Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 dipendekkan daripada 41 hari kepada 13 hari sahaja. Bagi menyelaraskan semula rancangan pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pindaan takwim penggal persekolahan untuk sesi 2020
Pindaan Cuti Pertengahan Penggal 2 Dan Cuti Akhir Tahun 2020
1) Cuti pertengahan penggal 2 – Cuti dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari
2) Cuti akhir tahun
a) Kumpulan A ( Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) – Cuti dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari
b) Kumpulan B ( Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) – Cuti dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari
Oleh itu, jumlah hari persekolahan secara bersemuka bagi tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari untuk semua sekolah
Sumber: KPM