Geografi Tingkatan 2 Bab 10 Teknologi Hijau
Konsep teknologi hijau – pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi
Matlamat
i) meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
ii) melindungi ekosistem semula jadi
iii) mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia
iv) menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi
Ciri-ciri produk
Kriteria
a) reka bentuk sesuatu produk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusia
b) menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui
c) menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api
d) berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar
e) boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R
f) kadar pembebasan gas rumah hijau rendah atau sifar
g) selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik
h) mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaa manusa.
Contoh Produk
1) Tenaga
– mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil
contoh: kereta hibrid, kenderaan elektrik, biodiesel dan kenderaan gas asli
2) Alam Sekitar
– kesan kepada alam sekitar dapat dikurangkan
-contoh: produk biodegradasi dan baja kompos
3) Ekonomi
– meningkatkan pembanguna ekonomi negara melalui penggunaan teknologi cangginh
contoh: industri fotovolta
4) Sosial
– kualiti hidup dapat dipertingkatkan
contoh: penggunaan bekas makanan mesra alam, menggunakan pengangkutan awam.
Kepentingan
1) Sosial
– meningkatkan kualiti hidup
– meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
– meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat
– meningkatkan kualiti udara
– mengurangkan peningkatan suhu
– mengurangkan pencemaran bunyi
2) Ekonomi
– mengurankan kos operasi
– meningkatkan nilai aset dan keuntungan
– meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
– meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan
3) Menjana Tenaga
– merangkumi sumber tenaga yang bersumberkan alam semula jadi
– mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak bole diperbaharui
– mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan mesra pengguna
4) Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
– melindungi sumber semula jadi
– meningkatkan kualiti udara dan air
– mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
– meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup.
memelihara – menjaga dengan baik, melindungi
memulihara – memuliuhkan serta menjaga dengan rapi
Amalan
1) Amalan 5R
– gunakan tong kitar semula yang betul
– galakkan pengedaran dokumen secara digital
– cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat
2) Penjimatan air
– pastikan pili air ditutup
– buat aduan jika terdapat kerosakan atau kebocoran paip
– menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci
3) Pengangkutan
– amalkan mengguna pengangkutan awam
– gunakakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan
– galakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki
4) Pengurangan sisa
– mengurangkan penggunaan peralatan pakai buang
– kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat
5) Penjimatan Tenaga
– praktikkan penggunan pencahayaan semula jadi
– tutup suis elektrik yang tidak digunakan
– tetapkan suhu penyaman udara minimum
6) Perolehan produk hijau
– utamakan penggunaan bahan mesra alam
– amalkan pembelian bahan kimia biodegrasi untuk pembersihan dan penyelenggaraan
– gunakan kertas kitar semula
7) Zon bebas asap rokok
– tetap kawasan larangan merokok
– rondaan dan kompaun dikeluarkan kepada perokok
– luaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan merokok
8) Perkhidmatan makanan
– gunakan pembungkus makanan yang mesra alam
– bawa bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman
– elakkan penggunaan botol air plastik yang tidak boleh digunakan
9) Landskap
– menanam pokok di sekitar rumah, sekolah dan bangunan
– pastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik.
Kuiz Geografi Bab 10: Klik Sini
Geografi Tingkatan 2 Bab 10: –
Nota Geografi: Tingkatan 2