Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 8

sejarah tingkatan 1 bab 8

Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Tamadun Islam Dan Sumbangannya

8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam

PENGENALAN
 Secara umumnya, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mempunyai petempatan dan cara hidup yang berbeza dari segi pemerintahan, ekonomi dan sosial.
 Mereka tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi oleh padang pasir Syam di sebelah utara, Laut Arab di selatan, Teluk Parsi di Timur dan Laut Merah di barat.
 Di kawasan tengah atau wilayah Hijaz terdapat tiga ibu kota penting, iaitu Makkah, Madinah dan Taif.
 Ketiga-tiga ibu kota ini terletak pada kedudukan yang strategik yang membolehkannya berkembang dari segi perdagangan dan pertanian.
 Namun begitu, selepas keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300 M berlaku kemerosotan ekonomi dalam masyarakat Arab.
 Kehidupan sosial yang lemah menyebabkan masyarakat ketika itu tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya.
 Pada masa itu, masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah.
 Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud jahil.

sejarah tingkatan 1 bab 8 semenanjung tanah arab

SISTEM MASYARAKAT JAHILIAH
1) Politik

Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok kumpulan kabilah iaitu kaum Hadhari dan kaum Badwi.
 Kaum Hadhari tinggal di Kota dengan menjalankan perniagaan dan memiliki binatang ternakan.
 Kaum Badwi pula hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan.
 Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh.
 Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat assabiyah. Mereka bermegah dengan kabilah masing-masing. Mereka juga sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
 Di kawasan Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir dan memajukan perdagangan. Namun begitu, Makkah pernah diancam musuh. Contohnya, Abrahah, pemerintah Habsyah yang ingin menghancurkan Kaabah.
 Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah.

2) Ekonomi
 Semenanjung Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian.
 Di Yaman pula terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat bergantung pada hujan.
 Sekoi dan padi juga diusahakan di beberapa tempat di Oman. Kemenyan pula merupakan tanaman berharga yang dihasilkan di Hadramaut dan Mahra.
 Dalam kalangan kaum Badawi, terdapat masyarakatnya yang menternak secara nomad.
 Terdapat juga kaum Badawi yang mengamalkan sistem tukar barang.
 Dalam kalangan kaum Hadhari pula terdapat sesetengah daripada mereka yang keluar berdagang secara kafilah.

3) Sosial
Agama Dan Kepercayaan
a) Hunafa
Mengamalkan ajaran yang dibawa oelh Nabi Ibrahim AS

b) Wathani
Menyembah berhala

c) Majusi
menyembah api

d) Yahudi
agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di semenanjung Tanah Arab

e) Nasrani
Agama ini dianuti oleh Bani Israel

f) Animisme
percaya kepada roh dan kuasa ghaib

4) Adat dan Kehidupan Seharian
 Terdapat masyarakat yang menilik nasib untuk meramal masa depan mereka.
 Mereka juga mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat.
 Mereka memandang rendah kepada kaum wanita dan memberi penghormatan yang lebih kepada anak lelaki.
 Mereka hidup dalam kemaksiatan.
 Hamba juga dipandang hina.
 Namun begitu terdapat sikap yang baik dalam kalangan masyarakat Arab ketika ini seperti memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah dan menjaga kehormatan diri.
 Mereka sanggup menghadapi kesukaran dengan kegigihan. Malahan mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk tetamu, golongan miskin dan lemah.
 Sebilangan kecil masyarakat Arab ketika itu tahu bersyair, bersajak dan berpidato.

8.2 Kemunculan Dan Perkembangan Tamadun Islam
Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Agama Islam
 Detik permulaan Tamadun Islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia ialah peristiwa penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M.
 Wahyu pertama daripada Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5) bermula dengan perkataan Iqra’ (bacalah).
 Seterusnya, wahyu kedua, Surah al–Mudassir (ayat 1 hingga 7) diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

Dua Peringkat Dakwah
Secara rahsia:
Berlaku selama tiga tahun. Individu awal yang memeluk Islam ialah Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq.

Secara terang-terangan:
Nabi Muhammad SAW telah memulakan dakwah secara terang-terangan ini kepada kaum keluarganya dengan mengadakan pertemuan di Bukit Safa. Namun begitu, baginda ditentang hebat oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Lahab.

Penyebaran Islam Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin
a) Abu Bakar al-Siddiq
Baginda mengetuai peperangan al-Riddah yakni memerangi golongan murtad (keluar daripada agama Islam) kerana enggan 1 membayar zakat. Tentera Islam telah menang dan semakin ramai yang memeluk Islam.

b) Umar bin al-Khattab
Semasa pentadbiran baginda, golongan peneroka telah dihantar untuk membuka wilayah baharu di utara Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq, Syam (syria) dan Mesir. Wilayah Islam yang luas ketika itu telah dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pentadbiran.

c) Uthman bin Affan
Baginda mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di Laut 3 Mediterranean. Baginda juga melantik gabenor bagi mengetuai pentadbiran di wilayah Islam yang semakin meluas.

d) Ali bin Abi Talib
Pada masa ini, agama Islam semakin mantap dan wilayah-wilayah Islam luas dan makmur.

Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Islam
Kerajaan Bani Umaiyah
– Perkembangan Islam semakin ketara terutama selepas pentadbiran diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik (661 M hingga 750 M) dan Bani Umaiyah yang berpusat di Cordoba, Sepanyol (756 M hingga 1,031 M).
– Islam bertapak di India dan Asia Tengah, seperti Bukhara, Samarqand dan Khawarizimi.
– Utusan persahabatan juga telah sampai ke China.
– Islam juga telah sampai ke Afrika Utara dan turut tersebar ke Eropah. Andalusia (Sepanyol) menjadi pintu masuk ke benua Eropah

Kerajaan Bani Abbasiyah
– Kerajaan ini berpusat di Baghdad dan memerintah selama lima abad (750 M hingga 1,258M).
– Kerajaan Bani Abbasiyah meneruskan kegemilangan tamadun Islam dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat sehingga berkembang ke Eropah.
– Islam juga telah berkembang ke Samaniyah di Transoxania hingga ke barat India.

Kerajaan Turki Uthmaniyah
– Kerajaan Turki Uthmaniyah berpusat di Anatolia.
– Perkembangan Islam seterusnya juga telah meluas hingga ke rantau Balkan, Eropah Timur, sempadan Rusia dan sekitar Laut Hitam, di samping mengekalkan kekuasaan di Asia Barat.
– Pengaruh Turki Uthmaniyah juga telah sampai ke Alam Melayu

Faktor Penyebaran Islam
1) Pembukaan Wilayah Baru
2) Kesyumulan Islam
3) Prinsip keterbukaan
4) Prinsip kesaksamaan
5) Dakwah
6) Hubungan diplomatik
7) Perdagangan

8.3 Ketohoan Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin

Pemimpin Negara
Tempatan
Ketokohan Nabi Muhammad SAW terserlah apabila:
 baginda berjaya merangka perlembagaan atau piagam Madinah.
 Orang bukan islam diberi kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing.
 Mempersaudarakan masyarakat Islam
 Menyatukan orang Islam dengan bukan Islam

Antarabangsa
 Baginda berjaya menghantar perwakilan atau misi dakwahnya ke luar negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantium dan Parsi.

Pemimpin Masyarakat
1) Ketika di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah.

2) Selepas berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan konsep syura atau perundingan melalui Piagam Madinah

3) Baginda menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga berusaha menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan menerapkan nilai toleransi, hormat menghormati dan mengutamakan keadilan dalam kalangan masyarakat.

Pembangunan Ekonomi
1) Perdagangan dan Hubungan Luar
 Menggalakkan Perdagangan antara negara Islam Madinah dengan kawasan lain.

2) Pertanian
 Menggalakkan perniagaan dan pertanian berasaskan prinsip ekonomi Islam.

3) Pembangunan pasar Suq Al-Ansar
 Nabi Muhammad mencadangkan Agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat berjual beli bagi membangun ekonomi umat Islam.

4) Pengurusan Tanah
 Menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar dan menebus semula tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi.

8.4 Sumbangan Tamadun Islam Kepada Dunia

Corak Hidup
Kehidupan bernegara
 Jawatan Khalifah
 Kerjasama antarabangsa
 Penerokaan wilayah baru

Pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
 Cara pemerintahan yang adil
 Keadilan dan toleransi antara kaum

Konsep ummah
 Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan.

Sistem Syura
 Syura ialah mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak.
 Diamalkan bagi mencapai keputusan secara muafakat.

Ekonomi
AMALAN EKONOMI ISLAM
 Mengadakan sistem zakat dan sistem wakaf untuk pembangunan umat islam.
 Mengadakan sistem mata wang dirham dan perak.
 Mengadakan sistem kutipan cukai, yang bertujuan untuk membiayai segala keperluan negara.
 Melarang amalan riba.
 Menegah penindasan dan penipuan semasa berniaga
 Menggalakkan manusia menghasilkan produk yang bermutu dan melakukan penyelidikan dalam membangunkan ekonomi.
 Tidak menyekat umatnya daripada menjalankan perdagangan selagi mengikut hukum syarak.
 Menyeru kita menghulurkan bantuan dan bersedekah di samping mengamalkan sikap berjimat cermat.

INSTITUSI BAITULMAL
 Fungsinya seperti perbendaharaan negara yang menguruskan kewangan untuk pembangunan negara.
 Sistem ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin lain sehingga kini.

SUMBER BAITULMAL
1) Harta melalui zakat masyarakatnya, contohnya:
 Zakat fitrah, zakat harta, ternakan, pertanian, emas, perak
 Barang perdagangan
 Wang simpanan

2) Harta negara, contohnya:
 Cukai perdagangan
 Sumber kekayaan alam
 Cukai harta
 Harta tanpa waris

3) Harta hak milik umat Islam yang tidak jelas penggunaannya, contohnya:
 Sedekah, wakaf dan wasiat

4) Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi yang ditubuhkan oleh Baitulmal.

5) Harta daripada peperangan, contohnya:
 Jizyah, ghanimah dan kharaj

6) Segala harta warisan yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak berwaris.

Memesatkan gedung-gedung perniagaan
 Kedatangan Islam ke Sepanyol telah menyebabkan terbinanya gedung-gedung perniagaan yang beroperasi mengimport barang-barang dari seluruh pelosok dunia.
sejarah tingkatan 1 bab 8 kepesatan perniagaan

Menyediakan Kemudahan Asas
 Dalam bidang pertanian pula, orang Islam telah memperluaskan pembinaan sistem saliran. Sistem pengairan telah diperbaik untuk meningkatkan hasil pertanian. Contohnya, sistem pengairan Naurah di Syria.
 Kemudahan jambatan dan jalan raya yang lebih baik juga dibina seperti di Sepanyol.
sejarah tingkatan 1 bab 8 sistem pengairan

Sosial
Islam Mengangkat kedudukan dan maruah wanita
 Kedatangan Islam telah mengangkat martabat dan memuliakan kedudukan wanita.
 Wanita mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan menghadiri majlis ilmu.

Teknik penyelidikan saintifik
 Perkembangan penyelidikan bidang sains dan teknologi dalam tamadun Islam telah membantu perkembangan industri pengeluaran barangan seperti industri kertas.
 Begitu juga dalam kaedah penyelidikan pertanian seperti sistem pengairan.
sejarah tingkatan 1 bab 8 teknik membuat kertassejarah tingkatan 1 bab 8 teknik cantuman

KEWUJUDAN PUSAT KEGIATAN INTELEKTUAL
Kewujudan pusat pendidikan
> Semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, banyak masjid dijadikan institusi pendidikan, seperti di Damsyik, Kufah dan Basrah. Istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan pendidikan, iaitu tempat belajar dan perpustakaan.

Pusat Intelektual di Cordoba dan Toledo, Sepanyol.
 Para pengkaji atau pelajar dari pelbagai pelosok Eropah telah datang belajar di universiti-universiti Islam di sini terutama dalam bidang sains dan falsafah.
 Para sarjana Islam ketika melakukan penterjemahan telah meningkatkan lagi pengetahuan tentang falsafah dan sains dari zaman yunani.
 Semasa Tamadun Islam berkembang di Sepanyol, hubungan orang Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan budaya ilmu yang memberangsangkan,
sejarah tingkatan 1 bab 8 kegiatan keilmuan

8.5 Sumbangan Tamadun Islam Dalam Bidang Seni Bina

Ciri-Ciri Seni Bina Islam
1) Berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman.
2) Mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan beribadat.
3) Terdapat ruang memisahkan lelaki dan wanita.
4) Binaan yang kukuh, selamat dan tahan lama.
5) Reka bentuk ruang sesuai dengan iklim setempat.

Pembinaan menara, mihrab dan mimbar.
 Menara dibina dalam bentuk tirus dan memuncak tinggi. Hal ini bertujuan untuk memastikan laungan azan didengari dari jarak yang jauh.
 Mihrab juga dibina berfungsi sebagai penanda arah kiblat dan menjadi satu elemen terpenting di dalam sesebuah masjid.
 Terdapat juga mimbar yang digunakan oleh imam untuk membaca khutbah atau syarahan.
sejarah tingkatan 1 bab 8 mihrab mimbar
Menggalakkan perhiasan yang indah
 Tamadun Islam juga menghasilkan bentuk bagunan yang indah, kubah yang menarik, arca yang mempersonakan dan seni khat serta ukiran yang menakjubkan.
 Ukiran menjadi lebih berseni apabila dihiasi kaca bertatah batu pertama. fungsinya untuk mewujudkan rasa tenang, sebagai pelengkap binaan dan memperlihatkan keunikan seni bina Islam.
sejarah tingkatan 1 bab 8 masjid putra
Menghasilkan keunikan reka bentuk
 Reka bentuk pintu berbentuk melengkung yang melambangkan perasaan hormat dan tunduk menjemput masuk ke dalam masjid atau institusi itu.
 Identiti unik yang ketara ialah aspek penggunaan air dan cahaya yang berfungsi untuk menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang.
sejarah tingkatan 1 bab 8 masjid cordobasejarah tingkatan 1 bab 8 istana al hambra

Menyesuaikan reka bentuk dengan iklim setempat
 Seni bina Islam juga menerima budaya setempat dan disesuaikan dengan faktor geografi terutamanya dalam aspek bentuk muka bumi, cuaca, keadaan angin dan suhu.
 Seni bina di Nusantara mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang banyak. Keadaan ini disebabkan oleh iklim Nusantara yang panas dan lembab berserta hujan yang kerap.
 Fungsi tingkap yang banyak adalah untuk penyejukan dan pengudaraan. Contohnya, pada Masjid Tengkera, Melaka.
sejarah tingkatan 1 bab 8 geometri siling masjid abu dhabi
Mempunyai elemen estetika
 Seni bina Islam turut menggalakkan penghayatan nilai estetika. Binaan bangunan diperindah dengan ukiran arabes, motif kaligrafi, geometri dan cakerawala yang berfungsi untuk memberikan keselesaan dan ketenangan.
sejarah tingkatan 1 bab 8 masjid tengkera melaka

Kuiz Sejarah Bab 8: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1

Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 7

Sejarah Tingkatan 1 Bab 7 Peningkatan Tamadun India Dan China

7.1 Tamadun India

LOKASI DAN PERKEMBANGANNYA
 Selepas Tamadun Indus berakhir, berlaku perubahan dalam perkembangan Tamadun India.
 Perkembangan ini berlaku apabila pusat tamadun beralih ke Lembah Ganges.
 Perubahan ini merupakan tahap kedua dalam Tamadun India dan menjadi asas penting kepada perkembangan dalam tamadun tersebut.
 Perkembangan yang berlaku di sekitar Lembah Ganges membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai janapada.
 Kerajaan-kerajaan ini kemudian membentuk kewujudan kerajaan yang lebih besar yang dikenali sebagai mahajanapada.
 Magadha yang terletak di timur laut India muncul sebagai kuasa penting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India, antara tahun 540- 490 SM.
 Kemunculan Magadha memainkan peranan penting dalam tahap perubahan sistem politik di India melalui perluasan kuasa dan menjadi asas kepada kewujudan kerajaan-kerajaan lain, seperti Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta.
 Ketiga-tiga dinasti ini berjaya menonjolkan kehebatan memperluaskan kuasa sehingga membentuk kerajaan dan empayar yang luas.

Perluasan Kuasa Dalam Tamadun India
Faktor-faktor

1) Kewangan
Setiap perluasan kuasa perlu mendapat pembiayaan secukupnya daripada perbendaharaan kerajaan. Tanpa kewangan yang kukuh, usaha ini menghadapi kesukaran

2) Kekuatan Ketenteraan
Sesebuah kerajaan perlu mempunyai pasukan tentera yang kuat. Pasukan tentera juga digunakan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.

3) Dasar Pemerintahan
Pemerintahan yang diketuai oleh raja menentukan dasar perluasan kuasa sesuatu kerajaan.

4) Diplomasi Keagamaan
Pemerintah yang bijak tidak hanya bergantung pada aspek ketenteraan semata-mata. Aspek keagamaan dan kemanusiaan turut berperanan dalam memperluaskan kuasa dan pengaruh kerajaan.

5) Sumber Manusia
Sumber manusia yang cukup, menjamin sesebuah kerajaan ditadbir dengan baik dan berkesan.

BENTUK PERLUASAN KUASA
1. FIZIKAL

 Perluasan fizikal bermakna perluasan kuasa yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain.
 Dalam Tamadun India, perluasan fizikal dapat disaksikan dalam perkembangan Dinasti Nanda, Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta.

DINASTI NANDA
 perluasan kuasa dilakukan dengan kekuatan ketenteraan.
 Pasukan tentera zaman ini mempunyai 20,000 kavalri, 200,000 infantri dan 3,000 tentera bergajah.

DINASTI MAURYA
 Kekuatan ketenteraan juga menjadi asas perluasan kuasa zaman Dinasti Maurya, terutamanya ketika zaman Chandragupta Maurya dan Asoka.
 Usaha perluasan kuasa pada zaman Chandragupta Maurya sangat bergantung pada kekuatan ketenteraannya dengan memiliki 9,000 tentera bergajah, 30,000 kavalri dan 600,000 infantri.
 Setelah memegang kuasa, Asoka berusaha menguasai kawasan-kawasan yang belum lagi ditakluki di bawah kekuasaan Maurya. Antara kawasan yang masih belum dikuasai termasuklah Kalinga.
 Kalinga berjaya dikuasai, namun jumlah nyawa yang terkorban begitu besar.
 Keadaan ini telah memberi kesedaran kepada Asoka.
 Pemerintahannya berubah menjadi lebih toleran dan bertanggungjawab

DINASTI GUPTA
 Perluasan kuasa pada zaman Gupta diterajui oleh Chandragupta I yang memerintah antara tahun 320 M- 335 M.
 Pataliputra turut dijadikan pusat pemerintahan dinasti ini.
 Chandragupta I telah menjadikan ketenteraan sebagai kaedah untuk memperluas kuasa hingga mampu menguasai kawasan yang luas menganjur dari punjab hingga Bengal.

2. KEAGAMAAN
 Merupakan kaedah yang merentas sempadan.
 Penekanan kepada aspek keagamaan membolehkan nama Dinasti Maurya terutamanya zaman Asoka begitu dikenali di serata dunia.

DINASTI MAURYA
 Selepas Perang Kalinga, Asoka menghentikan sebarang usaha perluasan
secara fizikal, sebaliknya menumpukan kepada pengembangan agama Buddha.
 Bagi mengukuhkan pembinaan negara, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam pemerintahannya telah diukir pada tiang batu yang diletakkan di kawasan strategik. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka
 Di bawah naungan Asoka, misi pengembangan agama Buddha telah giat dilakukan. Tiang Asoka

DINASTI GUPTA
 Ketika zaman Gupta pula penekanan diberikan kepada agama Hindu hingga agama ini mengalami perkembangan yang sangat pesat.
 Pemerintahan Gupta menekankan hal-hal berkaitan kebudayaan, kesusasteraan, seni bina, perdagangan dan pemerintahan yang berasaskan kepada agama Hindu.
 Raja Samudragupta (335 M – 376 M) meminati puisi-puisi berbentuk keagamaan hingga menyebabkan beliau dikenali sebagai Kaviraja (raja penyair)
 Penekanan kepada agama Hindu dalam dinasti ini membolehkan zaman Gupta dikenali sebagai zaman keemasan dalam agama Hindu

7.2 Tamadun China

LOKASI DAN PERKEMBANGANNYA
DINASTI QIN

 Tamadun China pada era peningkatan ini masih lagi muncul di sekitar Lembah Sungai Huang He.
 Kawasan yang subur serta kedudukannya yang strategik menjadikan Lembah Sungai Huang He sebagai kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat kerajaan seperti pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han.
 Ketika ini, Dinasti Qin muncul sebagai kerajaan paling utama di China semasa pemerintahan Raja Zheng yang kemudiannya memakai gelaran Maharaja Shi Huangdi. Kerajaan ini berpusat di Xianyang.
 Dinasti ini wujud antara tahun 221 SM hingga tahun 206 SM dan mempunyai wilayah yang luas meliputi bahagian utara sehingga ke Gurun Gobi dan selatan China bersempadan dengan Vietnam.
 Maharaja Shi Huangdi merupakan pemimpin Dinasti Qin yang bertanggungjawab menyatukan China.
 Kestabilan dalam bidang politik yang wujud pada zamannya telah membolehkan peningkatan berlaku dalam bidang ekonomi dan sosial.

DINASTI HAN
 Dinasti Qin digantikan oleh Dinasti Han antara tahun 206 SM hingga tahun 220 M.
 Dinasti ini diasaskan oleh Liu Bang yang kemudiannya memakai gelaran maharaja Gaozu.
 Dinasti ini terbahagi kepada dua tahap, iaitu Han Awal antara tahun 206 SM hingga tahun 8 M dan Han Akhir antara tahun 25 M hingga tahun 220 M.
 Ketika zaman Han Awal, pusat pemerintahan terletak di Chang’an, manakala pada zaman Han Akhir, pusat pemerintahan terletak di Loyang.
 Dinasti han telah menunjukkan peningkatan dalam bidang perdagangan melalui pembukaan Laluan Sutera, bidang pentadbiran dan bidang sosial ketika zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Di yang memerintah antara tahun 140 SM – 87 SM.
 Laluan Sutera merupakan laluan perdagangan daratan yang terpanjang di dunia melibatkan China hingga empayar Rom.
 Dinasti Han juga terkenal kerana melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhdimatan awam sebagai sebahagian daripada perkembangan dalam sistem pendidikan.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DALAM TAMADUN CHINA
Konfusius

sejarah tingkatan 1 bab 7 konfusius
 Pendidikan di China telah bermula sejak zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika Dinasti Zhou.
 Pada masa itu terdapat ramai ahli falsafah seperti Konfusius yang menjadi perhatian masyarakat.

Han Fei Zi
sejarah tingkatan 1 bab 7 han fei zi
 Pada zaman Dinasti Qin, pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan yang diasaskan oleh Han Fei Zi yang mengutamakan ketegasan undang-undang bagi mengawal tingkah laku manusia.
 Sistem pendidikan juga menjadi lebih tersusun apabila Maharaja Shi Huangdi menyeragamkan sistem tulisan.

Cai Lun
sejarah tingkatan 1 bab 7 cai lun
 Pada zaman Dinasti Han, sistem pendidikan diperkukuhkan melalui penubuhan sekolah tinggi di Chang’an.
 Penekanan diberikan kepada pembelajaran ajaran Konfusianisme yang diikuti dengan penubuhan sekolah yang sama pada peringkat daerah dan wilayah.
 Sistem pendidikan semakin bertambah baik dengan adanya teknologi pembuatan kertas daripada campuran kulit pokok, serpihan rami kain, dan jaring oleh Cai Lun

Matlamat Sistem Pendidikan Tamadun China
1)Memupuk nilai moral dan etika.
2)Lulus peperiksaan perkhidmatan awam
3)Mengekalkan ajaran Konfusianisme
4)Memilih pegawai kerajaan
5)Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat

TAHAP SISTEM PENDIDIKAN
1) PENDIDIKAN RENDAH
Tumpuan kepada menghafal tulisan serta buku suci tanpa perlu memahami maknanya

2) PENDIDIKAN MENENGAH
Tumpuan kepada aspek menulis karangan dan sajak.

3) PENDIDIKAN TINGGI
Menterjemahkan dan mengintepretasikan buku suci serta pelajaran berkaitan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat kepada raja dan negara

PEPERIKSAAN
 Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China.
 Peperiksaan membolehkan seseorang menerima penghormatan dan meningkatkan taraf sosial ke arah kehidupan yang lebih baik.
 Sistem peperiksaan yang awal mula diperkenalkan ketika pemerintahan Maharaja Wu dalam Dinasti Han pada tahun 29 SM dan kekal hingga tahun 1905 apabila dimansuhkan oleh maharani Dowager Cixi.

CIRI-CIRI SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
 Peperiksaan yang sangat kompetitif
 Hanya lelaki dibenarkan menduduki peperiksaan tanpa mengira latar belakang dan status sosial
 Mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusianisme.
 Larangan terhadap sebarang bentuk perubahan bagi mengekalkan keaslian tradisi China.
 Lulus dalam peperiksaan merupakan matlamat utama pendidikan bagi seorang anak lelaki.
 Seseorang calon yang berpotensi akan menerima tajaan daripada penduduk kampung.
 Sistem peperiksaan ini dikawal dengan ketat.
 Sistem yang sama dilaksanakan di seluruh empayar dan mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman.
 Bagi mengelakkan penipuan, calon akan dikurung sebelum peperiksaan berlangsung.
 Hanya meraka yang lulus dengan cemerlang akan diserapkan ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
 Peperikasaan berkisar pada kandungan buku Empat Buku (The Four Book) dan Lima Kitab ( The Five classics) yang dikenali sebagai Sembilan Buku suci.

TAHAP PEPERIKSAAN
Tahap pertama (Xiucai)
 Dijalankan pada peringkat daerah.
 Terbuka kepada semua orang.
 Diadakan dua kali setiap tiga tahun.
 Tempoh peperiksaan ialah sehari
 Bilangan calon antara 500-2,000 orang.
 Kadar kelulusan 1 : 35

Tahap kedua (Juren)
 Dijalankan di ibu kota daerah.
 Hanya terbuka kepada calon yang telah lulus tahap pertama.
 Diadakan tiga tahun sekali.
 Tempoh peperiksaan tiga hari.
 Bilangan calon antara 4,800 – 10,000 orang.
 Kadar kelulusan, 1 : 120.

Tahap tiga (Jinshi)
 Dijalankan di ibu kota kerajaan.
 Diadakan tiga tahun sekali.
 Tempoh peperiksaan selama 13 hari.

 Mereka yang lulus dalam peperiksaan ini akan diserapkan ke dalam perkhidmatan awam kerajaan serta memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap kelulusan mereka.
 Calon yang lulus peperiksaan tahap pertama akan memperoleh butang keemasan yang akan dilekatkan pada topi mereka, diterima sebagai kakitangan kerajaan peringkat rendah dan menyertai Majlis Santapan Diraja.
 Bagi calon yang lulus peperiksaan tahap kedua pula akan memperoleh butang keemasan dan mendapat jawatan dalam kerajaan. Selain itu, rumah mereka akan mempunyai tanda nama yang diletakkan di pintu masuk dan mempunyai kakitangan pengiring.
 Bagi calon yang lulus peringkat ketiga akan mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan dan memperoleh pelbagai keistimewaan yang lain, bukan sahaja untuk dirinya tetapi keluarga dan kampungnya.

Kuiz Sejarah Bab 7: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 7: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1

Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 6

Sejarah Tingkatan 1 Bab 6

Sejarah Tingkatan 1 Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani Dan Rom

6.1 Tamadun Yunani
1) Lokasi Dan Perkembangannya

 Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau yang bertaburan di Laut Aegean dan Mediterranean.
 Cuaca yang sederhana telah membolehkan kegiatan di luar rumah seperti perdebatan dan sukan giat dijalankan.
 Kedudukannya yang berhampiran dengan laut menyebabkan orang Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal.
 Tamadun Yunani terkenal dengan negara-kota atau polis yang merupakan gabungan tiga komponen, iaitu bandar utama, bandar kecil dan kawasan kampung.
 Di tengah-tengah polis, terdapat acropolis, iaitu pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu.
 Terdapat juga kawasan lapang yang dikenali sebagai agora yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam.
 Di luar kawasan acropolis, terdapat penduduk di kawasan kampung yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan.

2) Polis
 Terdapat tiga polis yang terkenal dalam Tamadun Yunani, iaitu Athens, Sparta dan Corinth.
 Athens merupakan negara-kota yang paling ramai penduduk, manakala Sparta merupakan negara-kota yang paling luas.
 Dua ciri utama polis ialah jumlah penduduk yang ramai dan keluasan wilayah.
 Bagi penduduk Yunani, setiap polis merupakan tanah suci kurniaan dewa.
 Oleh itu, setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjaga kepentingannya.

6.2 Peningkatan Pemerintahan Dan Pentadbiran Tamadun Yunani

 Sistem demokrasi di Athens melalui beberapa tahap perkembangan.
 Sebelum sistem ini diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.
 Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens merupakan demokrasi langsung.
 Demokrasi langsung bermaksud setiap warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dan perdebatan bagi menentukan sesuatu dasar dan peraturan yang berkaitan dengan Athens, termasuklah hal ehwal ekonomi, sosial dan politik.
 Pada zaman pemerintahan Pericles (495-429 SM), penekanan diberikan kepada kuasa rakyat bagi memantapkan sistem demokrasi.
 Walaubagaimanapun, demokrasi menjadi lemah dan terhapus pada zaman Raja Philip yang menguasai Yunani pada tahun 338 SM.

Ciri-ciri Demokrasi di Athens
-Dewan Perhimpunan
i) Majlis
ii) Majistret
iii) Juri

Dewan Perhimpunan
Keanggotaan Dewan Perhimpunan:
1. Anggotanya terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens.
2. Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun.
3. Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.
4. Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan.


Fungsi Dewan Perhimpunan

1) Berperanan melantik Ahli Majlis sebagai sebahagian sistem pentadbiran yang wujud
2) Menggubal undang-undang bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya di Athens
3) Membuat deklarasi peperangan bagi mempertahankan kedaulatan Athens.
4) Perjanjian dengan negara lain bagi melicinkan hubungan antarabangsa kedua-dua belah pihak.
5) Membincangkan hal kewangan dan percukaian bagi mengukuhkan ekonomi Athens
6) Menerima duta dari negara asing bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Majlis
Majlis merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting yang berkaitan pemerintahan dan pentadbiran. Badan ini kadangkala dikenali sebagai majlis 500

Keanggotaan:
1. Ahli dilantik oleh Dewan Perhimpunan
2. Ahli terdiri daripada 500 orang dengan keahlian selama dua tahun.
3. Ahli sebanyak 500 orang ini kemudiannya akan dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany) yang setiap satu dianggotai oleh 50 orang.
4. Pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan

Fungsi Majlis
1) Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
2) Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan
3) Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan

Majistret
Majistret merupakan badan yang melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. Majistret sama dengan perkhidmatan awam dalam sistem pentabiran hari ini.

Keanggotaan:
1. Warganegara Athens.
2. Dianggotai 6,000 orang ahli.
3. Sebanyak 200 hingga 500 orang merupakan hakim.
4. Sebanyak 10 orang jeneral tentera menganggotai badan ini.

Fungsi Majistret
1) Merupakan kakitangan kerajaaan
2) Melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis.
3) Mengurus hal-ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya

Juri
Mengurus hal-ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya

Keanggotaan:
1. Dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan.
2. Perbicaraan diketuai oleh pengerusi

Fungsi Juri
1) Fungsi Juri
2) Pesalah akan merayu terus kepada warganegara.
3) Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara.

Pemerintahan dan Pentadbiran di Sparta
 Terdapat dua orang raja yang memerintah Sparta bersama-sama bagi mengelakkan seorang daripada raja bertindak kejam.
 Kedua-dua raja datang daripada keluarga Eurypontids dan Agiads.
 Urusan pentadbiran raja dibantu oleh sebuah Dewan Perhimpunan dan Majlis.
 Kaum wanita di Sparta juga tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
 Penekanan diberikan kepada disiplin ketenteraan.
 Kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan kaum wanita akan dilatih menjadi anggota tentera.
 Kaum wanita turut menjalani latihan fizikal dan diajar berlari, bertinju, menari dan menyanyi di hadapan khalayak ramai.
 Malahan kaum wanita di Sparta tidak terkecuali daripada tugas mempertahankan negara.
 Penekanan terhadap aspek disiplin dan taat setia kepada negara-kota menjadi asas perkembangan Sparta.

6.3 Tamadun Rom
Lokasi dan Perkembangannya.
 Tamadun Rom terletak di Lembah Latium, berhampiran dengan Sungai Tiber.

 Lembah Latium merupakan kawasan yang subur yang membolehkan aktiviti pertanian giat dijalankan.

 Sungai Tiber pula menjadi sumber air utama kepada penduduk dan menjadi laluan utama untuk berlayar ke laut.

 Tamadun Rom boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Beraja (753 – 509 SM), Zaman Republik (509 – 27 SM), dan Zaman Empayar (27 SM- 476 M).

 Tamadun Rom mencapai tahap kegemilangannya pada era Pax Romana (27 SM – 180 M)

 Pax Romana begitu penting kerana selama 200 tahun keamanan wujud dalam Tamadun Rom yang berkembang meliputi tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika, dan Eropah.

 Masyarakat dalam Tamadun Rom terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu kalangan Patrician atau atasan, Plebian yang terdiri daripada petani, artisan, peniaga dan golongan hamba.

 Tamadun ini mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sains, dan teknologi, falsafah, dan pendidikan
sejarah tingkatan 1 bab 6 empayar rom

6.4 Peningkatan Seni Bina Dalam Tamadun Rom
 Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina.
 Setiap binaan mempunyai kegunaan yang khusus.
 Binaan-binaan ini juga mempunyai ketahanan tinggi yang masih kekal hingga kini dan menjadi warisan Sejarah yang tidak ternilai harganya.

Ciri-ciri Pembinaan
 Seni bina Rom merupakan gabungan antara teknik seni bina yang diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang Rom dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang kretif.

 Gabungan ini membolehkan bagunan dan binaan dalam tamadun Rom mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang kekal sehingga kini.

COLOSSEUM
sejarah tingkatan 1 bab 6 coloseum
 Colosseum merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara gladiator.
 Colloseum mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden.
 Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina bertingkat-tingkat.
 Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72 M dan diselesaikan oleh anaknya, Tiitus pada tahun 80 M.

PANTHEON
sejarah tingkatan 1 bab 6 pantheon
 Binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom.
 Pada awalnya, Pantheon dibina oleh Marcus Visanius Agrippa pada tahun 27 SM, namun musnah dalam kebakaran pada tahun 80 M.
 Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125 M.
 Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman Yunani terutamanya di bahagian hadapan yang mempunyai tiang yang kukuh.

AMFITEATER
sejarah tingkatan 1 bab 6 amfiteater
 Binaan ini merupakan Colosseum mini atau sebuah gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat persembahan seni, pertunjukan dan gladiator.
 Amfiteater ini berbentuk lingkaran.
 Terdapat kira-kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom dengan mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza.

AKUEDUK
sejarah tingkatan 1 bab 6 akueduk
 Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam empayar Rom.
 Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah ke Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan.
 Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312 SM dengan panjangnya 16 KM.
 Marcus Agrippa merupakan antara jurutera Rom yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19 SM

JALAN RAYA
sejarah tingkatan 1 bab 6 jalan raya rom
 Jalan raya dibina pada tahun 500 SM dengan tujuan untuk menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan pergerakkan tentera serta sebagai sistem pengangkutan.
 Oleh sebab matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera, jalan raya tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan menggunakan batu besar, batu kecil, dan batu kerikil supaya tahan dan kuat menahan beban serta pergerakan pasukan tentera.

TEMBOK PERTAHANAN
sejarah tingkatan 1 bab 6 tembok hadrian
 Pembinaan tembok pertahanan bertujuan untuk melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh.
 Tembok ini juga menjadi pemisah antara kawasan yang terletak di bawah kekuasaan Rom dengan kawasan yang bukan wilayah Rom.
 Seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun 100 M dengan menggunakan batu yang disusun memanjang serta mencapai ketinggian sehingga lima meter.

TEMPAT MANDI AWAM
sejarah tingkatan 1 bab 6 tempat mandi awam
 Orang Rom membina tempat mandi awam yang boleh digunakan oleh setiap orang.
 Tempat mandi awam ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
 Ruang mandi pula mempunyai bahagian yang berasingan, iaitu tempat mandi air panas, sejuk, suam serta berwap.
 Tempat mandi awam yang terkenal termasuklah Caracalla di Rom

Kuiz Sejarah Bab 6: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 6: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1

Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Tamadun Awal

5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia
– tamadun mesopotamia, tamadun mesir purba, tamadun indus, tamadun Huang He (Hwang Ho).

1) Perkembangan
– empat tamadun awal dunia terletak di kawasan strategik iaitu di lembah sungai yang menjadi faktor penting kepada perkembangan pesat keempat-empat tamadun ini.

a) Tamadun Mesopotamia
– tamadun terawal dunia yang terletak di barat daya Asia.
– mesopotamia bermaksud tanah di antara sungai (tigris dan euphrates).
– bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer
– Lembah Tigris dan Euphrates terdapat kawasan subur dipanggil Bulat Sabit Subur terletak di antara laut Mediterranean dan Teluk Parsi. Dan berkembang menjadi sebuah bandar yang besar
– struktur bandar diperbuat dari tanah liat. Tempat ibadat dibina di setiap pusat bandar yang berbentuk piramid (zigurat)

b) Tamadun Mesir Purba
– terletak di kawasan lembah sungai Nil
– Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia (6.650KM)
– Piramid dan Firaun merupakan tinggalan terkenal tamadun ini.

Mesir dikatakan Hadiah Sungai Nil
– menurut Herodotus Mesir dikatakan hadiah Sungai Nil kerana sungai ini membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun membawa lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian.
– sungai Nil membekalkan sumber makanan, sumber perhubungan dan pengangkutan
– sungai Nil mempengaruhi petempatan di kawasan yang kemudian berkembang menjadi negara-kota

3 tahap pemerintahan kerajaan
i) kerajaan purba
– petempatan terawal di Mesir Purba (5,000SM)
– Kerajaan utara terletak di hilir sungai Nil melibatkan kawasan lembah sungai Nil.
– Kawasan suhu lebih sejuk.
– Kerajaan selatan terletak di hulu sungai Nil. Kawasan padang pasir.
– Kedua-dua kerajaan disatukan (3,100SM) oleh Raja Mennes yang menawan kerajaan utara.
– Raja Mennes membuka bandar Memphis yang kemudian menjadi ibu kota kerajaan.

ii) kerajaan pertengahan
– kerajaan kedua atau dikenali kerajaan pertengahan (2,100 -1,650SM).
– Berlaku perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran. Kerajaan pertengahan meluas hingga selatan sungai Nil
– Kekuatan raja membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi
– Ibu kota kerajaan ialah Thebes
– pemerintahnya menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai
– mengadakan hubungan perdangangan dengan Nubia yang terletak di bahagian selatan Mesir.
– Para pedangang melalui jalan perdagangan Mesir menghadapi ancaman serangan penjahat

iii) kerajaan baru

– muncul ketika golongan bangsawan memerintah Mesir
– digelar Firaun yang telah membentuk pasukan tentera yang kuat
– Raja yang terkenal semasa zaman Kerajaan Baru Mesir ialah Ramses
– Ramses telah membina banyak monumen (berhala)
– Zaman kejatuhan kerajaan baharu Mesir bermula apabila Ramses II memerintah dari tahun 1,279-1,213SM.

c) Tamadun Indus

– terletak Lembah sungai Indus (bahagian barat laut dan utara India)
– bermula pada tahun 2,500SM
– mempunyai 2 musim ekstrem (musim hujan sehingga banjir dan musim kering sehingga kemarau)
– bergiat aktif dalam pertanian (menanam pokok gandum, barli dan kapas)
– hubungan perdagangan antara penduduk lembah sungai Indus dengan selatan Mesopotamia.
– 2 bandar terkenal (Mohenjo-Daro dan Harappa)
– Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan (1,750SM)

d) Tamadun Hwang Ho

– terbina di kedudukan dua sungai utama yang mengalir dari kawasan pergunungan di sebelah barat ke Lautan pasifik
– Sungai Huang He atau Sungai Kuning terletak di kawasan utara negara China
– Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir ke timur hingga ke laut kuning.
– Huang He bermaksud menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur
– masyarakat China membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang
– Kawasan ini turut menghadapi banjir disebabkan oleh limpahan Sungai Huang He
– Tamadun Huang He bermula 4,000SM
– 3 kerajaan (Xia 2,205-1,766SM), (Shang 1,766-1050SM) dan (Zhou 1,050-256SM)

5.2 Perbandingan sumbangan tamadun awal

1) Pemerintahan dan Pentadbiran
a) Mesopotamia
– diperintah oleh raja
– negara bersatu membentuk empayar pertama
– lahirnya undang-undang (Kod Hammurabi)

b) Mesir Purba
– diperintah oleh Firaun
– raja berkuasa mutlak
– raja mempunyai pandangan kehidupan selepas mati

c) Indus
– diperintah oleh golongan pendeta
– pendeta mempunyai pengaruh keagamaan dan pentadbiran

d) Huang He
– sistem politik berasaskan negara
– pembahagian kelas sosial
– kuasa raja datang dari syurga
– raja berkuasa dalam ekonomi, politik dan agama.

2) Kegiatan Ekonomi
a) Mesopotamia
– ditadbir secara berpusat oleh golongan agama dan raja
– kerajaan menentukan jumlah tanaman dan bilangan petani

b) Mesir Purba
– pertanian kegiatan utama
– majoriti penduduk ialah petani
– petani membayar sewa tanah kepada raja

c) Indus
– sistem ekonom bersepadu yang berasaskan pertanian
– tanaman utama gandum dan barli
– haiwan ternakan (lembu dan kambing)
– kegiatan tenunan kain dan kerja logam

d) Huang He
– pertanian sekoi, padi, gandum dan barli
– haiwan ternakan lembu, kambing, ayam dan babi

3) Teknologi
a) Mesopotamia
– sistem tali air
– reka cipta berasaskan gangsa
– ciptaan roda, sauh dan bajak
– sistem nombor berasaskan 60
– kalendar 12 bulan
– mencipta emas
– mencipta kertas dari papirus

b) Mesir Purba
– kemajuan matematik dan geometri
– kemahiran bidang perubatan
– pembinaan terusan dan pengairan
– 365 hari dalam kalendar tahunan
– penciptaan kertas

c) Indus
– kota dibina mengikut grid yg tepat
– sistem perparitan dan pembetungan
– 365 hari dalam kalendar
– penciptaan kertas

d) Huang He
– hasil cipta sutera
– penciptaan peralatan dari besi
– peningkatan pengangkutan jalan dan terusan
– penciptaan kompas magnetik

4) Kesenian dan Kesusasteraan
a) Mesopotamia
– tulisan kuneiform
– penduduk menukilkan puisi
– rekaan patung untuk mengingati pemimpin

b) Mesir Purba
– tulisan hieroglif
– lakaran hasil kesenian (tembok batu sebagai lukisan dinding dan kawasan perkuburan)

c) Indus
– tulisan piktograf
– penghasilan balang yang mempunyai ukiran geometri dan motif alam

d) Huang He
– tulisan piktograf
– hasil cipta puisi yang romantik
– lirik diolah dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat
– kesenian dilukis pada geometri

5) Binaan bangunan dan Kemudahan
a) Mesopotamia
– Zigurat sebagai rumah ibadat
– taman tergantung babylon

b) Mesir Purba
– piramid, sfinks, tempat ibadat

c) Indus
– kolam mandi besar
– jelapang
– dewan perhimpunan
– sistem paip dan pembentungan

d) Huang He
– kekurangan seni bina monumen
– bandar pertama dibina pada zaman Dinasti Shang
– istana dan tempat ibadat dibina di tengah-tengah bandar.

Kuiz Sejarah Bab 5: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 5: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1

Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 4

Sejarah Tingkatan 1 Bab 4

Sejarah Tingkatan 1 Bab 4 Mengenali Tamadun

4.1 Maksud Tamadun
1) Bahasa Yunani
– Dari segi pengertian bahasa, perkataan tamadun (civilisation) diambil daripada perkataan Yunani iaitu “civitas” yang bermaksud bandar atau kota

2) Bahasa Inggeris

– tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju

3) Bahasa Arab

– mudun,madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan Pembukaan bandar

4) Bahasa Melayu

– suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

4.2 Konsep Tamadun
1) Pandangan Islam
– Konsep tamadun dalam Islam dibina atas kerangka Islam sebagai al-Din
– merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah yang berasaskan nilai dalam pendidikan.

a)Ibn Khaldun

– tokoh awal membicarakan tentang tamadun islam
– memperkenalkan “umran” dan “hadharah” yang digunakan dalam bukunya bertajuk Muqqadimah

b)Syed Muhammad Naquib Al-attas
– keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

2) Pandangan Barat
a) Arnold J. Toynbee

– suatu sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan kebudayaan

4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia
1) Pertanian dan Perdagangan

– mulai berkembang apabila terdapat kegiatan pertani
– Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi
– disebabkan itu wujudnya kegiatan perdagangan
– pertama perdagangan tempatan dan kedua perdagangan jarak jauh.

2) Sistem Pemerintahan

– kerajaan telah dibentuk untuk menguruskan pemerintahan kota
– pada peringkat awal pemerintah negara-kota diketuai oleh pendeta tetapi kemudiannya raja mengambil alih peranan sebagai pemerintah
– Raja dibantu oleh pegawai

3) Pembentukan Bandar

– perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia mula membina petempatan kekal
– kewujudan petempatan kekal di sesebuah kawasan bermula dengan kampung dan selepas berkembang ianya menjadi bandar

4) Pengkhususan Pekerjaan

– perkembangan pesat bandar telah meningkatkan jumlah penduduk.
– mewujudkan pengkhususan dalam bidang pekerjaan, seperti pengutip cukai, jurutera mengawal sistem pengairan sungai, tentera, petani dan bidang pentadbiran.
-terdapat lebih banyak peluang pekerjaan baharu.
-kumpulan artisan menumpukan kerja mengukir, menempa besi dan tembikar.

5) Teknologi

– penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi pula menghasilkan peralatan
– telah menghasilkan penciptaan barangan dan monumen serta hasil pertukangan
– penciptaan roda telah membantu penggunaan kereta kuda dan lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk.

6) Organisasi Sosial

– dalam masyarakat mesir purba, kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial
– kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh

7) Agama dan Kepercayaan

– masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan.
– terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan
– tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda menghormati tuhan

8) Tulisan dan Penyimpanan Rekod

– sistem tulisan mula lahir kira-kira 5,000 tahun lalu
– penciptaan tulisan ini membezakan kehidupan zaman prasejarah dan sejarah
– tulisan pertama menggunakan sistem piktograf
– membolehkan manusia menyimpan rekod dan pekara penting tentang masyarakat dan diri mereka.

9) Kesenian dan Kesusasteraan

– masyarakat pada zaman tamadun awal melahirkan hasil sastera dan seni bina ynag mengagumkan
– gaya dan teknik yang digunakan oleh artis menggambarkan setiap budaya tamadun masing-masing

Kuiz Sejarah Bab 4: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 4: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1

Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 3

Sejarah Tingkatan 1 Bab 3

Sejarah Tingkatan 1 Bab 3 Zaman Prasejarah

3.1 Maksud Zaman Prasejarah
– bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan. Zaman ini pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam

Zaman Batu
1. Zaman Paleolitik
– dikenali disebagai Zaman Batu Lama
– Tempoh masa anatara 2.5 juta tahun – 8,000 SM
– Manusia meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan menggunakan teknologi batu yang serba ringkas
– Mereka juga menggunakan peralatan yang diperbuat daripada tulang binatang dalam aktiviti harian mereka

2, Zaman Mesolitik
– tempoh masa antara 12,000-4,000 SM
– Manusia memburu binatang dan menangkap ikan sebagai sumber makanan mereka

3. Zaman Neolitik
– tempoh masa antara 10,000-2,000 SM
– Wujud kawasan petempatan yang mengamalkan aktiviti bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang.

Zaman Logam
– merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi
– tempoh masa antara 3,500 SM sehingga 500 M
– manusia telah melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan mereka
– manusia zaman ini sudah mula melakukan aktiviti pelayaran
– menjalankan aktiviti ptukaran barangan dan peralatan berasaskan gangsa
-peralatan besi seperti kapak, tulang mawas, beliung dan mata lembing merupakan peralatan besi yang digunakan untuk memburu, bertani dan aktiviti harian.

3.2 Zaman Prasejarah Di Dunia
1) Altamira, Sepanyol
– bukti lukisan yang ditemui di dalam gua ini menunjukkan kewujudan manusia zaman mesolitik. Mereka hidup antara 35,000 – 11,000 SM

2) Stonehenge, Britain
– Dibina antara 3,700 – 1,600 SM. Binaan ini dikaitkan dengan upacara ritual dan tempat mengkaji bintang

3) Zhoukoudian, China
– tapak ini berusia antara 18,000 hingga 11,000 SM dam ditemukan rangka manusia yang dinamakan Peking Man.

4) Gua Chouvet, Perancis
– Diduduki oleh manusia silih berganti antara 30,000 SM – 27,000 SM. Lukisan di dalam gua ini membuktukan penglibatan masyarakat prasejarah dalam aktiviti memburu binatang

5) Catal Huyuk, Turki
– Diduduki oleh manusia antara 7,100-600 SM. Aktiviti utam termasuklah pertanian, terutamanya penanaman barli dan gandum

6) Gobekli Tepe, Turki
– Diduduki pada tahun 12,000 SM. Ahli arkeologi berpendapat binaan batu di tapak ini mempunyai kaitan dengan upacara ritual

7) Bhimbetka, India
– berusia 30,000 SM. Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan manusia prasejarah di India

8) Shahr-i-Sokhta, Iran
– Berusia antara 3,200-1,800 SM. Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan masyarakat yang telah tersusun dengan kawasan perumahan kawasan perkuburan dan kawasan pembuatan barangan harian.

Lokasi Zaman Prasejarah Di Asia Tenggara
1) Ban Chiang, Thailand
2) Lenggong, Malaysia
3) Gua Liang Bua, Pulau Flores, Indonesia4) Gua Tabon, Filipina
5) Sa Hyun, Vietnam
6) Gua Padah-lin Myanmar

3.3 Ciri-Ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
1) Zaman Paleolitik
a) Tempat Kediaman
– gua
– lubang bawah tanah
– di bawah pokok
– tempat berlindung yang diperbuat daripada ranting kayu

b) Peralatan
– batu, kayu dan tulang haiwan
– bentuk sedia ada, ringkas dan kasar pembuatannya

c) Pengumpulan Makanan
– memburu binatang, mengumpul buah-buahan

d) Kegiatan Ekonomi
– bergantung sepenuhnya sumbe alam semula jadi
– hidup secara nomad
– bersifat sara diri

e) Organisasi sosial

– hidup berkelompok kecil
– hidup secara nomad

f) Kepercayaan
– mengamalkan animisme
– kepercayaan alam semula jadi

g) Kesenian dan kebudayaan
– menghasilkan lukisan gua
– bersifat realisme

2) Zaman Mesolitik
a) Tempat Kediaman
– gua
– lubang bawah tanah
– tempat berlindung diperbuat daripada ranting kayu
– tumpuan petempatan di pinggir sungai dan laut

b) Peralatan
– kayu, batu dan tulang haiwan
– lebih halus dan kemas
– digunakan untuk memburu binatang dan perangkap ikan

c) Pengumpulan Makanan
– mengumpul kerang dan siput di pinggir sungai

d) Kegiatan Ekonomi

– mengutip hasil hutan
– memburu binatang dan menangkap ikan

e) Organisasi Sosial
– hidup dalam kelompok kecil
– hidup secara nomad

f) Kepercayaan

– kepercayaan animisme

g) Kesenian dan kebudayaan

– lukisan gua

3) Zaman Neolitik
a) Tempat Kediaman

– tinggal secara menetap terutamanya di kawasan lembah sungai dan di pesisiran pantai.
– membina rumah diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu

b) Peralatan
– peralatan lebih halus dan kemas seperti roda dan alat menggali.

c) Pengumpulan Makanan
– aktiviti pertanian dan penternakan

d) Kegiatan Ekonomi

– sistem barter dan pengkhususan kerja telah bermula

e) Organisasi Sosial
– hidup menetap dan telah wujud sistem sosial yang baik
– terdapat ketua yang dipilih

f) Kepercayaan
– melakukan ritual
– wujud kepercayaan kehidupan selepas mati

g) Kesenian dan kebudayaan

– corak permukaan tembikar
– pola geometry merupakan pola utama yang dikenali simbolisme

4) Zaman Logam
a) Tempat Kediaman
– tinggal secara menetap dan membina tempat kediaman mereka dengan lebih baik
– binaannya diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu serta lebih tersusun
-selain kawasan lembah sungai dan persisiran pantai mereka juga tinggal di kawasan tanah tinggi

b) Peralatan
– diperbuat daripada logam
– manusia memiliki tahap kehidupan yang tinggi

c) Pengumpulan Makanan
– aktiviti pertanian, penternakan dan perdagangan tukar barang

d) Kegiatan Ekonomi

– aktiviti pertanian, penternakan dan perdagangan
– pembuatan dan pertukangan

e) Organisasi Sosial
– lebih tersusun
– pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul
– pembentukan sistem pentadbiran

f) Kepercayaan
– penyembahan manusia terhadap kuasa alam semakin jelas
– binaan khusus telah diwujudkan bagi upacara ritual dan menyempurnakan kepercayaan mereka

g) Kesenian dan kebudayaan

– mementingkan nilai estetika

3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah Kepada Kemajuan Kehidupan Manusia
1) Aktiviti pertanian
2) Memburu binantang
3) Menternak binatang
4) Peralatan
5) Tembikar
6) Ideofak
7) Monumen dan Seni Bina

3.5 Zaman Prasejarah Di Malaysia
Zaman Paleolitik (40,000) SM
– Tingkayu, Sabah
– Gua Niah, Sarawak
– Kota Tampan, Perak
– Lembah Mansuli, Sabah

Zaman Mesolitik (12,000-2,800) SM
– Jenderam Hilir, Selangor
– Gua Madai, Sabah
– Gua Cha, Ulu Kelantan
– Bukit Tegun Lembu, Perlis

Zaman Neolitik (2,800-500) SM
– Gua Kecil, Pahang
– Sungai Tembeling, Pahang
– Lubang Angin, Sarawak
– Gua Tapadong, Sabah
– Jenderam Hilir, Selangor

Zaman Logam (500SM-500M)
– Sungai Tembeling, Pahang
– Lembah Bernam, Selangor

1) Teknologi
2) Tembikar dan Manik
3) Lukisan Gua dan Ukiran Batu
4) Ukiran Batu
5) Ekonomi
6) Kepercayaan

Kuiz Sejarah Bab 3: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 3: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1

Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 2

sejarah tingkatan 1 bab 2

Sejarah Tingkatan 1 Bab 2 Zaman Air Batu

2.1 Dunia Kita
– Ahli sains menjangkakan bahawa usia bumi melebihi 4.6 billion tahun
– Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal
-Iklim telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan

2.2 Zaman Air Batu
a) Zaman Air Batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun
b) Pada akhir Zaman Air Batu, bumi mengalami proses pengglasieran
c) Perubahan iklim dunia kepada suhu panas telah menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu

1) Zaman Miosen
– berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu
– gunung-ganang terbentuk secara fizikal
– mamalia, hidupan di laut dan di air telah wujud di bumi
– Suhu dunia panas dan kering

2) Zaman Pliosen
– berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu
– berlaku penyejukan global Zaman Miosen yang lebih panas
– Dataran tinggi tebentuk

3) Zaman Pleistosen
– berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun
– glasier utama berlaku sebanyak 11 kali
– manusia mengetahui cara membuat api
– kebanyakan binatang yang wujud pada ketika itu masih kekal hingga kini

4) Zaman Holosen
– berlaku sejak 10,000 tahun dahulu hingga kini
– berlaku kemajuan dalam kehidupan manusia
– manusia telah mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian
– roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5,500 tahun dahulu

2.4 Ciri-Ciri Zaman Air Batu
1) Aras laut
2) Kehidupan manusia
3) Suhu
4) Tumbuhan
5) Binatang
6) Fizikal Bumi

2.5 Perubahan Zaman Air Batu
1) Keadaan glasier di Alaska
2) Pulau yang mengalami kenaikan aras laut
3) Tasik Dayang Bunting
4) Binatang Zaman Air Batu
5) Radiasi Bumi

2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu Di Asia Tenggara
1) Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda
2) Pergerakan Manusia di sekitarnya

Kuiz Sejarah Bab 2: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 2: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1

Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 1

sejarah tingkatan 1 bab 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah

1.1 Definisi Sejarah
1) Secara umum: Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu

2) Bahasa Melayu
-Istilah Sejarah berasal dari perkataan Arab, “syajaratun” yang bererti pokok.
-Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul

3) Kamus Dewan
-Asal usul (keturunan), salasilah
-Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo
-Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu

4) Bahasa Inggeris
-History bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani, historia yang bererti Penyelidikan.

1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
1) Herodatus
-Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa

2) E H Carr
-Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau

3) Ibn Khaldun
-Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia & perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

4) Khoo Kay Kim
-Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku

5) Muhd Yusof Ibrahim
-Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan cacatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

1.4 Sumber Sejarah
a) Sumber primer
i. Sumber belum diolah
ii. Bersifat asli
iii. Belum ditafsir
iv. Contoh: Fosil, artifak, bukan artifak, batu bersurat, keterangan lisan, manuskirp, dokumen rasmi, fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari

b) Sumber Sekunder
i. Bahan yang diolah dan diterbitkan
ii. Bahan tersebar kepada umum
iii. Contoh: Buku, akhbar ,majalah, jurnal, ensiklopedia ,risalah

Sumber Sejarah
a) Artifak
b) Bukan Artifak
c) Ensiklopedia

1.5 Penyelidikan Dalam Sejarah
Kaedah Betulis
i. Mengenal pasti sumber
ii. Mendapat dan mengesahkan sumber
iii. Mengumpul dan menyimpan
iv. Menggunakan peralatan yang sesuai
v. Menganalisis

Kaedah Lisan
i. Tahap Pertama: Persediaan
ii. Tahap Kedua: Rakaman Temu Bual
iii. Tahap Ketiga: Memproses rakaman

Kaedah Arkeologi
i. Perancangan grid
ii. Menandakan kawasan
iii. Ekskavasi
iv. Pemunggahan & pengisihan
v. pembersihan
vi. pengkatalogan
vii. penganalisisan

1.6 Tafsiran Dalam Sejarah
a) Definisi
-menerangkan fakta sejarah berdasarakan sumber berkaitan

b) Kepentingan
– menggalakkan penggunaan pelbagai sumber
-dapat menilai peristiwa yang sama dari sudut berbeza
-berfikiran terbuka

c) Faktor wujud Perbezaan tafsiran
– sumber pelbagai
– perbezaan pandangan
– perbezaan ideologi
– tujuan penulisan

1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah
1. Mengenal asal usul
2. Mengambil ikhtibar
3. Memupuk patriotisme
4. Mengukuhkan perpaduan
5. Membangunkan negara dan bangsa
6. Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah

Kuiz Sejarah Bab 1: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 1: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1