Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10 Sarawak Dan Sabah

Hubungan Sarawak Dan Sabah Dalam Alam Melayu
1) Kemunculan Pusat Pembuatan Tembikar di Gua Niah, Sarawak dan bukit Tengkorak, Semporna, Sabah.
2) Chu-Po pelabuhan di Utara Sabah menjadi tempat mengeksport besi ke Funan dan Champa
3) Jumpaan gendang Gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah membuktikan terdapat hubungan pedagangan antara kerajaan Majapahit dengan penduduk di Utara Sabah
4) Penemuan barangan tembikar zaman Dinasti Tang Dan Sung di Santubong
5) Pelabuhan di Santubong membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin lebah dan kulit penyu
6) Pusat perdagangan seperti santubong, gedong, bukit sandong dan kalka menjalankan kegiatan perdagangan dengan kerajaan Siam dan China
7) Sarawak berlaku penyebaran kuasa oleh Kesultanan Melayu Brunei (KMB)
8) KMB menjalinkan persahabatan dengan kerajaan Sambas
9) Persahabatan ini membolehkan Sambas menyerahkan wilayahnya di Sarawak kepada KMB
10) Kemunculan Kesulatanan Sulu di Utara Borneo membawa kepada tersebarnya pengaruh mereka di pantai timur laut Borneo
11) Kedatangan agama hindu, buddha dan islam
12) Kerajaan Srivijaya, terdapat tinggalan objek-objek agama Buddha di Santubong dan Patung Ganesha di Limbang
13) Pengaruh KMB di Sarawak dan Sabah telah membawa penyebaran agama islam di pesisir pantai Sarawak dan Sabah
14) Kesannya, penerimaan agama islam oleh kebanyakan penduduk kaum melayu dan melanau di pesisir pantai Sarawak dan Sabah
15) Kesultanan Sulu berperanan dalam penyebaran agama islam di pantai timur Sabah
16) Kebangkitan KMB melemahkan kerajaan melayu Santubong. Kalka, Samadong dan Melano di Sarawak krana tumpuan perdagangan dialihkan ke Brunei
17) Kesultanan Sulu telah meningkatkan kegiatan perdagangan di Sabah.
18) Kawasan ini kaya dengan hasil laut dan hutan terutama sarang burung yang menarik perhatian pedagang China.

Kemunculan Pemerintahan Tempatan

Sarawak
a) Kepimpinan Kesukuan
1) Ketua kaum Iban – Tuai Rumah
2) Ketua kaum Kayan – Kelunan Maren/Hipun Uma
3) Ketua kaum Kenyah – Peran Lepo
4) Ketua kaum Kelabit – Laih Rayeh

b) Kerajaan
– terdapat kerajaan di kawasan lembah sungai, iaitu Sawaku, Samodong, Kalka, Saribas dan Melano

c) Wakil Raja
– penduduk di kawasan pesisir pantai dipengaruhi oleh kerajaan Srivijaya, Brunei dan Majapahit
kerajaan berpusat
i) Sawaku – Santubong
ii) Samadong – Sungai Samarahan
iii) Kalka – Kuala Sungai Krian

– membentuk kerajaan sendiri dengan mengelarkan Raja sebagai Datu, Datu Abang dan Dayang
– KMB mengekalkan sistem pemerintahan kerajaan melayu di Sarawak kecuali kaum Dayak diberi gelaran orang kaya.

Sabah
a) Kepimpinan kesukuan
– kepimpinan kesukuan yang tersusun dan bebas dari kawalan kuasa-kuasa luar
– kaum Kadazandusun, Murut, dan orang Sungai mempunyai bentuk kepimpinan yang sama
– kedua-dua kaum mempunyai seorang ketua dikenali sebagai Orang Tua.
– Bobohizan/Bobolian = Kaum Kadazandusun, Babalian = Kaum Murut
– mereka akan menguruskan soal adat dan pantang larang.

b) Wakil Raja
– Kuasa Pemerintah
i) aspek kehakiman
ii) menjaga keamanan
iii) kebajikan penduduk
iv) mengutip cukai daripada penduduk
v) aktiviti perdagangan.

c) Ketua Bebas
– mentadbir wilayah di Muara Sungai.
-Ketua-Ketua
i) Syarif Osman – Kawasan Marudu
ii) Datu Kerunding – Kawasan Tungku

– ketua bebas ini menegakkan kekuasaan dan menjalankan undang-undang sendiri
– mereka ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja dari Brunei, Sulu atau keturunan Arab Syarif

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak Dan Sabah
Sarawak
i) Pesisir pantai
Kegiatan – perdagangan, menangkap ikan, perusahaan sagu
Kaum – Melayu, Kedayan, Melanau

ii) Lembah sungai
Kegiatan – menanam padi, menanam buah-buahan dan sayur-sayuran
Kaum – Melayu, Iban, Bisaya, Melanau, Bidayuh

iii) Pedalaman
Kegiatan – mengutip hasil hutan, memburu haiwan liar, menanam padi
Kaum – Kenyah, Iban, Penan, Kayan, Kelabit, Punan

Sabah
i) Pesisir pantai
Kegiatan – menangkap ikan, membuat perahu, mengutip hasil laut, perdagangan
Kaum – Berunai, Bajau/Sama, Iranun, Suluk

ii) Lembah Sungai
Kegiatan – menanam padi. menanam buah-buahan dan sayur-sayuran
Kaum – Kadazandusun, Rungus, orang sungai

iii) Pedalaman
Kegiatan – mengutip hasil hutan, menanam padi, mengutip sarang burung
Kaum – Murut

Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak Dan Sabah

Sarawak
1) Iban – berasal dari sungai kapuas mula berhijrah dan menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar
2) Bidayuh – berasal dari Sungkung, Kalimantan dan kemudian berhijrah ke Selatan Sarawak
3) Melayu– bermula dengan kemunculan kerajaan awal di Sarawak seawal abad ke-6.
– kaum ini menetap di semua bahagian di Sarawak termasuklah di pedalaman seperti Belaga, Baram
4) Orang Ulu – terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Punan.
– kaum Kayan dan Kenyah berasal dari sungai Kayan dan berhijrah ke kawasan hulu sungai Rajang, Nalui, Baram dan hulu Kemena.
5) Melanau– sejak dari dahulu kaum Melanau mendiami kawasan tengah Sarawak

Sabah
1) Kadazandusun – mendiami di kawasan Penampang, Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau.
– nama Dusun diberi oleh Brunei yang bermaksud petani pedalaman
2) Murut– tinggal di kawasan Tenom hingga Kalabakan
– nama murut diberikan oleh orang Brunei bermaksud orang bukit / orang dari pedalaman pergunungan yang terpencil.
3) Bajau/Sama – asal usul dari Sambaungan (Zamboanga) dan Johor
– keunikan ialah budaya menunggang kuda
4) Suluk – berasal dari kepulauan Sulu dan ramai yang menetap di kawasan Pantai Timur Sabah.
5) Orang Sungai – tinggal di sungai Kinabatangan, sungai Sugut, sungai Paitan, dan sungai Labuk

Kepetingan Sungai
1) Kegunaan Harian – sumber minum, mandi dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk.
2) Kegiatan Rekreasi – kegiatan rekreasi pesta regata dan acara prahu berhias.
3) Sumber Rezeki – sumber rezeki kepada penduduk sekitar kawasan sungai
4) Perdagangan – kegiatan perdagangan dan jual beli di sungai
5) Petempatan – kawasan petempatan yang dikenali sebagai kampung air
6) Pengangkutan – sampan dan bot menjadi pengangkutan utama untuk membawa penumpan dan barang

Kesenian
Sarawak
1) Tenuan Kain
a) Pua Kumbu
– hasil kerja kaum Iban yang dibuat daripada kain kapas
– digunakan dalam pelbagai majlis seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian

b) Keringkam
– hasil kerja kaum Melayu yang dibuat daripada kain kapas dan kain sutera
– kain tersebut disulam dengan benang emas, perak dan tembaga

2) Kraf Tangan
a) Sintung duduk – dihasilkan oleh kaum Iban untuk membawa benih padi
b) Lanji – membawa hasil padi
c) Basong – untuk memburu
d) Bakul – orang Ulu menghiasi bakul dengan manik
-simbol naga, manusia, burung Kenyalang dan harimau dihiasi pada bakul
e) Terendak – kaum Melanau menghasilkan penutu kepala (Terendak)
– digunakan semasa kerja harian.

3) Pertukangan
a) Tiang Totem – dihasilkan oleh orang Ulu yang melambangkan status masyarakat.
– hanya mayat golongan atas boleh diletak tinggi di atas tiang
b) Patung Burung Kenyalang – lambang kepahlawanan kaum Iban
– digunakan sebagai pemberi semangat kepada pahlawan iban
– menjadi penjaga rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit

Sabah
1) Tenuan Kain
a) Inavol – kaum Rungus menggubah Inavol dan menghasilkan selendang yang berwarna-warni
b) Dastar – kaum Iranum menghasilkan kain Dastar yang biasa digunakan sebagai tanjak

2) Kraf Tangan
a) Wakid – membawa barang yang besar
b) Tayen – membawa hasil dari kebun dan barang hantaran perkahwinan
c) Buan – sebagai tempat menyimpan barang
d) Duang (Tudung Salji) – diperbuat daripada Daun Serdang oleh kaum Bajau/Sama

3) Pertukangan
a) Guuk – untuk memotong rumput
b) Pida – untuk upacara perkahwinan

Perayaan

Sarawak
1) Kaum iban, bidayu dan orang Ulu merayakan pesta menuai/gawai dayak.
2) Masyarakat Iban pula merayakan upacara Miring semasa gawai dayak bertujuan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada Petara/Tuhan
3) Keunikan gawai dayak – acara kumang dan keling gawai iaitu pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan
4) Kaum bisaya mengadakan Pesta Babulang yang merupakan pesta Menuai.
5) Kaum Kadayan mengadakan Makan Tahun sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani
6) Kaum Melanau mengadakan pesta Kaul yang bertujuan untuk mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat yang dipanggil sebagai Ipok.

Sabah
1) Penduduk Kadazandusun dan Murut merayakan pesta Kaamatan
2) Pesta ini merupakan Simbol Kesyukuran untuk meraikan Semangat Padi atau Bambaazon/Bambarayon
3) Upacara ini dijalankan oleh Bobohizn/Bobolian
4) Dengan melakukan upacara ini, penduduk berharap agar mendapat lebih banyak hasil Tuauan Padi pada tahun hadapan
5) Acara yang diadakan dalam pesta ini seperti Ratu Cantik / Unduk Ngadau (Asal usul pengorbanan Huminodun)
6) Pesta Ragata Lepa merupakan perayaan memperingati peranan lepa dalam kehidupan Bajau/Sama
7) Acara lain diadakan seperti perlumbaan perahu

Tarian
Sarawak
1) Ngajat
– ditarikan oleh kaum Iban dan orang Ulu.
– jenis tarian Ngajat seperti Ngajat Indu dan Ngajat Lesung

2) Bermukun
– merupakan acara bergendang
– keunikan ialah gendangnya dipalu oleh wanita dan penarinya hanya lelaki
– ditarikan semasa majlis perkahwinan
– semasa bermukun, para pemukul gendang akan berbalas pantun

3) Tarian Datun Julud
– berasal daripada kaum orang Ulu
– lambang kegembiraan dan terima kasih
– penarinya ialah Wanita Uang memakai pakaian berwana-warni dengan perhiasan kepala
– bulu burung kenyalang digunakan semasa menari
– tarian diiringi oleh alat muzik tradisional iaitu Sape.

Sabah
1) Sumazau
– tarian kaum Kadazandusun
– variasi tarian mengikut kawasan seperti Penampang dan Papar
– tarian ini ditarikan semasa pesta keaamatan dan majlis keramaian
– perkataan Sumazau diambil daripada perkataan “Sazau”
– yang merujuk pergerakan tangan penari seperti seekor Burung Helang

2) Magunatip
– ditarikan oleh kaum murut di kawasan pedalaman
– tarian yang menggunakan dua batang buluh ini ditarikan semasa majlis Keramaian

3) Limbai
– tarian kaum bajau/sama dari pantai barat Sabah ini ditarikan secara berpasangan.
– pasangan wanita akan memakai Sarimpak (hiasan kepala)
– tarian ini ditarikan semasa majlis perkahwinan dan majlis keramaian.

Seni Bina
Sarawak
1) Rumah Panjang
– merupakan seni bina kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu
– bertujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk
Fungsi
a) Tempat tinggal
b) Tempat berinteraksi
c) Mengadakan acara-acara perayaan

Bahan pembuatan : kayu keras seperti kayu belian, atap diperbuat daripada daun tebal (Daun Rumbia)

2) Rumah Tinggi
– hasil binaan kaum Melanau
Fungsi – Dibina tinggi 10 meter dari aras tanah untuk mengelak serangan musuh
Bahan pembuatan – kayu keras dan bulat

3) Rumah Baruk
– seni bina oleh kaum bidayuh
– seni bina baruk ialah bulat dan berbentuk kon dengan puncaknya dihiasi dengan lambang burung kenyalang

Fungsi
a) tempat menyimpan tengkorak
b) menyimpan senjata
c) pusat ritual
d) mesyuarat dan majlis sosial.

Bahan pembuatan – kayu keras, atapnya ditutup dengan daun rumbia, dinding diperbuat daripada buluh.

Sabah
1) Rumah Panjang Rungus
– binaan kaum rungus yang dikenali sebagai Vinatang
– keistimewaan ialah bilik tidurnya dibina dengan keduduka kepala pada sudut tepat arah gunung kinabalu

Fungsi
a) Kediaman dan kubu petahanan
b) Mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-ahlinya

Bahan pembuatan – kayu bulat, buluh, kulit kayu, daun nipah

2) Rumah Panjang Murut
– seni bina kaum murut yang dikenali seperti Tulus dan Pahun

Fungsi
a) Dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan
b) Keunikkannya, pintu rumah dibina di tepi rumah dan terdapat ruang memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga
c) di bahagian tengah, tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran

Bahan pembuatan – kayu bulat, kulit kayu, daun tolidus

3) Lepa
– merupakan sebuah perahu dibuat oleh kaum Bajau/Sama

Fungsi
a) mengangkut barang
b) tempat kediaman

Bahan pembuatan
a) diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir
b) atapnya diprbuat daripada daun nipah

Kuiz Sejarah Bab 10: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 10: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Sistem Pemerintahan Beraja

Penggunaan Gelaran Pemerintah
i) Sultan – Kedah & Kelantan
ii) Raja – Perlis

Cara Pelantikan pengganti pemerintah
i) Putera Sultan Atau Raja sebagai pengganti
ii) Jurai Keturunan pemerintah

a) Sultan
– Hieraki tertinggi
– Ketua bagi Negeri dan memiliki keistimewaan
– Ketua agama islam
– Lambang perpaduan rakyat

b) Pembesar (Jajahan/Daerah)
– Wakil pentadbiran bagi pihak kerajaan
– Bertanggungjawab terhadap jajahan/daerah

c) Penghulu (Mukim)
– Penguasa para peringkat mukim
– Peranan sebagai Orang Perantaraan (antara rakyat dan pemerintah)

Adat Istiadat
a) Majlis Pemasyhuran
– pengganti Sultan/Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan

b) Istiadat Pertabalan
– dimulai dengan prsembahkan Naskhah Al-Quran dan Alat kebesaran diraja
– Sultan/Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian mengucup Keris Kuasa

c) Penganugerahan Bintang Dan Darjah Kebesaran
– lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat
– bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah
– sebagai pengiktirafan kepada Sultan, Raja, Kerabat Diraja dan rakyat.

Perundangan
Undang-undang tubuh kerajaan Kedah, Perlis & Kelantan

i) Penggantian Pemerintah
– Sultan/Raja hendaklah
a) lelaki
b) berketurunan raja
c) bangsa melayu
d) beragama islam

ii) Peranan Sultan/Raja
– kedudukan sebagai ketua negeri
– ketua agama islam

iii) Badan Penasihat Sultan/Raja
– menteri besar sebagai dipertua membantu Sultan/Raja dalam mentadbir negeri dan rakyat

iv) Tanggungjawab Sultan/Raja
– larangan kepada Sultan/Raja, Menteri dan Jemaah Menteri
a) menyerahkan negeri
b) menyerahkan kuasa kepada kerajaan lain

– berhak memilih menter besar

v) Hak rakyat dalam Pentadbiran
– warganegara berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak menjadi ahli dewa undangan negeri.


Persuratan
1)
sej t2b9 1
– Karya Muhammad Hassan Bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927
– Mencatat sejarah istana Kedah dan pentadbiran di Perlis
– tentang
a) Pengasas dan senarai pemerintah
b) Pembukaan ibu kota
c) Alat kebesaran diraja (nobat)
d) Pengislaman pemerintah kerajaan Kedah

2)
sej t2b9 2
– Hikayat Merong Mahawangsa Dihasilkan pada tahun 1821
– tentang
a) Pengasasan kerajaan Kedah
b) Pembukaan kota pentadbiran
c) Pengislaman pemerintah

3)
sej t2b9 3
– Salasiah atau tarikh kerajaan Kedah ditulis oleh Wan Yahya bin Wan Muhammad Raib pada tahun 1911
– mencatatkan secara kronologi maklumat jurai pemerintah negeri Kedah
– memaparkan perkembangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan Kedah menerusi pembahagian daerah

4)
sej t2b9 4
– Syair Sultan Maulana dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahamad Tajuddin Halim Shah 2 (1804 – 1845) Kisah Perang Tentera Kedah
– dipersembahkan dalam bentuk syair

5)
sej t2b9 5
– Hikayat Seri Kelantan ditulis pada tahun 1914
– mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah.

6)
sej t2b9 6
– detik-detik sejarah Kelantan ditulis oleh Sa’ad Shukri Bin Haji Muda
– mencatatkan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan dan peristiwa penting setiap pemerintah.

Kesenian
a) Warisan seni ukur
– di Kelantan dan Kedah
– motif Haiwan dalam karya diganti dengan motif Alam yang bersesuaian dengan amalan islam
– kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan masjid

b) Warisan seni bina
– berupa binaan istana dan hiasan ukiran
– keunikan binaan rumah tradisional melayu ialah lebar layar berbentuk “V” terbalik

c) Warisan seni pentukangan dan barang perhiasan
– pertukangan perhiasan daripada Emas dan Perak
– pertukangan senjata tradisional seperti Keris.

d) Watisan Seni kraf tangan
– kraf tangan seperti anyaman tikar dan bakul rotan
– Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik

e) Warisan seni persembahan
– Awang Batil merupakan penglipurlara di Perlis
– Wayang Kulit telah diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah kategori Warisan tidak ketara
– Mem Mulung merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini

f) Warisan seni silat
– merupakan seni dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri
– sebagai persembahan majlis dan acara petandingan

Keunikan Adat Dan Pemerintahan
Keunikan adat perpatih

a) Jurai keturunan sebelah ibu
– kaum perempuan dianggap ibu Soko
– anak merupakan anggota suku ibunya
– anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu

b) Upacara Kedim
– menerima orang dari suku lain atau orang luar
– seseorang itu akan bersumpah taat setia dan akan bersaudara dengan Ahli Suku.
Darah dicecah
Doa ditampung
Sumpah dilabuh
Quran dijunjung


c) Wanita mewarisi pusaka
– wanita akan mewarisi harta pusaka bertujuan supaya wanita tidak terabai
– diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan

d) Perkahwinan
– perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara
– menggalakkan perkahwinan di luar suku
– Lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku iterinya dan digelar “Orang Semenda”
– wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka, manakala lelaki akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat

e) Pelaksanaan Hukuman
– bersifat pemulihan
– utamakan perasaan dan kepentingan pesalah.
– kesalahan kecil diselesaikan dengan bermaafan atau denda ringan

Pelantikan Pemimpin
i) Luak
– daerah/jajahan merupakan kumpulan ketiga dan terbesar dalam susunan masyarakat Minangkabau

ii) Suku
– merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat Peraptih
– dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar

iii) Perut
– unit terkecil yang ahlinya daripada keturunan sebelah ibu

Hieraki Pemerintahan adat perpatih
1) Yamtuan Besar/ Yang Di-Petuan Besar Negeri Sembilan
– dipilih oleh undang yang empat
– sebagai ketua negeri
– lambang kesatuan dan persekutuan

2) Undang
– ketua luak yang dilantik oleh lembaga
– undang yang empat ialah Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau
– memilih seorang yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin menjadi Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar

3) Lembaga
– ketua suku dan dilantik oleh buapak
– peranan
a) memilih undang dan penghulu
b) menjaga keamanan dan keselamatan
c) menyelesaikan pertelingkahan antara suku
d) mengurus pembahagian harta pusaka

4) Buapak
– anak buah dalam perut akan melantik seorang ketua yang digelar Buapak
– Buapak menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum

5) Ibu Soko
– mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya
– telibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan buapak dalam kelompok yang diwakilinya
– jika tiada ibu soko, semua peringkat pelantikan pemimpin adat di Negeri Sembilan tidak boleh dilaksanakan

Kuiz Sejarah Bab 9: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 9: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan Dan Perlis

Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan Dan Perlis

a) Kerajaan Kedah
– Maharaja Drebar Raja dari Parsi datang ke Kuala Sungai Merbok, Kedah pada sekitar tahun 630 M.
– Tan Dermadewa dan Tun Perkasa, ketua orang Melayu di Kedah telah menghadap dan melantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah.
– Pemasyhuran Maharaja Drebar Raja sebagai Raja Kedah.
– Baginda kemudiannya telah membina pusat kerajaan di Sungai Mas. Kawasan pemerintahan kerajaan Kedah berkembang menerusi pembukaan kota atau pusat pentadbiran baharu setelah seseorang pemerintah menaiki takhta.
– Kedudukan Kuala Sungai Merbok yang menghala ke Selat Melaka dan Gunung Jerai, iaitu puncak tertinggi di Kedah telah menarik kehadiran pedagang

b) Kerajaan Kelantan
– Pada tahun 1650, Kelantan merupakan sebahagian daripada Negara Patani Besar yang diasaskan oleh Raja Sakti I.
– Pada tahun 1670, Kemangkatan Raja Bahar menyebabkan Kelantan berpecah kepada dua wilayah pemerintahan iaitu Kelantan Barat dan Kelantan Timur.
– Pada tahun 1672, di Kota Kubang Labu Long Yunus telah berjaya menyatukan kedua-dua wilayah dan Baginda menaiki takhta dengan gelaran Yang di-Pertuan Kelantan.
– Pada tahun 1777, baginda telah memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Galoh di timur tebing Sungai Kelantan.
– Pada tahun 1837-1886, Sultan Muhammad II merupakan antara pemerintah yang masyhur. Baginda telah mengasaskan Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan pada tahun 1844. Istana Balai Besar telah dibina sebagai tempat bersemayam dan pentadbiran kerajaan Kelantan

c) Kerajaan Negeri Sembilan
– Negeri Sembilan pada asalnya merupakan naungan Kesultanan Johor Riau.
– Sejak awal abad ke 15, masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera telah merantau dan mendiami beberapa wilayah di Negeri Sembilan
– Pada tahun 1770. empat penghulu Luak terdiri daripada Sungai Ujong,Jelebu, Johol dan Rembau telah menghantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau
– Raja Minangkabau bersetuju mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah di Negeri Sembilan.
– Pada tahun 1773, Raja Melewar mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan yang berpusat di Seri Menanti
– Yamtuan Antah 1872-1888 merupakan antara yang masyhur.Baginda berusaha menjamin keamanan negeri daripada campur tangan kuasa luar.

d) Kerajaan Perlis
– Pada peringkat awal, Perlis merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah.
– Sultan Kedah, Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II telah menjadikan Perlis sebagai pusat pemerintahan kerajaan
– Sultan Muhyiddin Mansur Shah telah membina Kota Sena yang menjadi asas kepada perkembangan Bandar Kangar.
– Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, telah mengasas dan membangunkan Kota Kayang dan baginfa mangkat pada tahun 1688 dan dimakmkan di Kota Kayang, Perlis.
– Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II -membangunkan Kota Kayang II semasa menjadi Raja Muda -membentuk Mukim Arau dengan melantik Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu pada tahun 1798
– Pada tahun 1839, wilayah Kedah dipecahkan kepada empat unit pentadbiran, iaitu Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah.
– Pada tahun 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah negeri Perlis dengan gelaran Phya Songkhram Ramu Wichit Willis Asmara Phya Pelit
– Syed Hussin Jamalullail telah menjadikan Arau sebagai pusat pentadbiran

Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan Dan Perlis Dengan Negeri-Negeri Melayu Yang Lain

Asas Hubungan
1) Tujuan
– Pada peringkat awal, setiap kerajaan menjalinkan hubungan luar kerana hendak memperkukuh kedaulatan kerajaan.
– Pemerintah telah menghantar utusan ke negeri Melayu yang lain bagi mendapatkan pengiktirafan kedaulatan kerajaan.
– Kestabilan dalam negeri kemudiannya mendorong perintah berusaha menjalinkan hubungan luar untuk kemakmuran negeri.

a) Keserumpunan
– Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya mendorong wujud hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain.
– Memudahkan interaksi sesama kerajaan
-Setiap kerajaan saling bertoleransi dalam menerima amalan budaya lain.

b) Geografi
– Sempadan antara negeri yang berjiran memudahkan perhubungan.
– Tarikan perhubungan: hasil alam dan sumber bumi
– Sungai: laluan perhubungan yang dikongsi bersama
– Kepentingan sungai mendorong setiap negeri menjamin keselamatan laluan tersebut.
– Pelabuhan di pinggir sungai –menggalakkan hubungan negeri berjiran dan kuasa luar.

c) Agama
– Islam diterima oleh pemerintah.
– Diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama.
– Berkongsi institusi Pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah

2) Hubungan Diplomatik
Cara Jalinan Hubungan Diplomatik
a) Pengiktirifan
– Bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah
– Mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf yang sama
– Sultan Mahmud Shah, pemerintah KMM telah mengiktiraf kerajaan Kedah sebagai kerajaan yang berdaulat
– Kerajaan Kedah mengakui pertuanan Sultan Melaka.
– Sultan Terengganu mengiktkraf kerajaan Kelantan

b) Pertahanan
– Penting untuk memastikan kelangsungan kerajaan
– Mengekalkan kedaulatan kerajaan daripada campur tangan kuasa lain
– Long Yunus mendapat ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dan kerajaan Reman di Hulu Perak dalam usaha menyatukan Kelantan.
– Pelantikan Long Gaffar dari kerajaan Reman sebagai Perdana Menteri Kelantan merangakap Panglima Perang membantu mengekalkan keamanan di Kelantan.

c) Perkahwinan
– Perkahwinan diraja antara kerajaan merupakan amalan tradisi kerajaan negeri-negeri Melayu
– Mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan kerajaan
– Orang Kening, iaitu puteri Kelantan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Lahirnya Raja Muzaffar yang kemudiannya menjadi Sultan Perak yang pertama.
– Che’ Ku Wan, puteri Long Yunus dikhwinkan dengan Tengku Muhammad, putera Sultan Terengganu.
– Raja Perlis, Raja Syed Hussin berkahwin dengan Tengku Nor Asiah, cucunda Sultan Abdullah Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-20.

3) Hubungan Perdagangan
Pelabuhan
– Hubungan antara kerajaan berlaku melalui aktiviti perdagangan di pelabuhan.
– Pelabuhan asas kepada pembentukan hubungan pedagang tempatan dan luar seperti Melaka, Johor, Siam, China

a) Kedah
-Pangkalan Lembah Bujang, Pangkalan Kuala Merbok di Sungai Merbok
– Pangkalan Kuala Muda di Sungai Muda
– Sultan Muhammad Jiwa telah memperkemaskan penggunaan mata wang Kedah di pelabuhan

b) Kelantan
– Pangkalan Galoh ialah Pangkalan Permata dibina di Sungai Kelantan
– Menggunakan mata wang logam dinar dalam urusan perdagangan

c) Perlis
– Pelabuhan Kuala Perlis di Sg. Perlis
– Pekan Kangar menjadi tempat pertemuan pedagang

d) Negeri Sembilan
– Pangkalan di Sungai Linggi
– Pedagang Rembau menguasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar

Barang Dagangan
-Kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian jenis barang dagangan tarikan pedagang tempatan dan dari luar Alam Melayu.
– Keperluan barang dagangan mendorong hubungan perdagangan antara kerajaan

a) Kedah
– Kedah memperdagangkan beras, garam, damar kapur barus dan emas urai. Manakala pedagang dari Perak dan Melaka membawa arang kayu, papan, dan ikan kering.
– Kedah juga pembekal gading dan gajah bagi pedagang entrepotnya.

b) Kelantan
– Memperdagangkan emas dan dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Kepulauan Melayu.

c) Perlis
– Memperdagangkan beras dan bijih timah dengan negeri jiran dan Siam

d) Negeri Sembilan
– NS memperdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu, dan kapur barus dengan Johor dan Melaka.

Kuiz Sejarah Bab 8: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 8: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu Dan Selangor

Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu Dan Selangor
a) Kesultanan Pahang
sej t2b7 3
– Pada abad ke-15, Pahang merupakan sebahagian wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka. Seri Bija Diraja dilantik sebagai wakil untuk mentadbir Pahang.
– Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang diiringi oleh golongan bangsawan Melaka. Mereka telah dilantik sebagai Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Hulubalang Besar.
– Pada tahun 1470 Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah.
– Sultan Muhammad Shah mendirikan pusat pemerintahan di Pekan, berhampiran Kuala Sungai Pahang.
– Pada tahun 1495-1512, Sultan Abdul Jamil Shah merupakan sultan ketiga yang memerintah Pahang dan antara sultan yang masyhur.
– Pada tahun 1592-1614, Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah tidak meninggalkan waris kerana puteranya Raja Muda Abdullah mangkat.
– Keluarga Bendahara Johor yang mentadbir Pahang, Kemudian mengasaskan Kesultanan Pahang yang baharu..Pengasasnya ialah Bendahara Siswa Raja Wan Ahmad.

b) Kesulatanan Perak
sej t2b7 4
– Pada abad ke 15, Perak merupakan sebahagian wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka. Serangan Portugis menyebabkan Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka dan akhirnya bersemayam di Kampar, Sumatera.
– Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama-sama alat kebesaran berupa sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, cap mohor, nobat dan Surat Ciri.
– Pada tahun 1528, Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
– Sultan Muzaafar Shah mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanah Abang, di persisir Sungai Perak.

c) Kesulatanan Terengganu
sej t2b7 1
– Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil menganugerahkan Teremgganu kepada Tuan Zainal Abidin yang juga merupakan putera angkat Raja Patani yang digelar Nang Chayam (Raja Kuning).
– Tun Zainal Abidn berangkat ke Terengganu diiringi oleh 80 orang keluarga Patani dan beberapa orang tokoh agama seperti Qadhi Wan Imam Mahmud dan Che Buang.
– Pada tahun 1708, Tun Zainal Abidin mengasaskan Kesultanan Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I.
– Sultan Zainal Abidin I mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanjung Baru, Kuala Berang.
– Pada tahun 1881-1918, Sultan Zainal Abidin merupakan antara Sultan Terengganu yang masyhur. Antara sumbangan penting baginda termasuklah penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Itqan al-muluk bi ta’dil al-suluk

d) Kesultanan Selangor
sej t2b7 2
– Pada abad ke 18, Daeng Chelak yang berketurunan Bugis menjadi Yang di-Pertuan Muda Kesultanan Johor Riau. Selangor merupakan sebahagian Muda Kesultanan Johor Riau.
– Sultan Mahmud Shah telah menabalkan Raja Lumu sebagai sultan Selangor dan dianugerahkan nobat dan cap mohor.
– Raja Lumu mengasaskan Kesultanan Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah.
– Sultan Salehuddin Shah mendirikan pusat pemerintahan pertama di Kuala Selangor.
– Sultan Ala’iddin Suleiman Shah 1898-1938 merupakan antara Sultan Selangor yang masyhur. Banyak jalan raya dan landasan kereta api telah dibina.

Warisan Kesultanan Melayu Melaka Di Pahang, Perak, Terengganu Dan Selangor
a) Kesultanan Pahang
– Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Tengku Mahkota.
– Sistem pentadbiran berasakan pembesar empat, lapan dan enam belas. Empat pembesar utama Pahang ialah :
i) Orang Kaya Indera Shahbandar
ii) Orang Kaya Indera Segara
iii) Orang Kaya Pahlawan
iv) Orang Kaya Indera Perba Jelai

b) Kesultanan Perak
– Mengamalkan sistem penggiliran. Dewan Negara Perak bertanggungjawab memilih dan melantik sultan.
– Sistem pentadbiran berasakan pembesar empat, lapan enam belas dan tiga puluh dua. Empat pembesar utama Perak ialah :
i) Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
ii) Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja
iii) Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
iv) Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

c) Kesultanan Terengganu
– Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Yang Di-Pertuan Muda.
– Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih dan melantik sultan. Jumaah ini turut dikenali sebagai Ahli al-Hal wa al-Aqad yang bermaksud ahli yang memilih dan menjadikan raja.
– Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

d) Kesultanan Selangor
– Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Raja Muda.
– Dewan di-Raja bertanggungjawab membantu dan menasihati sultan dalam menjalankan fungsi baginda. Antara anggota dewan ini termasuklah Raja Muda,Tengku Laksamana dan Tengku Bendahara.
– Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Agama Islam Dalam Pemerintahan
– Sultan merupakan ketua agama bagi setiap negerinya.
– Institusi agama berperanan penting dan bidang kuasa mereka mestilah dihormati.
– Sultan juga bertanggungjawab dalam mendaulatkan syiar Islam.

Perundangan
– Hukum Kanun Melaka menjadi asas kepada kelahiran undangundang bertulis negeri-negeri Melayu yang lain seperti Hukum Kanun Pahang dan Undang-Undang 99 Perak.
– Warisan Hukum Kanun Melaka berrhubung peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual beli.

Adat Istiadat
a) Adat Keputeraan
– melenggang perut ketika kandungan berusia tujuh bulan
– bayi diperdengarkan azan sebaik sahaja dilahirkan.
– bercukur apabila putera atau puteri berusia 7 tahun.
– berendoi

b) Adat Perkahwinan
– merisik, meminang, bertunang, berinai
– khatam Al-Quran
– pernikahan
– persandingan dan bertepung tawar
– santap beradab
– bersiram di atas panca persada

c) Istiadat Pemakanan
– tempoh berkabung bergantung pada pihak istana
– pihak istana memberikan sedekah kepada rakyat
– usungan disediakan untuk mengangkat jenazah dikenali sebagi Seraja Diraja
– nobat tidak akan dimainkan dalam tempoh tertentu

Persuratan
a) Karya Sejarah
– Hikayat Pahang dikarang oleh Haji Muhammad Nor, mengisahkan sejarah Kesultanan Pahang abad ke-19
– Misa Melayu, dikarang oleh Raja Chulan mengisahkan sejarah Kesultanan Perak abad ke-18

b) Karya Perubatan
– Kitab Tib, disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi, di Terengganu pada tahun 1819.

Sastera Rakyat
– Hikayat Sang Kancil, cerita teladan dan jenaka yang berasaskan manuskrip Hikayat Pelandok Jenaka dibukukan oleh Daeng Abdul Hamid
– Hikayat Isma Yatim dibukukan oleh Tengku Ampuan Mariam permaisuri Terengganu

Ekonomi
a) Pelabuhan
– Aktiviti perdagangan dijalankan melalui pelabuhan.
– Antara hasil dagangan utama termasuklah bijih timah, kian sutera, senjata, gula dan hasil hutan.
– Pelabuhan tersebut diuruskan oleh syahbandar dan pegawai pelabuhan yang lain.

b) Mata Wang
Negeri Perak – mata wang bongkah timah yang dinamakan bidor sejak abad ke-17.
Negeri Pahang – mata wang pitis yang diperbuat daripada timah digunakan di Pahang dan mata wang tampang digunakan pada abad ke 19
Negeri Terengganu – mata wang berupa kupang emas dan juga mata wang pitis Negeri Selangor – mata wang syiling digunakan

c) Ekonomi Sara Diri Dan Jual Beli
– Ekonomi sara diri seperti pertanian,penternakan,perlombongan,mengutip hasil hutan dan perikanan dijalankan.
– Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan yang utama di Selangor dan Perak.Mereka juga mengusahakan tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran.
– Pengusaha Perak merupakan antara pengusaha utama hasil hutan seperti rotan,sumbu badak dan kayu-kayan.
– Di Terengganu pula mengusahakan tanaman lada hitam dan perlombongan emas.

Kuiz Sejarah Bab 7: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6 Kesultanan Johor Riau

1) Pengasasan Kesultanan Johor Riau
a) Pengasasan Kerajaan
– Diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I.
– Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan untuk menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.

b) Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua
– Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.
– Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam, memudahkan kapal untuk keluar masuk.
– Kawasan berbukit bukau sekitarnya menjadi benteng pertahanan dari ancaman luar.

c) Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang
– Kota Kara diserang dan dimusnahkan Portugis pada tahun 1535.
– Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan Kota Sayong.
– Lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

d) Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama
– SARS I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu pada tahun 1540.
– Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu.
– Kedudukannya yang strategik memudahkan kemasukan kapal dagang

2) Cabaran Ke Arah Kegemilangan
a) Persaingan Johor Acheh Portugis
– peperangan 3 kuasa untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dikenali sebagai Perang Tiga Segi/ Perang Seratus Tahun.
– perang ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
– Acheh mengalami kemorosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

b) Perang Johor Jambi
– Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. Krisis dan peperangan berlaku dari tahun 1659-1679.
– Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor Riau berpusat di Riau

c) Konflik Pembesar
– Konflik antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Lasamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
– Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana ke Terengganu.
– Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Johor Riau.

d) Ancaman Raja Kechil
– Baginda menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan Johor-mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) (1685-1699).
– Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
– Raja Sulaiman meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
– Raja Kechil dikalahkan 4 Oktober 1722.
– Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor (1722-1760), manakala Daeng Merewah sebagai Yang di-Pertuan Muda di Johor.

3) Strategi Menghadapi Cabaran
a) Pemindahan Pusat Pemerintahan
– Majoriti pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir pantai.
– Kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim(1677-1685)
– Pusat pemerintahan terpaksa berpindah untuk strategi ketenteraan dan pertahanan

b) Membina kota pertahanan
– Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri
– Kota kara Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah
– Terletak di Kuala Sungai Telor
– Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter)
– Diperkuatkan dengan meriam dan bedil

c) Menjalinkan Hubungan dengan Belanda
– Mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda
– Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II untuk melindungi Johor dari serangan Portugis dan Acheh.
– Perjanjian Johor Belanda ditandangi pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan di atas kapal Belanda bernama Oranje.
– Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka
– Johor memberi bantuan dalam perang Belanda-Portugis
– Membantu mengangkut peralatan perang
– Membuat tapak meriam
– Menggali parit kubu
– Menyekat musuh lari ke dalam hutan
– Menaikkan semangat tentera Belanda
– Johor membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka-2 Ogos 1640
– Portugis Berjaya ditewaskan- Januari 1641

4) Kegemilangan Kesultanan Johor Riau
a) Pusat Perdagangan yang Unggul
i) Kedudukan Strategik
– Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang dalam dan lebar.
– Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkann ya mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
– Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

ii) Tumpuan Para Pedagang
– Pedagang Jawa memilih pelabuhan di Johor kerana tidak berminat dengan Portugis di Melaka
– Pedagang Siam memasarkan beras
– Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda, dan Inggeris

iii) Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan
Barang dagangan oleh tanah jajahan Johor : lada hitam, bijih timah, dan emas.
-Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas dari Inderagiri.
-Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak dari Pahang, Klang, Naning dll.
-Bijih timah dari Klang, Sg Ujong, dan Pulang Bangka, Sumatera.

Barangan dari China didagangkan di Pelabuhan Batu Sawar.
-Barang dagangan dari China: benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik.
-Pedagang Jawa bawa beras dan Pedagan Gujerat bawa kain, wangian dan manik.
-Johor mendapat bekalan beras dari pedagang Siam.

iv) Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
-Terdapat 500-600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutama di Riau.
-Antaranya kapal siam, Portugis, Inggeris, dan pulau-pulau di Alam Melayu.

b) Pengurusan Pelabuhan
i) Kemudahan Pelabuhan
ii) Urusan Jual Beli
iii) Sistem Naungan
iv) Peranan Orang laut
v) Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

c) Pusat Persuratan
sej t2b6 1

Kuiz Sejarah Bab 6: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 6: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

1) Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
-Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu.

a) Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara
i) Lalaun perdagangan
– Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang

ii) Bentuk muka bumi
– Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang

iii) Benteng pertahanan
– Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh.

iv) Terlindung angin monsun
– Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

2) Faktor Kegemilangan
a) Kepimpinan Raja
– Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.

b) Keterunan Raja Palembang
– Berdasarkan teks Sulahatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.
– Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

c) Peranan yang unggul
Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sisitem pemerintahan:
– Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran
– Merupakan ketua angkatan tentera
– Mengetuai hubungan diplomatik
– Menyelaraskan kegiatan ekonomi
– Menjadi Ketua Agama Islam

d) Daulat dan alat kebesaran
-Kepemimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka serta pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran diraja.
– Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin.Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja.
– Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor,nobat,keris,lembing dan mahkota. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja.
– Konsep daulat,adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa.

e) Kewibawaan
-Raja memiliki ciri ciri kepimpinan seperti adil,berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.
– Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hakum Kanun Melaka.
– Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah merupakan pemerintah yang mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat.Sultan Mansur Shah menasihatkan puteranya, Sultan Alauddin Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat.

3) Sistem pentadbiran
sej t2b5 1
a) Sistem Pembesar Empat Lipatan
– Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua
– Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat,jajahan,daerah,mukim dan kampung.

b) Tugas Pembesar
– Menjaga keamanan kawasan
– Mengutip cukai dan hasil lain melalui sitem serah
– Membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah.

Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar sebagai tanda untuk mendapat sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap.
– Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
– Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali kawasan pemakanan.
– Pembesar dibenarkan mengutip cukai dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti

Sultan
Pembesar Berempat

Bendehara (Penasihat raja, menteri utama, ketua hakim, pemangku sultan)
Penghulu Bendahari (pemungut hasil, ketua bendahari, ketua urus setia istana)
Temenggung (ketua polis dan penjara, penguasa bandar dan kota melaka)
Laksamana (Ketua angkatan laut, pengawal peribadi raja, ketua duta)

4) Sistem peurndangan
a) Hukum kanun Melaka
– Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah(1446-1456)
– Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar
– Hukum Islam berkaitan dengan jenayah,urusan jual beli dan kekeluargaan
– Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat

b) Undang-undang Laut Melaka
– Undang-undang ini ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan
– Undang-undang yang mengandungi 25 fasal(peraturan di laut, tertib berniaga,tatacara berjual beli,tanggungjawab nakhoda,anak kapal,kiwi dan syahbandar
-Undang-undang ini menyebakan aktiviti perdagangan berjalan lancar dan adil

c) Undang-undang adat
ADAT TEMENGGUNG
– Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
– Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan
– Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung
– Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
– Membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur

5) Aspek kegemilangan
a) Cara Pembentukan Empayar
i) Penaklukan
– Menjamin keselamatan dan kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka
– Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu (Kuala Linggi,Beruas, Pahang,Terengganu Kelantan)
– Kawasan taklukan di Sumatera (Siak,Rokan,Kampar dan Rupat)

ii) Perkahwinan
– Antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain
– Mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain
– Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit,Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka semakin meluas

iii) Naungan
– Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
– Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh Sultan Melaka
– Antara kerajaan yang rela bernaung (Lingga,Patani dan Kedah)

b) Kepentingan Pembentukan Empayar
i) Politik
– Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.
– Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk.
– Menyekat pengaruh kuasa kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai.

ii) Ekonomi
– Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan.
– Mendapat bekalan seperti hasil pertanian,rempah-ratus dan bijih timah
– Menguasai perdagangan di Selat Melaka

iii) Sosial
– Asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab,India,China dan Alam Melayu.
– Wujud masyarakat majmuk.

iv) Agama
– Mendorong usaha penyebaran agama Islam.
– Islam telah berkembang luas ke Pahang,Kelantan,Perak,timur Sumatera dan Patani

c) Pentadbiran Empayar
i) Pentadbiran Pusat
– Pusat pemerintahan dan pentadbiran di Melaka yang terletaknya tempat raja bersemayam. Raja dibantu oleh pembesar pusat.

ii) Pentadbiran Kawasan Naungan
– Kawasan yang mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti.Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan.

iii) Pentadbiran Kawasan Jajahan
– Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.

d) Pusat Penyebaran Agama Islam
Cara penyebaran agama islam

i) Pengislaman Pemerintah
– Pengislaman Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414.
– Sultan Muzaffar Shah menjadikan agama Islam sebagai rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

ii) Perkahwinan
– Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak.

iii) Peranan Ulama Dan Mubaligh
– Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh.
– Ajaran tasawuf dan sufi dari Timur Tengah dan India.
– Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar Raja Pahang,Kampar dan Inderagiri tentang hal ehwal agama.

iv) Perdagangan
– Islam tersebar melalui pedagang Arab, India dan China yang datang ke Melaka.
– Mereka juga menyebarkan Islam ke kawasan seperti Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.

v) Perluasan Kuasa
– Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan agama Islam melalui proses perluasan kuasa.
– Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.

Kesan Penyebaran
i) Tumpuan Ulama
– Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah. Sulatan Melaka menjadi penaung kepada aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum

ii) Tempat Pembelajaran
– Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari Al-Quran dan ilmu tasawuf.

iii) Persuratan
– Pengaruh Islam dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah

iv) Pemerintahan dan Pentadbiran
– Undang-undag Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

e) Pusat perdagangan
i) Kedudukan Strategik
– Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dan China
– Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu

ii) Pusat Pengumupulan Dan Pengedaran Pelbagai Barangan
– Barang yang dikumpul seperti timah,emas,kapur,barus,hasil hutan dan rempah-ratus.
– Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas,kain pelikat,batu delima,tembikar,wangian dan bahan makanan

iii) Pusat Perkapalan
– Kapal kecil terdiri daripada perahu,sampan,ghurab,penjajap,sagur,payar, baluk,lancang,kakap,balang dan kelulus. Kapal besar seperti jong dan bahtera.

iv) Dikunjungi Pedagan Dari Dalam Dan Luar Alam Melayu
– Pedagang yang paling ramai ialah pedagang Arab,China dan Gujerat

f) Pengurusan Perdagangan
i) Syahbandar
– Memainkan peranan penting dalam menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot.
– Mengurus pasar dan gudang,menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang.
– Memeriksa alat timbang,sukat dan mata wang, menjadi harkim di pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.

ii) Cukai Perdagangan
– Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat
– Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan menjadi sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka.
– Ada dua jenis cukai yang dikenakan.
*Cukai rasmi : cukai import yang dikenali sebagai panduan.
*Cukai tidak rasmi : dalam bentuk hadiah.

iii) Mata Wang
– Penggunaan mata wang telah melancarkan lagi urusan jual beli.Pada peringkat awal, digunakan tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (cowrie)
– Mata wang timah yang digunakan dikenali sebagai Calains.
– Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay.

iv) Orang Laut
– Mereka merupakan pelayar dan penunjuk arah yang cekap
– Bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.

v) Kemudahan Pelabuhan
– Gudang tempat menyimpan barang.
– Kemudahan pengakutan, tempat beribadat bekalan makanan dan minuman.
– Khidmat membaiki kapal.
– Tempat penginapan.

g) Hubungan Luar
Hubungan Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kerajaan Alam Melayu
i) Pasai
– hubungan berlaku antara atas dasar sama taraf.
– hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan.
– hubungan berlaku atas dasar berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama islam

ii) Demak
– hubungan berlaku atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran Islam
– membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka

iii) Majapahit
– hubungan disebabkan perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit
– hubungan ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit

iv) Makasar
– hubungan ini berlaku dalam aspek perdaganganm perkapalan, islam, kebudayaan dan kesenian
– hubungan ini semakin rapat dengan kerajaan Makasar menghadiahi “Budak Raja” kepada Sultan Melaka.

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kerajaan Luar Alam Melayu
i) China
– hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan terjalin dengan kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching.
– pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan

ii) Ryukyu (Jepun)
– hubungan diplomatik dan pedagangan dengan krajaan Ryukyu
– Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagannya yang melanggar undang-undang di Melaka

iii) Siam
– Menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.
– Melaka menghantar utusan ke Siam yang diketuai oleh Tun Temalai dan Menteri Jana Putera.
– Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan daripada Siam

iv) Kerajaan Lain
– Hubungan berbentuk perdagangan dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal
– Melaka juga menjalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab

4) Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka Yang Berpusat Di Melaka
a) Faktor Dalaman
i) Masalah Kepimpinan
– kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan dan pentadbiran menyebabkan ketidakstabilan politik.
– amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewangan dalam pentadbiran
– perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar

ii) Masalah Perpaduan
– rakyat tidak bersatu padu
– berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka yang menyebabkan perpecahan.
– askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka

b) Faktor luaran
– Kedatangan Portugis untuk mencapai kekayaan,keagamaan dan kemasyhuran dan juga menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam.
– Serangan berlaku sebanyak tiga kali pada 25 Julai 1511, 10 Ogos 1511 dan 24 Ogos 1511.

c) Perjuangan mengembalikan kedaulatan
– Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentam.
– Tahun 1515-1519 : Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka.
– Tahun 1526 : pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah dimusnahkan Portugis
– Tahun 1528 : Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat .

d) Strategi Melaka menghadapi serangan Portugis
i) Lancaran dan perahu berapi
ii) Menggunakan tentera bergajah
iii) Kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam
iv) Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai

Kuiz Sejarah Bab 5: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 5: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4 Agama, Kepercayaan Dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

1) Agama Dan Kepercayaan

i) Animisme
– kepercayaan bahawa makhluk hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat
– kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan roh nenek moyang

ii) Dinamisme
– kepercayaan terhadap kekuatan = mana atau semangat.
– benda atau makhluk dianggap mempunyai mana yang mempengaruhi kehidupan seseorang.

iii) Perkembangan agama
a) Kerajaan Funan
– Agama Hindu dan Buddha tersebar sejak abad pertama
– Raja Funan, Fan Shih -man berperanan besar dalam perkembangan agama Buddha.
– Candi Budhha tinggalan kerajaan Funan= candi Go Cay Thi

b) Kerajaan Angkor
– Agama Hindu menjadi anutan utama sejak kerajaan diasaskan dan menjadi gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II.
– Candi Hindu termasyhur ialah Angkor Wat.
– Semasa pemerintahan Jayavarman VII pada abad ke -12, agama Buddha menjadi agama utama.

c) Kerajaan Champa
– Agama Hindu tersebar sejak abad ke -4 ketika pemerintahan Bhadravarman.
– Beliau mendirikan candi Hindu di Lembah Mi Son/ Siva -Bhadresvara dan di Po Nagar.
– Candi Dong Duong ialah bukti penyebaran agama Buddha di Champa.
– Islam tersebar luas semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin pada abad ke -14

d) Kerajaan Srivijaya
– Merupakan pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ke-7.
– Pendeta Buddha bernama ITsing dari China pernah datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha.
– Antara candi Buddha yang masyhur termasuklah Candi Muara Jambi, Candi Bahal, dan Candi Muara Takus.

e) Kerajaan Majapahit
– Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak.
– Hayam Wuruk menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha pada abad ke-14 dipanggil Tripaksa.
– Antara candi yang masyhur termasuklah Candi Jabong, Candi Sukuh dan Candi Brahu.
– Agama Islam tersebar sejak abad ke-14. Buktinya, Wu Ping, pegawai kerajaan Ming beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap.

f) Kerajaan Kedah Tua
– Agama Buddha menjadi anutan utama sejak abad ke5. Agama Hindu turut tersebar kemudiannya.
– Kedah mula menerima pengaruh Islam pada abad ke-12. pemerintah Kedah yang ke-9, iaitu Maharaja Derbar Raja II telah memeluk agama Islam pada tahun 1136.

g) Kerajaan Gangga Nagara
– Menganut agama Buddha penemuan arca-arca Buddha di Lembah Kinta
– Turut ditemui ialah patung Buddha Avalokitesvara di Perak bertarikh abad ke-6 hingga ke-9 M

2) Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

i) Sistem pemerintahan beraja
a) Pemilihan raja
– pemilihan raja berasaskan keturunan dan pembesar mengesahkannya
– keturunan diraja dianggap suci dan berdaulat
– raja juga dipilih dari golongan tentera kerajaan Funan dan Champa
– wanita keturunan diraja boleh dilantik sebagai pemerintah kerajaan Majapahit

b) Gelaran Pemerintah
– pengaruh hindu dan buddha memasyhurkan gelaran Raja dan Maharaja
– Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau gelaran menggambarkan kebesaran kuasa
– Raja Funan, Champa, Angkor dan Srivijaya menggunakan gelaran Sanskrit “varman” gelaran mengikut identiti dan keunikan kerajaan

c) Kedudukan Raja
– kedatangan islam memperkenalkan konsep khalifah
– raja-raja perlu ditaati
– raja dianggap sebagai titisan dewa dan dihormati semasa pengaruh Hindu dan Buddha berkembang
– mengingkari raja dianggap mengingkari tuhan dan dianggap sebagai menderhaka.

d) Kebijaksanaan Pemerintah
i) Memilih dan membangunkan pusat pemerintahan
– lokasi dipilih di pesisiran pantai
– lokasi di lembah sungai dan tanah yang subur
– contohnya, Gunung Jerai menjadi mercu kerajaan Kedah Tua

ii) Menjalinkan hubungan diplomatik
– hubungan persahabatan
– bantuan ketenteraan atau senjata
– perkahwinan

iii) Memanfaatkan kesuburan tanah
– Kesuburan tanah dimanfaatkan dengan tujuan untuk menjalankan aktiviti pertanian
– kawasan yang terlibat terletak di lembah Sungai Mekong, Sungai Musi, Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas.

iv) Membina pelabuhan
– pelabuhan dibina di lokasi yang strategik
– di tempat yang mudah dikunjungi oleh pedagang
– terdapat 3 bentuk pelabuhan, iaitu pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot.

v) Mencipta sistem pengairan
– mencipta sistem pengairan seperti baray dan sistem saliran.
– untuk memastikan bekalan air mencukupi di kawasan pertanian
– tanaman seperti padi dan rempah-ratus dapat diusahakan sepanjang tahun.

3) Perkembangan Sosiobudaya
a) Sistem Tulisan dan Bahasa
– pengaruh diadaptasi oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu untuk mengembangkan sistem tulisan dan bahasa tempatan

b) Persuratan
– kegiatan persuratan mempamerkan keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu

c) Seni Bina
– aktiviti seni bina memudahkan kehidupan masyarakat dan memajukan kegiatan pertanian, perlayaran, perdagangan dan keagamaan

4) Keunikan warisan dalam amalan beragama
a) Anutan pelbagai agama
– berlaku kerana pengamalan sikap terbuka rakyat

b) Pembinaan candi besar
– menjadi lambang keagungan sesebuah kerajaan

c) Simbol penyatuan
– agama menyatukan golongan raja dan rakyat

d) Pembinaan masjid
– sistem pendidikan islam wujud melalui pembinaan masjid dan institusi pondok atau madrash

Kuiz Sejarah Bab 4: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 4: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Sosiobudaya merupakan cara hidup dan pemikiran sesebuah masyarakat.
– Sosiobudaya diamalkan mengikut kesesuaian situasi dan kreativiti kerajaan masing-masing

1) Bahasa & Tulisan
a) Kerajaan Funan
– Menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Funan bertarikh abad kedua
– Tulisan berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India.
– Funan menggunakan kalendar Saka yang berasal dari India.

b) Kerajaan Champa
– Masyarakat kerajaan Champa menuturkan bahasa Melayu Champa dan bahasa Sanskrit. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat dalam kedua-dua bahasa.
– Dalam aspek tulisan : Tulisan Palava dan tulisan Champa kuno. Penggunaan tulisan Palava dibuktikan dengan penemuan inskripsi bertarikh abad keenam yang ditulis oleh Raja Sambhuvarman.
– Agama Islam tersebar di Champa sejak abad kelapan. Oleh itu, bahasa Melayu Champa menjadi bahasa utama seiringg dengan perkembangan tulisan jawi.

c) Kerajaan Srivijaya
– Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian. Bahasa ini menerima pengaruh daripda bahasa Sanskrit
– Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo di Sumatera bertarikh abad ketujuh
– Batu bersurat ini ditulis dalam bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Palava
– “Pada Tahun saka 606, pada saat itulah taman yang dinamakan Sriksetra dibuka di bawah pimpinan Baginda Sri Jayanasa Niat Baginda, semoga yang ditanam di sini, seperti pokok kelapa, pinang, nipah, sagu dan pelbagai pokok buah-buahan dapat dimakan hasilnya”

d) Kerajaan Angkor
– Menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer. Hal ini dibuktikan dengan penemuan inskripsi pada dinding candi.
– Terdapat dua jenis tulisan yang ditemukan pada dinding candi, iaitu tulisan Palava dan tulisan Khmer.

e) Kerajaan Kedah Tua
– Penemuan batu-batu bersurat menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua.
– Buktinya, melalui penemuan batu bersurat di Sungai Mas dan Cherok Tok kun yang bertarikh abad kelima.

2) Persuratan
– Masyarakat terkenal dengan tradisi lisan. Tradisi lisan lahir berdasarkan alam sekeliling. Tema utama tradisi lisan ini bertemakan asal-usul, binatang, nasihat, seloka, teladan dan adat.
– Persuratan merupakan antara bukti keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu. Bukti kegiatan persuratan awal kerajaan Alam Melayu yang ditemukan adalah bentuk batu bersurat

a) Kerajaan Funan
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Funan dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam Melayu yan bertarikh abad kedua

b) Kerajaan Champa
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Champa dibuktikan dengan penemuan batu bersurat tertua di Kauthara bertarikh 192 M.
– Di Champa diteukan sebanyak 206 buah batu bersurat . Selain itu, di temukan bukti persuratan Champa dalam bentuk manuskrip sejak abad ke-13. Karya sastera yang masyhur ialah AkayetInra Patra dan Akayet Deva Mano

c) Kerajaan Srivijaya
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Srivijaya dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ketujuh.
– Batu bersurat ini memerihalkan pengukuhan kerajaan terutama kepentingan taat setia terhadap raja

d) Kerajaan Angkor
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Angkor dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Sdok Kok Thom di barat laut Kemboja yang mengisahkan pemerintahan Jayavarman
– Inskripsi yang terdapat pada dinding-dinding candi pula menggambarkan aspek keagamaan dan pemerintahan

e) Kerajaan Majapahit
-Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Majapahit dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat Trowulan bertarikh 1358 yang bertulisan kawi
– Ditemukan bukti persuratan dalam bentuk manuskrip. Karya sejarah termasyhur ialah Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapanca pada tahun 1365. Karya lain yang terkenal ialah Pararaton dan Tantu Panggelaran

f) Kerajaan Kedah Tua
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Kedah Tua dibuktikan dengan penemuan batu bersurat. Antaranya termasuklah di Bukit Choras dan Bukit Meriam bertarikh abad kelima
– Ditemukan juga inskripsi yang dituulis di atas pinggan tanah liat,kepingan emas dan kepingan perak
– Kebanyakkan inskripsi menyentuh tentang doa dan amalan dalam agama Buddha

g) Persuratan epik
– Persuratan kerajaan Alam Melayu mendapat pengaruh epik dan sastera India yang terkenal seperti Ramayana , Mahabhrata, Purana dan Jataka yang disadurkan ke dalam bahasa tempatan di Alam Melayu.
– Apabila Isalam tersebar ke Alam Melayu, sastera Islam yang berbentuk syair, gurindam, cerita hikayat dan nazam mula mempengaruhi persuratan melayu
– Karya kisah nabi yang terkenal ialah Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Bulan berbelah dan Hikayat Nabi Yusof
– Karya epik(mengisahkan perjuangan pahlawan Islam) ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

3) Seni Bina
– Seni bina merupakan suatu seni mereka bentuk sesebuah binaan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Hasil masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah seni bina candi, perkapalan dan sistem pengairan

a) Kerajaan Funan
– Mampu membina kapal besar yang boleh memuatkan sehinga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan.Mereka juga terkenal dengan perahu panjang yang boleh membawa 100 orang penumpang.
– Sistem pengairan dibina untuk mengawal limpahan air dan mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian.
– Candi dibina sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan pertemuan masyarakat. Tinggalan candi masyarakat kerajaan Funan

b) Kerajaan Angkor
– Mempunyai seni bina yang berkait rapat dengan kegiatan pertanian. Mereka membina baray berukuran 2 x 8 kilometer yang dapat menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke sawah-sawah padi di sekitarnya.
– Seni bina yang masyhur ialah Angkor Wat dan Angkor Thom. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12.
– Turut membina kapal untuk kegunaan perdagangan dan peperangan

c) Kerajaan Champa
– Seni bina masyarakat kerajaan Champa dapat dilihat melalui binaan candinya.
– Candi kerajaan Champa yang masyhur ialah kompleks candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar

d) Kerajaan Srivijaya
– Candi kerajaan Srivijaya yang masyhur ialah Candi Muara Takus dan Candi Muar Jambi di Sumatera.
– Ibu kotaa Srivijaya menjadi pusat binaan kapal. Rekod kerajaan China mencatatkan Palembang sebagai pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar, boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China.

e) Kerajaan Majapahit
– Candi kerajaan Majapahit yang masyhur ialah Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di Jawa Tengah.
– Selain itu, mereka membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang, iaitu pintu gerbang laluan raja dan Gapura Bajang Ratu, iaitu pintu masuk ke dalam sebuah bangunan suci di Jawa Timur.

f) Kerajaan Kedah Tua
– Candi kerajaan Kedah Tua yang masyhur termasuklah di Bukit Choras, Bukit Pendiat dan Bukit Meriam. Tinggalan candi Hindu yang masyhur adalah di Bukit Batu Pahat dan Bendang Dalam.Kedua-dua candi ini mendapat pengaruh seni bina kerajaan Cola, India.
– Seni bina arca Hindu dan Buddha turut ditemukan di lokasi candi tersebut

g) Kerajaan Gangga Nagara
– Penemuan patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan merupakan antara bukti seni bina masyarakat kerajaan Gangga Nagara
– Turut ditemukan beberapa binaan patung Buddha lain di Sungai Siput dan Pangkalan. Seni bina arca tersebut menerima pengaruh daripada kerajaan Gupta, India

4) Struktur Sosial
– Masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan struktur sosial yang hampir sama. Asas struktur ini terbahagi kepada kelas atasan yang dikenali sebagai golongan pemerintah dan kelas bawahan dikenali sebagai golongan diperintah

i) Golongan Diraja (Pemerintah)
– status tertinggi
– terdiri daripada Raja dan kerabat diraja (permaisuri, putera, puteri, adik-beradik, ibu bapa dan ahli keluarga).

ii) Kolongan Bangasawan (Pemerintah)
– mendukung sistem pentadbiran kerajaan
– terdiri daripada pembesar, ilmuwan, golongan agama, pujangga dan pendeta istana

iii) Rakyat Merdeka (Diperintah)
– mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia dan menjana ekonomi kerajaan.
– terdiri daripada petani, askar, pekerja istana, pedagang dan artisan

iv) Hamba (Diperintah)
– berkhidmat dalam sektor sosioekonomi dan meningkatkan status pemiliknya.
– Terdiri daripada tawanan perang, hamba berhutang dan rela menjadi hamba

Kuiz Sejarah Bab 3: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 3: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan Dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Sistem Pemerintahan
– sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Alam Melayu yang masyhur ialah sistem beraja. Sistem beraja ini terbahagi kepada dua, iaitu pusat dan wilayah

1) Kerajaan Funan
Raja
– Raja-raja Funan menggunakan pelbagai gelaran . Antaranya termasuklah Kurung Bnam yang bermaksud raja gunung, Rajadhiraja yang melambangkan raja Funan sebagai raja segala raja dan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja Funan dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera . Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah. Ketua wilayah ini terdiri daripada puteraputera raja. Mereka digelar sebagai raja Kecil

2) Kerajaan Champa
Raja
– Raja-raja Champa menggunakan pelbagai gelaran Rajadhiraja Raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja Champa dibantu oleh para pembesar yan bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan.
– Pada peringkat wilayah, Champa dibahagikan kepada lima wilayah, iaitu Indrapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga

3) Kerajaan Srivijaya
Raja
– Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja sebagai Buddha di bumi. Raja Srivijaya digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja dibantu oleh Yuvaraja, iaitu Putera Mahkota Pratiyuvaraja sebagai Raja Muda dan Rajakumara. Raja turut dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaaab.
– Pentadbiran wilayah terbahagi kepda dua, iaitu kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan yang ditadbir oleh datu bukan keturunan raja

4) Kerajaan Angkor
Raja
– Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang mengaitkan raja sebgai dewa. Kuasa kedua dan ketiga yang penting dalam sistem pemerintahan ialah permaisuri dan Raja Muda.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja-raja Angkor dibantu oleh pembesar-pembesa yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan, kehakiman, keselamatan dan perbendaharaan.
– Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada wilayah, daerah kecil dan kampung

5) Kerajaan Kedah Tua
– Kerajaan Kedah Tua banyak dibayangi oleh kerajaan besar di Alam Melayu terutamanya kerajaan Srivijaya. Namun begitu, kerajaan Kedah Tua mempunyai bentuk pentadbiran yang mudah dengan adanya seorang ketua. Ketua ini mengurus hal perdagangan dan keagamaan. Apabila kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada kerajaan Srivijaya, corak pemerintahannya berubah. Kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada Pradaruan kerajaan Srivijaya.

6) Kerajaan Majapahit
Raja
– Raja-raja Majapahit menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar. Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja yang terdiri daripada kerabat diraja
– Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah. Setiap wilayah ini dipecahkan kepada Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan, iaitu daerah dan daerah kecil serta kampung.

7) Kerajaan Gangga Nagara
– Struktur pemerintahan kerajaan gangga Nagara tidak jelas. Kajian menunjukkan kerajaan Gangga Nagara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja ini berperanan membangunkan kemajuan perdagangan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan

Kegiatan Ekonomi
– Petempatan awal dan peranan sungai dalam mengembangkan kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan Alam Melayu . Masyarakat Alam Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan dan laut, serta perlombongan dan pembuatan

1) Pertanian
– Alam Melayu mempunyai tanah yang subur untuk keiatan pertanian.Pada tahap awal, kegiatan pertanian untuk menyara diri sahaja.
– Kemudian jika terdapat lebihan hasil pertanian,lebihan tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan kepada penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian. Sebahagian besar kawasan Alam Melayu ditanam dengan padi

a) Padi
– Padi ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres atau relung

i) Kerajaan Funan, Champa dan Angkor
– Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di Lembah Sungai Mekong mendapat manfaat daripada kesuburan tanahnya.
– Hujan membekalkan air ke tasik-tasikmengairi Tonle Sap yang digunakan untuk mengairi kawasan padi sawah.
– Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai baray untuk menyimpan air.
– Di Champa, terdapat ketua Air di setiap kampung untuk menyelenggarakan terusan dan daik

ii) Kerajaan Majapahit
– Pulau Jawa mempunyai tanah subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah.
– Beberapa sistem pengairan dibina untuk meningkatkan pengeluaran padi sawah

iii) Kerajaan Srivijaya
– Padi menjadi tanaman utama kerajaan Srivijaya.
– Padi ditanam di kawasan pendalaman Palembang terutama di Tanah Tinggi Pasemah dan Hulu Musi

b) Rempah-ratus
– Rempah-ratus yang terdapat di Alam melayu ialah bunga cengkih, buah pala dan lada hitam. Bunga Cengkih ditanam di Kepulauan Maluku, buah pala pula ditanam di Pulau Banda, manakala lada hitam di tanam di Sumatera dan Jawa

c) Kegiatan Pertanian yang lain
– Mengusahakan tanaman yang lain seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran dan buah-buahan.

2) Perdagangan
– Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu.
– Kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat dan adanya kemudahan pelabuhan .
– Pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan dan kawasan berjual beli

a) Pedagang Luar
sej t2b2 1

i) Kerajaan Funan
Pelabuhan: Oc o
Barang didagangkan: Damar, kapur barus, kayu cendana dan gaharu

ii) Kerajaan Srivijaya
Pelabuhan: Palembang
Barang didagangkan: Damar, kapur barus, gaharu, madu, rotan, rempah, mutiara, rumpai lau, gading gajah dan badak sumbu.

iii) Kerajaan Champa
Pelabuhan: Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti
Barang didagangkan: Beras, emas, perak, gading gajah dan gaharu

iv) Kerajaan Angkor
Pelabuhan: Yasodharapura
Barang didagangkan: Gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak sayuran, damar dan gading gajah.

v) Kerajaan Majapahit
Pelabuhan: Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya
Barang didagangkan: Rempah, beras, rotan, kayu cendana, gaharu, ikan, kulit penyu dan mutiara

vi) Kerajaan Kedah Tua
Pelabuhan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
Barang didagangkan: Rotan, damar, kayu cendana dan gading gajah

vii) Kerajaan Gangga Nagara
Pelabuhan: Pangkalan, Lembah kinta, tanjung rambutan, Bidor dan Sungai Siput
Barang didagangkan: Emas, bijih timah, rempah-ratus, kapur barus dan damar

3) Hasil laut
– Kerajaan Alam Melayu kaya dengan hasil hutan dan laut.Pada peringkat awal, kegiatan mengutip hasil hutan dan laut untuk kegunaan mereka sahaja.Hasil yang lebih akan didagangkan dalam kalangan petempatan tersebut. Antara hasil hutan dan laut yang mendapat permintaan tinggi daripada pedagang asing termasuklah gaharu, sarang burung, rotan, kapur barus, gamat , mutiara dan rumpai laut

4) Hasil Hutan
i) Gaharu digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan. Banyak didapati di hutan Sungai mekong, tanah melayu dan Sumatera
ii) Sarang burung layang-layang banyak didapati di utara Pulau Borneo dan digunakan untuk kesihatan dan perubatan
iii) Kapur barus banyak ditemukan di Sumatera dan Borneo. Kapur barus digunakan sebagai bahan pewangi
iv) Rotan mudah didapati di seluruh Alam Melayu. Rotan digunakan sebagai bahan binaan dan barang kraf tangan

5) Perlombongan
– Ialah kegiatan melombong emas, perak, dan bijih besi.
– Pada peringkat awal, kegiatan melombong dengan cara mendulang secara kecil-kecilan
i) emas – Di Champa, emas dilombong di kawasan pegunungan Hue
ii) perak – Di Champa, perak dilombong di Indrapura dan kawasan di antara Amaravati dan Vijaya
iii) bijih besi – Di Angkor, bijih besi dilombong di pergunungan Phnom dek.

6) Pembuatan
– ialah kegiatan membuat barang harian dan mewah seperti perhiasan emas, cuka kelapa, pembuatan garam dan pembuatan tembikar.

i) Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor
– menghasilkan pelbagai barangan daripada bijih besi dan emas seperti barang perhiasan

ii) Masyarakat kerajaan Champa
– Mahir dalam pembuatan barangan tembikar
– mengusahakan pembuatan cuka kelapa

iii) Masyarakat kerajaan Majapahit
– mengusahakan pembuatan garam, gula dan minyak. Selain itu, pembungkusan dagin kerbau dan membuat mi daripada beras

Kuiz Sejarah Bab 2: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 2: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu

Konsep alam melayu

1) Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ahli arkeologi
sej t2b1 1
– Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand. Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan

2) Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr) Ismail Hussein, ahli bahasa dan kebudayaan
sej t2b1 2
– Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indnoesia, Brunei dan Filipina

3) Alfred Russel Wallace, sarjana Barat
sej t2b1 3
– Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan kepulauan Nicobar, Filipina dan kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea.

4) Profesor Dr. Ding Choo Ming
sej t2b1 4
– Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina

5) Abdul hadi haji hassan, ahli akademik
sej t2b1 5
– Alam melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.

Bahasa
1) Profesor Emeritus Dato’ Dr.Asmah Haji Omar, tokoh bahasa
sej t2b1 6
– bahasa serumpun mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi
– persamaan boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu

2) Sultan Takdi Alisjahbana, tokoh bahasa
sej t2b1 7
– bahasa melayu telah digunakan di Alam Melayu
– dikembangkan oleh orang melayu yang gemar belayar
– bahasa yang sederhana dan mudah dipelajari

Budaya – budaya serumpun
1) Struktur sosial
2) Kepercayaan dan adat
3) Kesenian
4) Persuratan
5) Bahasa dan tulisan

Kewujudan Kerajaan Di Alam Melayu
1) Kerajaan Gangga Negara (Abad ke-6)
Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu
Pusat kerajaan – Pangkalan

2) Kerajaan Majapahit (Abad ke-13)
Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur
Pusat kerajaan – Kota Trowulan

3) Kerajaan Srivijaya (Abad ke-7)
Lembah Sungai Musi, Sumatera
Pusat Kerajaan – Palembang

4) Kerajaan Angkor (Abad ke-9)
Lembah sungai Mekong
Pusat kerajaan – Hariharalaya

5) Kerajaan Funan (Abad ke-1)
Lembah Sungai Mekong
Pusat kerajaan – Vyadhapura

6) Kerajaan Champa (Abad ke-2)
Selatan dan Tengah Vietnam
Pusat Kerajaan – Indrapura

Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur

1) Funan
– berupusat di Vyadhapura diasaskan oleh seorang Brahmin bernama Kaundhinya. Beliau berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di sungai Mekong dan membentuk kerajaan Funan
– Masyhur ketika pemerintahan Fan Shih-man.
– Meluaskan empayar Funan ke sungai Mekong hingga Telok camranh di sebelah timur. Kemudian ke Selatan Myanmar dan Segenting Kra.
– Menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat
– Abad ke-3 Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu
– Raja Funan terakhir ialah Rudravarman

2) Champa
– Kerajaan Champa diasaskan oleh Chu – Lien pada tahun 192 M.
– Berpusat di Indrapura dan sering berhadapan dengan serangan dari Dai Viet. Chu -Lien berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China.
– Masyhur ketika pemerintahan Che Bong Nga. Meluaskan emapayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah.
– Berjaya membunuh pemerintah Dai Viet bernama Raja Tran Due Tong dan mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun 1369.

3) Srivijaya
– Kerajaan Srivijaya Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683M di Palembang.
– Mengukuhkan Kerajaan Srivijaya dengan menakluk kawasan sekitarnya
– Masyhur ketika pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad ke-8.
– Berjaya menakluk Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra.
– Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa , iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. – – Seterusnya menjadi kuasa perdagangan utama di Alam melayu dan pusat pengajian agama Buddha

4) Angkor
– Kerajaan Angkor berpusat di Hariharalaya
– Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla
 Masyhur dibawah pemerintahan Suryavarman II dengan meluaskan
– Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar.
– Berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai viet.
– Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dan pedagang luar
 Diteruskan oleh Jayavarman VII dengan meluaskan Angkor hingga sempadan Annam.
– Membina Angkot Thom dan mendirikan 102 buah hospital

5) Majapahit
– Kerajaan Majapahit diasaskan oleh raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294
– Berpusat di Kota Trowulan
– Kemasyuhran bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri(Majapahit) oleh pemerintahan Tribuana Tunggadewi.
– Patih Gajah Mada berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit.
– Meluaskan tanah jajahan ke timur Pulau Jawa ,pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi, dan Kepulauan Maluku
– Pada abad ke-14 Majapahit sebagai pusat perdagangan

6) Kedah Tua
– Bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas.
– Berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
– Dikukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab Parsi
– Kemasyuhran kerajaan kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang
– Menjadi pusat keagamaan agama Buddha
-Kemasyuhran Kerajaan Kedah Tua ini menyebabkanKerajaan Srivijaya menguasai Kedah Tua.
– Kerajaan Kedah Tua mengalami perubahan pemerintahan pada abad ke-7 ketika munculnya pengasasan kesultanan Kedah yang memulakan kerajaan baharu.

7) Gangga Nagara
– Kerajaan Gangga Nagara muncul abad ke-6.
– Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad ke-5.
– Diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna.
– Berpusat di Pangkalan
– Masyhur pada abad ke-9
– Mempunyai kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah.
– Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan Srivijaya pada tahun 850M
– Kerajaan Gangga Nagara lemah diserang oleh tentera Chola dari India pada tahun 1025
– Memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara

Kerajaan Alam Melayu Dan Kerajaan Luar Yang Sezaman
– kerajaan Alam Melayu yang mempunyai hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik dengan kerajaan ini.

Hubungan perdagangan
– Kedudukan Alam Melayu yang strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil bumi

Hubungan keagamaan
– hubungan dengan kerajaan luar mendorong penyebaran agama
i) Pentadbiran
ii) Perundangan
iii) Ekonomi
iv) Sosiobudaya

Hindu
– Beberapa cara penyebaran agama Hindu melalui :
*peranan pedagang
*tentera
*golongan Brahmin

Buddha
– Peranan Asoka, pemerintah empayar Maurya, menghantar sami -sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha

Islam
– Beberapa cara penyebaran agama Islam di Alam Melayu iaitu melalui: –
*Peranan
*Pedagang
*Pemerintah
*Pendakwah

Hubungan Diplomatik
– Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan di China ddan India bagi mengukuhkan kedudukannya dan membuka jalan kepada perkembangan perdagangan

Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan China
1) Funan
Utusan dihantar pada abad ketiga.
Tujuan : Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet

2) Champa
Utusan dihantar pada abad ketiga.
Tujuan : memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet

3) Majapahit
Utusan dihantar pada abad ke-14.
Tujuan : Menjalinkan hubungan persahabatan

4) Srivijaya
Utusan dihantar pada abad ke-7.
Tujuan : Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan

5) Angkor
Utusan dihantar pada abad ke-7.
Tujuan : Mengukuhkan hubungan perdagangan

6) Angkor
Utusan dihantar pada abad ke-12.
Tujuan : Mengukuhkan persahabatan dan perdagangan

Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan India
1) Funan
Utusan dihantar pada abad ke-3
Tujuan : Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India

2) Srivijaya
Utusan dihantar pada abad ke-9
Tujuan : Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan

3) Majapahit
Utusan dihantar pada abad ke-14
Tujuan : Mengeratkan hubungan persahabatan

4) Angkor
Utusan dihantar pada abad ke-12
Tujuan : Mengeratkan hubungan persahabatan

Kuiz Sejarah Bab 1: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 1: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara