Geografi Tingkatan 2 Bab 9 Pemanasan Global
Pemanasan Global – peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau.
Global – meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia.
Faktor Pemanasan Global
1) Aktiviti Manusia
– petanian yang menggunakan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan
– pembalakan haram
– pembakaran secara terbuka
– asap kenderaan motor dan perindustrian
2) Aktiviti Semula Jadi
– letusan gunung berapi
– penerimaan pancaran matahari berlebihan
– kebakaran hutan secara semula jadi
Sumber Gas Rumah Hijau
i) Pembakaran Terbuka – karbon dioksida
ii) Penjanaan Tenaga Elektrik Terma – karbon dioksida
iii) Pengangkutan – karbon dioksida, karbon monoksida
iv) Perindustrian – karbon dioksida, Nitrogen dioksida, CFC
v) Pertanian – Metana, Nitrus oksida
vi) Letusan Gunung Berapi – Karbon dioksida, Karbon monoksida, Sulfur dioksida
Kesan Pemanasan Global
1) Peningkatan aras laut
Punca
– pencairan ais di kutub
– peningkatan suhu air laut
Kesan
– mengakibatkan banjir besar dan hakisan
– menenggelamkan kawasan daratan
– memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa
– menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih
2) Kemerosotan sumber makanan
Punca
– air laut menjadi panas
– banjir memusnakan kawasan pertanian
– tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanian
Kesan
-mengancam sumber makanan dunia
3) Gangguan cuaca
Kesan
– mengakibatkan banjir, ribut, ombak besar dan taufan
– kemusnahan flora dan fauna
– taburan hujan tidak menentu
4) Masalah kesihatan
Kesan
– kehilangan nyawa
– gelombang haba berisiko menyebabkan strok haba dan dehidrasi
– meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan haba.
Langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global
1) Amalan 5R
2) Penggunaan tenaga mesra alam
3) Pendidikan alam sekitar
4) Kerjasama antarabangsa
5) Penguatkuasaan undang-undang
6) Menggunakan pengangkutan awam
7) Menggunakan barang elektrik jimat tenaga
8) Menanam pokok di sekitar rumah
Kuiz Geografi Bab 9: Klik Sini
Geografi Tingkatan 2 Bab 9: –
Nota Geografi: Tingkatan 2