Geografi Tingkatan 2 Bab 5 Pengangkutan Di Malaysia
Pengangkutan Darat di Malaysia
a) Jaringan jalan raya
– lebih tertumpu di pantai barat berbanding dengan pantai timur Semenanjung Malaysia
Lebuhraya Pan Borneo – projek infrastruktur yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar di Sabah dan Sarawak
Jenis jalan raya
i) jalan raya persekutuan
ii) jalan bandaran
iii) jalan berturap
iv) jalan tidak berturap
b) Jaringan landasan kereta api
Pengangkutan Udara dan Air
a) Lapangan terbang antarabangsa
i) Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang
ii) Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur
iii) Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur 2
iv) Lapangan terbang antarabangsa Senai
v) Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu
vi) Lapangan terbang antarabangsa Kuching
b) Pelabuhan utama
Ciri-ciri pelabuhan
i) terletak di kawasan perairan yang telindung
ii) mempunyai jaringan dengan kaedah pengangkutan yang lain
iii) mempunyai jaringan dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan sokongan.
Marina – pangkalan perahu kecil untuk persiaran
Kargo – Barang dagangan yang dibawa dengan kapal
Pukal kering – barang-barang kering dalam kuantiti yang banyak
Pecah pukal – perbuatan membuka petak atau ruang dalam kapal dan memunggah kargo selepas berlayar
Pukal Cecair – cecair yang diangkut menggunakan pengangkutan komersial dalam jumlah yang besar
Pengangkutan awam
a) Jalan raya & kereta api – bas, teksi, e-panggilan (e-hailing), rel bersepadu
b) Air – feri, bot
c) Udara – kapal terbang
Faktor mempengaruhi jaringan pengangkutan
a) Bentuk muka bumi
i) Tanah tinggi – pembinaan yang sukar dan kos yang tinngi
ii) Tanah pamah – sesuai untuk pembinaan jaringan
iii) Lembangan sungai – menelan kos yang tinggi kerana perlu ditambak dan dibina jambatan
iv) Pinggir laut – sesuai dijadikan pelabuhan.
b) Kemajuan teknologi
c) Dasar kerajaan
i) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam darat
ii) Bidang Keberhasilan Utama Negara bertujuan untuk menambak baik pengangkutan awam
d) Kegiatan ekonomi
– jaringan pengangkutan dibina di kawasan yang terdapat sumber mineral untuk memudahkan kerja penghantaran bahan, pemprosesan dan pemasaran sumber ke tempat lain.
Kepentingan pengangkutan Darat, Udara dan Air
Darat
1) Membawa penumpang dan barangan
2) Membangunkan bandar satelit
3) Mempertingkatkan darjah ketersampaian
4) Meningkatkan sektor perniagaan
5) Pembanguan wilayah koridor ekonomi
6) Membangunkan kawasan sekitar
Udara
1) Menggalakkan integrasi nasional
2) Meningkatkan darjah ketersampaian
Air
1) Menghubungkan kawasan pedalaman
2) Membawa penumpang dan barangan
3) Mengendalikan urusan perdagangan
Kepentingan Pengangkutan Awam
1) Mengurangkan kesesakan lalu lintas
2) Memajukan industri pelancongan
3) Mengurangkan kos
4) Mempertingkatkan darjah ketersampaian
5) Mengurangkan pencemaran udara
6) Mewujudkan peluang pekerjaan
Amalan Pengangkutan Lestari
Kepentingan
i) mengurangkan kos bahan api
ii) mengelakkan kesesakan lalu lintas
iii) mengurangkan pelepasan bahan pencemar ke udara
iv) meningkatkan keselamatan pengangkutan awam
v) mengurangkan hakisan
vi) meminimumkan kemusnahan flora dan fauna
Amalan pengangkutan
i) penggunaan kereta elektrik dan hibrid
ii) berkongsi kereta
iii) penggunaan pengangkutan awam
Kuiz Geografi Bab 5: Klik Sini
Geografi Tingkatan 2 Bab 5: –
Nota Geografi: Tingkatan 2