Geografi Tingkatan 1 Bab 9 Petempatan Di Malaysia
Jenis Petempatan Di Malaysia
1) Petempatan bandar – mempunyai jumlah penduduk yang padat
i) jumlah penduduk melebihi 10,000 orang
ii) mempunyai pelbagai kemudahan asas
iii) kawasan kediaman berciri moden
iv) Kegiatan ekonomi (perindustrian, perniagaan, pembinaan, pentadbiran, perkhidmatan)
– Bandaraya Miri Sarawak merupakan bandar raya pertama di Malaysia.
2) Petempatan luar bandar – mempunyai kepadatan penduduk yang rendah
i) Jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang
ii) Kemudahan asas yang minimum
iii) Kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional
iv) Kegiatan ekonomi terhad (pertanian, industri desa, penternakan)
Pola Petempatan
1) Petempatan berpusat
– bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan
– terdapat di kawasan persimpangan jalan raya atau taman perumahan
– terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan dan rumah ibadat.
2) Petempatan berkelompok
– susun atur secara berkelompok dan terancang
– terdapat Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan
3) Petempatan berjajar
– rumah dibina di sepanjang jalan raya dan tepi pantai
– kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam
– terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai.
4) Petempatan berselerak
– dibina secara berselerak dan berjauhan antara satu sama lain
– kelihatan bertaburan dan tidak seragam
– terdapat di kawasan kampung, kebun kecil getah dan sayur
Fungsi Petempatan
1) Bandar
a) Ekonomi
-perindustrian, pelabuhan, perlombongan, pelancongan, teknologi maklumat
b) Sosial
– pendidikan, satelit, diraja
c) Kerajaan
– pentadbiran, pertahanan, sempadan
2) Luar Bandar
a) Ekonomi – penglibatan penduduk dalam kegiatan pertanian, penternakan, perlombongan dan industri desa
b) Sosial – terdapat kemudahan seperti rumah ibadat, klinik, pejabat pos, perkhidmatan telefon, bas dan teksi
c) Kerajaan – terdapat kemudahan urusan pentadbiran seperti pejabat penghulu dan balai raya
Kuiz Geografi Bab 9: Klik Sini
Geografi Tingkatan 1 Bab 9: –
Nota Geografi: Tingkatan 1