Categories
Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 8

Geografi Tingkatan 2 Bab 8 Jenis Dan Kemajuan Pengangkutan Di Asia

Jenis Pengangkutan Di Asia
1) Pengangkutan Darat – hampir keseluruhan negara di Asia mempunyai landasan kereta api.
i) Landasan Kereta Api India
– jaringan landasan kereta api terbanyak di dunia
– panjang : 66,687km

ii) Landasan Kereta Api Trans-Siberian
– menganjur dari Moscow hingga Vladivostok
– panjang: 9,288km

iii) Landasan Kereta Api Shinkansen
– pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) paling cekap dan efisien di Jepun
– Kelajuan: 320km/j

iv) Kereta Api Bkerlajuan Tinggi Di Korea Selatan
-panjang:
Suseo (61.1km)
Wonju-Gangneung (120.7km)
Gyeongbu (417.4km)
Honam (182.3km)
– Kelajuan: 350km/j

v) Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai
– masa perjalanan antara Beijing ke Shanghai dapat dipendekkan
– Kelajuan 250km/j – 300km/j

2) Pengangkutan Udara – antara pintu masuk utama ke sesebuah negara
i) Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo Moscow
– Salah satu hab penerbangan terbesar di Rusia mengendalikan 28.5 juta penumpang (2016)

ii) Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
– Lapangan terbang yang tersibuk di dunia dan mengendalikan 83.6 juta penumpang (2016)

iii) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
– salah satu hab penerbangan utama di Asia Tenggara dan mengendalikan 52.6 juta penumpang (2016)

iv) Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu
– hab penerbangan terbesar di China dan mengendalikan 46.0 juta penumpang (2016)

v) Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo
– salah satu daripada dua lapangan terbang utama di Greator Tokyo dan mengendalikan lebih daripada 80 juta penumpang (2016)

vi) Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
– lapangan terbang yang unik kerana tapaknya wujud akibat penambakan laut dan mengendalikan 70.5 juta penumpang (2016)

vii) Lapangan Terbang ANtarabangsa Changi
– lapangan terbang terbaik di dunia dan mengendalikan 58.7 juta penumpang (2016)

3) Pengangkutan Air
i) Pelabuhan Jawaharlal
– pelabuhan kontena tebesar yang mengendalikan kira-kira 55 peratus daripada jumlah kontena di pelabuhan-pelabuhan utama di India

ii) Pelabuhan Tokyo
– mengendalikan barangan runcit, makanan, ketas, bahan binaan dan sebagainya untuk keperluan penduduk dan industri setempat.

iii) Pelabuhan Hong Kong
– pelabuhan paling sibuk di dunia dan terlindung daripada bencana alam, efisien dan sistematik.

iv) Pelabuhan Singapura
– mampu menampung kira-kira 1,000 kapal kontena pada satu-satu masa

Kemajuan Pengangkutan Di Asia
1) Jaringan Landasan Kereta Api Shinkansen Di Jepun
– Merupakan rangkaian jalan pengangkutan darat yang paling efisien dan canggih.
– Empat pulau utama di Jepun, iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu dihubungkan melalui rangkaian jalan kereta api yang berteknologi tinggi dan maju.
– Sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) ini dikendalikan oleh Japanese National Railways (JNR).
– Laluannya melibatkan bandar-bandar metropolitan seperti Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka.
– Jumlah perkhidmatan kereta api dalam sehari adalah sebanyak 358 perkhidmatan.
– Kira-kira 445 000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini pada setiap hari.

Keistimewaan
– menepati masa
– keselamatan
– mencapai tahap keselesaan penumpang yang tinggi

2) Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
– Terletak di Metropolis Dubai yang merupakan sebuah metropolis yang terbesar, moden dan termasyhur di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
– Merupakan lapangan terbang yang termoden dan paling sibuk di dunia. Diuruskan oleh Dubai Airports.
– Terdiri daripada tiga terminal yang berkemampuan menampung kapasiti sebanyak 90 juta penumpang setahun.
– Dubai merupakan hab penerbangan yang terbesar di Asia Barat (ketiga terbesar di dunia selepas Beijing dan Atlanta).

Keistimewaan
– suasana meriah, restoran tebaik, kawasan membeli-belah dan tarikan pelancongan yang menarik
– pusat penerbangan yang berperanan masyarakat dunia dalam kalangan ekspotriat
– terkenal sehingga terdapat siri dokumentari, Ultimate Airport Dubai
– terminal 3 dikhas hanya untuk syarikat penerbangan Emirates.

3) Pelabuhan Hong Kong
– Berkedudukan strategik di Laut China Selatan yang secara semula jadi terlindung. Dasar laut yang dalam membolehkannya menjadi antara pelabuhan yang paling sibuk, masyhur dan penting kepada rantau Asia Tenggara dan Asia Timur.
– Jabatan Marin Hong Kong bertanggungjawab mengawal aktiviti perkapalan kargo dan kontena secara menyeluruh, menjaga keselamatan pengemudian kapal, menjalankan rondaan di pelabuhan dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa yang ketat.
– Pelabuhan yang menjadi pemangkin pembangunan dan kemakmuran Hong Kong kerana terletak pada kedudukan laluan perdagangan dunia.
– Pada tahun 2016, pelabuhan ini telah mengendalikan 19.8 juta kontena dan jumlah kapal perdagangan yang berlabuh dan berlepas di pelabuhan ini adalah sebanyak 370 990 buah.
– Meningkatkan darjah ketersampaian di Hong Kong yang melibatkan mobiliti penumpang sebanyak 24.91 juta orang.

Keistimewaan
– pintu masuk ke negara China
– pelabuhan yang mengenakan duti pelabuhan yang rendah
– proses pemunggahan kontena dan kargo hanya mengambil masa 10 jam secara purata dan merupakan antara yang terpantas di dunia

Kesan Pengangkutan
1) Masyarakat
– memendekkan masa perjalanan
– memingkatkan integrasi
– meningkatkan darjah ketersampaian
– meningkatkan taraf hidup penduduk
– mengurangkan kesesakan lalu lintas
– mewujudkan banyak peluang pekerjaan

2) Ekonomi
– bandar berkembang menjadi hab perdagangan
– pembinaan pusat rekreasi dan hotel betaraf antarabangsa
– memperkembang perdagangan domestik dan antarabangsa
– memajukan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan
– petukaran mata wang asing

3) Alam Sekitar
i) Kesan Positif
– kereta api berkelajuan tinggi mengurangkan pencemaran alam sekitar
– perubahan landskap yang menarik dan mesra alam di kawasan sekitar

ii) Kesan Negatif
pencemaran bunyi – bunyi kuat dari akwasan lapangan terbang mengganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya
pencemaran air – tumpahan minyak daripada kapal menyebabkan kepupusan hidupan akuatik
kemusnahan hutan – pembinaan lebuh raya, jaringan kereta api, dan lapangan terbang memusnahkan kawasan tadahan air.

Kuiz Geografi Bab 8: Klik Sini
Geografi Tingkatan 2 Bab 8: –
Nota Geografi: Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 1

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 2

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 3

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 4

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 5

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 7

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 6

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 8

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 9

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 10

Geografi Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 Bab 11

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat