Rumusan
Pada waktu sekarang Amerika Syarikat sedang memerintah dunia dari pelbagai sudut antaranya ekonomi tanpa kita sedari. Disebabkan Covid-19 melanda baru-baru ini ekonomi seluruh dunia telah terjejas, yang paling ketara terjejas ialah Amerika Syarikat. Kemungkinan Amerika Syarikat bakal jatuh dan digantikan dengan Israel yang bakal memerintah dunia. Adakah ini satu kebetulan atau perancangan tanpa kita tahu?
Apakah itu Eschatology?
– Merupakan ilmu akhir zaman. Kita sekarang berada pada “akhir zaman”, ramai sekarang tidak menyedari kerana kebanyakan kita lalai dengan hal-hal duniawi.
Kenapa harus belajar Eschatology?
– Ilmu eschatology ini sangat penting untuk dipelajari semua orang, agar kita bersiap sedia menghadapinya. Kebanyakan orang mempercayai mengumpul “amalan” sahaja mencukupi untuk menghadapi akhir zaman nanti, pada hakikatnya salah. Dengan “amalan” sahaja tidak mencukupi untuk hidup akhir zaman nanti, kita perlu belajar ilmu-ilmu “survive” seperti menternak, bercucuk tanam dan sebagainya. Pada saat itu, kita harus hidup berganding bahu antara satu sama lain tanpa mengenal bangsa dan agama. Jika anda mahu “survive” akhir zaman nanti, belajarlah ilmu eschatology.
Ini hanyalah pendapat semata-mata. Tidak 100% betul, hanya Allah tahu segalanya.