Categories
Cerpen

Cerpen Hipertensi

Cerpen Hipertensi: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.

Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

TEMA
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang penuh cabaran. Mindanya sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil yang merupakan watak utama sering berhalusinasi sebagai seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa berangan-angan tidak kira tempat sama ada ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Dia pernah membayangkan bahawa dirinya sudah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun dia sering berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan membiarkan angan-angannya menjadi seperti angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-angan tentang kehebatannya dalam bidang aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia bukan sahaja membayangkan bahawa dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

PERSOALAN
1. Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar.

2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik.

3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling
Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya.

4. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.

5. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga
Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah.

6. Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar
Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan.

7. Persoalan kepentingan prinsip hidup
Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

8. Persoalan kasih sayang seorang ibu
Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.

GAYA BAHASA
1. Anafora – Tidakada udara. Tidak ada air.
2. Epifora – Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak berlaku juga ada.
3. Metafora – kalendar waktu, dedaun kemaafan, tasik hati.
4. Sinkope – ku, mu, tak.
5. Personifikasi – lereng bukit yang sudah tempang, sang suria terus setia memancarkan cahayanya.
6. Simile – hatinya seteguh karang, terlompat-lompat macam beruk, terhampar persis Sahara.
7. Bahasa pinjaman – graviti, planet, orbit, genius, formula, halusinasi, futuristik.
8. Bahasa Arab – Ilahi.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mendalami sesuatu ilmu dengan bersungguh-sungguh.
2. Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan masalah atau cabaran.
3. Kita sewajarnya bertindak berdasarkan pemikiran yang rasional.
4. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
5. Kita sepatutnya menerima teguran ibu bapa sebagai tanda hormat.
6. Kita janganlah bersikap angkuh akan kelebihan yang dimiliki.
7. Kita hendaklah memupuk kasih sayang dalam keluarga agar hidup lebih harmoni.

NILAI
1. Nilai kebijaksanaan – Aiman dan rakan-rakannya bijak kerana mempunyai IQ yang tinggi.
2. Nilai kasih sayang – Ibu Aiman sayang akan Aiman dan adik-adiknya.
3. Nilai keprihatinan – Babah dan ibu Aiman prihatin akan tindakannya yang memanjat pokok kelapa dara kerana berangan-anagn ke angkasa lepas dengan menyediakan tilam.
4. Nilai kegigihan – Aiman gigih menempuhi detik-detik di stesen angkasa lepas walaupun sekadar berangan-angan.
5. Nilai keberanian – Aiman berani memanjat pokok kelapa dara hingga ke pucuk kerana membayangkan dirinya menaiki kapal Soyuz.
6. Nilai keinsafan – Aiman insaf setelah mendengar bisikan yang menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Aiman Aqil
1. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.
2. Dia murid yang pintar sehingga digelar profesor kerana mempunyai IQ yang tinggi.
3. Aiman bongkak akan kepintarannya. Dia sering menyindir adik-adik dan rakannya ketika mereka membuat kerja sekolah.
4. Dia juga bersikap degil kerana tidak mengendahkan teguran guru apabila mengganggu rakan di kelas.
5. Aiman suka memberontak kerana tertekan dengan sikap dan layanan bapanya yang garang.
6. Dia seorang yang pendendam, iaitu menyimpan dendam terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.
7. Aiman seorang yang bercita-cita tinggi iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan seperti Neil Armstrong.
8. Aiman suka berhalusinasi dan membayangkan dirinya seorang angkasawan.

WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN
Babah (Bapa Aiman)

1. Bapa Aiman yang bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
2. Dia seorang yang bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anak di rumahnya.
3. Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu pernah menampar dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu.
4. Bapa Aiman juga seorang yang penyayang, iaitu dia berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latiahn intensif dan terapi.
5. Selain itu, dia seorang yang mementingkan pelajaran kerana telah merotan Aiman setelah mendapat tahu Aiman ponteng sekolah.

Ibu Aiman
1. Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
2. Dia seorang yang penyayang. Contohnya, dia berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
3. Dia seorang isteri yang taat dan patuh kepada suami. Ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman.
4. Dia juga seorang yang penyabar, iaitu tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.

Cikgu Faridah
1. Seorang guru Sains di sekolah Aiman.
2. Dia seorang yang dedikasi ketika mengajar apabila bersungguh-sungguh menerangkan sesuatu ketika mengajar di dalam kelas.
3. Dia seorang yang cepat marah. Contohnya, wajah berubah apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan.
4. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi muridnya. Dia menggelar Aiman sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikannya.

Latar Tempat
1. Hadapan sebuah bukit – Aiman melihat sebuah banglo ditimpa tanah runtuh.
2. Dalam kelas – Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan dengan Teori Graviti.
3. Rumah keluarga Aiman – Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Di rumah juga Aiman dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana suka menimbulkan masalah.
4. Planet bulan – ketika berhalusinasi, Aiman membayangkan dirinya sampai di bulan setelah berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Latar Masa
1. Zaman moden – sudah wujud Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan menjalankan ujian.
2. Waktu tengah hari – Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari.
3. Waktu siang – Aiman mendongak ke langit dan ternampak awan berarak.
4. Zaman remaja – zaman persekolahan Aiman, adik-adiknya dan rakan-rakannya yang lain.
5. Sepanjang minggu – tempoh Aiman ponteng kelas kerana lebam-lebam di pinggul.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat remaja yang pintar dan bercita-cita tinggi. Aiman Aqil murid yang pintar dan mempunyai cita-cita menjadi seorang angkasawan.
2. Masyarakat guru yang mendidik anak bangsa. Cikgu Faridah yang bekerja sebagai guru mendidik murid-muridnya dengan dedikasi.
3. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Babah menegur Aiman apabila mengganggu adik-adiknya membuat kerja sekolah. Babah juga marah kepada Aiman yang ponteng sekolah.
4. Masyarakat golongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Babah mempunyai pendidikan berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal manakala ibu Aiman seorang saintis dalam bidang geologi.
5. Masyarakat golongan ibu bapa yang tegas mendidik anak. Babah tegas menjaga disiplin anak-anaknya dengan memukul Aiman kerana suka melawan dan memberontak.
6. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Aiman tidak suka melihat lereng-lereng bukit berhampiran rumahnya terancam.

PLOT
Permulaan
1. Aiman merenung lereng bukit dari celah jemarinya.
2. Lereng bukit itu terhakis dan runtuh menimpa sebuah banglo.
3. Dia teringat dan teori graviti dan suasana di kelas ketika Cikgu Faridah mengajarnya.

Perkembangan
1. Suasana di dalam kelas sewaktu Aiman dan rakan sekelasnya belajar.
2. Cikgu Faridah mengelarnya profesor disebabkan kepintarannya, ketinggian daya berfikirnya dan kematangannya berbanding dengan murid-murid yang lain.
3. Walaupun Aiman bijak, tetapi dia suka memberontak dan bersikap angkuh. Dia menganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja sekolah. Dia juga memandang rendah kepada rakannya yang gagal menjawab soalan.
4. Aiman dipanggil oleh pengetua kerana menimbulkan masalah di sekolah.

Perumitan
1. Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibunya tidak berani menghalang.
2. Ketika dirotan, Aiman berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia.
3. Kemudian dia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan seterusnya ke bulan.
4. Setelah melihat persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman berasa sangat terasing dan mahu segera pulang.
5. Aiman yang berangan-angan ke angkasa lepas berada di pucuk kelapa dara.

Klimaks
1. Dia berharap ibu dan ayahnya menyambut kepulangannya dengan gembira.
2. Aiman berasa sedih kerana keluarganya tidak harmonis disebabkan sikap garang dan bengis ayahnya.
Peleraian
1. Aiman teringatkan bisikan ghaib yang mengajaknya mendekati Ilahi.
2. Aiman berdoa dengan penuh harapan ke hadrat Ilahi tatkala melihat kemusnahan lereng-lereng bukit.
3. Dia insaf dan bertekad untuk terus berusaha mencapai impiannya.

TEKNIK PLOT
1. Teknik Pemerian – pengarang memerihalkan keadaan Aiman Aqil sewaktu dia dilahirkan di bilik bersalin.
2. Teknik dialog – perbualan antara Aiman dengan Cikgu Faridah di dalam kelas berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton.
3. Teknik monolog dalaman – Aiman bercakap dalam hati sama ada dia selamat berlepas dan mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa kelak atau sebaliknya.
4. Teknik imbas kembali – Aiman teringat akan pengajaran Cikgu Faridah di kelas berhubung dengan Teori Graviti.
5. Teknik Kejutan – kedegilan Aiman yang berterusan mengganggu rakan sekelasnya hingga dia dirotan oleh bapanya juga menimbulkan kejutan kepada pembaca kerana tindakan keras bapanya itu.
6. Teknik saspens – peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman dengan Cikgu Faridah benar-benar menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca.

Cerpen Hipertensi: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara