Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual Dan Graf
Ciri-Ciri Dan Kegunaan Jadual
Jadual – merupakan cara untuk mempersembahkan sesuatu data atau maklumat secara lebih tersusun
Ciri-ciri Jadual
i) tajuk
ii) data dan maklumuat
iii) sumber yang bersesuaian
Kegunaan
i) data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut kesesuaian
ii) digunakan untuk melihat perubahan dan pertalian antara dua set maklumat
iii) pengkelasan malumat dalam jadual adalah lebih tersusun dan mudah menarik perhatian orang yang melihat
Graf – rajah yangh terdiri daripada bar atau garisan untuk menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang dikaji
1) Graf Bar Mudah
Ciri-Ciri
i) graf terdiri daripada paksi menegak, paksi mendatar, tajuk dan petunjuk
ii) bar dilukis secara menegak atau mendatar
iii) ketinggian bar mewakli kuantiti sesuatu komponen
Kegunaan
i) untuk mempersembahkan data yang boleh dikira
ii) untuk menunjukkan perbezaan antara komponen yang dikaji
2) Graf Garisan Mudah
Ciri-Ciri
i) graf dilukis secara garisan yang panjang
ii) garisan yang curam menggambarkan perubahan yang besar manakala garisan yang landai menggambarkan perubahan yang kecil
iii) jika garisan mendatar bermakna tiada perubahan yang berlaku pada nilai yang berkenaan dalam tempoh masa tertentu
Kegunaan
i) menggunakan garisan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mengalami peubahan jumlah atau nilai yang berterusan
ii) data yang dipersembahkan menggunakan graf garisan ialah maklumat min suhu, perubahan penduduk, jualan barang atau produk, pengeluaran hasil tanaman dan lain-lain
3) Graf Gabungan
Ciri-Ciri
i) merupakan gabungan graf bar mudah dan graf garisan
ii) menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu graf
Kegunaan
i) menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan
ii) sesuai digunakan untuk data dan maklumat (suhu dan hujan, harga jualan dan pengeluaran)
Langkah-Langkah Membina Jadual
1) Data dan maklumat yang diperoleh harus disusun dalam bentuk jadual supaya mudah dibaca, difahami dan ditafsir
2) Bina jadual kekerapan
3) Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah
Langkah-Langkah Membina Graf
Bar mudah
1) Lukiskan paksi mendatar dan menegak di atas kertas graf
2) Pilih skala yang sesuai
3) Tandakan skala pada paksi menegak
4) Lukiskan graf mengikut data
5) Lorek atau warnakan setiap bar. Gunakan lorekan atau warna yang berlainan
6) Labelkan paksi mendatar, menegak, skala graf bar dan tajuk
7) Sediakan petunjuk bagi setiap bar
Garisan Mudah
1) Lukiskan paksi mendatar dan menegak
2) Pilih skala yang sesuai
3) Tandakan titik di atas kertas graf berdasarkan data
4) Sambungkan semua titik yang ditandakan itu dengan satu garisan
5) Labelkan paksi menegak, mendatar.
6) Berikan tajuk yang sesuai pada graf
Gabungan
1) Lukiskan paksi menegak dan mendatar
2) Kenal pasti nilai maksimum dan nilai minimum
3) Pilih skala yang bersesuaian
4) Tandakan skala pada paksi menegak kiri dan kanan
5) Lukiskan bar
6) Plot nilai pada bahagian tengah bar
7) Sambungkan titik-titik tersebut
8) Lengkapkan graf dengan tajuk dan label
Mentafsir Jadual dan Graf
1) Perhatikan tajuk
2) Perhatikan maklumat di dalam jadual
3) Perhatikan paksi menegak dan paksi mendatar
4) Kenal pasti dan huraikan nilai maksimum dan minimum data
5) Huraikan aliran perubahan data
6) Huraikan isi tersirat berdasarkan data
7) Buat rumusan secara keseluruhan
Kuiz Geografi Bab 1: Klik Sini
Geografi Tingkatan 3 Bab 1:
Nota Geografi: Tingkatan 3