Categories
Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen Oren: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Cerpen Oren
Ayah “aku” gelisah kerana kucing belaannya, iaitu Oren tidak pulang ke rumah. Sudah empat hari ayah “aku” tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor anak kucing yang telah dipungut selepas ayah “aku” melanggar ibunya sehingga mati. Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga “aku”. Ayah “aku” dapat merasakan bahawa Oren merajuk. Hal ini disebabkan oleh kehadiran Kelabu dalam keluarga mereka. Kelabu yang lebih manja dan pandai mengambil perhatian telah membuatkan ayah “aku” dan anggota keluarganya banyak memberikan tumpuan terhadap Kelabu.

Kehilangan Oren membuatkan ayah “aku” berasa bersalah. Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah “aku” bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan harinya, ayah “aku” bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya. Selepas diberitahu bahawa Oren masih tidak nampak kelibatnya, barulah ayah “aku” sedar bahawa dia sebenarnya bermimpi. Ayah “aku” menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.

Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil membawa Oren. Oren telah mati dan bangkainya ditemukan di celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. Seluruh anggota keluarga “aku” tertumpu kepada ayah “aku”. Mata beliau kelihatan mulai berkaca.

Tema
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.

Persoalan
(a) Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan.
(b) Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik.
(c) Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya
suatu kehilangan.
(d) Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia tetapi juga
meliputi haiwan.
(e) Perhatian terhadap diri seseorang adalah kerana kebijaksanaannya meletakkan dirinya dan mengambil hati.
(f) Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama.

Watak dan Perwatakan
Ayah “aku”
(a) Bapa kepada tiga orang anak.
(b) Suka akan kucing.
(c) Bersifat belas kasihan.
(d) Berasa gelisah dan bersalah apabila Oren tidak pulang ke rumah.
(e) Ketua keluarga yang baik.

Oren
(a) Kucing yang berbulu oren.
(b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah “aku”.
(c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.
(d) Bersikap pasif.

Kelabu
(a) Kucing yang berwarna kelabu.
(b) Menunjukkan reaksi yang lebih manja.
(c) Semasa kecil, Kelabu selalu membuang najis merata-rata tempat.
(d) Pada awalnya, Kelabu kurus dan tidak terurus.
(e) Selepas dipelihara oleh ayah “aku” dan anggota keluarganya,
Kelabu semakin tembam.

Plot – Binaan Plot

(a) Permulaan – Ayah “aku” bertanya tentang Oren, iaitu kucing
peliharaannya yang tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah “aku”
tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian anggota
keluarganya.

(b) Perkembangan – Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren mati. Ayah “aku” telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu “aku” mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku. Kemudian, ayah “aku”
membawa Kelabu pulang ke rumahnya, iaitu seekor anak kucing
yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai
menarik perhatian anggota keluarga ayah “aku”. Oren pula bersikap
pasif dan suka menyendiri.

(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah “aku” berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah “aku”.

(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota
keluarga di meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan
membawa bangkai Oren. Oren telah mati dan ditemukan di
celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Semua anggota
keluarga tertumpu kepada ayah “aku” dan matanya mulai berkaca.

Plot – Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Monolog.
(d) Imbas kembali.

Latar Masa
(a) Hujung pertengahan Disember.
(b) Waktu malam.
(c) Waktu petang.
(d) Waktu pagi.

Latar Tempat
(a) Jalan di kawasan perumahan.
(b) Di dapur.
(c) Di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan.
(d) Di ruang tamu.
(e) Di ruang dapur.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan.
(b) Masyarakat yang prihatin.
(c) Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni.

Nilai
(a) Belas kasihan.
(b) Keprihatinan.
(c) Bersimpati.
(d) Kebijaksanaan.
(e) Kegigihan.

Pengajaran
(a) Kita harus bersifat belas kasihan terhadap insan lain.
(b) Kita hendaklah prihatin dengan perkembangan sekeliling kita.
(c) Kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh
orang di sekeliling.
(d) Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan.
(e) Kita hendaklah gigih dalam melaksanakan sesuatu usaha.

Cerpen Oren: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1