Categories
Hadis

Memberi Pertolongan Kepada Sahabat

Hadis

Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.  

Huraian Hadith:
1) Rasulullah SAW sangat bertawadhuk dan mengambil berat dengan keadaan para sahabatnya dan juga kepada orang yang lemah dalam semua keadaan.

2) Islam menuntut kepada setiap orang Islam agar mendoakan kepada saudaranya yang lain supaya beroleh kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.

3) Seorang ketua hendaklah memeriksa keadaan jemaahnya yang lemah dan memenuhi keperluan mereka

4) Sunat berdoa untuk orang yang lemah dan hilang semangat.

(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang hasan)

Sumber: e-hadith

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Categories
Hadis

Memuliakan Tetamu

Hadis

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.”  

Huraian Hadith: 
1) Orang yang memuliakan tetamu dan bergaul dengannya akan disayangi oleh Allah dan Rasul.

2) Di antara sifat orang yang beriman dan bertaqwa ialah bercakap dengan perkataan yang baik serta berdiam diri dari bercakap perkara yang sia-sia.

3) Memperkatakan sesuatu yang sia-sia adalah satu sifat yang keji di dalam Islam. Oleh itu, berdiam diri adalah lebih baik.

4) Antara tanda kesempurnaan iman ialah memuliakan tetamu kerana mengharapkan ganjaran dari Allah SWT.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: e-hadith

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Categories
Hadis

Hikmah Membaca Al-Quran

Hadis

Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”

Huraian Hadith: 
1) Islam sangat memandang mulia kepada orang yang alim dan pandai menguasai kandungan al-Qur’an  seperti banyak membacanya, memahami maksudnya dan megamalkan isi kandungannya, kerana ia kaan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat.

2) Al-Qur’an merupakan kitab suci yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW yang mengandungi semua aspek ilmu keduniaan dan akhirat.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: e-hadith

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Categories
Hadis

Tepati Janji

Hadis

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri muslim.

Huraian Hadith: 
1) Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.

2) Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: e-hadith

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Categories
Hadis

Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

Hadis

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”

Huraian Hadith:  
1) Hadith menunjukkan kelebihan sifat malu, sifat malu adalah antara kesempurnaan iman, kerana sifat malu menghalang seseorang daripada melakukan maksiat, dan mendorongnya melakukan taat dan ibadat.

2) Malu adalah semulajadi (fitrah) dalam diri manusia, ianya boleh diasuh dan boleh dididik supaya sesuai dengan tuntutan syarak.

3) Islam menyuruh umatnya bersifat pemalu kerana malu itu sebahagian daripada iman.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: e-hadith

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci