Geografi Tingkatan 2 Bab 2 Peta Topografi
Peta Topografi
– menunjukkan keadaan bentuk muka bumi sesebuah kawasan
– mempunyai garisan grid secara melintang dan menegak
– mempunyai tajuk, petunjuk dan skala
Garisan grid – garisan-garisan dalam peta topografi yang dilukis secara menegak dan melintang
a) Garisan Timuran
– garisan grid yang dilukis secara menegak
– garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur
– garisan grid dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah timur
b) Garisan Utaraan
– garisan grid yang dilukis secara melintang
– garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah utara
– garisan grid dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah utara
Rujukan Grid – kombinasi antara nilai garisan timuran dan utaraan pada titik persilangan.
-nilai garisan timuran dibaca dahulu diikuti dengan nilai garisan utaraan
i) rujukan grid 4 – digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas dalam segi empat grid.
ii) rujukan grid 6 – digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau ciri geografi yang lebih kecil dengan spesifik
Ciri Pandang Darat Fizikal Dan Budaya
a) Ciri pandang darat fizikal – merujuk pelbagai ciri semula jadi
b) Ciri pandang darat budaya – merujuk ciri buatan manusia
i) Tanah Pamah
Pertanian – tanaman padi sawah, nanas
Pengangkutan – jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang
Petempatan – rumah
Kemudahan Sosial – sekolah, hospital
ii) Tanah Beralun
Pertanian – tanaman getah, kelapa sawit
Petempatan – rumah
iii) Tanah Tinggi
Pertanian – tanaman teh, sayur-sayuran
Pelancongan – penginapan
Kuasa Hidroelektrik – empangan
iv) Pinggir Laut
Perikanan – petempatan nelayan, pelabuhan
Pelancongan – tempat berkelah, jeit
v) Saliran
Sumber air – paip saluran air
Pengangkutan – jeti, pangkalan bot
vi) Tumbuhan Semula Jadi
Pembalakan – kem pembalakan, petempatan
Pelancongan – laluan pejalan kaki
Mentafsir peta topografi
Langkah
1) perhatikan peta secara keseluruhan
2) kenal pasti ciri pandang darat fizikal dan budaya
3) kaitkan ciri pandang darat fizikal dengan budaya
4) tafsirkan peta
Kuiz Geografi Bab 2: Klik Sini
Geografi Tingkatan 2 Bab 2: –
Nota Geografi: Tingkatan 2