Categories
Drama

Drama Bukan Gila

Drama Bukan Gila: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.

ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupanv

ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

PEMIKIRAN
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh mempengaruhi tindakan/cara hidup.

PERSOALAN
1. Perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling.
Contoh : Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.

2. Kepentingan cinta dan kasih sayang
Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan

3. Rencah kehidupan
Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.

4. Dunia ini ibarat pentas lakonan
Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak

5. Kesakitan boleh membawa penderitaan
Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.

6. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.
Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

7. Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh: Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Amir

8. Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit kepalanya

9. Kekuasaan Tuhan
Contoh: perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh Tuhan

10. Sifat berterima kasih
Contoh: setiap manusia perlu berterima kasih terhadap sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka – ibu bapa, para petani.

11. Hikmah di sebalik sesuatu kejadian
Contoh: sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Azmir

1. Azmir diletakkan di wad sakit jiwa kerana keluarganya menyangka bahawa dia tidak siuman akibat sering terguling-guling dan menghantukkan kepada ke lantai.
2. Dia suka berfalsafah dan bersyarah.
3. Dia bijak kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan memberi pendapat yang bernas.
4. Menghidap penyakit barah yang kronik.
5. Seorang yang berbudi bahasa kerana menyatakan penghargaan kepada mereka yang berjasa dalam membangunkan negara.
6. Seorang yang petah berkata-kata apabila menyuarakan pendapat.
7. Seorang yang bijak menyatakan pendapat sewaktu menyertai drama ‘Sasau’ secara spontan.
8. Azmir seorang yang optimis kerana tidak mudah melatah apabila disoal para pelakon drama sebaliknya menerangkannya dengan baik.

Bapa
1. Bapa kepada Azmir
2. Seorang yang penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
3. Namun, dia kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada Azmir kerana tidak tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.

Ibu
1. Ibu kepada Azmir
2. Dia tidak prihatin terhadap anaknya.
3. Mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu sengaja buat-buat gila.
4. Mudah putus asa kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang sengaja berbuat gila.
5. Mudah percaya tuduhan orang yang menyatakan Azmir menjadi Orang Putih.

Arif
1. Pengarah drama ‘Sasau’.
2. Seorang yang rasional iaitu tidak mudah menerima komentar pelakon tentang Azmir.
3. Mudah bersimpati – bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita bukannya gila seperti dakwaan doktor.
4. Seorang yang prihatin – berusaha menjejaki keluarga Azmir untuk mengetahui kedudukan sebenar Azmir yang dikatakan gila.

Ani
1. Kekasih Azmir.
2. Tidak setia kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
3. Menyedari kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal dunia.

PLOT
1. Permulaan
Keadaan Azmir yang bercakap-cakap sendirian di wad pesakit jiwa. Azmir berhalusinasi dan berjumpa dengan bapa dan Pak Haji.

2. Perkembangan
Azmir bertemu dengan pelakon drama ‘Sasau’.

3. Konflik
Pendapat Azmir dengan bapanya berbeza tentang kemasukannya ke wad pesakit jiwa. Pendapat Azmir dengan Pak Haji berbeza tentang menjawab salam. Perbezaan pendapat ibu Azmir dengan Arif serta para pelakon tentang Azmir yang dianggap gila.

4. Klimaks
Azmir menarik-narik rambut dan menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai sehingga darah mengalir serta berguling-guling.

5. Peleraian
Azmir melayani perasaannya terhadap Ani di wad dengan bercakap-cakap sendirian. Akhirnya, Azmir rebah ke lantai dan meninggal dunia. Ani menyesal setelah membaca akhbar tentang pemergian Azmir bersendirian akibat barah otak.

Latar Tempat
1. Wad pesakit gila – tempat Azmir menjalani rawatan.
2. Pentas – tempat para pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
3. Rumah Azmir – tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
4. Ruang tamu rumah Ani – tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.

Latar Masa
1. Waktu siang – Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
2. Tiga hari – tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
3. Sehari – tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
4. 21 Jun 1993 – tarikh kematian Azmir.

Latar Masyarakat
1. Golongan pesakit yang menderita penyakit kronik – Azmir mengalami sakit kepala yang teruk kerana menghidap penyakit barah otak.

2. Masyarakat golongan doktor yang kurang ilmu – Dr Razi tidak teliti ketika memeriksa dan merawat Azmir. Sebaliknya, dia mengambil jalan mudah dengan mengatakan Azmir gila.

3. Masyarakat golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan dan kasih sayang. – Ibu bapa Azmir sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir. Mereka tidak mengambil tahu tentang penderitaan Azmir yang menghidap barah otak.

4. Masyarakat yang prihatin dan mengambil berat. – Arif dan rakan-rakannya prihatin terhadap penderitaan Azmir. Mereka berkunjung ke rumah Azmir untuk melawatnya.

5. Masyarakat yang bijak dan petah berkata-kata. – Azmir mampu berkata-kata dengan petah dan hujah yang bernas.

6. Masyarakat yang penyayang, – Bapa Azmir melawatnya di hospital.

7. Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih dahulu. – Ani mengambil keputusan memutuskan cinta dengan Azmir dan meninggalkannya setelah mendengar khabar bahawa Azmir kurang siuman.

8. Masyarakat yang menginsafi kesilapan. – Ani menginsafi kesilapannya kerana meninggalkan Azmir. Namun, tindakannya telah terlambat kerana Azmir sudah meninggal dunia.

9. Masyarakat yang bertimbang rasa. Arif dan para pelakon memberi peluang kepada Azmir berlakon dan mendudukkannya yang sakit apabila dipinta serta memicit-micit kepalanya.

GAYA BAHASA
1. Simile – mata Azmir semacam melihat tepat ke arah suatu objek.
2. Anafora – HAMBA : Rahsiamu? Rahsiamuialah penderitaanku tetapi kepuasanmu.
3. Repetisi – ANI : Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-sungguh mencintai abang.
4. Metafora – kamus kemanusiaan, pesona keghairahan, angin kemudaan, pohon-pohon jasa.
5. Sinkope – kau, mu, tak.
6. Kata ganda – daging-daging, saat-saat.
7. Bahasa Arab – Assalamualaikum, Astaghfirullah.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengkaji sesuatu permasalahan yang timbul sebelum membuat penilaian.
2. Kita haruslah menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.
3. Kita sewajarnya menyatakan masalah yang melanda lebih awal agar tindakan segera dapat diambil.
4. Kita hendaklah bersedia mendengar rintihan seseorang yang menghadapi masalah.
5. Kita sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
6. Kita mestilah peka akan perubahan yang berlaku ke atas seseorang dan bukannya menghukumnya.
7. Kita hendaklah memberikan sokongan kepada pesakit supaya mereka kuat semangat dan berfikiran positif.
8. Janganlah kita terburu-buru mengambil tindakan yang akhirnya merugikan diri sendiri.

NILAI
1. Kasih sayang – bapa sayang akan Azmir dan menziarahinya di wad.
2. Keprihatinan – Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri Azmir.
3. Rasional – Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir menunjukkan rasa kurang senang.
4. Kebijaksanaan – Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan manusia kepada para pelakon drama ‘Sasau’.
5. Bertanggungjawab – Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab menyampaikan khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.
6. Kebebasan – Azmir berasa tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila diberi peluang untuk bersiar-siar.
7. Belas kasihan – Arif dan rakan-rakannya bersimpati dengan keadaan Azmir yang kesakitan.
8. Kesihatan mental dan fizikal – Azmir sering terguling-guling dan menghantukkan kepalanya ke lantai akibat sakit tetapi pakar perubatan mengatakan bahawa dia gila.

Drama Bukan Gila: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Drama

Drama Hadiah

Drama

Drama Mahkamah

Drama

Drama A Night Out

Drama

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik

Drama

Drama Berkhidmat Untuk Negara

Drama

Drama The Right Thing To Do

Drama

Drama Bukan Gila

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara