Categories
Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.

Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.

TEKNIK PLOT
1. Teknik dialog – Contohnya, dialog antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra. Ahmad Mutawakkil berasa terhutang budi atas kesudian Sandra mengajarnya menulis dan membaca.

2. Teknik imbas kembali – Contohnya, penulis mengimbas kembali peristiwa kedatangan sebuah keluarga Orang Putih ke kampungnya.

3. Teknik imbas muka – Contohnya, penulis membayangkan ketiadaan Sandra, anak gadis Tuan Booth pada malam penyampaian pidato oleh Ahmad Mutawakkil di kampungnya berkemungkinan disebabkan faktor kesihatan atau faktor merajuk.

4. Teknik kejutan – contohnya, kemunculan Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah di pintu surau pada permulaan cerita menimbulkan kejutan kepada pembaca sedangkan dialah watak utama dalam cerpen ini.

5. Teknik monolog dalaman – Contohnya, penulis melahirkan rasa kesyukuran dalam hatinya atas dua perkara walaupun ketika itu Jepun sedang menjajah negerinya.

6. Teknik pemerian – contohnya, penulis memerihalkan keadaan Ahmad Mutawakkil sewaktu dia muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya.

7. Teknik saspens – contohnya, peristiwa kemaraan askar Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah menimbulkan tanda tanya kepada pembaca tentang nasib penduduk kampung penulis.

TEMA
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rasyid Ahmad) memaparkan tema perjuangan menentang penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.

PERSOALAN
1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah.

2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih.

3. Persoalan kesan kedatangan penjajah
Contoh: Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang.

4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya.

5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

6. Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Ahmad Mutawakkil

1. Anak Wak Sadir.
2. Yatim piatu.
3. Anak angkat Imam Ngah Deraman.
4. Bekerja di banglo estet Tuan Booth sehingga dia pandai membaca dan menulis serta bercakap dalam bahasa Inggeris setelah diajar oleh Sandra.
5. Ahmad Mutawakkil nasionalis dan aktif dalam parti. Dia berjuang menentang Inggeris secara terbuka melalui pidato dan ceramah.
6. Dia mempunyai kewibawaan dan sangat berpengaruh serta dihormati oleh penduduk kampungnya. Ketika berusia 24 tahun, dia terpilih sebagai pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
7. Dia pemuda yang berani kerana tidak gentar akan ancaman komunis yang mengugutnya.
8. Seorang yang berbudi bahasa kerana menyantuni keluarga Tuan Booth yang banyak berjasa kepadanya.
9. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil mati akibat ditembak oleh komunis. Watak sampingan

Imam Ngah Deraman
1. Imam surau di kampung.
2. Bapa angkat Ahmad Mutawakkil.
3. Seorang yang penyayang – sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu.
4. Seorang yang taat akan agama – menunaikan solat berjemaah dengan penduduk kampung setiap waktu solat.
5. Dia seorang yang prihatin – sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil.

Sandra
1. Anak gadis Tuan Booth.
2. Seorang gadis bermata biru dan berambut perang.
3. Fasih berbahasa Melayu.
4. Sandra tidak kedekut ilmu – mengajar Ahmad Mutawakkil membaca dan menulis serta berbahasa Inggeris.
5. Dia mempunyai perasaan terhadap Ahmad Mutawakkil – kecewa apabila Ahmad Mutawakkil jarang hadir ke majlis di banglo bapanya.
6. Seorang yang prihatin – ambil berat tentang kehilangan Ahmad Mutawakkil.
7. Dia membuka kelas dan mengajar anak-anak kampung selepas setahun negara mencapai kemerdekaan.

Tuan Booth
1. Berbangsa Inggeris.
2. Tuan punya estet getah.
3. Peramah – mesra dengan penduduk kampung.
4. Baik hati – turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil yang hilang.

LATAR MASA
1. Zaman penjajahan – penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.
2. Zaman pendudukan Jepun – Jepun menakluki Tanah Melayu dengan melakukan pelbagai kezaliman.
3. Zaman darurat – komunis bermaharajalela di seluruh negara sehingga diisytiharkan perintah darurat.
4. Zaman selepas merdeka – Sandra kembali ke kampung itu selepas setahun negara ini merdeka.
5. Malam – waktu yang sering menjadi tumpuan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap membincangkan berita yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil. Waktu Ahmad Mutawakkil menghembuskan nafas terakhir.
6. Tengah hari – waktu Ahmad Mutawakkil tiba di kampung.

LATAR TEMPAT
1. Surau – tempat penduduk kampung menunaikan solat berjemaah.
2. Banglo – tempat Tuan Booth sekeluarga tinggal. Juga tempat Ahmad Mutawakkil menumpang nasib.
3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput – tiga serangan berkembar yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris.
4. England – tempat asal keluarga Tuan Booth.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yan berbudi bahasa – Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan penduduk kampung.

2. Masyarakat petani – penduduk kampung menanam pisang, ubi kayu dan keledek.

3. Masyarakat yang taat akan perintah agama – Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap dan jemaah kampung selalu menunaikan solat jemaah di surau kampung.

4. Masyarakat yang kejam dan zalim – golongan ini diwakili oleh kumpulan komunis yang bertindak kejam terhadap sesiapa sahaja yang menentang perjuangan mereka.

5. Masyarakat peneroka Inggeris – Tuan Booth datang ke kampung itu lalu membuka estet getah.

6. Masyarakat yang bekerjasama – penduduk kampung dan Tuan Booth bekerjasama meredah belukar di seluruh pelosok kampung kerana mencari Ahmad Mutawakkil.

7. Masyarakat yang cinta akan negara – Ahmad Mutawakkil sentiasa bersemangat dalam memperjuangkan rasa cinta akan negara melalui ceramah dan penulisannya.

GAYA BAHASA
1. Inversi – perlahan dan sangat rengsa bunyinya (bunyinya perlahan dan sangat rengsa)
2. Personifikasi – diratah dan dirobek peluru , setiap mata kami yang hadir tetap liar menyelinap…
3. Simile – laksana lampu ayan, darah membuak-buak bagai mata air
4. Bahasa Arab – alhamdulillah
5. Sinkope – ku, tak, mu
6. Hiperbola – kami masih keras membatu, nyala semangat dalam bola matanya.
7. Metafora – ambang maut, bahang kemerdekaan
8. Peribahasa – orang berbudi kita berbahasa, macam kera mendapat bunga.

NILAI
1. Keberanian – Ahmad Mutawakkil berani menyampaikan pidato kemerdekaan kepada penduduk kampung.
2. Kebijaksanaan – Ahmad Mutawakkil bijak menulis dan berbahasa Inggeris.
3. Hormat-menghormati – Tuan Booth hormat akan budaya penduduk tempatan.
4. Kesyukuran – penduduk kampung berasa bersyukur kerana kawasan mereka terpencil dan tidak menjadi sasaran peperangan.
5. Kerajinan – penduduk kampung rajin mengusahakan tanaman pisang, ubi kayu dan keledek.
6. Ketaatan – Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap dan jemaah kampung taat akan perintah Allah dengan menunaikan sembahyang berjemaah di surau kampung.
7. Patriotisme – Ahmad Mutawakkil berjiwa patriotik sehingga sanggup memperjuangkan kemerdekaan dalam pelbagai cara.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai rasa cinta akan negara dengan memastikan negara berada dalam keadaan aman dan merdeka.
2. Kita hendaklah saling menghormati sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan keharmonian hidup.
3. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan mempamerkan peribadi yang baik agar dihormati serta disenangi orang.
4. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat meningkatkan pengetahuan.
5. Kita hendaklah saling bekerjasama demi menjayakan sesuatu tindakan.
6. Kita hendaklah sanggup berkorban demi memperjuangkan hak bangsa dan negara.

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara