti tualang
– Lokasi: Kaki Banjaran Titiwangsa (Perak), dan Banjaran Tahan (Pahang)

b) Hutan Paya Air Masin
– Tanih: gambut, aluvium
– Tumbuhan: Pokok bakau, bakau jongkong, bakau api-api
– Lokasi: Laut Matang (Perak), Muara Sungai Perak dan Tanjung Piai (Johor)

c) Hutan Paya Air Tawar
– Tanih: gambut, aluvium
– Tumbuhan: nipah, mengkuang, terap
– Lokasi: Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang), Delta Rajang (Sarawak)

d) Hutan Pantai
– Tanih: berpasir
– Tumbuhan: tapak kuda, pokok ru, pokok kelapa
– Lokasi: Pantai Irama (Kelantan), Pantai Tanjung Rhu (Langkawi)

e) Hutan Gunung
– Tanih: laterit
– Tumbuhan: oak, laurel, paku pakis
– Lokasi: Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Jerai (Kedah)

Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi
i) Sumber perubatan
– tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di hutan kebanyakannya boleh digunakan dalam bidang perubatan
– akar, kulit, daun, ranting dan buah daripada pelbagai spesies tumbuhan dijadikan sebagai ubat
geo t3b4 5

ii) Habitat
– hutan bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna
– hutan di Malaysia menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan bagi hidupan liar
– haiwan memilih tempat tinggal berlainan untuk keselamatan, keperluan sumber makanan dan kesesuaian diri
– sekiranya tumbuh-tumbuhan musnah, pelbagai spesies flora dan fauna akan kehilangan habitat dan sumber makanan
– Lokasi: Taman Negara Endau-Rompin (Johor), Lembah Danum (Sabah)

iii) Sumber bahan mentah
– hutan adalah penting untuk membekalkan sumber kayu balak dalam industri perabot
– buluh dan rotan digunakan dalam industri pembuatan kraf tangan dan perabot
– kayu bakau dijadikan sebagai bahan api dan bahan binaan
– hutan di Malaysia mempunyai pelbagai pokok yang sesuai untuk pembalakan
– hasil eksport kayu balak telah memberikan sumber pendapatan kepada negara

iv) Kawasan tadahan hujan
– hutan betindak sebagai span berongga yang menyerap air serta mengalirkan ke sungai empangan, kolam dan tasik
– hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan
– air yang diserap ke dalam tanah ditapis secara semula jadi dan menjadi air yang bersih
– Lokasi: Banjaran Kapuas Hulu (Sarawak), Taman Negeri Royal Belum (Perak)

v) Keseimbangan ekosistem
– bergantung antara komponan biotik dengan komponen abiotik dalam alam sekitar
– kawasan hutan merupakan satu ekosistem dengan tumbuhan semula jadi sebagai salah satu komponen biotik utama
– tumbuhan saling berinteraksi dengan unsur lain dalam komponen biotik dengan abiotik bagi mewujudkan satu persekitaran yang seimbang
– Lokasi: Taman Negara Bako (Sarawak), Taman Negara Pahang.

Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuhan
Positif
i) Pembangunan hutan
ii) Penghutanan semula
iii) Taman Negara
iv) Hutan Simpan Kekal

Negatif
i) Ketidakseimbangan ekosistem
ii) Hakisan tanih
iii) Kawasan tadahan hujan terganggu
iv) Kepupusan flora dan fauna

Kuiz Geografi Bab 4: Klik Sini
Geografi Tingkatan 3 Bab 4:
Nota Geografi: Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 1

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 2

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 3

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 4

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 5

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 6

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 7

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 8

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 9

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 10

Geografi Tingkatan 3

Geografi Tingkatan 3 Bab 11

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara