Categories
Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu menerusi telefon amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal demikian, berlaku pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim Meng telah menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong yang lemas dalam sungai.

Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong adalah berpunca daripada Lim Foong sendiri yang melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah judi. Malah Sim Pau juga menjelaskan bahawa Lim Foong berperangai buruk seperti berjudi. Bagi Lim Pooi, Lim Foong mati kerana lemas setelah berusaha menyelamatkan Lim Meng. Lim Pooi juga mengatakan bahawa Lim Meng telah menyebabkan kedainya rugi. Dakwaan Lim Pooi itu telah disangkal dan ditentang oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi rugi dan tiada ong kerana sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut sehingga menyebabkan perniagaannya lingkup. Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana judi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesal akan sikapnya terhadap Lim Meng. Dia berasa amat bersalah sehingga dia jatuh sakit.

Akhirnya, Lim Meng pulang. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah papanya memanggil namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus merangkul dan memeluk papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama-sama menyediakan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan tiba.

Tema
Nilai kekeluargaan.

Persoalan
(a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu.
(b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.
(c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah.
(d) Keinsafan bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya yang
tidak bersalah.
(e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.
(f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota keluarga
berkumpul.

Watak dan Perwatakan
Lim Pooi
(a) Bapa kepada dua orang anak.
(b) Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut.
(c) Amat menyayangi anaknya, Lim Foong berbanding dengan Lim
Meng.
(d) Bersikap terburu-buru.
(e) Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti orang gila.
(f) Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf
akhirnya.
(g) Seorang yang ego.

Sim Pau
(a) Isteri kepada Lim Pooi.
(b) Saksama dalam menyayangi dua anaknya.
(c) Seorang yang lemah lembut.
(d) Seorang yang garang dan berani menentang suaminya, Lim Pooi.
(e) Amat merindui anaknya yang dihalau dari rumah oleh suaminya.

Lim Meng
(a) Anak yang baik.
(b) Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong yang lemas.
(c) Bersikap pemaaf
(d) Lim Meng amat merindui ibunya, Sim Pau dan merindui papanya, Lim Pooi.

Lim Foong
(a) Mencuri duit perniagaan papanya.
(b) Seorang kaki judi.
(c) Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam sungai.

Plot – Binaan Plot, Teknik Plot
Binaan Plot


(a) Permulaan – Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim Meng akan
pulang pada Tahun Baharu Cina. Sim Pau berasa amat gembira
kerana kerinduannya mula terungkai.

(b) Perkembangan – Lim Pooi memberitahu isterinya bahawa dia tidak membenarkan Lim Meng pulang. Kebenciannya terhadap Lim
Meng terlalu mendalam. Sejak Lim Meng lahir, perniagaannya rugi,
berlaku kecurian, dan kedainya terbakar. Bagi Lim Pooi, Lim Meng
jugalah yang menyebabkan Lim Foong meninggal dunia.

(c) Konflik – Sim Pau yang sopan santun terhadap suaminya terpaksa berkeras dan menentang Lim Pooi. Sim Pau menjelaskan sifat sebenar anaknya, Lim Foong serta punca perniagaan Lim Pooi rugi dan kedainya terbakar.

(d) Klimaks – Lim Pooi terdiam mendengar segala penjelasan daripada isterinya, Sim Pau. Akhirnya, dia sedar akan kesilapannya. Dia menanti kepulangan Lim Meng dan berusaha mencari Lim Meng. Dalam masa menunggu Lim Meng itu, Lim Pooi jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa hanya Lim Meng yang boleh mengubatinya.

(e) Peleraian – Lim Meng pulang ke rumahnya dan dia berpelukan
dengan ibunya, Sim Pau. Lim Pooi datang dan berada di belakangnya. Lim Meng ingin pergi tetapi bapanya telah memanggil Lim Meng dan memohon kemaafan. Lim Meng meluru ke arah bapanya dan berpelukan. Akhirnya, mereka bersama-sama mencari kuih bakul dan limau mandarin untuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Kejutan.
(e) Saspens.
(f) Monolog.

Gaya Bahasa
(a) Bahasa Cina. Contohnya, tiada onglah.
(b) Bahasa Inggeris. Contohnya, kompelin.
(c) Hiperbola. Contohnya, Air matanya mula membanjiri pipinya.
(d) Metafora. Contohnya, kandang kemarahan.
(e) Peribahasa. Contohnya, berhati kering; menegakkan benang yang basah.
(f) Personifikasi. Contohnya, Bebola matanya sedikit pun
tidak menangkap wajah Sim Pau.
(g) Simile. Contohnya, Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur.
(h) Sinkope. Contohnya, tak; nak

Latar Masa
(a) Ambang Tahun Baharu Cina.
(b) Waktu petang.

Latar Tempat
(a) Di sungai.
(b) Di stor.
(c) Di dapur.
(d) Di bahagian hadapan rumah.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang mempunyai keegoan yang tinggi.
(b) Masyarakat yang berani menentang suaminya yang garang.
(c) Masyarakat Cina yang hidup dengan berniaga.
(d) Masyarakat yang berperangai buruk.
(e) Masyarakat yang bersifat pemaaf.
(f) Masyarakat majmuk yang berbangsa Melayu dan Cina.

Nilai
(a) Keberanian.
(b) Keinsafan.
(c) Berkasih sayang.
(d) Kemaafan.
(e) Kejujuran.

Pengajaran
(a) Kita harus berani menentang kesalahan.
(b) Kita harus insaf dengan kesalahan yang kita lakukan.
(c) Kita hendaklah sentiasa berkasih sayang.
(d) Sikap bermaaf-maafan hendaklah diamalkan.
(e) Kita mesti berkata dengan jujur.
(f) Kita hendaklah tidak bersikap ego.

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1