Categories
Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen Hadiah: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Cerpen Hadiah
Azizah ingin memberikan hadiah kepada cikgu kesayangannya, iaitu Cikgu Zaleha sempena sambutan Hari Guru. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk membeli hadiah. Rakan-rakannya seperti Rahimah, Zaiton, Hamidah Alizah, Rashid, dan Hashim pula akan memberikan hadiah yang mahal untuk guru-guru kesayangan masing-masing.

Azizah meminta duit daripada ibu dan bapanya tetapi ibu bapanya mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang. Oleh itu, Azizah telah membuka tabung arnabnya bagi membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha.

Pada suatu hari, ibu Azizah menyarankan agar dia membuat sendiri hadiah untuk gurunya itu. Beliau memberi cadangan supaya Azizah membuat kraf tangan. Alasannya, Cikgu Zaleha seorang perempuan dan tentu dia suka akan barang-barang kraf tangan. Cadangan itu diterima baik oleh Azizah. Pada petang itu, Azizah sibuk menganyam enam tudung saji sebagai perhiasan. Hasil anyamannya sungguh kemas, unik, dan cantik.

Hari Guru pun tiba. Azizah mengayuh basikal sambil membawa hadiah yang dibungkusnya dengan kertas surat khabar. Bermacam-macam andaian bermain-main dalam fikiran Azizah, sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya atau hadiahnya paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha.

Setibanya di sekolah, semua mata tertumpa pada bungkusan di tangan Azizah yang sampai lewat. Azizah menyerahkan hadiahnya kepada Cikgu Zaleha dan meminta Cikgu Zaleha membuka hadiah itu di rumah. Cikgu Zaleha mencubit bucu pembalut hadiah itu sambil berkata bahawa sikap Azizah yang rajin, serba boleh, dan kuat berusaha. Kemudian, Cikgu Zaleha menghulurkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah kepada Azizah. Cikgu Zaleha mengatakan sekiranya Azizah menang, dia akan berbangga. Sebaliknya, sekiranya Azizah menarik diri bermakna Azizah kalah. Cikgu Zaleha juga berpesan bahawa ukuran bagi nilai kejayaan bukannya pada menang atau kalah tetapi pada kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang untuk meningkatkan kemajuan diri.

Azizah menyertai pertandingan tersebut dengan suntikan kata-kata semangat bapa dan bimbingan ibunya. Akhirnya, Azizah yang digelar Profesor Serba Boleh oleh Cikgu Zaleha muncul sebagai johan peringkat daerah dan naib johan pada peringkat negeri. Pada peringkat kebangsaan, hasil kraf tangan Azizah telah berjaya menambat hati para juri. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai pemenang Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Tema
Kegigihan dan kecekalan murid.

Persoalan
(a) Penghargaan murid terhadap jasa guru-guru.
(b) Kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menempa kejayaan.
(c) Kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang adalah faktor penting
untuk sesuatu kejayaan.
(d) Kata-kata semangat dan bimbingan ibu bapa penting dalam menyokong anak-anak untuk berjaya.
(e) Guru berperanan besar dalam mengembangkan potensi diri murid.
(f) Kraf tangan merupakan pusaka bangsa yang mesti dikembangkan dalam kalangan generasi muda hari ini.

Watak dan Perwatakan
Azizah
(a) Murid sekolah rendah.
(b) Murid yang pandai.
(c) Murid yang berdisiplin.
(d) Murid yang serba boleh.
(e) Mempunyai kemahiran menganyam tudung saji.
(f) Kuat berusaha.
(g) Anak yang mendengar kata.

Cikgu Zaleha
(a) Guru yang baik.
(b) Pandai merangsang muridnya untuk terus berusaha.
(c) Pemenang Guru Inovatif Peringkat Daerah.
(d) Pandai bergurau.

Binaan Plot
(a) Permulaan – Kawan-kawan Azizah asyik bercerita tentang hadiah yang akan dihadiahkan kepada guru kesayangan masing-masing. Azizah berasa malu kerana dia tidak dapat memberi hadiah kepada guru kesayangannya, iaitu Cikgu Zaleha

(b) Perkembangan – Azizah meminta duit daripada ibunya untuk
membeli hadiah tetapi ibunya mengatakan bahawa dia tidak ada duit. Azizah membuka tabung arnabnya untuk mendapat duit bagi membeli hadiah tetapi duit itu juga tidak mencukupi. Kemudian, Azizah meminta wang daripada bapanya tetapi bapanya juga mengatakan bahawa dia tiada duit. Ibu Azizah memberi cadangan agar Azizah menghadiahi Cikgu Zaleha kraf tangan yang dibuat sendiri. Azizah gembira kerana masalahnya sudah selesai. Azizah membuat kraf tangan tudung saji sebagai hadiah untuk guru kesayangannya itu.

(c) Klimaks – Azizah tiba di sekolah untuk memberikan hadiahnya
kepada Cikgu Zaleha. Cikgu Zaleha mengatakan bahawa dia inginkan hadiah yang besar. Azizah memberitahu Cikgu Zaleha bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membeli hadiah yang besar itu. Cikgu Zaleha sebenarnya mahu Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan itulah yang menjadi hadiah buatnya.

(d) Peleraian – Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan tersebut. Azizah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Hasil kraf tangan Azizah telah menambat hati juri Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Kebangsaan. Cikgu Zaleha pula memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Monolog.

Latar Masa
(a) Waktu petang.
(b) Waktu pagi.

Latar Tempat
(a) Di sekolah.
(b) Di hadapan tapak perhimpunan.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat guru.
(b) Masyarakat murid-murid sekolah yang menghargai jasa
guru-gurunya.
(c) Masyarakat yang kaya-raya.
(d) Masyarakat miskin.

Nilai
(a) Kesopanan.
(b) Kegigihan.
(c) Berjimat cermat.
(d) Bertanggungjawab.
(e) Berdaya saing.

Pengajaran
(a) Kita haruslah mempunyai daya saing yang tinggi.
(b) Kita hendaklah berjimat cermat dengan menabung.
(c) Kita harus bersopan santun supaya orang lain menghormati kita.
(d) Kita hendaklah gigih melakukan sesuatu pekerjaan.

Cerpen Hadiah: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1