Geografi Tingkatan 3 Bab 10 Sumber Hutan
Sumber Hutan
– merupakan sumber boleh baharu
– meliputi kawasan yang ditumbuhi pelbagai jenis flora dan fauna yang hidup secara semula jadi
Kepentingan Pengurusan Sumber Hutan
1) Keseimbangan Ekosistem
– merupakan proses interaksi antara komponen biotik dengan komponen abiotik dalam alam sekitar
– komponen dalam ekosistem sentiasa berinteraksi dan menghasilkan satu aliran tenaga dan rantaian makanan yang berterusan serta memelihara imbangan ekosistem
2) Keperluan Masyarakat Setempat
– persekitaran semula jadi merupakan suatu yang sinonim dengan kehidupan masyarakat setempat terutama dari aspek signifikan dan prgantungan hidup mereka terhadap elemen berkenaan
– fungsi hutan kepada masyarakat setempat penting sebagai sumber bahan makanan, membina tempat tinggal, menyediakan pelbagai peralatan dan sebagai sumber pendapatan
3) Ekopelancongan
– pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi
– contoh: Taman Negeri Royal Belum, Taman Negara Endau-Rompin
4) Membekalkan Sumber Bahan Mentah
– pengurusan yang cekap dapat menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan untuk masa hadapan
Usaha Pemeliharaan Dan Pemuliharaan
1) Pemeliharaan
– usaha untuk melindungi merancang dan mengurus sumber hutan agar tidak musnah
2) Pemuliharaan
– usaha membaik pulih sumber hutan yang telah diganggu supaya kembali kepada keadaan asal
a) Tapak Ramsar
– menjaga tanah lembap khususnya hutan paya bakau yang mempunyai pelbagai jenis kehidupan
Pemeliharaan
– dijadikan kawasan ekopelancongan di Malaysia
– keindahan alam semula jadi dan lanskap indah flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pelancong
Pemuliharaan
– memulihara kawasan tanah lembap serta kepelbagaian biologi hutan paya bakau di negara
b) Pembangunan Lestari
– sebagai satu gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu antara tuntutan pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar.
Pemeliharaan
– perintis pembangunan bandar pentadbiran dengan konsep teknologi hijau
– bandar yang dibina berasaskan bandar dalam taman
– memelihara hutan dalam bentuk ekopelanconga dan hutan bandar
Pemuliharaan
– usaha dan komitmen berterusan ke arah pembaikan kualiti persekitaran dan memastikan aktiviti pembadaran yang mengambil kira aspek pengurangan pelepasan karbon dan galakan ekonomi hijau dan gaya hidup karbon rendah
c) Taman Negara
– melindungi kepelbagaian biologi dan struktur ekologinya, menyokong ekosistem, mempromosikan pendidikan dan rekreasi
Pemeliharaan
– memelihara dengan menjadikan taman negara sebagai pusat ekopelancongan
– memelihara flora dan fauna dalam hutan supaya tiada gangguan aktiviti manusia
Pemuliharaan
– PERHILITAN telah membaik pulih hidupan liar dan jaga hutan
d) Geopark
– berperanan mementingkan pembangunan sesebuah kawasan secara lestari.
Pemeliharaan
– memelihara dengan menadikannya sebagai pusat ekopelancongan
Pemuliharaan
– pemuliharaan biologi, geologi dan budaya
– pemuliharaan bersepadu antara warisan budaya dengan alam semula jadi
– penggunaan sumber warisa secara lestari tanpa memusnahkannya
Peranan Agensi dalam Pengurusan Hutan
Badan Kerajaan
1) Jabatan Alam Sekitar (JAS)
– bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta strategi berkaitan biodiversiti dan perhutanan
2) Sabah Forestry Department
– bertanggungjawab dalam memberi perlindungan dan pemuliharaan rizab hutan berdasarkan konsep Pengurusan Hutan Lestari
3) Sarawak Forestry Corporation
– melaksanakan pengurusan hasil hutan, kawasan terlindung sepenuhnya, pemuliharaan hidupan liar, kawalan penuaian dan pengeuatkuasaan terhadap pematuhan serta penyelidikan dan pembangunan perhutanan
4) Institut Penyelidikan Perhutanan
– menjana pengetahuan dan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk pemuliharaan, pengurusan, pembangunan dan penggunaan sumber-sumber hutan serta meningkatkan kesedaran terhadap peranan alam sekitar dan pemuliharaan hutan
5) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
– mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estetika, rekreasi dan fungsi ekologi
Badan Bukan Kerajaan
1) Sahabat Alam Malaysia
– mendidik masyarakat umum mengenai keperluan pembangunan lestari
2) Malaysian Nature Society
– memberi kesedaran alam sekitar melalui pendidikan
3) The Wildlife Trade Monitoring Network
– berperanan menguruskan perdagangan yang mampan melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar tanpa merosakkan integriti sistem ekologi
4) Global Environment Centre
– menggalakkan pelrindungan dan penggunaan lestari hutan serta tanah lembap
5) WWF
– berperanan menghentikan kemusnahan persekitaran alam semula jadi melalui beberapa kaedah
Kuiz Geografi Bab 10: Klik Sini
Geografi Tingkatan 3 Bab 10:
Nota Geografi: Tingkatan 3