Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8 Kebijaksanaan Raja Dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Reaksi Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap Tindakan Barat

Reaksi Pemerintah Perlis
– melalui Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, Perlis kehilangan wilayah Pujoh yang terletak di sebelah utara Sungai Perlis kepada Siam
– Raja Syed Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh dan dimasukkan ke dalam wilayah Setul
– wilayah Pujoh sepatutnya menjadi sebahagian daripada Perlis kerana sebelum itu Pujoh ditadbir oleh kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis

Reaksi Pemerintah Kedah
– Sultan Abdul Hamid Halim Shah berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri baginda
– berdasarkan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, Kedah kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Terutau, Butang dan pulau-pulau sekitarnya kepada Siam
– Sultan Abdul Hamid Halim Shah menegaskan sempadan baharu di antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut kirteria sempadan yang sedia ada
– Baginda amat murka sehingga menyatakan tidak akan memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah

Reaksi Pemerintah Terengganu
– Perjanjian Bangkok tidak dapat diterima sama sekali oleh pelbagai pihak di Terengganu, terutamanya dalam kalangan sultan, ulama dan pembesar
– Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam menyerahkan Terengganu kepada British tanpa pengetahuan baginda dan mempertahankan kedaultan negeri
– baginda menegaskan bahawa Siam tidak mempunyai sebarang hak ke atas Terengganu
– Baginda mengulangi kenyataan bahawa penghantaran bunga emas bukan menandakan Terengganu adalah jajahan Siam tetapi sebagai tanda persahabatan
– Baginda mengemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri Selat pada 24 Mei 1909

Reaksi Pemerintah Kelantan
– J.S Mason dan wakl Siam datang ke Kota Bharu menghadap Sultan Muhammad IV memaklumkan persetujuan antara Siam dengan British melalui Perjanjian Bangkok 1909
– dalam pertemuan tersebut, Sultan Muhammad IV menolak perjanjian berkenaan
– Sultan Muhammad IV juga kecewa dengan tindakan British menyerahkan wilayah Tabal, iaitu daerah di Kelantan yang dihuni kira-kira 15,000 orang Melayu kepada Siam

Kebijaksanaan Pemerintah Johor menyekat kemaraan British
Kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)
i) Menjamin keselamatan perairan
– memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untun perdagangan
– mendapat hadiah pedang keemasan daripada Ratu Victoria sebagai menghargai jasa beliau mewujudkan keamanan perairan

ii) Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri
– memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri utnuk mengelakkan tekanan British di Negeri Selat yang juga berpusat di Singapura.
– mengisytiharkan Tanjung Puteri sebagai ibu negeri Johor dan dinamakan Iskandar Puteri

iii) Memodenkan Pentadbiran Negeri
– mempelopori birokrasi moden
– Sistem tradisional diperkukuh dengan unsur baharu dari Barat ke dalam sistem pentadbiran seperti pendidikan moden

iv) Memperkenalkan Sistem Kangcu
– menggalakkan kemasukan orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam
– Tahun 1860: Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang terkemuka di Alam Melayu

v) Mengeksploitasi Hasil Hutan
– mengeluarkan hasil hutan tertama getah percan untuk dijual kepada pedagang British
– perdagangan getah perca menguntungkan sehingga Temenggung mengisytiharkan sebagai monopoli Johor

Tindakan Raja Melayu dalam Menangani Cabaran Barat
1) Tuntutan Raja Melayu Melalui Durbar
Durbar di Kuala Lumpur 1903
– Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak dilaksanakan langkah mengembalikan kuasa kepada institusi raja
– baginda juga mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi
– Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Ibni Yamtuan Antah menuntut kuasa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan

Durbar di Pekan, Pahang 1932
– Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah bertitah dengan tegas mendesak agar kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Raja-raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek pemerintahan negeri

Durbar di Klang, Selangor 1937
– Yang Di Petuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman menggesa British memberikan peluang perkhidmatan kepada buruh dari rumpun Alam Melayu, khususnya orang Jawa menggantikan buruh Cina dan India di negeri-negeri Melayu|
– Sulan Pahan, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah mendesak British memberikan perhatian kepada masalah orang Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan atau tanah

Durbar di Seri Menanti, Negeri Sembilan 1939
– Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah mencadangkan penubuhan Malay Girls College yang sama tarafnya dengan Malay College Kuala Kangsar untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita

2) Diplomasi Menangani Tekanan British
Diplomasi Sultan Abu Bakar Johor
i) Mengadakan Hubungan Baik Dengan Kerajaan Negeri Selat
– British mengekalkan kawasan Teluk Belanga di Singapura sebagai milik Kesultanan Johor
– baginda dan kerabatnya menetap di Singapura sehingga tahun 1889 sebelum berpindah ke Johor

ii) Kunjungan ke England Bertemu Dengan Ratu Victoria
– baginda dikurniakan gelaran Maharaja Johor pada tahub 1868
– meredakan tekanan gabenor negeri selat
– diberikan kepercayaan menyelesaikan pertikaian di negeri-negeri Melayu

iii) Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor Di Labuan
– ahli dilantik oleh baginda dalam kalangan pegawai British yang berpengaruh
– membantu menasihati baginda dalam hal pentadbiran

Diplomasi Sultan Zainal Abidin III Terengganu
i) Kebijaksanaan dalam Rundingan
– baginda merupakan pemerintah yang berani mempertahankan kedaulatan negeri
– berangkat ke Singapura berunding dengan Gabenor Negeri Selat selepas Perjanjian Bangkok 1909

ii) Menandatangani Perjanjian British-Terengganu 1910
– hasil rundingan membawa kepada Perjanjiuan Tahun 1910 yang meminda Perjanjian Bangkok 1909
– baginda hanya bersetuju menandatangani perjanjian apabila British mengakui Terengganu negeri yang merdeka
– Terengganu hanya menerima wakil British yang tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri

3) Keengganan Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara Menerima Penasihat British

i) Syed Hamzah Jamalullail (Naib Presiden Majlis Mesyuarat Negeri Perlis)
Penasihat British di Perlis
– Pada 15 julai 1909, British melantik Meadow Frost sebagai Penasihat British di Perlis
– meskipun pemindahan naungan Siam kepada British berlaku pada 1909, namun British dan Perlis tidak terikat dengan sebarang perjanjian rasmi
– pada 28 april 1930, Perjanjian Perlis-British yang ditandatangani menjadi Perlis secara rasmi negeri Melayu terakhir menerima naungan British
– perjanjian tersebut meningkatkan kawalan Penasihat British terhadap pentadbiran negeri melalui Majlis Mesyuarat Negeri Perlis

ii) Tunku Mahmud (Presiden Majlis Mesyuarat Negeri Kedah)
Penasihat British di Kedah
– pada 15 julai 1909, British menghantar W.G Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah
– Keengganan menerima kehadiran W.G. Maxwell menimbulkan pergeseran dengan Majlis Mesyuarat Negeri Kedah
– konflik berpunca daripada tindakan W.G Maxwell yang dianggap melampaui dalam mencampuri urusan pentadbiran negeri.
– Majlis Mesyuarat Negeri Kedah menentang langkah W.G Maxwell menuntut surat rasmi mesti melalui Residen Jeneral dan ditulis dalam bahasa Inggeris
– Tindakan W.G Maxwell mengetepikan nama Kedah dalam surat rasmi dan mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya dianggap tidak wajar dan mencabar identiti negeri.
– Konflik dengan Penasihat British membawa kepada Perjanjian Kedah-British pada 1 November 1923
– Kedah berjaya mengekalkan identiti sebagai negeri Melayu
a) Penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran dan perundangan
b) Penggunaan kalendar Hijrah
c) Cuti Umum pada Hari Jumaat
d) Keutamaan melantik pegawai Melayu dalam pentadbiran

iii) Sultan Muhammad IV, Kelantan
Penasihat British di Kelantan
– Sultan Muhammad IV tidak menerima Perjanjian Bangkok.
– British berunding dengan baginda untuk mewujudkan perjanjian lain
– akhirnya, perjanjian ditandatangani antara British dengan Kelantan pada tahun 1910.
– Antara kandungan perjanjian tersebut termasuklah:
a) J.S Mason dihantar ke Kelantan sebagai Penasihat British
b) Sultan Kelantan perlu mengikut dan melaksanakan nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat Melayu
c) Sultan Kelantan tidak dibenarkan membuat hubungan dengan kuasa luar tanpa melalui Penasihat British

iv) Sultan Muhammad II
Penasihat British di Terengganu
– Sultan Zainal Abidin III enggan menerima Penasihat British dan hanya menerima pelantikan wakil British yang tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri pada tahun 1910
– Penguasaan British dalam pentadbiran Terengganu berlaku selepas kemagkatan Sultan Zainal Abidin III apabila Sultan Muhamaad II yang menaiki takhta selepas itu didesak menandatangani Perjanjian Terengganu-British pada 24 Mei 1919.
– Melalui perjanjian ini, status wakil British ditukarkan menjadi Penasihat British yang membolehkan British campur tangan dalam segala hal ehwal pentadbiran negeri kecuali agama Islam dan adat Melayu
– penasihat British yang pertama di Terengganu ialah J.L Humphreys
– Sultan Muhammad II (1918-1920) lebih banyak berunding dengan pembesar negeri berbanding dengan merujuk Penasihat British
– Tindakan Sultan Muhammad II menimbulkan kemarahan British dan dianggap sebagai penghalang dasar British di Terengganu. Baginda turun takhta pada tahun 1920 dan digantikan dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

4) Menggubal Undang-Undang Tubuh
i) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
– pada 14 april 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan perlembagaan negeri yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
– pengenalan undang-undang ini menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan mempunyai unsur demokratik.

Kandungan
– Sultan tidak boleh menyerahkan negeri dan kerajaan Johor kepada sebarang kuasa asing
– menteri-menteri dan Jemaah Pangkuan Kerajaan juga tidak boleh menyerahkan negeri kepada kerajaan asing
– Jemaah Menteri hendaklah terdiri daripada bangsa Melayu, rakyat Johor dan beragama Islam
– Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah terdiri daripada rakyat Johor
– agama Islam sebagai agama negeri selama-lamanya
– Raja dan kerajaan Johor mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan lain terutama British

Kepentingan
– Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyediakan asas yang kukuh bagi negeri Johor untuk mengimbangi kuasa British dan mempertahankan identiti negeri
– perlembangan tersebut digubal untuk membentuk kerajaan yang berteraskan demokrasi bagi menggantikan pemerintahan bercorak mutlak
– langkah ini memberikan kesan kepada rancangan British untuk menguasai Johor

ii) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
– pada 2 novembe 1911, Sultan Zainal Abidin III menggubal Undang-Undang Tubuh bertulis pertama di Terengganu iaitu Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

Kandungan
– kerajaan Terengganu merupakan kerajaan Melayu Islam (Malayuwiyyah Islamiyyah)
– Islam merupakan asas perundangan negeri
– Sultan Terengganu tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
– Sultan Terengganu yang menyerahkan negeri Terengganu kepada kuasa asing hendaklah turun dari takhta
– Menteri Besar mestilah beragama Islam dan rakyat Terengganu
– Ahli Mesyuarat Negeri boleh terdiri daripada orang bukan beragama Islam tetapi mestilah rakyat Terengganu

Kepentingan
– penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu merupakan langkah Sultan Zainal Abidin III untuk memantapkan pentadbiran dan memelihara kedaulatan negeri
– Penggubalan undang-undang tersebut juga berhubung rapat dengan usaha sultan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan raja, pembesar dan rakyat jelata
– Kekuatan hubungan antara raja dengan rakyat menjadi benteng untuk menghalang campur tangan British terhadap pemerintahan Terengganu.

5) Raja Menerajui Pemodenan Negeri
i) Pemodenan Johor
– Sultan Abu Bakar dengan kerjasama Majlis Jemaah Menteri yang cekap, meneruskan pemodenan pentadbiran yang dipelopori oleh Temenggung Daeng Ibrahim
– antaranya ialah aspek pentadbiran, kewangan, undang-undang,pelajaran, kesihatan, tanah, polis dan tentera.
– Sultan ABu Bakar dengan kerjasama pembesar telah menubuhkan pelbagai jabatan untuk mengurus pembangunan rakyat dan negeri
– jabatan-jabatan ini beroperasi dengan begitu cekap dan berkesan sehingga pihak British tidak mempunyai ruang untuk campur tangan
– Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor sebagai negeri moden berbanding dengan negeri Melayu lain pada abad 19 sehingga baginda digelar “Bapa Pemodenan Johor”

ii) Pemodenan Kedah
– Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) terkenal sebagai “Bapa Moden Kedah” kerana pemerintahan baginda
– Baginda dibantuk oleh pembesar negeri yang berkebolehan dalam menjayakan pembangunan negeri
– Pada akhir abad 19, Kedah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom, Mahkamah Keadilan dan Pasukan Polis Kedah
– Kedah dapat mengembangkan sistem politik yang tersusun sebelum campur tangan British kerana mempunyai pegawai berpengalaman dan memainkan peranan yang berkesan dalam sistem pentadbiran

iii) Pemodenan Terengganu
– Sultan Zainal ABidin III bersama-sama yang Yand Dipertuan Muda Tengku Muhammad melakukan pembaharuan dan pemodenan dlaam bidang pentadbiran dengan menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri sejak tahun 1912.
– Penubuhan badan ini membawa kepada penubuhan jabatan kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Pesuruhjaya Keadilan, Pejabat Agama dan Pelajaran, Pejabat Kerja Raya dan Pejabat Pesuruhjaya Hutan.

Usaha Pembesar Melayu Dalam Pemodenan Negeri
1) Pembangunan Sosioekonomi

Long Jaafar
– membawa kemajuan di Larut sekali gus memperkenalkan negeri Melayu di pasaran dunia sebagai pengeluar utama bijih timah
– menggalakkan pusat pengajian agama dan membina sekolah Melayu Matang pada tahun 1826 untuk membeikan pendidikan kepada anak tempatan

Tengku Menteri Ngah Ibrahim
– Jutawan berwatak nasionalis dan berwawasan dalam membangunkan ekonomi bangsa
– Menemui Sultan Abu Bakar Johor untuk mempelajari sistem pentadbiran moden baginda bagi memajukan daerah Larut
– usaha Ngah Ibrahim beakhir apabila beliau dijatuhkan hukuman dibuang negeri ke Pulau Seychelles dan kemudiannya meninggal dunia di Singapura pada 1895

2) Pembangunan Pertanian
Wan Muhammad Saman
– Beliau dikenali sebagai Tokoh Pembangunan Negeri Kedah kerana mencetusidea membina terusan bermula dari Alor Setar hingga kaki Gunung Jerai, Gurun
– sempena mengenangkan jasa meliau kepada pembangunan negeri, terusan yang dibina oleh beliau dinamakan Terusan Wan Muhammad Saman

3) Pembangunan Bandar
Dato’ Muhammad Salleh Bin Perang
– beliau melukis peta lengkap pertama bagi negeri Johor bagi memudahkan kerajaan menggerakkan pembangunan pertanian, perbandaran dan sistem perhubungan
– beliau mengasaskan pembukaan Bandar Maharani (Muar), Endau dan Bandar Penggaram (Batu Pahat)

4) Pentadbiran Dan Pendidikan
Dato’ Jaafar bin Muhammad
– memelihara kedaulatan negeri dengan mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor
– memartabatkan bahasa Melayu dengan menetapkan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan
– mewajibkan pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor

Dato’ Abdul Rahman Bin Andak
– bertanggungjawab mengawal hubungan Johor dengan British, bijak dalam diplomasi dan berpandangan jauh dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri
– kebijaksanaan mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkan beliau dibersarakan daripada pentadbiran Johor atas desakan British
– perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa pada tahun 1888 yang merupakan badan persuratan terulung ketika itu

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
– menggalakkan perkembangan pendidikan moden melalui penubuhan Jabatan Pelajaran pada tahun 1883 dan sekolah-sekolah di Johor
– membentuk Jawatankuasa Pelajaran Negeri yang terdiri daripada tokoh birokrat, agama dan masyarakat
– mendesak diwartakan pendidikan wajib kepada kanak-kanak Johor.

Syeikhul Islam Terengganu
– Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Terkenala dengan gelaran Tok Ku Paloh
– pembesar istana yang dilantink sebagai Sheikhul Islam dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
– tokoh penting dalam memberikan nasihat dan semangat perjuangan kepada sultan ketika berhadapan epluasan kuasa British di Terengganu termasuk terlibat dalam penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

5) Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan
– golongan bangsawan yang dilantik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuab
– menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk menjaga keselamatan bangsa
– mendesak British membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak watan khususnya dalam perkhidmatan awam.

6) Kepimpinan Tempatan Di Sarawak Dan Sabah
Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi
– memainkan peranan penting dalam pentadbiran Dinasti Brooke terutamanya dalam hal ehwal yang berkaitan dengan umat Islam di Sarawak
– memulakan pengajian Islam yang lebih formal di Sarawak melalui penubuhan Madrasah al-Murshidiyyah di Kuching pada awal abad 20
– bersama Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dan Abang Haji Bolhassan menubuhkan sebuah sekolah khas bagi kaum wanita mempelajari ilmu agama yang dikenali sebagai Sekolah Kajang
– Pada 1925, beliau dilantik sebagai Datuk Hakim dan sebagai ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Sarawak
– pada 1932, beliau dilantik sebagai Datu Imam
– beliau juga mengasaskan Majlis Syuyukh Islam yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis Islam Sarawak

Orang Kaya-kaya Haju Mohammad Arshad
– Ketua Anak Negeri yang membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah
– menjaga keamanan, mengutip cukai, mengurus hal yang berkaitan dengan pembahagian tanah dan memajukan pertanian dalam masyarakat tempatan
– menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri yang mengendalikan kes berkaitan dengan hukum adat dan syariah

Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan Dalam Menangani Cabaran Barat
1. Kemakmuran Negeri
i) kemakmuran ekonomi Johor merupakan manifestasi kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran yang diwujudkan pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Walaupun pemodenan dan kemajuan ditempa, namun jati diri dalam kalangan rakyat masih kekal dan utuh

ii) pemodenan dalam pentadbiran dan ekonomi menarik lebih ramai pelabur asing datang ke Johor untuk melabur dalam sektor petanian komersial

iii) Sultan Abu Bakar mengabadikan peranan yang dimainkan sumber hasil pertanian penting yang membawa kemajuan ekonomi Johor dengan menjadikan motif lada hitam dan gambir tersebut sebagai awan larat pada semua peralatan istana dan kerajaan

iv) usaha memajukan perlombongan bijih timah oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim di Larut dan peranan Sultan Ismail di Lembah Kinta memperkenalkan Perak sebagai pengeluar bijih timah utama dunia

v) Pembaharuan pentadbiran Kedah sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan kewibawaan Perdana Menteri Wan Muhammad Saman berjaya menjadikan Kedah sebagai negeri jelapang padi

vi) Kerancakan kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah juga berlaku sebelum kedatangan kuasa Barat. Kewujudan pelabuhan membuktikan penduduk Sarawak dan Sabah sudah terlibat dalam kegiatan pdagangan. Pelabuhan tersebut memperdagangkan bahan mentah, hasil hutan dan hasil laut. Sarawak dan Sabah kaya dengan pelbagai hasil hutan yang diusahakan oleh penduduk tempatan

2) Melambatkan Peluasan Kuasa British
– penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-Undang Bagi Diri Terengganu membantutkan cita-cita British untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Melayu
– kawalan undang-undang tubuh tersebut terhadap kedaulatan negeri dinyatakan dengan tegas bahawa pemerintah tidak boleh menyerahkan negeri kepada kuasa asing
– British hanya berjaya menempatkan Penasihat Am British di Johor selepas Sultan Abu Bakar mangkat dengan mendesak Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian British-Johor pada tahun 1914

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Johor 1914
– bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11 Disember 1885 yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia Frederick Arthur Stanley, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaklah dimasuhkan dan Perkara yang lain menggantikannya

Perkata III
– Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima dan menyediakan kedaiaman yang sesuai untuk seorang Pegawai British ayng dinamakan Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda dan tinggal dalam Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu dan semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

3) Kemajuan Pendidikan
– penyediaan kemudahan pendidikan bukan menjadi keutamaan British kerana tumpuan British adalah untuk mengeksploitasi sumber ekonomi negeri-negeri Melayu
– British kurang memberikan perhatian kepada pendidikan terutama pendidikan wanita kerana dianggap tidak memberikan pulangan ekonomi kepada British
– Desakan berterusan Raja-raja Melayu melalui Durbar mengenai kepentingan anak wantan membawa kepada penubuhan sekolah-sekolah di negeri-negei Melayu termasuk sekolah perempuan

4) Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja
– Rejimen Askar Melayu ditubuhkan hasil insiatif Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah, Sultan Perak Sultan Alang Iskandar, Undang Luak Rembau Dato’ Abdullah Dahan dan Raja Di Hilir Perak, Raja Chulan ibni Sultan Abdullah
– Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu mendesak melalui Durbar dan Majlis Perundangan Persekutuan tentang keperluan pasukan bersenjata yang dianggotai oleh anak watan bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara
– Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

5) Pegawai Tadbir Melayu
– penubuhan PTM merupakan hak kepada raja-raja Melayu bagi kepentingan anak-anak mereka
– British sedar bahawa mereka perlu mendapatkan kerjasama elit Melayu untuk mengekalkan kedudukan mereka di negeri-negeri Melayu
– Pelantikan elit Melayu dalam pentadbiran British akan memberikan peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan kehendak British
– Pegawai-pegawai Melayu boleh dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (PATM) dan menduduki jawatan-jawatan tinggi
– PTM dianggap sebagai eksklusif dengan prestij yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu

6) Mempertahankan Institusi Beraja
– Raja-raja membuktikan kebolehan berdiplomasi sehingga institusi raja dapat dikekalkan dan berjaya dipertahankan
– Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu tidak menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu
– British hanya dapat mengambil alih pemerintahan pada peringkat pembesar negeri
– Peranan pembesar negeri digantikan oleh pegawai British
– Jabatan dan sistem bercorak barat digunakan bagi menggantikan peranan pembesar tempatan

Kuiz Sejarah Bab 8: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 8:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 Penentangan Masyarakat Tempatan

Matlamat Dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan

Penentangan Bersenjata

1) Abad 19
i) Penentangan Dol Said di Naning
Latar Belakang
– Abdul Said Bin Omar dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said
– Dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang

Sebab Penentangan
– Dol Said menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyank 1/10 yang dikenakan oleh British terhadap Naning
– Beliau mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka

Peristiwa Penentangan
– Dol Said bermuafakat dengan pemimpin Rembau dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu dari wilayah yang lain untuk menentang British. Antaranya termasuklah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau, Pembesar Seri Menanti, Penghulu Gemenceh, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Penghulu Remai dan Rechat, Penghulu Linggi, Johol dan Ulu Muar
– pakatan ini berjaya mengumpul kira-kira 4000 orang hulubalang Melayu untuk menentang British
– Tahun 1831: dalam Perang Naning Pertama, Dol Said dan pengikutnya berjaya mengalahkan British
– permuafakatan Dol Said dengan pembesar Melayu lain tidak kekal lama. British berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut
– Dalam Perang Naning Kedua pada tahun 1832, Yamtuan Rembau dan pembesar lain enggan memberikan bantuan kepada Dol Said
– British berjaya menakluki Taboh pusat pentadbiran Naning dan menyatukan Naning dengan Melaka.

ii) Penentangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan
Latar Belakang
– Tunku Antah ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan (1833 – 1861)
– Tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti

Sebab Penentangan
– beliau menentang campur tangan British di Sungai Ujong kerana menggugat kedaulatan bangsa
– beliau bimbang British akan meluaskan kuasa ke wilayah di sekitarnya

Peristiwa Penentangan
– beliau memimpin 4000 orang pengikutnya menentang Dato’ Kelana yang disokong oleh pasukan British
– British berjaya mengalahkan angkatan Yamtuan Antah di Paroi dan Bukit Putus
– Tahun 1876, baginda berunding dengan Gabenor Negeri Selat, William Jervouis. Melalui rundingan tersebut, British melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti

iii) Penentangan Dato Bahaman di Pahang
Latar Belakang
– nama asalnya Abdul Rahman bin Imam Noh
– beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera

Sebab Penentangan
– beliau menentang British di Pahang kerana hilang hak mengutip cukai dan pembinaan balai polis oleh tanpa pengetahuannya

Peristiwa Penentangan
– Tahun 1891, beliau melancarkan gerakan menentang British dengan bantuan Tok Gajah dan Mat Kilau
– Tahun 1894, Dato’ Bahaman dan pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
– British bertindak balas menghantar Kolonel Walker dan berjaya menawan semula Jeram Ampai
– Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan Terengganu. Peristiwa ini menandakan berakhirnya Perang Pahang.

iv) Penentangan Rentap di Sarawak
Latar Belakang
– Nama asal Libau
– Rentap bermaksud “penggoncang dunia”
– Lahir pada tahun 1800
– digelar Raja Ulu dan Raja Darat
– pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

Sebab Penentangan
– Rentap dituduh oleh James Brooke sebagai lanun
– James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban

Peristiwa Penentangan
– Tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang. Dalam serangan ini Alan Lee, pegawai James Brooke terkorban
– Tahun 1854, James Brooke menyerbu kubu Rentap di Sungai Lang. Rentap mengundurkan diri ke Bukit Sadok
– Tahun 1857, Charles Brooke menggempur Rentap di Bukit Sadok. Rentap berjaya mengundurkan pasukan Charles Brooke
– Tahun 1858, Charles Brook menggempur kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali kedua
– Tahun 1861, Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali ketiga
– Rentap berundur ke Entabai beberapa tahun kemudia beliau meninggal dunia

v) Penentangan Sharif Masahor di Sarawak
Latar Belakang
– pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang
– dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei pada tahun 1849
– berasal dari Kampung Igan

Sebab Penentangan
– kewibawaan beliau tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
– beliau mahu mengusir James Brooke dan mengembalikan kuasa pembesar tempatan yang terjejas

Peristiwa Penentangan
– Tahun 1860, beliau mengadakan pakatan sulit dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur dan Pengiran Temenggung Hashi, Jalil dari Sadong untuk menggulingkan Dinasti Brooke di Kuching
– Beliau mengajak orang Melayu dan Dayak menyertai pakatan tersebut
– Sharif Masahor menggunakan jalan lau utntuk menyerang Kuching dari arah barat
– Dato’ Patinggi Abdul Gapur pula melancarkan serangan dari arah timur
– Brooke mematahkan serang ini menggunakan kapal perang dan senjata moden
– kedua-dua tokoh ini telah dibuang negeri oleh Brooke

2) Abad 20
i) Penentangan Tok Janggut di Kelantan
Latar Belakang
– Nama asal Haji Hassan Bin Munas
– lahir pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan di Makkah

Sebab Penentangan
– beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff, Ketua Jajahan Pasir Puteh
– beliau menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah
– beliau bersemangat jihad menentang British

Peristiwa Penentangan
– Pada 29 April 1915, Tok Janggut mengadakan mesyuarat di Kampung Tok Akib bagi memboikot pengenalan cukai oleh British
– Beliau merancang menyerang Pasir Puteh dan mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam dan che Ishak Merbol
– British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh Saring
– Dalam pertempuran tersebut Tok Janggut terkorban

ii) Penentangan Mat Salleh di Sabah
Latar Belakang
– nama sebenar Mohammad Salleh
– dilahirkan di Inanam Sabah
– berketurunan Bajau dan Suluk

Sebab Penentangan
– beliau menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kausa
– beliau cuba mengadakan rundingan dengan SBUB, namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB

Peristiwa Penentangan
– Pada Julai 1897, Mat Salleh menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya. Beliau membina kubu di Ranau
– Pada November 1897, beliau menyerang Ambong
– Pada 1898, Cowie mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan
– Namun SBUB tidak menepati janji dan mengambil alih pentadbiran Tambunan pada 1899
– Pasukan tentera SBUB menyerang kubu Mat Salleh di Teboh, Tambunan secara besar-besaran
– Pada 1900, Mat Salleh gugur dalam pertempuran di Tambunan


iii) Penentangan Mat Sator di Sabah
Latar Belakang
– Mat Sator merupakan orang kanan dan Ketua Leftenan Mat Salleh yang bertanggungjawab melindungi kubu Mat Salleh di Tibabar
– beliau juga pemimpin Kadazandusun di Tambunan
– beliau turut dikenali sebagai Mat Jator

Sebab Penentangan
– memperjuangkan kedaulatan tanah air
– beliau meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Salleh pada tahun 1900

Peristiwa Penentangan
– Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama Tambunan berhanpiran kubu Mat Salleh di Tibabar.
– Kubu ini dibina betujuan melambatkan serangan British
– Pada 1900, British berusaha menamatkan kebangkitan Mat Sator dan Mat Salleh
– Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sungai Sunsuron
– Pada April 1900, Mat Sator berjaya menawan Kudat. Namun British menyerang balas yang menyebabkan beliau terkorban

Mencabar Perjanjian

Dato Maharaja Lela
Latar Belakang
– Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis yang berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi
– Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak

Sebab Penentangan
– Beliau bangkit menentang British kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu

Peristiwa Penentangan
– pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor. Namun usahanya gagal
– Rentetan itu, beberapa mesyuarat sulit diadakan antara Sultan Abdullah dengan pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W Birch.
– Pada 2 November 1875, J.W.W Birch diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat Arshad, jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
– Kesempatan tersebut digunakan oleh Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh J.W.W Birch
– J.W.W Birch dibunuh pada 2 November 1875
– pada 1877, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British
– Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri

Menggunakan Sistem Perundangan

Kebangkitan Tani
Latar Belakang
– ketua gerakan Kebangkitan Tani ialah Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau Haji Abdul Rahman Limbong
– keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu
– lahir pada 1868 dan meninggal dunia di Makkah pada 1929

Sebab Penentangan
– Beliau menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang-undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak

Peristiwa Penentangan
– beliau memohon Lesen Wakl untuk menjadi wakil kepada tertuduh
– beliau betindak sebagai peguam bagi mewakili penduduk Ulu Telemong menentang pihak kerajaan yang diwakili oleh renjer hutan
– kegagalan pihak peguam cara dan hakim menjelaskan pertanyaan Haji Abdul Rahman Limbong menyebabkan perbicaraan ditangguhkan dan berakhir tanpa keputusan
– Akhirnya, perbicaraan ditamatkan dengan keputusan berpihak kepada beliau
– apabila berlaku Kebangkitan Tani 1928, British menangkap beliau atas tuduhan menghasut
– beliau dibicarakan dan dibuang negeri ke Makkah

Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan Dan Kehidupan Masyarakat Tempatan

Kesan Terhadap Kuasa Pemerintah
i) Pentadbiran Tempatan

Negeri Sembilan
– British mula meluaskan kuasanya di Sungai Ujong pada 1874 dengan menyebelahi pembesar tempatan Dato’ Kelana
– British menggugat kewibawaan dan mencabar kedudukan Yamtuan Antah
– British seterusnya menguasai Rembau, Jelebu dan Seri Menanti dengan cara menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil
– Menjelan tahun 1895, British menyatukan semua daerah dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan

Sarawak
– bagi mengukuhkan kuasanya di Sarawak, Brooke melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran
– Pembesar Melayu yang berpengalaman, misalnya Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantin mentadbir Sarawak untuk memudahkan Brooke menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan

Pahang
– pembentukan daerah di bawah pentadbiran Pemungut Cukat dan Majistret menyebabkan hilangnya kuasa pentadbiran pembesar di daerah masing-masing
– British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato’ Bahaman
– Tindakan British ini memalukan beliau dan menyebabkan berlakunya kebangkitan menentang British di Pahang

Perak
– Residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W Birch. Beliau menggunakan tekanan supaya Sultan Abdullah menandatangani surat pengisytiharan yang membolehkan Residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan
– tindakan J.W.W Birch menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesarnya kehilangan kuasa

Sabah
– Pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh, pembesar di hulu Sungai Sugut
– dalam satu rundingan antara Mat Salleh dengan William Cowie, Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambuanan.
– kemudian, SBUB memungkiri janji dengan mengambil semula Tambunan daripada penguasaan Mat Salleh. Hal ini mencabar kuasa dan kewibawaan Mat Salleh

Kelantan
– pembentukan jajahan dan pelantikan ketua jajahan sebagai pentadbir telah mengambil alih kuasa pembesar
– pusat pentadbiran jajahan Pasir Puteh telah dipindahkan dari Jeram ke Pasir Puteh. Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan yang rendah iaitu Tok Kweng Muda
– Beliau kehilangan kuasa wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dan Tok Janggut menjalankan kempen menentang pentadbiran baru itu

Terengganu
– pelantikan Penasihat British di Kuala Terengganu dan Penolong Penasihat British di Besut dan Kemaman menggugat kekuasaan sultan dan pembesar. Hubungan luar negeri pula ditetapkan oleh British

ii) Perundangan Tempatan
Naning
– British berusaha melaksanakan undang-undang Barat di Naning. TIndakan British mencabar bidang kuasa penghakiman yang dimilki oleh Dol Said dan menggangu sistem perundangan Naning yang berlandaskan Adat Perpatih

Perak
– Pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Larut mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim mentad kerana beliau diminta menerima nasihat daripada Kapten Speedy

Pahang
– Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British di Pahang menjadi lebih serius apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua. Tindakan British menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang-undang tergugat

iii) Kewangan Tempatan
Perak
– pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W Birch di Kuala Sungai Perak menyebabkan Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim dan pembesar Perak terjejas pendapatan mereka

Pahang
– Dengan pengenalan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil, Dato’ Bahaman dan pembesar lain yang berkuasa di Semantan tidak dibenarkan memungut cukai. Mereka ditawarkan elaun bulanan yang sangat kecil. Misalnya, Dato’ Bahaman ditawakan elaun $70.00 sahaja sebulan. Para pembesar Pahang tidak berpuas hati dengan elaun tersebut dan membantah tidak akan mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri

Kesan Terhadap Kehidupan Masyarakat

Cukai Terhadap Petani Di Pasir Puteh
Sebelum kedatangan British
– kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran
– sekiranya hasil tanaman sikit, maka cukai yang dikenakan adalah rendah
– tanah yang tidak diusahakan dikecualikan daripada cukai

Selepas kedatangan British
– setiap penduduk mesti melaporkan jumlah keluasan sawah padi yang dimiliki
– setiap tanah yang mempunyai keluasan 400 depa per segi dikenakan cukai sebanyak tiga kupang (30 sen) setahun
– semua pemilik tanah diwajibkan membayar cukai

Masalah membayar Cukai
– penduduk Pasir Puteh, Kelantan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka
– bayaran cukai hanya boleh dijelaskan semasa waktu pejabat. penduduk yang enggan membayar cukai ditangkap dan didenda
– keadaan ini menyebabkan penduduk semakin benci kepada British

Bercanggah dengan Nilai Tempatan
– British melaksanakan beberapa peubahan baharu dalam pentadbiran yang bertentangan dengan nilai tempatan
– misalnya, penduduk Terengganu memerlukan surat kebenaran untuk mengambil hasil hutan, membuka tanah untuk petempatan atau berhuma
– cukai mesti dibayar di pejabat tanah. mereka yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan didenda dan jika gagal membayar dendan akan dipenjarakan

Sarawak
– Tahun 1894: D.J.S Bailey, pegawai Brooke yang bertugas di Simanggang mengenakan cukai terhadap orang Iban di Ulu Batang Lupar
– Beliau mengeluarkan arahan memusnahkan rumah panjang yang dibina di kawasan sempadan Sarawak dengan kawasan Belandan di Kalimantan
– orang Iban membantah paksaan supaya berpindah ke petempatan di sepanjang sungai utama kerana menjejaskan kegiatan tanaman pindah mereka
– ketika memasuki sempadan dari kawasan pentadbiran Belanda, barang yang dibawa oleh penduduk tempatan dirampas oleh pegawai bertugas kerana gagal membayar cukai di samping dikenakan dendan sebanyak 10 kati. sepatutnya barang mewah orang Iban tidak perlu dikenakan cukai. cukai pula biasanya hanya dipungut di pusat pungutan di hilir sungai

Sabah
– Sbub memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat

Layanan tidak adil
– di Sabah, pentadbiran SBUB menindas orang Murut. mereka dilarang membuka tanah baru untuk pertanian pindah atau penempatan. akibatnya, orang Murut kekurangan bekalan beras untuk makanan harian
– orang Murut dikenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan sempadan, Suami Isteri orang Murut dipaksa tinggal berasingan dan dipisahkan oleh aliran sungai. Setiap klai mereka ingin berjumpa dikenakan denda 1 Dolar
– peraturan baru ini menyulitkan kehidupan orang Murut

Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat

Kekuatan
i) Muafakat
Dato Maharaja Lela
– pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor dan pembesar Melayu lain mengadakan pakatan sulit untuk menghapuskan J.W.W Birch
– pada 21 julai 1875, satu mesyuarat penting diadakan di Durian Sebatang. Mereka yang hadir berjabat tangan dan mengangkat sumpah tidak akan memungkiri keputusan yang dicapai
– pada 5 september 1875, mereka mengadakan mesyuarat di rumah Dato’ Sagor. Mereka bersumpah meminum air keris akan merahsiakan pakatan sulit itu
– pada 12 september 1875, mereka mengadakan mesyuarat khas pada waktu malam di Istana Sultan Ismail di Belanja
– setelah mengadakan tujuh kali mesyuarat, akhirnya mereka berjaya membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak

Sharif Masahor
– berjaya menyerang Kanowit dengan bantuan Dato’ Patinggi Abdul Gapur
– pakatan itu berjaya membunuh dua orang pegawai British.
– Brooke tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam pakatan tersebut

ii) Kubu Pertahanan
Yamtuan Antah
– berjaya mematahkan serangan British pada peringkat awal penetangan kerana kekuatan kubu di Paroi dan kubu Bukit Putus
– kedua-dua kubu semula jadi tersebut terlalu ampuh untuk ditembusi oleh British kerana terletak di atas bukit yang tinggi
– terdapat halanga ranjau dan pokok tumbang di bahagian hadapan
– kawasan kubu tersebut berbukit bukau dan kelilingi oleh tebal

Rentap
– berjaya mematahkan serangan keluarga Brooke sebanyak dua kali iaitu pada 1857 dan 1858 kerana keutuhan kubu Bukit Sadok
– Kubu Bukit Sadok terletak di kawasan curam dan perbukitan yang tinggi
– dikelilingi oleh hutan rimba dan bukit batu kapur
– terdapat halangan kayu abelian setebal dua kaki yang tidak bole ditembusi oleh peluru
– Rentap menggunakan meriam “Bujang Timpang Berang” yang diperbuat daripada besi

Mat Sator
– beliau mempunyai kubu yang dikenali sebagai Kota Mat Sator yang terletak di Kampung Kapayan Lama, Tambunan yang terletak berdekatan dengan Kota Mat Salleh di Tibabar.
– kedudukan kota ini strategik kerana terletak di tebing Sungai Sunsuron yang membekalkan sumber air
– Kota ini menjadi pusat tinjauan kegiatan British

iii) Persenjataan
Dol Said
– beliau memperoleh bantuan angkatan tentera dari Rembau dan wilayah yang menjadi jiran Naning
– angkatan tersebut menggunakan senapang jenis flintlock dan snider riffles ketika membuat serangan hendap terhadap tentera British
– beliau juga menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang mudah dibawa ke medan pertempuran

iv) Perundangan
Haji Abdul Rahman Limbong

– beliau memohon lesen pleader umtuk membela para petani Terengganu di mahkamah dengan menggunakan hujah agama
– beliau menyatakan bahawa tanah yang dikerjakan oleh mereka ialah “Hak Allah SWT” dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai
– beliau berhujah, sistem percukaian yang diperkenalkan oleh British adalah berlawanan dengan hukum syarak.
– beliau menuntut hak mengerjakan tanah harus mengikut hukum agama Islam

Kelemahan
i) Penentangan Bersenjata
Yamtuan Antah Pejuang Terbilang
– British menggunakan meriam yang besar untuk menghancurkan kubu pertahanan Yamtuan Antah
– British berjaya menawan Paroi dan Bukit Putus
– Yamtuan Antah berundur ke Johor

Rentap Wira Bukit Sadok
– Brooke berjaya menewaskan Rentap dalam serangan ketiga (1861)
– Brooke menggunakan meriam tembaga “Bukit Sadok” dan angkatan tentera yang lebih besar
– Brooke berjaya menawan Bukit Sadok
– Rentap berundur ke Entabai

ii) Ancaman Perundangan Barat
Haji Abdul Rahman Limbong Pejuan Masyarakat Tani Terengganu
Kebangkitan tahun 1922
– petani di Kuala Telemong menentang peranturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran

Kebangkitan Tahun 1925
– seramai 300 hingga 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong dan membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan tanpa pas kebenaran

Kebangkitan Tahun 1928
– berlaku kebangkitan Tani di Marang. Kuala Telemong dan Kuala Berang
– mereka mengisytiharkan prang terhadap British, menduduki balai polis menduduki bangunan kerajaan dan mengibarkan bendera merah di Kuala Berang
– Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap
– beliau dibicarakan di Kuala Terengganu
– beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas kesalahan menghasut

iii) Gagal Mentafsir Perjanjian
Dato’ Marahaja Lela Pahlawan Melayu
– tindakan Sultan dan pembesar Perak untuk mencabar Perjanjian Pangkor menemui
– usaha membatalkan perjanjian tersebut perlu mendapat sokongan British
– Pembesar Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk meniliti Perjanjian Pangkor

iv) Tipu Muslihat
Tok Janggut Pejuang Jihad
– British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan supaya mengisytiharkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya sebagai penderhakaan terhadap Sultan Kelantan
– muslihat British ini berjaya menakutkan rakyat supaya tidak menyokong atau menyertai perjuangan Tok Janggut

Mat Salleh Pahlawan Sabah
– SBUB menggunakan tipu muslihat untuk melemahkan perjuangan beliau
– dalam Rundingan Perdamaian Menggatal (1898), SBUB membenarkan beliau mentadbir daerah Tambunan
– pada 1899, SBUB mengambil alih pentadbiran Tambunan

Sebab kegagalan penentangan masyarakat tempatan
i) Penentangan bersifat setempat
ii) Sokongan
iii) Faktor istana
iv) British berpakat dengan belanda
v) Kelemahan strategi
vi) Kelemahan teknologi

Kesan Terhadap Pentadbiran British
i) Kerugian akibat peperangan
– British kerugian sebanyak 100,000 Pound Sterling dalam Perang Naning dan membelanjakan 400,000 Pound Sterling dalam Perang Perak
– British juga mengalami kerugian sebanyak 7000 Pound Sterling dalam Perang Pahang

ii) British lebih berhati-hati dalam sistem pentadbiran
– British melantik Residen yang berpengalaman, bijaksana, fasih berbahasa Melayu, pandai mengambil hati dan menguasai adat resam tempatan
– British menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang ahlinya dilantik oleh sultan setelah dicadangkan oleh Residen
– MMN menjadi badan penasihat sultan dan meluluskan “Perintah atau Peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat”

iii) British merombak semula skim penempatan pegawai
– penempatan pegawai British di negeri-negeri Melayu mestilah mengetahui adat istiadat Melayu
– menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak (1905)
– British memberikan peluang kepada aristokrat Melayu untuk menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu ( Malayan Civil Service – MCS)
– menubuhkan Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service – MAS) bagi melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan

vi) Pemantapan kuasa barat
– British menguasai seluruh negeri Melayu
– Dinasti Brooke berjaya meluaskan pengaruh dan wilayahnya di Sarawak
– SBUB menguasai Sabah (Borneo Utara)

Kesan Terhadap Masyarakat Tempatan
i) Kesan Terhadap Pemerintah dan Pembesar Tempatan
– kehilangan jawatan dan kedudukan
– kehilangan jiwa
– ramai dibuang negeri

ii) Kedudukan Raja dan Pembesar Melayu Diberi Perhatian
– British memperkenalkan Durbar
– Durbar membeirkan peluang kepada sultan, Ahli MEsyuarat Negeri dan pembesar Melayu menyuarakan pandangan mereka dengan bebas berkaitan perkara yang melibatkan kepentingan bersama
– Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negeri, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi persidangan dan menggunakan tulisan jawi dalam urusan surat-menyurat

iii) Menjadi Inspirasi kepada Pejuan Kemerdekaan Tanah Air
– keberanian mereka menjadi inspirasi kepada pejuang bangsa
– memberikan semangat kepada pejuang kemerdekaan

Kuiz Sejarah Bab 7: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 7:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6 Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi Dan Sosial

Pengenalan Ekonomi Moden Oleh Kuasa Barat Di Negara Kita

Ciri-ciri ekonomi moden
1) Modal yang besar
2) Tanah
3) Pengeluaran dalam Skala yang Besar
4) Penggunaan Teknologi Moden
5) Penggunaan Tenaga Buruh yang Ramai

Modal
i) Perlombongan
Negeri Melayu
– emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang
– arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor
– bijih timah dilombong di daerah Lukut, SUngai Ujong, Larut dan Klang
– Tahun 1888: British membuka lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia (Sungai Lembing, Pahang)
– kawasan lombong bijih timah baharu kemudian dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta, Perak
– permintaan bijih timah yang tinggi di pasaran dunia menyebabkan British menggubal enakmen dan undang-undang bagi menguasai industri bijih timah
– syarikat perlombongan: Syarikat Malayan Tin Dredging dan Gopeng Consolidated

Sarawak
– kegiatan melombong emas dijalankan oleh orang Cina di Bau pada tahun 1829
– perlombongan emas kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo Berhad
– Charles Brooke memberikan hak monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo Berhad
– Syarikat Borneo Berhad menjalankan kegiatan perlombongan antimoni di Bau dan Kuching
– arang batu dilombong di Sadong dan diusahakan oleh Syarikat Borneo Berhad
– The Anglo Saxon Petroleum Company melabur dalam perlombongan petroleum di Sarawak pada tahun 1882
– Petroleum dijumpai di Miri pada tahun 1910. Kilang menapis minyak didirikan di Lutong Miri.

Sabah
– kegiatan melombong emas dijalankan di SUngai Segama oleh orang Cina
– SBUB membawa masuk pemodal Eropah yang memperkenalkan teknologi baru dalam melombong emas
– arang batu dilombong di Silimpopon, Sandakan dan Labuan
– perlombongan ini diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.

ii) Pertanian Komersial
Negeri Melayu
– penanaman lada hitam, buah pala dan cengkih di Pulau Pinang dan Singapura untuk tujuan eksport
– pengusaha di negeri Selat menananm modal dalam penanaman tebu di Seberang Perai dan Perak
– Tahun 1830: Seberang Perai terkenal sebagai pusat pengeluaran gula uang utama di negara kita
– pemodal membuka ladang kopi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
– Tahun 1880: kopi menjadi tanaman eksport negara kita
– pemodal Perancis menananm kelapa sawit secara komersial di Kuala Selangor pada tahun 1917
– tanaman kelapa sawit kemudian ditanam secara meluas di Johor dan Perak
– Tahun 1920: Tanah Melayu mula mengeksport minyak kelapa sawit
– pemodal juga menanam ubi kayu di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
– tanaman teh diusahakan di Cameron Highlands, Pahang. mereka mengusahakan “teh Ceylon” yang bermutu tinggi
– Syarikat terlibat Sime Darby dan Guthrie

Sarawak
– kawasan penanaman lada hitam di Sarawak terdapat di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei-Maredong
– Sagu diperoleh daripada pokok rumbia yang ditanam di sepanjang Sungai Igan, Oya, Mukah dan Bintulu

Sabah
– SBUB melakukan pelaburan dalam penanaman tembakau
– tanaman diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Sungai Labuk, Sugut, Segama, Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan
– tembakau mendapat pasaran yang baik di Eropah
– Syarikat Terlibat : London Borneo Tobacco Company

iii) Getah
Negeri Melayu
– Pelabur ropah melabur dalam industri getah di Tanah Melayu
– mereka banyak melabur dalam pembukaan ladang getah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor

Sarawak
– Dinasti Brooke tidak menggalakkan pembukaan ladang getah oleh syarikat asing agi melindungi ekonomi penduduk tempatan daripada dieksploitasi oleh kapitalis Barat
– syarikat ini menanam modal dalam perladangan getah di Dahan, Bidi dan Sungai Samarahan
– Syarikat Borneo Berhad sahaja diberikan kebenaran mengusahakan tanaman getah
– getah mula menjadi tanaman eksport Sarawak pada tahun 1910

Sabah
– getah ditanam di Taman Percubaan Kerajaan di Sandakan pada tahun 1882
– SBUB melabur modal dalam penanaman getah yang ditanam di Bongaya, Sungai Labuk
– Jesselton menjadi pusat pedagangan getah
– Syarikat getah di Sabah: British North Borneo Para Rubber, British North Borneo Company dan Langko Borneo Rubber Company Limited

Teknologi
i) Perlombongan
Negeri Melayu
– Tahun 1929, tedapat 107 buah kapal korek di negeri-negeri Melayu
– kesemuanya milik syarikat Eropah seperti Pahang Consolidated Company Limited, Syarikat Malayan Tin Dredging dan Gopeng Consolidated
– Syarikat tersebut memperkenalkan teknologi kapal korek dan perlombongan hidraulik
– Eastern Smelting Company dan Straits Trading Company ditubuhkan untuk melebur bijih timah

Sarawak
– antimoni dilombong di Bau oleh Syarikat Borneo dengan menggunakan kaedah moden.
– kilang melebur antimoni didirikan di Bau dan Kuching
– antimoni dipasarkan ke Singapura

Sabah
– terowong Tanjung Kubong, Labuan pernah menjadi tapak aktiviti perlombongan arang batu (1849-1911)

ii) Pertanian
Negeri Melayu
– H.N Ridley dilantik sebagai Pengarah Taman Botanikal Singapura
– Tahun 1897; beliau memperkenalkan teknik torehan sistem ibedem atau sistem torehan tulang ikan hering. teknik ini mampu memanjangkan hayat pokok getah.
– beliau juga memperkenalkan teknik membungkus anak pokok getah di dalam arang yang lembap. teknik ini membolehkan anak pokok getah diangkut ke tempat yang jauh bagi membolehkan pembukaan ladang getah

Sarawak
sj t3b6 1
– kilang memproses lada hitam di Betong, Sarawak yang masih mengekalkan petanian tradisional

Sabah
sj t3b6 2
– kilang memproses getah di Sabah pada tahun 1918

Buruh
i) Perlombongan
Negeri Melayu
– pembangunan dan kepesatan ekonomi menyebabkan British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan di kawasan perlombongan bijih timah

Sarawak
– orang Cina dibawa masuk ke Sarawak untuk mengusahakan lombong emas dan antimoni di Bau

Sabah
– SBUB menggalakkan kemasukan orang Cina untuk berkerja di sektor perlombongan
– mereka melombong emas di Sungai Segama

ii) Pertanian
Negeri Melayu
– British turut membawa masuk orang India untuk mengatasi masalah kekurangan buruh di ladang getah

Sarawak
– kemasukan orang Cina didorong oleh pelbagai galakan yang diberi oleh Charles Brooke
– Tahun 1901:, orang Cina Foochow dibawa masuk ke Sarawak sebagai buruh ladang
– Orang Jawa dibawa masuk ke Sarawak untuk di ladang getah

Sabah
– Orang Cina dibawa masuk ke Sabah untuk bekerja di ladang tembakau
– SBUB membentuk Lembaga Penasihat Orang Cina di Sandakan (1890) untuk menjaga kebajikan orang Cina


Skala Besar dan bercirikan eksport
i) Perlombongan
Negeri Melayu
sj t3b6 3
– graf menunjukkan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Eropah berbanding dengan pelombong sebelum Perang Dunia Kedua

Sarawak
Arang Batu
Tahun 1874: 500 Tan
Tahun 1898: 31,390 Tan

Petroleum
Tahun 1912: 5534 Tan
Tahun 1920: 146,729 Tan

ii) Pertanian
Negeri Melayu
sj t3b6 4
pertamabahan keluasan ladang getah antara tahun 1901 hingga 1912

Sarawak
sj t3b6 5
– tanaman tradisional seperti kelapa, lada hitam dan tembakau ditanam secara meluas untuk dieksport. Pada abad 20, merupakan eksport kedua Sarawak selepas petroleum

Sabah
sj t3b6 6
– menunjukkan taburan kawasan penanaman getah di Sabah tahun 1909.

Tanah
– aset yang berharga dan perlu dimiliki oleh pemodal dan pelabur Eropah.
– tanah bagi kawasan perlombongan dan perladangan biasanya ialah kawasan hutan yang belum diterokai serta terpisah daripada petempatan penduduk tempatan

Pentadbiran Barat Berkaitan Dengan Ekonomi

Perundangan
i) Tanah
Negeri Melayu
– Tahun 1913: Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu
– menurut akta, Residen boleh mengisytiharkan mana-mana tanah dalam sesebuah negeri sebagai hak orang Melayu
– tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan Melayu
– akta ini sebenarnya bertujuan melindungi kepentingan ekonomi British. Kebanyakan kawasan tanah tersebut tidak subur dan tidak sesuai untuk kegiatan ptanian atau ekonomi perladangan

Sarawak
– Land Order yang memperuntukkan hak milik tanah simpanan peribumi diwartakan pada tahun 1931
– matlamatnya untuk melindungi kepentingan masyarakat peribumi daripada dicerobohi oleh kaum pendatang yang membuka tanah untuk pertanian
– tahun 1933: Land Settlement Order dikuatkuasakan untuk melindungi masyarakat pibumi
– kedua-dua undang-undang tanah ini menjadi rujukan bagi pelaksanaan Land Order 1948
– tanah Sarawak dibahagikan kepada kawasan tanah campuran, kawasan tanah peribumi, kawasan tanah adat peribumi, kawasan tanah simpanan dan kawasan tanah pedalaman

Sabah
– urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum tahun 1888 dianggap tidak sah
– Tahun 1889, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi telah diwartakan
– akta ini langkah untuk melindungi hak dan kepentingan peribumi dilaksanakan
– segala urus niaga dengan orang Eropah, ketua peribumi mestilah dibeitahu terlebih dahulu
– penduduk peribumi mempunyai hak untuk memohon dan mendapatkan ganti rugi. pegawai Daerah bertanggungjawab untuk menjaga hak milik tanah peribumi

ii) Buruh
Kontrak
– buruh dari China dibawa masuk ke negara kita oleh pihak majikan
– tambang perjalanan, makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh majikan

Kangani
– bermaksud ketua, tandil, mandur atau penyelia di ladang getah
– pemilik ladang menghantar Kangani ke India untuk mencari tenaga buruh
– Kangani mengurus tambang dan pejalanan buruh tersebut ke ladang majikannya

Jabatan dan Agensi Kerajaan
– British telah menubuhkan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1872
– British menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 yang bertanggungjawab memajukan tanaman ekonomi dan membangunkan industri getah
– Kesan peningkatan permintaan industri getah, British menubuhkan institusi khas penyelidikan getah iaitu Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) tahun 1926
– British menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air pada 1931 bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengairan
– Jabatan Pos dan Telegraf dan Jabatan Kereta Api Tanah Melayu ditubuhkan untuk melicinkan sistem pengangkutan dan perhubungan
– Sarawak dan Sabah terdapat penubuhan jabatan kerajaan bagi kemudahan perkhidmatan pos dan telegraf serta kegiatan pertanian.

Kewujudan Syarikat Perwakilan (Agency House)
– dikenali sebagai Gedung Perwakilan atau Crown Agent
– mereka memiliki rangkaian sistem kewangan, insurans, syarikat perkapalan, pusat penyelidikan dan menjalankan perdagangan antarabangsa
– Syarikat perdagangan mempunyai hubungan erat dengan kerajaan pada peringkat tempatan dan antarabangsa
– Boustead and Company mengurus pengkesportan getah dan bijih timah, malahan menguasai syarikat perkapalan dan kewangan Hong Kong Bank

Pewujudan Sistem Kewangan dan Insurans
– Kuasa Barat telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di negara kita
– Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan pada tahun 1580
– Mata wang ini digunakan di negeri Melayu dan Negeri Selat.
– Pada 1897 British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di bawah Ordinan VIII
– Lembaga ini diberikan kuasa mengeluarkan mata wang krtas Negeri Selat menyebabkan mata wang kerajaan Melayu terhapus
– Pada 1939 Dolar Selat digantikan dengan Dolar Malaya
– British menubuhkan sistem perbankan supaya modal dari luar negara dapat disalurkan ke negeri-negeri Melayu dengan mudah.
sj t3b6 8sj t3b6 9

Kesan Ekonomi

Pengangkutan
i) Kereta Api
Negeri Melayu
a) Tahun (1885 – 1896)
– landasan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan bagi memudahkan bijih timah dieksport
– landasan kereta api dibina menghubungkan bandar

b) Tahun (1897 – 1909)
– landasan kereta api dibina menghubungkan di antara utara Tanah Melayu dan selatan apabila NNMB dibentuk

c) Tahun (1910 – 1931)
– British berjaya meluaskan pengaruhnya ke NNMTB
– landasan kereta api dibina bagi menghubungkan seluruh Tanah Melayu
– penggunaan kereta api bertambah meluas daripada mengangkut bahan mentah kepada membawa penumpang

Sabah
– pembinaan landasan kereta api di Sabah dimulakan pada 1896 di Bukau yang terletak kira-kira 13KM dari Weston
– pada 1900 landasan kereta api dibina untuk menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan Tenom
– pembinaan landasan kereta api Sabah adalah untuk kegiatan pembukaan ladang getah
– pembinaan landasan kereta api di Sabah tertumpu di kawasan pantai barat Sabah

Sarawak
– terdapat landasan kreta api menghubungkan Bau dengan Kuching yang dibina pada tahun 1917

ii) Pembinaan Jalan Raya
Negeri Melayu
– Di Selangor, British membina jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang (Port Swettenham)
– Tahun 1902: jalan raya yang lebih lebar dibina kerana peningkatan penggunaan kenderaan bermotor
– Tahun 1911: jalan raya dibina bagi menghubungkan bandar besar, kawasan yang mempunyai potensi sumber ekonomi dan pelabuhan
– Tahun 1939, jaringan jalan raya dibina yang menghubungkan seluruh negeri
– Kesannya banyak petempatan baru dibuka, pembukaan kawasan perladangan getah yang baru dan kawasan perlombongan bijih timah

Sarawak
– masalah bentuk muka bumi dan kos membina jalan raya yang tinggi menghalang pembinaan jalan raya di Sarawak
– terdapat jalan raya pendek yang tidak beturap dibina di Kuching dan Miri

Sabah
– SBUB membina jalan raya untuk kepentingan ekonomi mereka
– Jalan raya dibina adalah menghubungkan bandar yang sediah wujud di sebelah pantai barat
– Tahun 1941 terdapat kira-kira 165KM jalan raya berturap di Sabah
– Kebanyakan jalan tersebut hanya terdapat di sekitar bandar Jesselton, Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan Tawau

iii) Pengangkutan Udara dan Laut
Negeri Melayu
– perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service pada 1937
– Syarikat ini menjalankan perkhidmatan penerbangan domestik di antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
– Tahun 1890: Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura yang menyediakan perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan negeri Melayu
– Kapal susur pantai membawa bekalan makanan, buruh dan jentera untuk industri perlombongan bijih timah.

Sarawak
– Di bandar Kuching, terdapat perkhidmatan perkapalan yang disediakan oleh Singapore and Sarawak Steamship Company
– Pada 1924, terdapat perkhidmatan kapal terbang air bagi menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura

Sabah
– SBUB turut memajukan sistem pengangkutan air
– Pada 1890: syarikat perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan mengangkut barang dan penumpang

Kemudahan Pelabuhan
Negeri Melayu
– peningkatan eksport bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Pulau Pinang, Kuala Sepetang, Port Dickson, Melaka, Singapura dan Klang sebagai bandar pelabuhan yang penting di Tanah Melayu0

Sarawak
– muncul pelabuhan Kuching, Rajang, Bintulu dan Miri

Sabah
– Pelabuhan penting seperti Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan

Telekomunikasi
Negeri Melayu
– Tahun 1886: talian telegraf telah dipasang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Melaka
– perkhidmatan pos bermula di Kuala Lumpur sejak tahun 1880

Sarawak
– perkhidmatan telekomunikasi diperkenalkan di Sarawak bagi melicinkan pentadbiran dan mengurus kegiata ekonomi
– tahun 1897, terdapat perkhidmatan telegraf antara bandar Kuching dan Singapura

Sabah
– SBUB memperkenalkan perkhidmatan telegraf dan radio terutama di bandar besar
– perkhidmatan ini membolehkan Sabah berhubung dengan negara lain

Kesan Sosial

Perkembangan Bandar
Negeri Melayu
– bandar baru muncul sebagai pusat peniagaan, kewangan, pendidikan dan pentadbiran
– Misalnya, Kuala Lumpur, Seremban, Taiping dan Ipoh
– hal ini membawa perubahan dalam demografi masyarakat di negara kita

Sarawak
– bandar Kuching dijadikan sebagai ibu negeri Sarawak pada tahun 1841 oleh James Brooke
– penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Cina
– pada pertengahan abad 19 banyak rangkaian jalan raya dan bangunan krajaan dibina di Kuching
– bandar Sibu muncul pada tahun 1862
– pada 1900 ramai oyang Cina telah berpindah ke Sibu untuk menjalankan aktiviti pedagangan
– Bandar Miri pula muncul pada abad 20
– Kemunculannya disebabkan oleh penemuan petroleum pada 1910

Sabah
– Jesselton merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan yang penting di Sabah
– nama asal Jessel Town bersempena dengan nama Charles Jessel yang membina bandar itu
– kemudian namanya ditukar kepada Kota Kinabalu.
– perladangan getah dan pembinaan landasan kereta api memberikan sumbangan besar kepada kemajuan Jesselton
– perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan pertambahan bilangan bandar dan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dan kedatangan buruh luar ke negara kita.

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum

i) Orang Melayu
Petempatan
– ramai di kawasan kampung dan sebahagiannya menetap di kawasan bandar dan pekan

Kegiatan
– mereka mengambil bahagian dalam sektor pertanian, perikanan, perniagaan, perusahaan, harta tanah, perbankan dan menjadi ahli profesional dalam pentadbiran dan syarikat swasta

ii) Orang Cina
Petempatan
– ramai di kawasan bandar dan pekan yang mempunyai banyak peluang ekonomi

Kegiatan
– melibatkan diri dalam sektor pertanian, perniagaan, perusahaan, harta tanah, perbankan dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan

iii) Orang India
Petempatan
– sebelum ini ramai di kawasan perladangan tetapi kini telah menjadi penduduk di kawasan pekan dan bandar

Kegiatan
– mengambil bahagian dalam sektor perladangan, pengangkutan dan pelbagai pekerjaan dalam sektor swasta dan kerajaan

Bahasa
– setiap kaum bersikap terbuka dan bersedia menerima bahasa kaum lain
– setiap kaum bertutur dan memahami bahasa Melayu dan boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Perkembangan Pendidikan
Negeri Melayu
i) Sekolah vernakular Melayu
– British tidak berminat untuk memajukan orang Melayu dalam pendidikan
– Pendidikan di sekolah vernakular Melayu hanya bertujuan menjadikan orang Melayu mempunyai pengetahuan asas iaitu membaca, menulis dan mengira

ii) Sekolah vernakular Cina
– masyarakat Cina membuka sekolah di bandar atau tempat mereka tinggal
– kurikulum yang digunakan adalah berorientasikan kurikulum sekolah dari China
– guru yang mengajar dan buku teks mereka juga dibawa dari China
– masyarakat Cina di negeri Selat lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris

iii) Sekolah vernakular Tamil
– Tahun 1912 British memperkenalkan Ordinan Buruh yang mewajibkan majikan ladang mendirikan sekolah Tamil di ladang
– pendidikan Tamila hanya terbatas di sekolah rendah
– kandungan kurikulum, buku teks dan guru yang mengajar dibawa dari India

iv) Sekolah Inggeris
– Sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang dibuka pada 1816 di Pulau Pinang dan Melacca Free School di Melaka pada 1826
– kebanyakan sekolah Inggeris didirikan di kawasan bandar
– lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri
– berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang pelajaran ke luar negeri
– berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran dan kejuruteraan
– lulusan sekolah Inggeris diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan

Sarawak
– terdapat lebih 20 buah sekolah didirikan oleh mubaligh
– antaranya St. Thomas(Kuching), St Joseph (Kuching), Sekolah St Paul (Banting) dan Anglican St. Agustine School (Betong).
– Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa ditubuhkan di Kuching untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan

Sabah
– mubaligh Kristian mendirikan beberapa sekolah seperti Sekolah Rendah St. Mary dan Sekolah Lelaki St. Michael
– Mubaligh Kristian juga membina sekolah untuk kanak-kanak perempuan
– SBUB membuka sekolah Melayu di Papar dan Kota Belud

Perkhidmatan Kesihatan

Negeri Melayu
Hospital Taiping
– hospital kerajaan pertama dibina 1878
– hospital didirikan bagi merawat buruh asing yang bekerja di lombong dan estet dan juga penduduk tempatan juga mendapat manfaatnya

Institut Penyelidikan Perubatan
– sebahagian besar krja penyelidikan saintifik ditumpukan kepada penyakit tropika
– kesannya masyarakat telah berubah daripada rawatan menggunakan kaedah tradisional berasaskan alam semula jadi kepada rawatan moden

Hospital Tung Shin (1881)
– hospital persendirian lain dibina oleh Taukeh Loke Yew di Serendah dan Taukeh Loh Chin Keng di Sepang
– Di Pahang, hospital persendirian dibina oleh F.E Maynard, kontraktor Syarikat Perlombongan Chong Heng Kongsi dan Pahang Consolidated Company and Blat Tin Mining Company.

Sarawak
– pentadbiran Brooke membina sebuah hospital di Kuching (1900) dan di Sibu (1913)
– Sarawak Shell Oilfields Limited membina hospital di Miri
– Hospital Raja Brooke Memorial yang dibina pada tahun 1925 merupakan satu-satunya tapak penempatan kusta di seluruh Borneo

Sabah
– William Hood Treacher, Gabenor SBUB telah membina hospital di Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Tawau dan Kudat
– perkhidmatan dispensari diwujudkan di Tambunan, Kota Belu, Sipitang, Keningau, Semporna, Pensiangan, Papar, Tuaran dan Ranau

Pembinaan Penjara
Negeri Melayu
– Francis Light memulakan langkah menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat menempatkan banduan dari India
– SHTI menjadikan banduan sebagai bekalan tenaga buruh murah untuk membina pelabuhan, bangunan, jalan raya, landasan kereta api dan penjara
– Tahun 1790, banduan dari India telah ditempatkan di Fort of Cornwallis, Pulau Pinang

Sarawak
– Penjara Sibu dikenali sebagai Rumah Pasong
– Rumah Pasong yang awal dibina pada tahun 1890
– Dari tahun 1918 hingga 1963, Rumah Pasong ditadbir oleh Pegawai Daerah

Sabah
– SBUB membina The Square Tower pada tahun 1879 tahun sama dengan pembinaan Penjara Taiping bagi menempatkan pesalah yang dijatuhi hukuman

Kuiz Sejarah Bab 6: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 6:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Pentadbiran Barat Di Sarawak Dan Sabah

Latar belakang pemerintahan tempatan di Sarawak dan Sabah

Sistem pemerintahan tempatan
1) Sistem Kesukuan
– pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat

Sarawak
i) Bagi masyarakat Melanau ketua masyarakat dikenali sebagai Menteri
ii) Pemimpin menjadi orang tengah menyelesaikan pertelingakahan dalam kalangan penduduk dan memastikan keharmonian bekalan
iii) Antara masyarakat yang mengamalkan sistem ini termasuklah Iban, Bidayuh, Kenyah, Kelabit dan Kayan
iv) Penekanan terhadap kepatuhan kepada adat
v) Bagi masyarakat Iban pemimpin utama ialah Tuai Rumah. Beliau menjadi sumber autoriti masyarakat
vi) Pemilihan pemimpin bukan sekadar faktor keturunan namun lebih kepada kebolehan peribadi
vii) Dalam masyarakat Bidayuh, sumber autoriti ialah Tua Kapungviii) Ketua dalam masyaarakat Kenyah dikenali sebagai Peran Lepo, manakala Kayan sebagai Kelunan Maren.

Sabah
i) Pegangan adat menjadi alat kawalan sosiopolitik yang berkesan
ii) Masyarakat mempunyai pemimpin yang dikenali sebagai Orang Tua. Sebagai pemimpin utama yang menyelesaikan pertikaian
iii) Sistem pemerintahan mengandungi Majlis Kampung dan Tukang-tukang Adat
iv) Majlis kampung membantu Orang Tua dalam pengurusan adat dan kehidupan seharian
v) Tukang Adat pula memastikan setiap upacara adat dilakukan dengan betul bagi mengelakkan bencana
vi) Masyarakat Bajau di pantai timur Sabah, pemimpin dikenali sebagai matto’a yang menjadi pelindung adat dan kepentingan anak buah
vii) Masyarakat yang mengamalkan sistem ini termasuklah Kadazandusun, Murut, dan Bajau

2) Sistem Pendabiran Tempatan
Sarawak
i) pengaruh Brunei menyebabkan pemerintahan di Sarawak dipengaruhi sistem Kesultanan Brunei. Sistem pentadbiran dipecahkan kepada 3 bentuk (Sungai Kerajaan, Sungai Tulin, Sungai Kuripan)
ii) pentadbiran dijalankan oleh pembesar tempatan yang menjadi wakil sultan atau pembesar yang memiliki wilayah tersebut
iii) kawasan di Sungai Sarawak ditadbir oleh Datu Patinggi Datu Bandar dan Datu Temenggung sebagai wakil Sultan Brunei
iv) kawasan pedalaman ditadbir oleh Orang Kaya (O.K) sepertik O.K. Beti di Padeh, O.K. Antau di Rimas, O.K. Jugah di Lundu dan O.K Gasing di Skrang
v) kuasa Kesultanan Brunei di Sarawak adalah berasaskan kepada sistem penguasaan tanah

Sistem Kedatuan – sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di Sarawak yang berpusat di sekitar Sungai Sarawak.
i) diamalkan oleh kerajaan awal yang wujud di Sarawak
ii) sewaktu pengaruh Kesultanan Brunei, golongan pembesar ini menjadi wakil bagi pihak Sultan Brunei
iii) kerajaan Sawaku merupkan antara kerajaan awal yang terletak di sekitan Sungai Sarawak ditadbir oleh Datu Merpati Jepang
iv) berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei
v) keturunan Datu Merpati Jepang secara turun-temurun menguasai pentadbiran di wilayah ini dengan memakai gelaran Datu Patinggi, Datu Bendahara (Datu Bandar) dan Datu Temenggung
vi) Bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dan membangunkan Sarawak

Sabah
i) kawasan pantai barat dikuasai oleh Kesultanan Brunei, manakala kawasan pantai timur dikuasai oleh Kesultanan Sulu
ii) Kuasa Kesultanan Brunei di Sabah berasaskan sistem penguasaan tanah
iii) pentadbiran dijalankan oleh pembesar tempatan yang menjadi wakil sultan atau pembesar (pengiran) yang memiliki wilayah tersebut
iv) Sultan sulu memiliki semua tanah di bawah pengaruhnya. Pemerintahan diwakilkan oleh Datu
v) Kuasa golongan Datu bergantung pada milikan bilangan hamba (pengikut) dan kemampuan menghantar ufti secara tetap kepada sultan
vi) Golongan Datu inilah yang sebenarnya menjalankan pentadbiran di pantai timur Sabah dan sistem ini dikenali sebagai sistem Datu

Sistem Ketua Bebas
i) Ketua bebas muncul daripada sikap berani dan keperwiraan seseorang tokoh yang mencabar kewibawaan Sultan di kawasannya
ii) Antara Ketua bebas ialah Syarif Osman yang berkuasa di daerau Marudu antara tahun 1830-1840 dan Datu Kerunding yang berkuasa di daerah Tungku pada akhir abad 19
iii) Mereka tergolong atau mempunyai petalian keluarga dengan Sultan Brunei atau Sultan Sulu
iv) berkuasa dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di kawasan masing-masing
v) mempunyai undang-undang tersendiri dan tidak mengiktiraf kuasa lain

Peluasan Kuasa Dinasti Brooke Di Sarawak
sj t3b5 1
1) Sarawak Ketika Kehadiran James Brooke
– kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang penting
– Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota ke kawasan ini sebagai pembesar Brunei untuk menguasai ekonomi
– Tahun 1820: kalangan masyarakat Melayu bertumpu di Lidah Tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak. Kawasan ini menjadi pusat perdagangan dan pentadbiran kerana strategik mampu mengawal kegiatan prdagangan sungai dan kawasan pedalaman.

a) Sultan Omar Ali Saifuddin II, Sultan Brunei
– Sultan Brunei yang mentadbir wilayah Sarawak pada tahun 1827 berhasrat mengawal kegiatan perdagangan di Sarawak
– Pengiran Indera Mahkota mendirikan pusat pentadbiran di Kuching
– menimbulkan perbalahan dengan pembesar tempatan kerana mengenakan cukai yang tinggi dan krahan tenaga
– penentangan dipimpin oleh Datu Patinggi Ali yang ingin membebaskan Sarawak daripada cengkaman Pengiran Indera Mahkota

b) Pengiran Raja Muda Hashim
– Dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan masalah di Sarawak
– merupakan bapa saudara Sultan Brunei
– berusaha memujuk Datu Patinggi Ali dan pembesar Melayu, namun gagal
– beliau meminta bantuan James Brooke

c) James Brooke
– mencari peluang untuk mendapatkan Sarawak
– pada peringkat awal, menjalankan aktiviti pengembaraan di antara Sarawak dan Singapura dengan kapalnya Royalist
– mendapat sokongan pihak British melalui angkatan tentera laut
– menerima pelawaan Pengiran Raja Muda Hashim untuk menyelesaikan masalah di Sarawak
– James Brooke mengenakan syarat iaitu Pengiran Raja Muda Hashim perlu menyerahkan Sarawak kepada beliau

d) Datu Patinggi Ali
– pembesar tempatan di Sarawak
– melakukan penentangan terhadap pentadbiran Brunei pada tahun 1836
– menentang tindakan-tindakan wakil Sultan Brunei yang menjejaskan kehidupan masyarakat tempatan
– bersetuju berunding dengan James Brooke dan menamatkan penentangan terhadap Brunei

2) James Brooke mendapatkan kuasa pemerintahan
a) Rundingan
– James Brooke berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim apabila diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak
– Dalam rundingan Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James Brooke dan tawaran ini dilakukan sebanyak 2 kali sebelum James Brooke menerimanya

b) Ugutan
– 2 kali ugutan dilakukan oleh James Brooke. Pertama terhadap Pengiran Raja Muda Hashim yang cuba bedolak-dalik dan tidak bersetuju dengan rundingan yang dilakukan sebelumnya iaitu menyerahkan Sarawak kepadanya. Bagi menyelesaikan masalah ini James Brooke mengugut Pengiran Raja Muda Hashim dengan bersedia menyerang kedudukan Pengiran Raja Muda Hashim di Kuching
– disebabkan ini Pengiran Raja Muda Hashim bersetuju menyerahkan pemerintahan Sarawak kepada James Brooke
– Yang kedua ialah dilakukan secara tidak langsung kepada pemerintah Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin apabila James Brooke hadi ke Brunei diiringi oleh angkatan tentera laut British
– kehadiran james Brooke adalah untuk mengesahkan penyerahan Sarawak
– Tindakan James Brooke menyebabkan Sultan bersetuju mengesahkan penyerahan Sarawak tersebut

c) Perjanjian
i) Perjanjian 1841 James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim
– James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya
– James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat Melayu

ii) Perjanjian 1842 James Brooke dengan Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin
– Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan
– semua hasil pendapatan kawasan diserahkan kepada James Brooke
– James Brooke mestilah memberikan ufti tahunan sebanyak 2,500 Dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei
– tidak boleh campur tangan dalam hal adat dan agama penduduk tempatan
– tidak bole dipindah milik tanpa kebenaran Sultan Brunei
– Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak

d) Ketenteraan
– James Brooke turut menggunakan kekuatan ketenteraan dalam usahanya untuk mendapatkan kuasa di Sarawak
– Bantuan ketenteraan diperoleh melalui sokongan kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British
– Kapal ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun ynag mengganggu pedagangan dan ketenteraman Sarawak

Pengukuhan Kuasa

Usaha dan Tindakan
i) Kekuatan tentera
– James Brooke memperoleh bantuan dan sokongan daripada tnetera laut British
– Kapal perang HMS Dido berjaya menghancurkan kubu kuat orang Iban di Sungai Saribas dan Sungai Skrang

ii) Menentang kebangkitan orang tempatan
– James Brooke menganggap kebangkitan orang tempatan sebagai lanun
– isu ini menjadi alasan tindakan meluaskan kuasa di kawasan orang Iban sebagai tindakan yang sah dan mendapat sokongan British

iii) Memperoleh sokongan sebahagian masyarakat tempatan
– James Brooke berjaya memperoleh sokongan daripada sebahagian orang tempatan termasuklah sebahagian orang Melayu dan Iban

iv) Mengambil kesempatan daripada pertelingkahan yang wujud dalam masyarakat tempatan
– Di Mukah, James Brooke menyokong Pengiran Matusin yang berkonflik dengan Pengiran Ersat. Pengiran Ersat dan anaknya Pengiran Nipa lebih dihormati oleh penduduk tempatan. Brooke menyokong Pengiran Matusin hingga membolehkan Brooke memecahkan kekuatan masyarakat tempatan di Mukah

v) Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang kedudukannya
– James Brooke berjaya menyingkirkan tokoh tempatan yang menentangnya
– Sharif Masahor yang dituduh terlibat dalam pakatan menyingkirkan Brooke dibuang ke Singapura
– Datu Patinggin Abang Abdul Ghafur bin Abang Qahar pula dibuang ke Melaka

vi) Memperkukuh petahanan Sarawak
– Benteng dan kubu yang dilengkapi dengan meiram didirikan di kawasan yang strategik bagi mengawal kawasan tersebut
– kubu di Sungai Skrang dibina pada tahun 1849 selepas Perang Beting Maru tamat bagi memerhati pergerakan kaum Iban Skrang daripada menentang pentadbiran Brooke di kawasan tersebut. Tahun 1849, kubu ini dinamakan Fort James
– Tahun 1862: Renjer Sarawak ditubuhkan bagi mengawasi keamanan dan pertahanan.

vii) Sokongan Kewangan
– Dalam usaha meluaskan kuasa di Sarawak, James Brooke memperoleh sokongan kewangan daripada pemodal ropah terutama Baroness Angela Burdett-Counts

Kronologi
i) Tahun 1841
– James Brooke memperuokleh kawasan Kuching, kemudiannya merangkumi kawasan dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan
– Sejak tahun 1840 James Brooke berjaya menguasai Batang Lupar dan Sungai Saribas

ii) Tahun 1853
– Penentangan orang Iban di Saribas dan Batang Lupar berjaya ditumpaskan dengan menggunakan alasan menghapuskan lanun.
– Sadong, Batang, Lupar, Saribas dan Kalaka berjaya diperoleh oleh James Brooke. Sebagai balasan, separuh daripada hasil pendapatan wilayah ini diberikan kepada Sultan Abdul Mumin

iii) Tahun 1861
– Sultan Abdul Mumin menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brookes dengan bayaran 4500 dolar Sepanyol setahun kerana membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan
– kawasan yang terlibat Oya, Mukah, Tatau dan Bintulu

iv) Tahun 1883
– Orang Kayan yang mendiami kawasan Sungai Baram bangun menentang Kesultanan Brunei
– Charles berjaya mendapatkan Baram dan seluruh lembangan SUngai Baram daripada Sultan Brunei dengan bayaran ufti sebanyak 4200 Dolar Sepanyol setahun

v) Tahun 1885
– kawasan di Sungai Trusan diproleh oleh Charles Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol yang diserahkan kepada Temenggung kerana kawasan itu di bawah penguasaan beliau
– tindakan diambil bagi membolehkan isu pembunuhan beberapa peniaga Sarawak oleh orang Murut di kawasan itu dapat diselesaikan

vi) Tahun 1890
– Limbang diperoleh Charles Brooke pada tahun 1890
– tindakan ini dilakukan apabila penduduk Limbang bersetuju untuk menyertai Sarawak
– bayaran sebanyak 600 Dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei

vii) Tahun 1905
– 12 Januari 1905, kerajaan Sarawak memperoleh hak terhadap Lawas yang sebelum itu dimiliki oleh SBUB
– sempadan Sarawak masih dikekalkan hingga kini

Peluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah

Kemakmuran Sabah menarik pemodal asing
1) Kedudukan strategik
a) Sabah berada di tengah-tengah laluan perdagangan di antara China dan Singapura. Berhampiran dengan laluan Pulau Palawan yang merupakan laluan maritim bagi kapal-kapal dagang untuk belayar ke China dan Jepun
b) Sabah penting dalam aktiviti perdagangan yang melibatkan kepulauan Sulu hingga New Guinea dan Australia
c) Pelabuhan di sepanjang pantai barat dan timur Sabah merupakan pelabuhan semula jadi yang strategik. Kapal boleh berlabuh dengan selamat daripada tiupan angin monsun. Antara pelabuhan utama.

2) Kekayaan Ekonomi
a) Hasil ekonomi Sabah telah lama memasuki pasaran antarabangsa
b) barangan tersebut didagangkan oleh masyarakat tempatan dengan pedagang asing yang datang ke Sabah
c) Sarang burung mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran di China
d) keadaan ini menyebabkan pedagang Barat yang berminat mendapatkan barangan China menjadikan sarang burung sebagai barang dagangan yang penting untuk dibawa ke China
e) Di kawasan dataran dan lembah tanaman seperti indigo dan kapas hidup subur
f) Hal ini membolehkan pertanian komersial dijalankan dengan giat

Sabah sebelum SBUB

2 kawasan telah dimiliki British
1) Pulau Balambangan
– Tahun 1763: Alexander Dalrymple yang membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu telah mengibarkan bendera British di Pulau Balambangan yang menandakan pulau tersebut menjadi milik British
– penempatan British menghadapi pelbagai masalah termasuk serangan lanun
– British meninggalkan pulau pada bulan November 1805

2) Pulau Labuan
– James Brooke beusaha meluaskan daerah kekuasaan dengan mengadakan prjanjian dengan Sultan Brunei berhubung dengan Pulau Labuan
– Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British melalui perjanjian pada 18 disember 1846 dan pihak British betanggungjawab menumpaskan lanun di akwasan tersebut serta melindungi perdagangan
– James Brooke dilantik sebagai Gabenor yang pertama

Pertapakan SBUB
i) Sultan Brunei
ii) Charles Lee Moses menyewa Sabah daripada Sultan Brunei pada tahun 1865 selama setahun
iii) Moses menjual haknya kepada J.W. Torey dan T.B Harris dan menjadikan Kimanis sebagai pusat kegiatan dan perdagangan
iv) Alfred dan Edward Dent memajak pantai timur Sabah daripada Sultan Sulu pada tahun 1878
v) Baron Gustavus von Overbeck bekerjasama dengan Alfred dan Edward Dent memajukan Sabah
vi) Torrey menjual haknya kepada Baron Gustavus von Overbeck
vii) Pada Julai 1881, Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd. dan mendapat status piagam (Charter) pada 1 November 1881
viii) Tahub 1888, Borneo Utara menadi negeri naungan British. Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara hingga tahun 1942

Peluasan SBUB

Syarat SBUB untuk menerima Piagam Diraja
i) SBUB menerima Penasihat British
ii) SBUB perlu memelihara adat resam, agama dan undang-undang penduduk tempatan. SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama
iii) SBUB mesti melantik Pegawai Tadbir daripada pegawai yang diakui British
iv) SBUB tidak dibenarkan menyerahkan Sabah kepada pihak lain tanpa kebenaran British

2 matlamat utama SBUB
i) pembangunan Ekonomi melalui eksploitasi sumber yang terdapat di Sabah
ii) melindungi serta mempetahankan hak-hak masyarakat tempatan

– melalui piagam ini, SBUB mempunyai kuasa mentadbir Sabah,. Sir Rutherford Alcock menjadi presiden prtama, manakala Alfred Dent dilantik sebagai pengarah urusan
– kuasa sebenar syarikat terletak di tangan kalangan pemodal di London. Di Sabah sistem birokrasi yang diterajui oleh Gabenor dibentuk bagi memastikan usaha syarikat untuk mengaut keuntungan
– gabenor pertama William Hood Treacher (1881-1887)

Bentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

Pemantapan Pentadbiran
i) Pembahagian Wilayah
– pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah menyusun semula sistem pentadbiran dengan membuat pembahagian terhadap wilayah-wilayah yang dikuasai.

Sarawak
– pada tahap awal, Raja Brooke membahagikan Sarawak kepada 3 bahagian bagi memudahkan pentadbiran
– Charles Brooke menambahkan 2 bahagian pada 1885 dan 1890
– setiap bahagian dipecahkan kepada daerah dan kampung
– sempadan kawasan ini menjadi asas pemilikan dan kekuasaan Dinasti Brooke. Berbeza daripada amalan sebelumnya yang lebih menekankan kepada hak percukaian

Bahagian 1: Sungai Sarawak dan Sadong
Bahagian 2: Batang Lupar, Saribas, Kalaka, Simanggung
Bahagian 3: Sungai Rajang, Oya, Mukah, Bintulu, Matu
Bahagian 4: Sungai Baram
Bahagian 5: Limbang, Trusan dan Lawas

Sabah
– SBUB turut melaksanakan pembahagian residensi di Sabah. Pada tahap awal hanya terdapat dua Residensi, Residensi Pantai Timur yang berpusak di Sandakan dan Residensi Pantai Barat yang berpusat di Jesselton
– Tahun 1922: kawasan pentadbiran terdiri daripada 5 residensi, iaitu Kudat, Pantai barat, Pedalaman, Pantai Timur dan Tawau yang kesemuanya berjumlah 17 daerah
– setiap Residensi diketuai oleh Residen, sementara di daerah pula diketuai oleh Pegawai Daerah
– setiap pegawai daerah dibantu oleh penolong pegawai daerah. kebiasaannya, Residen, Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah berbangsa Inggeris atau Eropah

ii) Pengekalan Golongan Elit Tempatan
Sarawak
– Dinasti Brooke melibatkan kalangan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran atas nama dasar amanah
– Dasar ini digunakan bagi mengisi kekurangan pegawai-pegawai Eropah yang jumlahnya kecil
– Penglibatan orang tempatan seperti kalangan Datu, iaitu Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggung serta dua jawatan baru, iaitu Datu Imam dan Datu Hakim
– Ketika zaman Charles Vyner Brooke, beberapa gelaran diwujudkan, iaitu Datu Menteri, Datu Pahlawan, Datu Bentara dan Datu Amar
– Para pembesar tidak lagi dibenarkan mengutip cukai, sebaliknya diberikan gaji dan peranan membantu pentadbiran
– Mengekalkan semua undang-undang temaptan dan adat yang tidak bercanggah dengan sistem barat.

Sabah
– bagi menjamin kecekapan dan pentadbiran yang baik, SBUB membahagikan ketua peribumi kepada ketua yang diakui dan yang tidak diakui
– Ketua Anak Negeri yang diakui diserapkan ke dalam sistem pentadbiran SBUB dan dibayar gaji, sementara Ketua Anak Negeri yang tidak diakui tidak dibayar gaji
– Institusi peribumi yang utama ialah Institusi Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Mahkamah Anak Negeri
– Ketua bergaji akan memelihara keamanan dan peraturan serta mengutip cukai kepala dan mentadbir keadilan
– Ketua Anak Negeri yang juga digelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K) membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah
– Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri dan bertugas dalam menjaga keamanan daerah mereka, memungut cukai dan mengurus pentadbiran pengadilan

iii) Pentadbiran Berhierarki
Sarawak
sj t3b5 2

Sabah
sj t3b5 3

iv) Pentadbiran Berasaskan Kaum
Sarawak
a) Dinasti Brooke mengamalkan sistem pecah dan peirntah
b) 3 kategori masyarakat dikelompokkan iaitu Melayu, Iban dan Cina
c) Orang Melayu dalam pentadbiran, orang Cina dalam ekonomi dan orang Iban dalam keselamatan dan ketenteraan
d) Charles Brooke mewujudkan jawatan tertinggi masyarakat Iban iaitu Temenggung
e) Bagi orang Cina diwujudkan jawatan Kapitan dan Kangcu

Sabah
a) pentadbir dikenali sebagai Penolong Pegawai Daerah
b) pentadbiran berasaskan peribumi di Sabah
c) Ketua etnik berperanan dan dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran
d) memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan peringkat tempatan

v) Perundangan
Sarawak
a) Undang-undang 8 perkara diperkenalkan pada januari 1842
b) Mahkamah diwujudkan dengan diadili oleh raja dan dibantu Ketua Majistret
c) Mahkamah Residen diwujudkan di setiap bahagian. Residen bertindak sebagai Majistret
d) Mahkamah Adat diwujudkan bagi mengadili kesalahan masyarakat temaptan
e) Tahun 1911 Mahkamah Cina diwujudkan di Kuching bagi menangani di Kuching bagi menangani dan mengrus hal ehwal dan kes-kes yang melibatkan masyarakat Cina

Sabah
a) menggunakan undang-undang barat dan tempatan
b) diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeir
c) Mahkamah Majistret menggunakan undang-undang Barat
d) Mahkamah Majistret dadili oleh Pegawai Daerah
e) Mahkamah Anak Negeri diadili oleh Ketua Anak Negeri

Kuiz Sejarah Bab 5: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 5:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Pemerintahan Kesulatanan Melayu Di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu Dan Johor

1) Kerajaan Perlis
a) Latar Belakang
– Perlis merupakan wilayah yang terpisah dengan Kedah tahun 1842
– Maharaja Siam mengiktiraf Syeh Hussin Jamalulail di Bangkok sebagai Raja Perlis yang pertama pada tahun 1843. Baginda diberikan gelaran Phya Songkhram Rama Wichit Willis Asmara Phya Pelit.
– Pada tahun yang sama, istiadat pengisytiharan turut diadakan di istana Arau sebagai pemberitahuan kepada rakyat seluruh negeri Perlis

b) Pentadbiran
– Raja Syed Hussin Jamalullail membentuk pasukan pentadbiran yang berwibawa terdiri daripada kalangan pembesar tempatan
– Tuan Syed Abdullah ibni Syed Harun Jamalullail dilantik sebagai Raja Muda Perlis, Dato’ Arau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Dato’ Belat Paduka Seri Perdana Menteri.
– Negeri Perlis dibahagikan kepada 22 buah mukim

c) Hubungan Luar
– hubungan dengan Siam terus berjalan dengan baik dfan hubungan ini menjadi strategi Perlis untuk tidak diganggu gugat oleh kuasa lain

d) Perundangan
– berdasarkan Undang-Undang Kesultanan Kedah sebagai rujukan
– perlaksanaannya menitikberatkan kebajikan terhadap rakyat

2) Kesultanan Kedah
a) Latar Belakang
– Kerajaan Kedah bermula sejak abad ketujuh dan merupakan antara kerajaan terawal di negara ini. Kesultanan terus kekal hingga hari ini
– Pertapakan Islam di Kedah sejak abad ke 12 telah memulakan sistem pemerintahan Islam dengan pusat pemerintahan di Kota Bukit Meriam. Pemerintah pertama yang bergelar sultan ialah Sultan Mudzaffar Shah

b) Pentadbiran
– Sistem pemerintahan diketuai oleh Sultan dan pembesar serta disokong oleh undang-undang yang kemas dan teratur
– Bagi membolehkan negeri ditadbir dengan berkesan, diwujudkan pembahagian wilayah yang diletakkan di bawah pengawasa pembesar daerah
– Di setiap daerah, diwujudkan mukim yang dikendalikan oleh kalangan penghulu
– Pada abad 19 terdapat 128 mukim di Kedah

c) Hubungan Luar
– Kedah menjalinkan hubungan luar dengan Siam sebagai strategi mempertahankan negeri daripada ancaman Burma
– hubungan dua hala ini berlaku dalam pelbagai cara seperti hubungan diplomatik, pentadbiran dan kewangan

d) Perundangan
– Kanun undang-undang Kedah yang pertama ditulis pada tahun 1650 yang memberikan hak kepada raja dan golongan pemerintah
– Terdapat lima bab undang-undang Kedah:
i) Undang-undang 1060H (1650)
ii) Tembera Dato Seri Paduka Tuan 1075H (1667)
iii) Hukum Kanun Dato’ Kota Setar, Adat Bunga Emas
iv) Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar
v) Adat Meminang dan Undang-Undang 1199H (1704)

3) Kesultanan Kelantan
a) Latar Belakang
– meskipun Kesultanan Kelantan wujud sebelum abad 17 namun semasa pemerintahan Long Yunus pada tahun 1776 hingga 1794, kerajaan Kelantan berjaya disatukan. Baginda menaiki takhta dengan gelaran Yang Dipertuan
– Pertelingkahan antara Kelantan dengan Terengganu serta pengaruh Siam menyebabkan perubahan berlaku pada tahun 1812. Sebagai strategi bagi mengelakkan ancaman Terengganu, Sultan Muhammad U membuat persetiaan dengan Siam.
– Maharaja Siam mengurniakan gelaran Phya Pipit Pakdi kepada Sultan Muhammad I dan Siam meluaskan pengaruhnya di Kelantan hingga tahun 1909

b) Pentadbiran
– Suktan dibantu oleh para pembesar. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Sultan Muhammad II (1839-1886)
– Negeri Kelantan dibahagikan kepada jajahan tertentu. Pada tahun 1904, terdapat 3 jajahan iaitu Selatan Batu Mekebang, Pasir Puteh dan Pasir Mas
– pada peringkat paling bawah, pentadbiran dijalankan oleh Tok Kweng yang turut dibantu oleh imam

c) Hubungan Latar
– hubungan dengan kerajaan Siam dijalinkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I
– Kelantan menjalin hubungan dengan Terengganu, Kedah, Patani dan negeri-negeri Melayu yang lain

d) Perundangan
– perlaksanaan undang-undang syarak di Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II membolehkan Kelantan berada dalam keadaan aman dan makmur sebagai pusat perdagangan.

4) Kesultanan Terengganu
a) Latar Belakang
– pengasas Kesultanan Terengganu ialah Sultan Zainal Abidin I yang menaiki takhta pada tahun 1708 dan kekal memerintah hingga tahun 1733
– sistem pemerintahan ini membawa kemajuan negeri dan memelihara kedaulatan kerajaan
– di bawah sistem kesultanannya, negeri Terengganu merupakan negeri paling akhir menerima Penasihat British

b) Pentadbiran
– Sultan dibantu oleh pembesar sebagai penasihat baginda atau dalam urusan pentadbiran wilayah dan daerah
– Sistem penghulu diperkemas ketika zaman pemerintahan Sultan Omar (1839 – 1876)
– Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim
– terdapat pembesar bergelar Dato Mata-mata yang bertugas menyambut kedatangan pelawat atau orang kenamaan Terengganu
– sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan dibentuk bagi memutuskan sesuatu hukuman atau perisytiharan negeri. Anggotanya dikenali sebagai Ahli Mesyuarat

c) Hubungan Luar
– Negeri Terengganu menjalinkan hubungan dengan Siam sejak abad 18
– negeri ini menjalinkan hubungan dengan negeri Kelantan, Patani dan Johor
– hubungan ini membolehkan kedudukan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri berdaulat diakui oleh negeri-negeri yang lain

d) Perundangan
– sejak pemerintahan Sultan Zainal Abidin I, sistem peundangan dan kehakiman berasaskan prinsip keadilan Islam dilaksanakan
– ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, baginda melanti Tengku Musa sebagai Ketua Jabatan Mahkamah untuk menjalankan urusan berkaitan keadilan dan perundangan.
– pada tahun 1911, Undang-undang bagi diri kerajaan Terengganu digubal dan diamalkan
– Hakim mahkamah dipilih secara teliti daripada individu yang berkebolehan dan mempunyai pengetahuan agama yang luas

5) Kesultanan Johor
a) Latar Belakang
– institusi kesultanan di Johor mempunyai sejarah yang panjang. Sebaik sahaja jurai keturunan Sultan Melaka berakhir pada tahun 1699, Kesulatanan Johor diperintah oleh keturunan Bendahara
– konflik politik yang berlaku membolehkan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah di Johor. Kedudukan ini digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Daeng Abu Bakar yang menjadi Sultan Johor pada tahun 1885

b) Pentadbiran
– ketika zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar, Johor mengalami zaman pemodenan
– Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan dengan mewujudkan Majlis Jemaah Diraja Johor, Jemaah Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan
– Pembesar-pembesar kerajaan seperti Dato Seri Amar Diraja dan Daro Bentara Dalam bertanggungjawab membantu pemerintahan sultan.
– Jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran

c) Hubungan Luar
– Maharaja Abu Bakar menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain termasuklah dengan Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor
– baginda menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui lawatan ke Eropah dan Jepun. Kesannya, kuasa ini mengiktiraf kedudukan Johor

d) Perundangan
– pada tahun 1895, Kesultanan Johor memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan yang digunakan sebagai aturan dalam pemerintahan

Peluasan Kuasa British

Faktor
1) Kedudukan yang strategik
– kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British
– Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura.

2) Menghalang kemasukan Kuasa Barat lain
– Negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu meurpakan penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan.
– Antara kausa Barat tersebut termasuklah Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia yang cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara.
– British perlu menguasai negeri-negeri ini untuk menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut

– Kemaraan kuasa Barat dapat dilihat dari pelbagai aspek
i) Jerman berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi
ii) Amerika Syarikat berhasrat meluaskan pengaruhnya di Terengganu
iii) Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang
iv) Kemaraan kuasa Barat yang ingin menguasai bahan mentah mencabar penguasaan British di negeri-negeri Melayu
v) Perancis berminat untuk meluaskan kuasa ke kawasan di Segenting Kra. Matlamat Perancis ini akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa


3) Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil
– Kedah dan Perlis, hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang yang dikuasai oleh British
– Kelantan dan Terengganu, aktiviti pembuatan seperti petukangan dan pembinaan kapal menjadi sangat penting. Kedua-dua negeri menjadi pembeka pelbagai barang dagangan kepada pedangan Singapura.

4) Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang
– British berhasrat menghubungkan Burma yang dikuasainya dengan Pulau Pinang dan Singapura
– Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India
– hal ini sangat penting bagi pedagangan dan keselamatan British

5) Beban Orang Putih
– British mendapati Siam melakukan kekejaman di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
– bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya

Strategi Peluasan
i) Ke arah Perjanjian Bangkok 1909
– Negeri-negeri Melayu yang memiliki hubungan rapat dengan Siam ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Bagi kerajaan Siam, negeri ini adalah di bawah naungannya dan dikehendaki menghantar bunga emas dan perak setiap 3 tahun sekali sebagai tandan pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam.
– Pengaruh Siam ke atas negeri ini kurang menyenangkan pihak British
– Matlamat British untuk memastikan laluang perdagangan di antara India dan China berada dalam keadaan selamat
– Menyedari bahawa konfrontasi secara bersemuka akan merugikannya, British menggunakan strategi perjanjian bagi meluaskan kuasa
– Sejak tahun 1826, terdapat beberapa siri penjanjian melibatkan British dan Siam yang menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu
– Perjanjian diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan British meluaskan kuasa.
– Perjanjian Burney (1826) > Perjanjian Sulit (1897) > Perjanjian Sempadan (1899) > Perjanjian (1902) > Perjanjian Bangkok (1909)

ii) Rentetan Peristiwa Perjanjian Bangkok 1909
a) April 1907
– rundingan antara pihak British dengan Siam bermula selepas Perjanjian Perancis-Siam. Perjanjian ini diusahakan oleh Penasihat Am bagi kerajaan Siam, . H Strobel dengan Ralph Paget

b) Jun 1907
– Pejabat Tanah Jajahan membenarkan uasah perundingan ini

c) 13 September 1907
– Stroble menemui Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri krajaan Siam bagi menyampaikan hasrat British

d) November 1907
– hal tersebut disampaikan kepada Raja Siam

e) Januari 1908 – Januari 1909
– Draf perjanjian dirangka pada Januari 1908 dan dipersetujui pada bulan Januari 1909

f) 10 Mac 1909
– Ditandatangani antara wakil British, Ralph Paget dengan wakil Siam Putera Devawongso Varaprakar yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan Siam

Peluasan Kuasa British Di Johor

Faktor Kemajuan Johor
i) Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah
ii) Berlakunya perkembangan pesat dalam ekonomi komersial
iii) Pemodenan Johor dalam pelbagai bidang yang membawa kemajuan dan kemakmuran secara menyeluruh
iv) Kemunculan golongan pentadbir yang komited dan menjalankan tugas dengan berkesan

Strategi British
i) perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim yang menyatakan bahawa sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh sultan, Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada pihak British

ii) perjanjian Setia 1885 antara Johor dengan British menyebut bahawa Johor hanya akan menerima seorang ejen yang peranannya menyamai seorang pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat. Hal ehwal luar dikawal oleh British

iii) Tahun 1879 Gabenor Negeri Selat mencadangkan kepada British untuk menempatkan Residen British di Johor

iv) Secara terancang, British berusaha memanipulasi kedudukan kewangan Johor dengan menawarkan pinjaman sebanyak 200 ribu dolar kepada Johor bagi membiayai pembinaan kereta api. Usaha ini tidak berjaya apabila cadangan tersebut tidak diterima krana kesannya akan menjejaskan ekonomi Johor

v) 12 Mei 1914, Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri Selat. Dalam perjanjian, jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British.

Sistem Pentadbiran Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Latar belakang Negeri Melayu Tidak Bersekutu
i) Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu bersifat longgar yang tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran yang tunggal
ii) Tidak ada perjanjian khas bagi mewujudkan “gabungan” ini, sebaliknya lebih bersifat membezakan pentadbiran negeri ini dengan negeri Melayu Bersekutu
iii) Pentadbiran Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berasingan dengan Negeri Melayu Bersekutu berterusan hingga Perang Dunia Kedua
iv) Negeri ini terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri Melayu Bersekutu yang juga merupakan Gabenor Negeri Selat.
v) Usaha British untuk menggabungkan kedua-dua sistem pentadbiran turut gagal kerana adanya tentangan daripada raja Melayu di Negeri Melayu Tidak Bersekutu
vi) Raja di Negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding dengan kuasa raja di Negeri Melayu Bersekutu
vii) Kelima-lima buah negeri ini tetap kedudukannya sebagai Negeri Melayu pemerintahan beraja yang bebas dan mempunyai kuasa autonomi

Pentadbiran Negeri Melayu Tidak Bersekutu
1) Perlis
– penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan
– Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang dipengerusikan oleh raja
– Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Tahun 1931, hanya terdapat 3 orang pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis
– Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting

2) Kedah
– penasihat British terlibast secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar tempatan
– Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan bertulis dibuat oleh sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang diwujudkan sejak tahun 1905
– Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan
– Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting

3) Kelantan
– penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan
– Sultan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota Majlis
– Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan memegang jawatan tertentu sahaja
– Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri

4) Terengganu
– pentadbiran negeri berlandaskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang diluluskan pada tahun 1911.
– Undang-undang ini menetapkan bahawa ketetapan atau perundangan yang dilaksanakan tidak boleh dipinda
– Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan
– Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuaran Negeri diwujudkan bagi melaksanakan pentadbiran kerajaan
– Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan pegawai Eropah dihadkan dalam pentadbiran.

5) Johor
– berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
– Sultan tidak dibenarkan untuk menyerahkan negerinya kepada kuasa asing
– Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar, Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu yang menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi.
– Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan menjalankan pentadbiran
– Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan pentadbiran.

Perkembangan Pentadbiran

1) Pengekalan Kedudukan Sultan
– perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran di Negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mengubah kedudukan sultan
– Sultan masih kekal seagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeir
– Sultan mempunyai kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu
– Kedudukan pembesar turut dikekalkan
– pembesar tidak lagi mengutip cukat dan pakaj sebaliknya dibeikan elaun dan pencen

2) Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional
– sistem pentadbiran tradisional seperti sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri dan peraturan yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan
– Pembesar Mealyu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri
– Pihak British turut membantu melalui peminjaman pegawai daripada Perkhidmatan Awam Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat
– Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri
– Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan kerajaan British yang menyatakan bahawa semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah

3) Pengenalan Birokrasi Barat
– penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri sehingga mengurangkan kuasa sultan dan pembesar
– jabatan baharu turut diperkenalkan di setiap negeri
– pasukan polis diwujudkan
– urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan dan pegawai British turut dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaan

Kuiz Sejarah Bab 4: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 4:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

1) Kekayaan Bijih Timah
a) Perlombongan abad 15
– perlombongon bijih timah diusahakan orang Melayu di lembah sungai
– orang Melayu melombong bijih timah untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan
– perdagangan bijih timah dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu sebagai pemilik lombong yang membekalkan semua keperluan perbelanjaan
– Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan
– Sultan menerima bahagiannya daripada hasil pedagangan bijih timah

b) Perlombongan abad 16 hingga 17
sj t3b3 1
Lokasi
– Perak terkenal dengan hasil bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak
– tertumpu di sepanjanga Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar Kuala Kangsar dan Kelian Intan
– Tahun 1616: bijih timah dilombong di Manjung dan Beruas
– Perak merupakan pelabuhan utama menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi pedagang
– Kekayaan dan kemakmurah Perak menyebabkan Achen meletakkan Perak sebagai negeri naungannya
– Perak menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan pelindungan Portugis di Melaka bagi membebaskan Perak dari naungan Achen

c) Perlombongan abad 18
Perak
– pertengahan abad 18 bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut
– Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian menjual bijih timbah dengan Belanda di Melaka
– akhir abad 18, pengeluaran bijih timah merosot akibat aktiviti penyeludupan kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau

Selangor
– kekayaan bijih timah di Kuala Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor
– Tahun 1790. Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dengan Belanda

d) Perlombongan abad 19
sj t3b3 2
Larut
– perlombongan bijih timah di Perak mencapai tahap penting pada tahun 1840, hasil penemuan bijih timah di Larut
– Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan perlombongan bijih timah di Kliar Paun dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina
– Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang

Lembah Kinta
– pada akhir abad 19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia
– perkembangan kegiatan pelrombongan bijih timah menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar
– Pada 1870, Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan baru di Lembah Kinta yang menyebabkan kemunculan bandar Papan dan Pangkalah Peguh.

sj t3b3 3
Jugra
– Sultan Abdul Samad (1857-1898) menajadikan Jugra di daerah Langat sebagai pusat pentadbiran Kesultanan Selangor
– Jugra memainkan peranan penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke Klang
– menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk di bawa ke pelabuhan Melaka

Kuala Lumpur
– Tahun 1860, Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting d Selangor
– bijih timah berjaya dilombong di Ampang, Kuala sungai yang menjadi pertemuan di antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah
– kejayaan tersebut mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ lalu membentuk bandar Kuala Lumpur

Lukut
– wilayah Kesultanan Selangor. Perlombongan bijih timah mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina
– Tahun 1830: selepas kemangkatan Raja Busu, Raja Jumaat berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah yag terkenal
– Tahun 1880: Lukut diserahkan kepada daerah Sungai Ujong, Negei Sembilan melalui rundingan antara Sultan Selangor dan pemerintah Sungai Ujong
– Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelumnya di dalam kawasan Sungai Ujong menjadi sebahagian daripada wilayan Kesultanan Selangor

Kekayaan Hasil Emas
sj t3b3 4
Lokasi perlombongan Emas di Pahang
– perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang
– kawasan penting perlombongan ialah Raub, Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau dan Hulu Dong

sj t3b3 5

a) Abad 16 dan 17
– dijalankan oleh orang Melayu, orang Asli dan orang Minangkabau
– menggunakan kaeadh mendulang dan melampan

b) Abad 18
– kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan
– menggunakan kaedah melampan

c) Abad 19
– Sultan Ahmad memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan kegiatan perlombongan di Pahang
– Pelombongan Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan bawah tanah

Peluasan Kuasa British
Strategi British meluaskan kuasa

1) Manipulasi
Perak
a) Perang Larut 1861-1874
– Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong Cina memajukan pelombongan bijih timah di Larut
– pergaduhan pelombong Cina antara Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing menyebabkan tercetusnya Perang Larut
– Peperangan ini berlarutan di Larut sehingga menjejaskan pedagangan bijih timah di Negeri Selat
– Golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri Selat memintah British campur tangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam pelrombongan bijih timah

b) Perebutan Takhtan Kesultanan Perak
– Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak yang diasaskan pada awal tahun 1820
– mengikut sistem ini, bakal raja harus melalui 3 jawatan (Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda), sebelum berhak ditabalkan sebagai Sultan
– akhir abad 19 berlaku krisis dalam kalangan kerabat diraja Perak berkaitan sistem pewarisan takhta dalam Kesultanan Perak.

i) Pertabalan Sultan Ismail – selepas mangkat Sultan Ali, Raja Ismail dilantik sebagai sultan
ii) Bantahan Raja Yusuf – menuntut haknya sebagai Sultan setelah sekian lama diketepikan
iii) Tuntutan Raja Abdullah menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah kewangan dan desakan golongan pelabur Eropah dan Cina

Selangor
– Ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), tercetus petelingkahan dalam kalangan kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang
– British campur tangan dalam pertelingkahan untuk meluaskan pengaruh di Selangor

i) Raja Abdullah bin Raja Jaafar
– memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad
– berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah dengan pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
– disokong oleh kumpulan Hai San

ii) Raja Mahadi bin Raja Sulaiman
– Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah
– kemajuan pelrombongan bijih timah di daerah Klang mendorong Raja Mahadi menuntut hak ke atas daerah tersebut yang penah diletakkan di bawah kekuasaan ayahnya
– disokong oleh kumpulan Ghee Hin

Sungai Ujong, Negeri Sembilan
i) kepentingan Sungai Linggi
– laluan penting menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya
– penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai terhadap pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai tersebut untuk dibawa ke pelabuhan Melaka

ii) Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi
– Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato Muda Linggi bersaing mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi
– Namun persengketan mereka dimanipulasi oleh British
– melalui bantuan ketenteraan kepada Dato Kelana untuk mengalahkan Dato Syahbandar, British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi
– akibat perbalahan tersebut telah menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri Selat

2) Desakan dan paksaan kepada Raja-raja Melayu menerima perlindungan British

Selangor
– British tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Samad menerima pelindungan British, maka mereka terus mencari alasan untuk meletakkan Selangor di bawah pengaruhnya bagi menguasai kekayaan bijih timah di Selangor
– British mendapat alasan untuk mendesak Sultan Selangor menerima pelindungan British apabila berlaku peristiwa menggugat aktiviti perdagangan.

i) Rompakan Kapal Dagang British
– Tahun 1873: kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Melaka dirompak bedekatan perairan Kuala Langat

ii) Serangan Rumah Api
– Tahun 1874: berlaku serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado

Pahang
– Tahun 1887: British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Pahang menerima seorang wakil British di Pahang
– Tahun 1888: British memperoleh peluang untuk mendesak dan memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British apabila berlaku kematian seorang lelaki berbangsa Cina Goh Hui yang ditikam di pekarangan istanan
– British mendakwa bahawa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan diminta bertanggungjawab atas kematian rakyat tersebut
– Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British edngan alasan Sultan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.

3) Menandatangani perjanjian dengan pemerintah tempatan

a) Perjanjian Pangkor 1874
– Andrew Clark Gabenor Negeri Selat bertindak memanggil ketua kumpulah Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka
– Pembesar Melayu dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan perselisihan di Perak

Syarat:
i) Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
ii) Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberikan sebuah jajahan kecil untuk ditadbir
iii) Sultan menerima seorang Residen British. Nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi dalam semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu
iv) Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen
v) British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak

b) Perjanjian British-Sungai Ujong 1874
Syarat:
i) Dato Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
ii) British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

c) Perjanjian British-Selangor 1875
Syarat:
i) British membantu Sultan memerintah negeri
ii) British menghantar J.G. Davidson menetap di KLang dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor

d) Perjanjian British-Pahang 1887
Syarat:
i) British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang
ii) British betanggungjawab menjaga keamanan Pahang
iii) Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British

e) Perjanjian British-Negeri Sembilan 1895
– Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British

Sistem Residen
Peranan
i) menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu
ii) Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi

Pelaksanaan Sistem Residen
Ciri-ciri
i) kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan
ii) nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang seperti sebelumnya
iii) Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai
iv) Residen mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar-pembesar dan negeri. Peranan pembesar digantikan oleh pegawai-pegawai British
v) Jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional

Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu
Ciri-ciri
i) Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk sebuah persekutuan
ii) Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan
iii) Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu
iv) Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
v) Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga dikenali sebagai Persekutuan 1896

Faktor Pembentukan
i) Mengatasi kelemahan sistem Residen
– Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tugas
– Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri
– Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai

ii) Menyeragamkan Pentadbiran
– Pantadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
– Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang
– British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam bagi memudahkan eksploitasi ekonomi

iii) Menjamin keselamatan negeri
– Penggabungan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai pasukan keselamatan sendiri
– menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan luar

iv) Menangani masalah kewangan Pahang
– gabungan negeri-negeri Melayu yang kaya
– Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat membantu mengurangkan beban kewangan negeri Pahang

Pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu

Majlis Mesyuarat Negeri
– ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu
– Majlis ini dipengerusikan oleh Raja Melayu dan berperanan menggubal undang-undang serta membantu pentadbiran negeri.

Struktur Pentadbiran
i) Pesuruhjaya Tinggi British
ii) Residen Jeneral
iii) Majlis mesyuarat
– Negeri Perak
– Negeri Selangor
– Negeri Sembilan
– Negeri Pahang

Majlis Mesyuarat Persekutuan
i) Pesuruhjaya Tinggi British
ii) Residen Jeneral
iii) 4 orang Raja Melayu, 4 orang Residen, 4 ahli tidak rasmi (3 Eropah, 1 Cina)

Pembentukan Durbar
– untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Ahli-ahli Durbar
i) Pesuruhjaya Tinggi British
ii) Raja-raja Melayu
iii) Residen Jeneral
iv) Residen British

Kuiz Sejarah Bab 3: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 3:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura Dan Melaka

Latar Belakang
1) Pulau Pinang
sj t3b2 2
– wilayah Kesultanan Kedah dan menjadi tempat persinggahan pedagang dari Lingga yang berdagang dengan Kedah
– menjadi pelabuhan dagang bagi daerah serantau terutama dengan Acheh di Sumatera
– Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab
– Petempatan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera pada tahun 1759.
– Sultan Kedah menganugerahkan kawasan tersebut sebagai membalas jaga orang Sumatera membantuk Kesultanan Kedah menentang Siam

2) Singapura
sj t3b2 1
– wilayah Kesultanan Johor Riau yang meliputi Pahang, Johor dan gugusan kepulauan Riau Lingga sejak abad ke 16 hingga 19
– Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman yang tinggal di Singapura
– Sewaktu pentadbiran Temenggung Abdul Rahman, ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura
– Pemerintah Kesultanan Johor Riau ialah Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan mengadakan hubungan baik dengan Belanda

3) Melaka
– kerajaan Alam Melayu yang unggul pada abad ke 15
– Tahun 1511: Kesultanan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis
– Tahun 1641-1824: Melaka menjadi tanah jajahan Belanda setelah Belanda mengalahkan Portugis dengan bantuan Kesultanan Johor Riau
– Belanda menajdikan Melaka sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah dari negeri Melayu
– Belanda memetingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama

Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang

Kedudukan Strategik
1) Pusat pengumpulan barang
– British memerluka barangan dari China terutama teh yang mendapat pasaran baik di Eropah
– China tidak memerlukan barangan British, sebaliknya mahukan emas, perak, bijih timah dan rempah ratus sebagai tukaran
– British memerlukan pusat untuk mengumpul barangan tersebut yang boleh diperoleh di Alam Melayu untuk ditukarkan dengan teh dari China

2) Pelabuhan Persinggahan
– British memerlukan pelabuhan prseinggahan di laluan perdagangan di antara India dan China
– tempat membaiki kapal, mendapat bekalan makanan dan minuman serta berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
– memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik

3) Pangkalan Tentera
– pangkalan tentera laut British yang terletak di pantai barat India iaitu di Bombay sukar mengawal petempatan British di pantai timur India
– British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik untuk mempertahankan petempatan di India

Kronologi pendudukan British di Pulau Pinang
1) Perebutan Takhta Kesultanan Kedah
– krisis berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah. Kerabat Diraja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut telah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
– Sultan Mummad Jiwa berusaha memohon bantuan kententeraan dari SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada serangan Bugis
– SHIT menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa. Rundingan gagal apabila SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman musuh

2) Ancaman Siam
– Tahun 1778-1798: ketika pemerintahan Sultan Abdullah, Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas daripada krajaan Kedah yang terhenti semasa Perang Siam-Burma
– Sultan Kedah rasa tergugat lalu meminta bantuah SHTI, baginda menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan SHTI dengan syarat mendapatkan bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman Siam
– baginda meminta Francis Light, iaitu pedagang prsendirian untuk menyampaikan syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India

3) Tipu helah Francis Light menduduki Pulau Pinang
– Francis Light yang menyedari kedudukan strategik Pulau Pinang berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat yang dipohon oleh bagina Sultan Kedah
– Sultan Abdullah yang berpegang pada janji menawarkan Francis Light membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786. Tawaran ini dibuat sementara menunggu jawapan daripada SHTI berhubung dengan syarat yang ditawarkan oleh baginda
– Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island. Petempatan mereka pula dinamakan Georgetown bersempena dengan nama Raja England

Pengukuhan Kuasa British di Pulau Pinang Melalui Perjanjian
– Tahun 1786:Siam menakluk Patani dan mengancam Kesultanan Kedah
– Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis Light
– SHTI enggan memberikan bantuan kerana tiada perjanjian ditandatangani dengan Sultan Kedah
– Setelah menyedari tertipu, Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan perang di Seberang Perai untuk mengamil semula Pulau Pinang
– Angkatan perang Kesultanan Kedah ditewaskan oleh Francis Light dengan bantuah SHTI
– Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1791.
– Tahun 1800: George Leith, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin (1798-1804) menandatangani perjanjian dengan British
– Perjanjian ini membolehkan British menduduki Seberang Perai. Pendudukan ini penting sebagai beteng petahanan dan kawasan pertanian bagi membekalkan sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang.

Peluasan Kuasa British di Singapura
1) Perang Napoleon (1793-1814)
– Belanda ditawan oleh Perancis
– Raja Belanda berundur ke England dan menandatangani Surat Kew pada tahun 1795.
– Berdasarkan Surat Kew, Belanda menyerahkan tanah jajahannya secara sementara di Timur kepada British sehingga perang tamat

Kepentingan Singapura kepada British
1) British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu
2) Kedudukan Singapura di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda
3) Singapura dijadikan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil ekonomi Alam Melayu
4) Kebanyakan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga

Pertapakan British di Singapura
Isu pewarisan takhta kesultanan Johor Riau
1) Sultan Mahmud Shah III mempunyai dua orang putera (Tengku Hussein, Putera Sulung dan Tengku Abdul Rahman, putera bongsu)
2) Tahun 1812: Sultan Mahmud Shah III mangkat. Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di Lingga
3) Tengku Hussein tidak hadi semasa Almarhum Sultan dimakamkan kerana berada di Pahang
4) Tengku Abdul Rahman ditabalkan sebagai Sultan Johor Riau. Mendapat pengiktirafan daripada orang Belanda dan Bugis
5) Tengku Hussein yang diketepikan telah berundur dan menetap di Riau

– Tindakan Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta menyebabkan Kesultanan Johor Riau mempunyai dua orang sultan
i) Sultan Abdul Rahman di Lingga
ii) Sultan Hussein di Singapura

Perjanjian
1) Perjanjian 6 februari 1819
– Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
Kesan: – petempatan British di Singapura diiktiraf
– British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13 Feb 1819
– William Farquhar (1819-1823) dilantik sebagai Residen pertama Singapura

2) Perjanjian 2 ogos 1824
– Residen Singapura, John Crawfurd (1823-1826) menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
Kesan: -Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya
– Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke atas Singapura
– sebagai ganti, Sultan dan Temenggung diberikan bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup

Peluasan Kuasa British di Melaka
Faktor Pakatan British-Belanda

1) Menamatkan pertikaian British dan Belanda berkaitan Singapura
British
– berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat
– bertekad mempertahankan kedudukan di Singapura
– yakin Singapura menajdi pelabuhan bebas dan pankalan tentera

Belanda
– mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya
– menuntut British berundur pengaruhnya
– bimbang kemajuan Singapura menjejaskpedagangan di Betawi, pelabuhan utama Belanda di Alam Melayu

2) Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah
– persahabatan di Eropah penting krana kedudukan Belanda bedekatan dengan Britain.
– British mengambil pengalaman semasa Perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain pada tahun 1795
– Belanda perlu bebaik-baik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon

3) Penyelesaian untuk perdamaian
– Belanda dan British mahu mengelakkan peperang yang pernah berlaku pada abad ke 17 dan 18
– Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang Napoleon
– penyelesaian mesti dilakukan melalui rundingan ke arah perdamaian

Kesan
i) pakatan British dan Belanda menyebabkan termeterainya Perjanjian London 1824 atau Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
ii) Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa Eropah tersebut demi menjaga kepentingan masing-masing di Alam Melayu
iii) British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British dengan Belanda

Perjanjian London 1824 dan kesannya terhadap alam Melayu

Kesan
1) Pembahagian Alam Melayu kepada Dua lingkungan pengaruh Barat
– Selat Melaka dan Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh British dan wilayah pengaruh Belanda di Alam Melayu
– British dan Belanda hanya mengutamakan kepentingan mereka terjamin dan meminggirkan kedaulatan kerajan Alam Melayu
– mewujudkan entiti geopolitik baharu
– Wilayah dikenali sebagai Hindia Timur Belanda

Syarat perjanjian London 1824
British
i) berundur dari Sumatera
ii) menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
iii) tidak membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau Lingga dan kepulauan lain di selatan Singapura

Belanda
i) mengiktiraf petempatan British di Singapura
ii) menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British
iii) tidak membuka petempatan baru di Tanah Melayu

2) Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau
i) Singapura menjadi Tanah Jajahan British
ii) Berakhir Kesultanan Riau LIngga
iii) Pengisytiharkan Kedaulatan Pahang

3) Selat Melaka di bawah Penguasaan British
– perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana memiliki tiga pelabuhan strategik
– pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British untuk meluaskan kuasa ke negeri Melayu

Pembentukan Negeri-negeri Selat

Latar Belakang
1) Pulau Pinang (1786-1826)
– ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral British di India
– Tahun 1787: memperoleh status pelabuhan bebas dan menguasai perdagangan dengan negeri Melayu
– perdagangan dikuasai oleh pedagang persendirian
– Tahun 1805: dinaik taraf menjadi Presidensi Keempat selepas Benggala, Madras dan Bombay di India
– Seorang gabenor dilantik sebagai ketua pentadbir Pulau Pinang

2) Singapura (1819-1826)
– ditadbir oleh Residen kepada Leftenan Gabenor British di Bangkahulu, Sumatera
– Tahun 1823: diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas
– menjadi pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil Alam Melayu untuk diperdagangkan dengan China

3) Melaka (1824-1826)
– ditadbir oleh Residen Konsular
– sistem Kapitan diteruskan bagi mewujudkan keamanan dalam komuniti kaum
– suku kaum diletakkan di bawah seorang ketua kaum yag berperanan sebagai penegak undang-undang
– bagi masyarakat luar bandar, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada penghulu

Kepentingan Pembentukan Negeri Selat kepada British
i) British dapat menguasai keseluruhan Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan di Alam Melayu
ii) Taraf pelabuhan bebas Negeri Selat berjaya menarik kedatangan pedagang tempatan dan kapal dagang dari Alam Melayu serta pedagang luar
iii) Negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil dari Alam Melayu terutama bijih timah untuk mengimbangi pedagangan British dengan China serta menyaingi pelabuhan Belanda di Alam Melayu
iv) Negeri Selat menjadi pintu masuk bagi buruh luar untuk mempecepatkan pembangunan ekonomi British. Menyebabkan kewujudan masyarakat bebilang kaum di Negeri Selat
v) Penanaman modal oleh pelabur luar menyebabkan perkembangan Negeri Selat berlaku dengan pantas.

Hubungan Negeri Selat dengan Negeri Melayu
Negeri Selat
i) memerlukan hasil ekonomi untuk memajukan perdagangan
ii) melabur modal memajukan perlombongan bijih timah di negeri Melayu

Negeri Melayu
i) memerlukan pelabuhan untuk memperdagangkan hasil ekonomi

Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

1) Negeri Selat di bawah SHTI (1826-1857)
– Negeri Selat diketuai oleh Gabenor
– Residen Konsular dilantik membantu Gabenor menjalankan pentadbiran
– Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama
– Tahun 1832: pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura kerana lebih strategik dan maju berbanding dengan Pulau Pinang

2) Negeri Selat di bawah Pejabat India (1858-1867)
– Undang British dikuatkuasakan di Negeri Selat
– Pemberontakan yang berlaku di India menyebabkan Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri Selat dengan baik
– Pejabat India tidak memberikan perhatian yang sewajarnya bagi melindungi pedagang Negeri Selat
– Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri Selat


Struktur pentadbiran negeri Selat
i) Gabenor Jeneral British SHTI di India
ii) Gabenor Negeri Selat
a) Residen Konsular Pulau Pinang
b) Residen Konsular Singapura
c) Residen Konsular Melaka

Negeri Selat di bawah pejabat tanah jajahan (1867-1946)

Faktor pemindahan pentadbiran Negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London
i) Tiada wakil Negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India yang meluluskan undang-undang bagi Negeri Selat
ii) Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang dan pertelingkahan kumpulan Cina di Negeri Selat
iii) Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang Negeri Selat menggantikan mata wang Dolar Sepanyol
iv) Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di Negeri Selat boleh menjejaskan kemakmuran taraf pelabuhan bebas
v) Pejabat India menjadikan Negeri Selat tempat buangan banduan menjejaskan imej Negeri Selat sebagai pusat perdagangan


Struktur Pentadbiran Neger Selat di bawah pejabat Tanah Jajahan di London
i) Pejabat Tanah Jajahan di London
ii) Gabenor Negeri Selat
a) Majlis Eksekutif – mengurus hal pentadbiran
b) Majlis Perundangan – menggubal undang-undang

Kuiz Sejarah Bab 2: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 2:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat

Kestabilan dan kemakmuran

1) Kestabilan
– Malaysia telah mewarisi sistem pemerintahan beraja dan pentadbiran mantap

a) Sistem pemerintahan dan struktur sosial
– Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Di Sarawak dan Sabah mempunyai sistem pemerintahan tempatan yang lebih awal

Sistem pemerintahan beraja
i) Sultan (Negeri)
– pentadbiran pada peringkat negeri diketuai oleh raja atau sultan
– lambang kedaulatan negeri
– kaum kerabat diraja serta pembesar membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan

ii) Pembesar (Jajahan / Daerah)
– Pembesar dilantik oleh sultan
– melaksanakan menjaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan membantu mengekalkan kedaulatan negeri

iii) Penghulu (Mukim)
– kampung unit paling kecil
– ketua kampung ialah penghulu atau penggawa
– menyampaikan arahan daripada raja atau pembesar kepada orang kampung

Hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan
i) Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar
ii) Undang
iii) Lembaga
iv) Buapak
v) Anak Buah dan Ibu Soko

Sistem pemerintahan di Sarawak
i) Sistem kesukuan
ii) Sistem kesultanan

Sistem pemerintahan di Sabah
i) Sistem kesukuan
ii) Sistem kesultanan
iii) Sistem ketua bebas

b) Perundangan
i) Undang-undang bertulis – Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak
ii) Undang-undang tidak bertulis – adat
iii) Sarawak dan Sabah – berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi mengikut suku masing-masing

c) Hubungan Luar
– pemerintahan Malaysia berjaya memanfaatkan hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepentingan negeri masing-masing
– kebijaksanaan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka meluaskan pengaruh, melindungi daripada ancaman musuh, memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan sistem pemerintahan

2) Kemakmuran
– Negara kita terkenal kerana memiliki kekayaan hasil bumi dan sumber alam
– kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik membolehkan sumber hasil bumi diperdagangkan ke seluruh dunia

a) Hasil bumi dan alam
– kaya dengan bahan galian (bijih timah, emas dan perak)
– kegiatan melombong dijalankan oleh masyarakat tempatan. Mereka menggunakan kaedah mendulang dan melampan
– Negara kita juga dikenali sebagai pusat pengeluaran sumber hasil hutan
– hutan rimba di negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah terkenal dengan hasil hutan. Maka hasil hutan ini dijual kepada pedangan China, Jepun, Siam dan India

b) Memanfaatkan hasil alam
– masyarakat tempatan mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi. mereka berjaya menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik
– masyarakat melayu juga mahir dalam betukang kayu, membuat perahu, prabot dan menempa alat senjata tradisional
– Di Sarawak, terdapat kegiatan menenun kain puan dan menyulam selendang

3) Sistem Ekonomi
– masyarakat di negara kita mempunyai sistem ekonomi yang teratur
– bijak mengeksploitasi sumber alam untuk memajukan ekonomi dan memakmurkan kehidupan
– setiap negeri mempunyai kemudahan pelabuhan, mata wang, sistem percukaian dan sistem timbangan dan ukuran yang praktikal

a) Perdagangan dan Pelabuhan
– Negeri Melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan yang terletak muara sungai yang strategik
– Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menajadi pusat mengumpul barangan dari tumur dan barat
– Syahbandar dilantik mengurus pelabuhan

b) Timbang, Sukat dan Ukur
– masyarakat Melayu menggunakan sukatan seperti kepul, leng, kal, cupak dan gantang
1 leng = 2 kepul
1 kal = 2 leng
1 cupak = 4 kal
1 gantang = 4 cupak

– kemudian orang Melayu mengambil sistem timbangan dari pedangan China yang memakai sistem kati, tahil dan pikul yang digabungkan dengan sukatan pikul orang Melayu.
16 tahil = 1 kati
100 kati = 1 pikul

– bagi timbangan emas dan perak, orang Melayu mengambil timbangan pedagang India
12 saga = 1 mayam
16 mayam = 1 bungkal
12 bungkal = 1 kati

– apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baru seperti auns, paun, tan dan gelen

c) Mata Wang
– pada mulanya pedangang menggunakan sistem barter
– mata wang diperbuat daripada timah dan emas
– idea menggunakan mata wang daripada logam timah atau emas dalam urus niaga menjadi ikutan negeri Melayu lain untuk mengeluarkan mata wang masing-masing

d) Sistem Percukaian
– cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil pelombongan, pertanian, hasil hutan dan perdagangan
– cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan disalurkan untuk memakmurkan negeri

4) Kegiatan Keintelektualan
pendidikan – aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat tempatan
– bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila, berdikari dan berhemah tinggi
– dibahagikan kepada pendidikan formal dan tidak formal

i) Pendidikan Tidak Formal
– pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
– kanak-kanak diajarkan kemahiran
– mereka juga diajarkan ilmu agama, berpekerti mulia, cara berkawan dan menjaga maruah
– diberikan melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah, pantang larang, cerita berbentuk teladan dan pengajaran.
– Cerita yang diajarakan ” Si Tanggang Anak Derhaka” , ” Anjing Dengan Bayang-Bayang”
– Di Sarawak diajar melalui cerita lisan yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan turun temurun sesuatu etnik
– Di Sabah dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat di tempat mereka tinggal. Mereka juga diajar kemahiran.

ii) Pendidikan Formal
– Pendidikan formal masyarakat Melayu bercorak Islam dan menekankan ilmu keagamaan.
a) Istana – hal pentadbiran negara, sistem politik
b) Masjid dan Surau – cara bacaan dalam solat dan tajwid serta mempelajari hadis, fekah dan usuludin
c) Pendidikan Pondok – mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab
d) Madrasah – mempunyai sukatan pelajaran, dilaksanakan secara kelas, mempunyai tahap, diawasi oleh mudir, diselia oleh jawatankuasa kewangan

– Di Sarawak pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama
– Di Sabah pendidikan secara formal agak terhad. Etnik yang beragama Islam belajar di surau, pondok dan rumah guru agama.
– Bahasa Melayu dan tulisan Jawi berkembang dengan pesat. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di Alam Melayu. Bahasa Melayu juga membuktikan kemampuan menyampaikan ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang tinggi

karya kesusateraan
i) Tuhfat al-Nafis
ii) Gurindam Dua Belas
iii) Misa Melayu
iv) Hikayat Datuk Merpati Jepang

Faktor Kedatangan Kuasa Barat Ke Negara Kita
– Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pada tahun 1600 ditubuhkan di England
– syarikat ini diberi hak monopoli dalam perdagangan rempah di Kepulauan Melayu oleh Kerajaan British
– Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan, syarikat ini diberi monopoli pedagangan di Timur
– Pada tahun 1664, Perancis menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis untuk berdagang di Asia
– kestabilan dan kemakmuran negara menyebabkan kuasa-kuasa Barat berminat untuk memiliki kekayaan tersebut
– orang Sepanyol menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah pada abad ke-16 dan menjadi kuasa ulung di Eropah kerana memiliki kekayaan hasil daripada beberapa buah koloninya
– Abad ke 16 ialah zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol
– Abad ke 17 kebangkitan kuasa-kuasa Barat sebagai kuasa penjajah untuk merebut kekayaan dan tanah jajahan di seberang laut
– alam Melayu menjadi sasaran utama kedatangan orang Eropah demi mencari sumber rempah-ratus dan menguasainya

Kedatangan kuasa barat pada abad ke-16
i) Barangan mewah
– kuasa Barat pada ketika itu berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi,emas,perak dan hasil hutan
– Orang Eropah mendapatkan barangan mewah dari China

ii) Pusat pengumpulan barang
– sebagai tukaran, negara China mahukan emas, perak, bijih timah dan lain-lain, barang-barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu
– syarikat perdagangan tersebut memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan.

iii) Pelabuhan persinggahan
– Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlimdung sementara menunggu peralihan angin monsun.
– untuk memudahkan mereka kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal

iv) Agama Kristian
– matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran


Kedatangan kuasa barat pada abad ke-17 dan 18
i) Revolusi perindustrian
– Revolusi perindustrian berlaku di Britain pada abad ke 17 manakala negara Eropah lain abad ke 18
– Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa Barat berubah corak, mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan
– perindustrian ini membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran, oleh itu kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.

Kedatangan kuasa barat pada abad ke-19 dan 20
i) Perkembangan industri kereta
– menambahkan permintaan untuk hasil getah
– hasil getah merupakan bahan penting dalam perusahaan penebat barangan elektrik

ii) Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
– Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman.
– Negara kita juga kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, bijih besi, emas, petroleum dan arang batu

iii) Industri mengetin
– Pada abad 19 Amerika Syarikat memerlukan penggunaan bijih timah untuk industri mengetin makanan, mengetin minuman, membuat bumbung rumah dan tong minyak
– disebabkan itu harga bijih timah melambung tinggi
– selepas tahun 1840, permintaan bijih timah bertambah dengan pesat

iv) Pembukaan Terusan Suez
– menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah telah mempercepat urusan perdagangan
– perdagangan di antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin betambah.

v) Ciptaan Kapal Wap
– Abad 19 kapal wap dicipta
– kapal wap penting untuk membawa muatan yang banyak, perjalanannya lebih cepat dan jimat kos
– penghantaran barang dagangan menjadi semakin mudah dan murah

vi) Persaingan Kuasa Barat
– wujud semangat persaingan kuasa-kuasa Barat dalam kegiatan menakluki kawasan atau wilayan di luar Eropah
– mereka sanggup berperang demi mendapatkan tanah jajahan
– kuasa Barat menganggap semaki luas tanah jajahan, semaki tinggi sanjungan yang diperoleh

vii) Ciptaan Telegraf
– membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika menghubungi ejek atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat
– penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia Antarabangsa semakin penting.

viii) Slogan “Beban Orang Putih”
– Kuasa Barat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut
– hujahan mereka tentang peradaban mereka lebih penting berbanding dengan kebudayaan penduduk yang dijajah bagi merasionalkan penjajahan mereka
– mereka menggunakan slogan “Beban Orang Putih” yang bermaksud tanggungjawab mereka dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah oleh mereka

Persaingan Kuasa Barat Untuk Mendapatkan Tanah Jajahan
– kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan kuasa ke seluruh pelosok dunia untuk memiliki tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka
-Negeri Melayu, Sarawak dan Sabah kaya dengan bahan mentah dan kawasan pasaran, disebabkan itu British bimbang dengan kemaraan kuasa Barat ke wilayah tersebut

Kronologi
a) British menjadikan Kesultanan Brunei sebagai sebuah negeri naungan British
b) Perancis meluaskan kuasanya di Indochina dan merancang membina terusan di Segenting Kra
c) Rusia berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang
d) Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi
e) Amerika ingin bertapak di Terengganu
f) Pihak persendirian iaitu keluarga Brooke menguasai wilayah Sarawak. Pada tahun 1853 hingga 1905, keluarga Brooke memperluas kawasan pemerintahan mereka hingga sempadan Brunei
g) Syarikat Borneo Utara British membeli wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu
h) Belanda berusaha mendapatkan seluruh kepulauan Hindia Timur
i) Portugis berusaha mendapatkan Timor Leste
j) Sepanyaol menakluki Kesultanan Sulu

Perbezaan Strategi Kuasa Barat
– Kuasa Barat menggunakan strategi yang berdiplomasi dan bersifat agresif

Strategi Belanda
i) Serangan Fizikal
– Tahun 1650 & 1651: Belanda berperang dengan penduduk tempatan di Pulau Pangkor dan di Kuala Perak disebabkan oleh dasar monopoli bijih timah oleh Belanda
– Tahun 1763: Belanda berperang dengan angkatan Selangor dan Rembau kerana bimbang penguasaan Selangor ke atas Selat Melaka
– Tahun 1782: Belanda berperang dengan Johor disbebabkan berlaku perselisihan mengenai perdagangan
– Tahun 1784: Belanda berperang dengan Johor dan Selangor kerana masalah perebutan perairan Selat Melaka
– Tahun 1784 & 1785: Belanda berperang dengan angkatan Selangor di Kuala Selangor

ii) Pakatan
– Tahun 1641: Belanda mengadakan pakatan dengan Johor dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka
– Tahun 1824: Belanda mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda

iii) Perjanjian
– Tahun 1640: Belanda mengadakan perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah
– Tahun 1786: Perjanjian dengan Selangor
– Sultan Ibrahim bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda

Strategi British
i) Manipulasi
– British mendapatkan Singapura
– Tahun 1871: belaku perebutan takhta di Perak
– kejadian lanun merompak kapal dagang British di Selangor dan menyerang rumah api di Tanjung Rachado
– konflik antara dua pembesar di Sungai Ujong Negeri Sembilan

ii) Ugutan/Desakan
– membuat ugutan agar sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang bagi menasihati pentadbiran negeri masing-masing
– James Brooke mendesak Sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak

iii) Tipu Helah
– British mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah
– Francis Light guna tipu helah kepada Sultan Kedah

iv) Perjanjian
– British mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British
– Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke menjadi Raja Sarawak

v) Pakatan
– British mendapatkan Melaka
– menyaksikan pakatan kuasa Barat, British dan Belanda memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
– melalui perjanjian ini, British berjaya mendapakan Melaka manakala Belanda memperoleh Bangkahulu

vi) Pajakan
– melalui pajakan dan pemberian piagam SBUB, British meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah

vii) Serangan Fizikal
-Tahun 1831 & 1832: keengganan Penghulu Naning Dol Said tunduk kepada kekuasaan British di Melaka menyebabkan Bristish menyerang Naning.
– British membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak mencampuri masalah perang saudara di Pahang serta masalah takhta Sultan Mahmud Lingga

Kuiz Sejarah Bab 1: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 1:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat