Geografi Tingkatan 2 Bab 3 Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca Dan Iklim
Pergerakan Bumi
– pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara iaitu putaran bumi dan peredaran bumi
– bumi berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk elips
Orbit – laluan yang diikuti oleh sesuatu planet dan satelit dalam pergerakan mengelilingi matahari
Putaran Bumi
– bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan sudut 23½° pada satah tegak
– putaran bumi adralah dari arah barat ke timur atau mengikut arah lawan pusingan jam
– satu putaran yang lengkap mengambil masa 24 jam atau satu hari
Kesan putaran bumi
a) Kejadian siang dan malam
b) Perbezaan waktu tempatan
– bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran
– setiap jam, bumi akan berputar sebanyak 15º longitud atau 4 minit bagi setiap 1º longitud.
c) Pembiasan angin lazim
Daya koriolis – putaran bumi dari barat ke timur menghasilkan daya graviti bumi
– menyebabkan pemesongan arah tiupan angin lazim dunia
hemisfera utara – tarikan graviti menyebabkan pergerakan angin terbias ke arah kanan daripada arah tiupannya
hemisfera selatan – tiupan angin adalah terbias ke arah kiri
graviti – daya tarikan yang menggerakkan jasad ke arah pusat bulan atau bumi
d) Kejadian pasang surut
Peredaran Bumi
– bumi beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam
– 1 peredaran lengkap mengambil masa selama 365¼ hari atau 1 tahun.
Perihelion – merupakan jarak bumi yang paling hampir dengan matahari dan berlaku kira-kira dua minggu selepas solstis musim sejuk
Afelion – jarak bumi yang paling jauh dari matahari, berlaku kira-kira 2 minggu selepas solatis musim panas
Kesan perederan bumi
i) Musim panas > luruh > sejuk > bunga
a) Ekuinoks musim bunga (21 mac)
– matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa (0°)
– hemisfera utara mengalami musim bunga dan hemisfera selatan mengalami musim luruh
– hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang.
b) Solstis musim panas (21 jun)
– matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan (23½°U)
– hemisfera utara mengalami musim panas dan hemisfera selatan mengalami musim sejuk
– kawasan di hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang berbanding dengan waktu malam
– kawasan di hemisfera selatan waktu malamnya lebih panjang berbanding dengan waktu siang
– kutub utara mengalami 24 jam siang, kutub selatan mengalami 24 jam malam
c) Ekuinoks musim luruh (23 Sept)
– matahari tengah hari tegak di atas kepala garisan khatulistiwa (0°).
– hemisfera utara mengalami musim luruh dan hemisfera selatan mengalami musim bunga
– hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang.
d) Solstis musim sejuk (22 Dis)
– matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi (23½°S)
– hemisfera utara mengalami musim sejuk dan hemisfera selatan mengalami musim panas
– kawasan di hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang berbanding dengan waktu malam
– kawasan di hemisfera utara waktu malam lebih panjang berbanding dengan waktu siang
– kutub selatan mengalami 24 jam siang, kutub utara mengalami 24 jam malam
Fenomena Gerhana
a) Gerhana bulan
– berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus
– bumi akan melindungi cahaya matahari daripada terpancar ke bulan
– menyebabkan bulan akan ditutupi oleh bayang-bayang bumi dan menyebabkan berlakunya gerhana bulan
b) Gerhana matahari
– berlaku apabila kedudukan bulan menghalang cahaya matahari ke bumi yang menyebabkan bayang-bayang bulan melindungi bumi.
– kedudukan matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan lurus
– gerhana matahari tidak meliputi seluruh permukaan bumi kerana bulan adalah lebaih kecil daripada bumi
– berlaku di zon umbra yang kecil, manakala gerhana separa terjadi di zon penumbra yang lebih besar
Kuiz Geografi Bab 3: Klik Sini
Geografi Tingkatan 2 Bab 3: –
Nota Geografi: Tingkatan 2