Penggunaan Tenaga Nuklear Tenaga nuklear – tenaga alternatif yang boleh menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu
– menghasilkan sinaran mengion yang digunakan dalam pelbagai bidang – penggunaan tenaga nuklear dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia – membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding dengan sumber tenaga yang lain
Kesan Buruk Tenaga Nuklear – sisa radioaktif yang dihasilkan boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa alam kehidupan – boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada manusia jika disalahgunakan – kos pembinaan bangunan reaktor nuklear adalah sangat tinggi
Penghasilan Tenaga Nuklear – dihasilkan melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus
Pembelahan Nukleus – proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga
– berlaku apabila satu netron yang perlahan membedil satu nukleus radioaktif yang berat – bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan stabil – proses ini membebaskan tenaga yang banyak – tindak balas berantai
Pelakuran Nukleus – proses percantuman dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga
– dua nukleus kecil dan ringan bercantum dan membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat – berlaku pada suhu yang amat tinggi – membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak berbanding dengan pembelahan nukleus.
Penjanaan Tenaga Elektrik (Tenaga Nuklear)
Faktor Penggunaan Tenaga Nuklear Bagi Negara Yang Menggunakannya i) kurang sumber tenaga lain ii) sumber pendapatan negara iii) keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yang tinggi iv) teknologi yang canggih
Impak Penggunaan Tenaga Nuklear i) Kesan Somatik – keletihan – loya – katarak – leukemia – keguguran rambut
ii) Kesan Genetik – kecacatan pada bayi – mutasi sel – kanser
Tenaga Nuklear Di Malaysia Faktor sebelum membina tenaga nuklear i) bahan api fosil yang akan habis dan kosnya semakin mahal ii) kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbanding dengan sumber bahan api fosil iii) kawasan yang strategik, berhampiran dengan punca air bagi memudahkan proses penyejukan iv) kadar tenaga yang dikeluarkan adalah jauh lebih besar
Gerakan Linear – gerakan suatu objek dalam lintasan yang lurus Jarak – jumlah panjang lintasan gerakan suatu objek Sesaran – jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam satu arah tertentu
Unit S.I Jarak dan Sesaran – meter (m)
Laju – kadar perubahan jarak Laju purata – kadar perubahan jumlah jarak yang dilalui
Pecutan – kadar perubahan halaju (meter per saat per saat ms−2)
Jenis Gerakan Linear i) – Jarak antara titik seragam – halaju seragam
ii) – Jarak antara 2 titik berturutan bertambah secara seragam – halaju bertambah secara seragam (Pecutan Seragam)
iii) – Jarak antara 2 titik berturutan berkurang secara seragam – halaju berkurang secara seragam (Nyahpecutan seragam)
iv) – Jarak antara 2 titik berturutan tidak seragam – Halaju tidak seragam
Graf Gerakan Linear – digunakan untuk menyampaikan maklumat dan data tentang suatu gerakan
i) Graf sesaran-masa – digunakan untuk menunjukkan sesaran suatu objek yang bergerak berubah dengan masa Halaju = sesaran / Masa ii) Graf halaju-masa – membolehkan sesaran, halaju dan pecutan suatu objek yang bergerak itu ditentukan Pecutan = Perubahan halaju / Masa
Pecutan Graviti Dan Jatuh Bebas i) Pecutan graviti – pecutan suatu objek disebabkan oleh tarikan daya graviti ii) Jatuh Bebas – apabila jatuh di bawah tindakan daya graviti sahaja
Jisim Dan Inersia Jisim – kuantiti jirim yang terkandung di dalam suatu objek Inersia – sifat semula jadi suatu objek yang cenderung menentang sevarang perubahan keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau bergerak.
Hukum Geraka Newton Pertama – suatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya iaitu sama ada pegun atau sedang bergerak dengan laju malar jika tiada daya luar yang bertindak terhadapnya
Kesan Inersia Dalam Kehidupan Harian i) payung yang basah dapat dikeringkan dengan memutarkan payung itu dengan laju. disebabkan inersia, titisan hujan akan terus bergerak walaupun payung sudah berhenti berputar.
ii) semasa kapal terbang mendarat, kapal yang berjisim besar tidak dapat berhenti dalam jarak yang pendek disebabkan inersia. Oleh itu, landasan yang sangat panjang diperlukan untuk kapal terbang mendarat dengan selamat
iii) kepala tukul yang longgar boleh diketatkan dengan menghentakkan bahagian pemegang tukul pada permukaan keras.
Sains Tingkatan 4 Bab 10 Kimia Dalam Perubatan Dan Kesihatan
Perubatan Tradisional, Moden Dan Komplementari
Perubatan Tradisional – kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bgagi diagnosis dan merawat penyakit
Ciri-Ciri i) Kos rawatan yang rendah ii) Rawatan menggunakan bahan semula jadi daripada tumbuhan dan haiwan iii) Keberkesanan rawatannya lebih perlahan dan memakan masa iv) Diwarisi dan diamalkan turun-temurun v) Pembuktikan keberkesanan secara pengalaman
Perubatan Moden – campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan melibatkan bidang-bidang
Ciri-ciri i) Kos rawatan yang mahal ii) Pembuktikan keberkesanan secara klinikal iii) Rawatannya adalah lebih berkesan dan lebih cepat iv) Rawatan menggunakan ubat-ubatan sintetik v) Menggunakan kaedah moden
Perubatan Komplementari – kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman.
Ciri-ciri i) Mengambil kira pandangan pengamal perubatan moden dan tradisional ii) Tidak melibatkan pembedahan dan jahitan terhadap tubuh badan iii) Tidak menggunakan ubat-ubatan teraputik, dadah dan bahan sintetik kimia
Ubat-Ubatan Yang Digunakan Dalam Perubatan Ubat – dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit
Ubat tradisional – diperoleh daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan tanpa diproses secara kimia
Contoh Ubat tradisional i) Aloe vera (lidah buaya) – lendiran daripada daunnya disapu pada kulit untuk mengurangkan kesakitan kulit akibat selaran matahari atau terkena benda panas
ii) Ginseng – digunakan untuk memelihara kesihatan badan
iii) Halia – melegakan bengkak dan sengal-sengal pada badan serta menghilangkan angin dalam badan
iv) Pokok bunga raya – daunnya melegakan sakit kepala dan merawat masalah keguguran rambut
v) Kuinina – kulit pokok Cinchana sp. digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria
Ubat Moden – dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran secara meluas
Contoh Ubat Moden i) Analgesik – berfungsi melegakan kesakitan
ii) Antibiotik – berfungsi untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit
iii) Psikoteraputik – digunakan merawat pesakit psikiatrik
– 3 jenis ubat psikoteraputik a) stimulan – merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan perasaan pesakit b) antidepresan – mengawal keadaan kemurungan c) antipsikotik – penenang
Perubatan Komplementari – rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan perubatan moden dalam merawat penyakit.
Contoh Perubatan Komplementari i) Akupunktur – merangsang sistem saraf untuk melegakan kesakitan ii) Kiropraktik – membetulkan semula kedudukan tulang menggunakan tangan iii) Urutan tradisional – memanipulasi tisu lembut badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk iv) Homeopati – menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang, bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit tersebut v) Terapi herba – menggunakan tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat untuk mengubati penyakit
Penggunaan Ubatan Buatan Manusia dan Sumber Semula Jadi
A) Ubat Buatan manusia – dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara besar-besaran untuk kegunaan ramai – perlu diambil secara berterusan atau berhenti apabila telah sembuh – bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal – berisiko mendapat kesan sampingan i) digunakan tanpa nasihat daripada doktor ii) pesakit tidak mengikut dos yang betul
B) Ubat Sumber Semula Jadi – diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan – perlu diambil atau diamalkan secara berterusan dalam jangka masa yang lama supaya berkesan – bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan pengalaman orang terdahulu – berisiko mendapan kesan sampingan i) digunakan tanpa nasihat daripada doktor ii) pesakit tidak mengikut dos yang betul
Kesan Penyalahan Ubat-Ubatan i) Menyebabkan ubat itu kurang berkesan untuk melawan penyakit. ii) Menyebabkan kematian iii) Menyebabkan ketagihan ubat jika diambil secara berlebihan iv) Menyebabkan kesan sampingan yang teruk seperti alahan, muntah, sakit kepala, demam dan pengsan
Radikal Bebas
Radikal Bebas – atom yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom lain.
Kesan Radikal Bebas Terhadap Manusia i) menyebabkan penyakit seperti penyakit kardiovaskular dan ketidaksuburan ii) merosakkan buah pinggang, hati dan peparu iii) menyebabkan penuaan awal
Proses pengoksidaan – tindak balas kimia yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami kehilangan elektron. – ianya berlaku scara semula jadi di dalam badan menghasilkan radikal bebas
Bahan Antioksidan
Bahan antioksidan – sebatian kimia yang diperlukan oleh badan manusia untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan – bahan ini melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit
Contoh Makanan Antioksidan i) Beta karotena ii) Lutein iii) Likopena iv) Vitamin C v) Vitamin E
Produk Kesihatan
Bahan Aktif – komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit
Penggunaan Produk Kesihatan i) suplemen diambil untuk memulihkan penyakit dan mengekalkan kesihatan ii) produk kesihatan yang baik dapat menjamin tumbesaran yang normal dan meningkatkan daya pencegahan penyakit iii) gaya hidup masyarakat kini yang sibuk bekerja dan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang menyebabkan produk kesihatan menjadi keperluan demi menjamin kesihatan
Aloi – campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam mengikut peratusan yang tertentu – kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah terkakis oleh itu aloi dihasilkan untuk membaiki sifat logam tulen. – apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam tulen, atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen.
Aloi
Komposisi
Sifat
Kegunaan
Keluli
besi 99%, karbon 1%
keras dan kuat
– membina bangunan dan jambatan – membuat badan kenderaan dan landasan kereta api
Piuter
timah 96%, kuprum 3%, antimoni 1%
-permukaan berkilau -tahan kakisan
– membuat barangan perhiasan seperti bingkai gambar
silika – sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud secara semula jadi di dalam pasir – silika tulen dileburkan sekitar 1500 darjah celcius sehingga menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca
-ketahanan yang sangat tinggi terhadap haba dan kimia berbanding dengan kaca soda kapur
Kaca plumbum
Silika,plumbum(II) oksida, natrium oksida
-takat lebur yang rendah -mempunyai indeks biasan yang tinggi
Seramik – terdiri daripada bahan logam yang terbentuk hasil daripada tindakan haba pada suhu yang tinggi – diperbuat daripada tanah liat, komponen tanah liat ialah aluminium silikat – seramik tahan haba dan tekanan yang tinggi, keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia, dan tidak berkarat.
Aplikasi kaca dan seramik i) radas makmal ii) penutup kaca mentol iii) prisma kaca iv) tingkap kaca v) pinggan mangkuk vi) jubin vii) pasu bunga
Polimer – molekul besar berbentuk rantai yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil Monomer – unit molekul kecil yang membentuk polimer
Kelas polimer i) Polimer semula jadi – polimer yang wujud secara semula jadi
a) kanji (glukosa) – memberikan tenaga
b) protein (asid amino) – membina sel dan tisu badan
c) getah asli (isoprena) – membuat produk berasaskan getah
ii) Polimer sintetik – polimer buatan manusia yang menggunakan bahan kimia a) Polietena (etena) – membuat botol plastik, beg plastik, baldi
b) Polistirena (stirena) – membuat bekas pembungkusan peralatan elektrik
c) Perspeks (metil metakrilat) – membuat cermin pesawat, tingkap kenderaan
d) Getah sintetik (neoprena) – membuat sarung tangan, tayar kereta, tapak kasut
Proses Pempolimeran dan Penyahpolimeran Pempolimeran – proses pencantuman monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan polimer yang bermolekul besar berbentuk rantai Penyahpolimeran – proses apabila polimer berbentuk rantai dipisahkan kepada monomer-monomernya melalui tindak balas kimia
Getah asli (lateks) – didapati apabila batang pokok getah ditoreh – susu getah asli diproses menjadi getah asli
Ciri getah asli i) kenyal ii) lembut iii) tidak tahan haba iv) penebat elektrik v) tidak telap udara
Tindakan asid dan alkali terhadap lateks
i) Asid – apabila asid ditambah ke dalam lateks, ion hidrogn yang bercas positif daripada asid akan meneutralkan cas ngatif pada prmukaan mmbran protin – tanpa cas negatif tersebut, molkul getah akan berlanggar antara satu sama lain – hal ini menyebabkan membran protein pecah dan rantai polimer getah akan keluar dan saling berbelit lalu membentuk satu gumpalan pepejal.
ii) Alkali – apabila alkali ditambah ke dalam lateks, ion hidroksida daripada alkali akan meneutralkan ion hidrogen daripada asid -tanpa asid, cas negatif kekal pada membran protein dan molekul getah tetap menolak antara satu sama lain dan tidak berlanggar – molekul getah akan kekal dalam keadaan cecair.
Pemvulkanan Getah – proses pemanasan getah bersama sulfur – proses ini boleh membaiki sifat getah dan menjadikannya lebih kuat – atom-atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai. – getah yang diperoleh melalui proses ini dipanggil getah tervulkan
Ciri Getah tervulkan i) tahan terhadap haba ii) tidak tetap terhadap cecair dan udara iii) tidak bertindak balas dengan asid dan alkali iv) tidak mudah teroksida di udara v) penebat elektrik yang baik vi) keras dan lebih kenyal
Atom – zarah paling kecil di dalam sesuatu unsur. Unit paling asas dalam unsur Molekul – gabungan 2 atau lebih atom secara kimia. Boleh terdiri daripada gabungan jenis atom yang sama atau berbeza Ion – Zarah-zarah yang bercas positf atau negatif. Terbentuk apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron
Kewujudan Unsur dalam pelbagai bentuk i) Unsur feurm ii) Unsur Hidrogen
Jadual Berkala Unsur Moden – unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. – nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom
Susunan Elektron Unsur – atom neutral, bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron – elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron – elektron akan memenuhi petala terdekat dengan nukleus dahulu – elektron hanya dapat diisi dalam petala baharu apabila petala sebelumnya telah diisi
Pembentukan Ion Positif dan Negatif – kebanyakan atom mempunyai susunan elektron yang tidak stabil – atom ini akan cenderung untuk membentuk susunan elektron yang stabil – atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terluarnya kepada aton lain atau menerima elektron pada petala terluar daripada atom lain – Ion Positif: terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron – Ion Negatif: terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron
Isotop Isotop: berasal perkataan Yunani “isos” yang bermaksud sama dan “lopos” yang bermaksud tempat. – terdapat unsur yang atomnya mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan. – atom ini dikenali sebagai isotop – isotop biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja – Nombor nukleon: jumalh bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom itu.
Kegunaan Isotop dalam Pelbagai Bidang Radioisotop– isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif.
i) Perubatan – sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser
ii) Teknologi makanan – sinar gama daripada kobalt-60 juga digunakan untuk membasmi mikroorganisma pada sayur-sayuran tanpa mengubah kualiti makanan itu
iii) Pertanian – Fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam pertumbuhan
Sistem Endokrin Manusia – sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan bahan kimia – berfungsi sebagai penghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon hormon – sejenis bahan kimia organik yang dirembeskan oleh kelenjar khas yang dikenali sebagai kelenjar endokrin – kelenjar tanpa duktus kerana hormonnya tidak dibawa melalui duktus tetapi dirembeskan secara terus ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan ke seluruh badan
Kelenjar Endokrin – kelenjar tanpa duktus – mengkoordinasikan aktiviti badan dengan bergerak balas terhadap rangsangan daripada persekitaran
Hormon i) Kesan adalah lama ii) Sejenis protein iii) Gerak balas adalah perlahan iv) Merangsang fungsi tisu atau organ khusus v) Dirembeskan dalam kuantiti yang sedikit vi) Organ sasaran – mempunyai reseptor sesuai yang boleh mengenal dan bergerak balas terhadap hormon yang tertentu
Kedudukan Kelenjar endokrin utama i) Kelenjar pituitari Hormon antidiuresis – mengawal kuantiti air yang diserap sepenuh oleh ginjal
Hormon pertumbuhan – merangsang pertumbuhan (kanak-kanak), mengekalkan komposisi badan (dewasa), mengekalkan jisim otot (dewasa)
ii) Ovari Estrogen – mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan – merangsang penghasilan ovum – menyediakan uterus untuk penempelan embrio
Progesteron – mengekalkan ketebalan dinding uterus untuk penempelan embrio
iii) Kelenjar tiroid Tiroksina – mengawal kadar metabolisme badan – mengawal pertumbuhan fizikal dan mental dalam kanak-kanak
iv) Kelenjar adrenal Adrenalina – menyediakan badan untuk bertindak dalam keadaan kecemasan
v) Pankreas Insulin – mengawal aras glukosa di dalam darah dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada klukogen untuk disimpan di dalam hati
vi) Testis Testosteron – mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki – merangsang penghasilan sperma
Ketidakseimbangan Hormon
i) Testosteron Kekurangan hormon menyebabkan – lambat akil baligh – bilangan sperma yang rendah
Berlebihan hormon menyebabkan – sifat kelakian pada wanita
ii) Estrogen Kekurangan hormon menyebabkan – perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan terjejeas
Berlebihan hormon menyebabkan – sifat keperempuanan pada lelaki
iii) Progesteron Kekurangan hormon menyebabkan – masalah haid – sakit kepala – sembelit – keguguran kandungan
iv) Pertumbuhan Kekurangan menyebabkan – kekerdilan
Berlebihan menyebabkan – pertumbuhan tidak terkawal – akrornegali (kegergasian)
v) Antidiuresis Kekurangan menyebabkan – air tidak dapat diserap semula di duktus pengumpul di ginjal – penghasilan urin yang berlebihan – sentiasa berasa dahaga – diabetes insipidus
Berlebihan menyebabkan – sakit kepala – pening
vi) Insulin Kekurangan menyebabkan – glukosa berlebihan tidak dapat ditukar menjadi glikogen – aras glukosa darah meningkat – diabetes melitus
Berlebihhan menyebabkan – aras glukosa rendah – hipoglisemia – dahaga yang berlebihan
Gangguan Kepada Koordinasi Badan – koordinasi badan boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah pengambilan dadah yang di luar kawalan.
Jenis Dadah i) Penenang – menghalang atau melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan – pengguna akan mengantuk dan kurang cemas – kesan juga bergantung pada dos yang diambil – Contoh: barbiturat, alkohol
ii) Perangsang – mempercepat pergerakan impuls dalam koordinasi badan – pengguna akan berasa sangat yakin dan berwaspada terhadap perubahan sekeliling – kesan juga bergantung pada dos yang diambil – Contoh: amfetamina, metamfetamin
iii) Inhalan – bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan – menyebabkan halusinasi – merosakkan otak, peparu dan ginjal – Contoh: pelaru, bahan gas
iv) Halusinogen – mengubah laluan impuls di dalam otak – menyebabkan khayal, menjejaskan persepsi – menjejaskan koordinasi otot – menyebabkan terdengar suara-suara dan terlihat objek yang tidak wujud – Contoh: ketamin dan LSD (dietilamida asid lisergik)
Kesan dadah pada sistem saraf i) Merangsang – degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah – lebih bertenaga, aktif, perasaan tidak menentu dan ganas
ii) Melambatkan – degupan jantung, kadar pernafasan tekanan darah – lambat bergerak balas terhadap rangsangan, mengantuk dan koordinasi otot yang lemah
Kesan penyalahgunaan Dadah dan Alkohol pada koordinasi badan i) Ketidakseimbangan hormon – badan akan mengalami gangguan koordinasi. badan akan terdedah kepada bahaya dan kecederaan. tubuh badan akan mengalami pertumbuhan yang melampau atau tidak berlaku perkembangan jika berlaku kerosakan pada kelenjar pituitari. perkembangan skes sekunder akan terbantut jika hormon estrogen dan testosteron gagal berfungsi secara normal – gejala ketidakseimbangan hormon dapat diperhatikan melalui perubahan fizikal dan mental penghaidap seperti badan terlalu besar dan tinggi, terlalu kurus, murung dan kurang daya ingatan
ii) Petuturan tidak jelas – mengambil alkohol akan memberikan kesan buruk kepada bahagian serebrum dalam otak Serebrum ialah bahagian otak yang mengawal pertuturan manusia – hal ini menyebabkan mereka yang minum alkohol secara berlebihan akan mengalami pertuturan yang tidak jelas dan meracau
iii) Tindakan refleks yang lambat – bahan kimia psikoaktif di dalam dadah dan etanol di dalam alkohol akan melambatkan gerak balas sistem saraf terhafap rangsangan. bahan kimia akan berada di antara neuron aferen dengan interneuron. pergerakan impuls akan terhalang dan akan melambatkan proses penghantaran maklumat ke otak – hal ini dapat diperhatikan pada penagih dadah dan mereka yang minum minuman beralkohol berlebihan
iv) Hilang Keseimbangan – pengambilan dadah dan minuman beralkohol akan menyebabkan koordinasi otot lemah dan mengakibatkan cara berjalan tidak betul, terhuyung-hayang dan hilang keseimbangan badan.
Kesan penyalahgunaan Dadah dan Alkohol pada fizikal dan mentl i) Sirosis hati – pengambilan minuman beralkohol yang berterusan dan penyalahgunaan dadah boleh memberikan kesan toksik kepada hati dan menyebabkan sirosis hati – sirosis hati ialah keadaan hati mengalami kerosakan yang kronik, berparut, mengeras dan tidak berfungsi seperti hati yang sihat. parut ini akan merebak secara perlahan-lahan sehingga fungsi hati hilang sepenuhnya
ii) Ulser perut – alkohol boleh menyebabkan ulser perut – ulser peut atau ulser peptik merupakan satu keadaan selaput di dalam perut mengalami luka – hal ini demikian kerana alkohol menyebabkan perut menghasilkan lebih banyak asid daripada biasa yang akan mengakibatkan iritasi dan radang pada selaput di dalam perut – pesakit akan mengadu pedih atau sakit di kawasan ulu hati, berasa kembung perut, loya dan muntah – pesakit ulser perut juga boleh mengalami gejala yang lebih serius seperti muntah darah dan najis berwarna hitam
iii) Perlakuan ganas – pengambilan dadah seperti amfetamina akan mengaktifkan sel-sel otak dan meningkatkan kadar metabolisme. pengguna akan menjadi lebih aktif, tidak dapat tidur, bersikap ganas dan agresif – seseorang yang minum alkohol secara berelebihan akan mabuk dan hilang kewarasan fikiran. mereka akan berkelakuan seperti orang gila, ketawa berseorangan, bertindak di luar kawalan dan boleh menjadi ganas
iv) Halusinasi – dadah seperti ganja mengganggu fungsi otak. dadah ini akan mengubah persepsi seseorang pengguna – hal ini menyebabkan penagih itu mengalami halusinasi, paranoid atau perasaan syak wasangka dan takut terhadap orang lain. halusinasi juga mungkin menyebabkan kelakuan menjadi agresif terhadap orang lain
Minda yang Sihat
Ciri-ciri minda sihat i) boleh berfikir dan membuat pertimbangan yang wajar ii) mampu mengesan rangsangan dan bergerak balas dengan sewajarnya iii) boleh mengingati peristiwa silan yang sedih dan gembira iv) sanggup menerima cabaran v) mampu membezakan antara yang betul dengan salah vi) bertanggungjawab vii) hidup tenteram dan mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan viii) bebas daripada prasangka xi) berfikiran terbuka dan tidak emosional x) mampu menaakul
Faktor mempengaruhi kesihatan minda i) penyalahgunaan dadah ii) penuaan iii) tekanan mental iv) ketidakseimbangan hormon semasa haid atau sindrom prahaid dan juga selepas putus haid v) pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan vi) kecedaraan pada bahagian otak akibat jangkitan mikroorganisma/patogen, kemalangan atau tumor
Kepentingan mempunyai minda yang sihat i) Keluarga – dapat membina keluarga bahagia – membuat keputusan secara bijak – menjadi teladan dalam keluarga supaya diikuti oleh ahli keluarga
ii) Tempat kerja – menjalin hubungan yang baik antara pekerja dengan majikan – menjalin hubungan yang baik antara rakan sekerja – menghasilkan kerja yang berkualiti – berdisiplin
iii) Negara – berfikir dengan positif – amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral – mengamalkan cara hidup sihat – dapat menjanakan ekonomi negara
iv) Masyarakat – belajar menangani kritikal dengan baik – boleh berperanan sebagai kawan untuk bertukar-tukar fikiran – membantu masyarakat yang dalam kesusahan
Sains Tingkatan 4 Bab 6 Sokongan, Pergerakan Dan Pertumbuhan
Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan
Jenis Sokongan pada Haiwan i) Rangka Dalam – jenis sokonngan bagi semua vertebrata termasuk manusia – terbina daripada tulang atau rawan – berperanan untuk menyokong berat badan, melindungi organ dalaman dan mengekalkan bentuk badan – asas pautan bagi otot untuk menggerakkan bahagian badan
ii) Rangka Luar – jenis sokongan bagi kebanyakan invertebrata – teridiri daripada lapisan keras kitin berlilin atau cengkerang – berfungsi untuk menyokong berat badan, mengekalkan bentuk badan dan melindungi organ dalaman haiwan – tapak bagi perlekatan otot
iii) Rangka Hidrostatik – terdiri daripada dinding berotot yang melitupi rongga badan yang diisi dengan bendalir – bendalir ini mengenakan tekanan pada dinding berotot badan dalam semua arah menyebabkan badan haiwan yang lembut menjadi tegar – mengekalkan dan mengawal bentuk badan – memainkan peranan dalam pergerakan haiwan tersebut
Saiz Rangka Luar dengan Pertumbuhan – diukur dan dilihat dengan membina graf unit petumbuhan melawan masa – graf lengkung pertumbuhan – unit pertumbuhan adalah i) tinggi (cm) ii) isi padu (cm³) iii) jisim segar (g) iv) jisim kering (g)
Fungsi Rangka Dalam Bagi Haiwan
i) Haiwan Vertebrata Darat – memerlukan rangka yang kuat dan tegar untuk menyokong badan – mempunyai rangka yang besar dan sepadan dengan saiz badan – berat badan disokong terutamanya oleh lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis
ii) Haiwan Vertebrata Akuatik – mempunyai rangka dalam yang lebih kecil berbanding dengan badannya – lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan akuatik adalah kecil dan lemah – berat badan disokong oleh daya apungan air
iii) Burung – mempunyai struktur tulang yang beradaptasi untuk terbang – tulang sternum burung yang pipih dan luas berfungsi sebagai perlekatan otot untuk penerbangan. – tulang burung juga berongga dan ringan – saiz tengkorak burung adalah kecil berbanding dengan tengkorak haiwan lain dan bertujuan untuk memudahkan burung terbang
Sistem Rangka Manusia Rangka Paksi i) Tengkorak – tengkorak manusia terdiri daripada 2 bahagian iaitu tulang kranium dan tulang muka – tulang kranium berfungsi melindungi otak – tulang muka berfungsi memberikan bentuk asas atau rangka muka dan juga menyokong gigi
ii) Turus vertebra – terdiri daripada 33 ruas tulang kecil – tulang-tulang yang bersambung ini akan membentuk satu turus yang kuat dan boleh melentur – berfungsi melindungi saraf tunjang
iii) Tulang rusuk dan sternum – dibentuk daripada 12 pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks di bahagian belakang – 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus dan 3 tulang rusuk bersambung secara tidak langsung oleh rawan – 2 pasang tergantung bebas – berfungsi melindungi organ utama iaitu jantung dan peparu
Rangka Apendaj i) Lengkungan pektoral – menghubungkan tulang tangan dengan rangka paksi – tediri daripada tulang klavikel dan tulang skapula
ii) Tulang tangan – tediri daripada humerus, radius, ulna, karpus, metakarpus dan falanks – hujung humerus yang berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pektoral – radius dan ulna bersendi dengan tulang karpus yang membentuk pergelangan tangan – metakarpus membentuk tapak tangan dan bersendi dengan tulang karpus – falanks yang membentuk jari akan bersendi dengan tulang metakarpus
iii) Lengkungan pelvis – bersendi dengan rangka paksi – terbentuk daripada sepasang tulang punggung – menyokong berat badan – melindungi pundi kencing dan organ pembiakan
iv) Tulang kaki – terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus dan falanks – hujung tulang femur yang bebentuk bulat bersendi dengan lengkungan pelvis – hujung sebelah bawah femur pula bersendi dengan tulang tibia dan fibula – tibia dan fibula merupakan tulang pada betis – hujung bawah tulang tibia dan fibula ini bersendi dengan tulang tarsus iaitu tulang pergelangan kaki – tulang tarsus bersendi dengan tulang metatarsus yang membentuk tapak kaki – metatarsus pula bersendi dengan tulang falanks atau tulang jari kaki
Sistem sokongan dengan faktor kestabilan haiwan
Pusat Graviti – merujuk kepada titik keseimbangan suatu sistem sokongan atau objek – titik keseimbangan ialah titik keseluruhan berat sistem sokongan atau objek itu bertindak untuk mengimbangi kedudukan sistem sokongan atau objek tersebut – haiwan yang mempunyai pusat graviti yang rendah lebih stabil berbanding haiwan yang mempunyai pusat graviti yang tinggi
Faktor mempengaruhi kestabilan i) Pusat graviti – objek dengan pusat graviti yang tinggi kurang stabil berbanding dengan objek yang mempunyai pusat graviti yang rendah ii) Luas tapak – objek dengan luas tapak yang besar lebih stabil berbanding dengan objek yang mempunyai luas tapak yang kecil
Pergerakan Dan Pertumbuhan Manusia – pengecutan dan pengenduran otot rangka menghasilkan pergerakan Otot beantagonis – setiap pasang otot yang bertindak secara berlawanan
Fungsi sendi dan otot dalam pergerakan i) sendi tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang ii) sendi membenarkan anggota bergerak dinamakan sendi bergerak (sendi engsel pada siku) iii) sendi tidak membenarkan bahagian anggota bergerak dinamakan sendi tak bergerak (sendi pada tengkorak)
Peringkat Pertumbuhan Manusia i) Bayi – bermula 0-3 tahun – kadar pertumbuhan sangat pesat kerana pembahagian sel berlaku dengan pesat
ii) Kanak-kanak – kadar pertumbuhan tidak secepat semasa pertumbuhan peringkat bayi – kadar pertumbuhan lelaki lebih cepat berbanding dengan perempuan
iii) Remaja – pada umur 13-15 tahun, mengalami pertumbuhan yang pesat – lelaki mengalami pertumbuhan yang perlahan berbanding dengan perempuan – pada saat ini kebiasaannya perempuan lebih tinggi dan besar berbanding dengan lelaki – pada umur 16-20 kepesatan akan mula mengurang bagi perempuan dan berhenti berbanding dengan lelaki yang pertumbuhannya akan terus berlaku sehingga umur 18-20 tahun
iv) Dewasa – lelaki lebih tinggi dan besar daripada perempuan – pada peringkat ini pertumbuhan manusia akan malar dan hampir sifar – pertumbuhan manusia berhenti kecuali pada bahagia tertentu seperti kuku, kulit dan rambut
v) Tua – pertumbuhan manusia hampir berhenti – tubuh badan mula menyusut dan mengecil di bahagian-bahagian otot serta kulit mula mengering
Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan – sokongan utama bagi tumbuhan ialah batang dan akar – batang menyokong berat batang, daun, bunga dan buah – akar memberi sokongan kepada tumbuhan dengan mencengkam tanah
Sistem sokongan tumbuhan Darat dan Akuatik A) Tumbuhan Darat i) berkayu – tisu berkayu yang keras, kuat dan tegar – tidu dibina daripada lignin iaitu bahan kompleks yang tegar dan keras
ii) herba (tidak berkayu) – bergantung pada air yang tersimpan di dalam sel batang untuk sokongan – mendapat sokongan daripada kesegahan sel – lembut dan layu jika kekurangan air
B) Tumbuhan Akuatik – tidak mempunyai tisu berkayu untuk sokongan – mendapat sokongan daripada daya apungan air – mempunyai batang dan daun yang mempunyai tisu aerenkima – tisu aerenkima terdiri daripada sel yang berdinding nipis dan membentuk ruang-ruang udara di dalam tumbuhan akuatik
Pembahagian Sel Gen, Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan Kromosom
i) Nukleus – mengandungi kromosom ii) Kromosom – struktur bebenang halus yang tediri daripada asid nukleik dan protein, panjang dan berlingkar yang terletak di dalam nukleus – setiap kromosom mengandungi satu molekul panjang DNA
iii) DNA – terdiri daripada unit asas yang dikenali sebagai nukleotida – setiap unit nukleutida terdiri daripada 3 komponen iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat – DNA terdiri dariapada 2 rantai polinukleoitda yang berpintal antiselari antara satu sama lain membentuk struktur yang dikenali sebagai heliks ganda dua
iv) Gen – unit asas pewarisan yang menentukan ciri-ciri individu – berfungsi mengawal ciri-ciri yang diwarisi dalam organisma – gen tersusun sebagai segmen pada DNA di sepanjang kromosom – terdapat beribu-ribu gen di dalam satu molekul DNA
Kariotip Manusia – penyusunan kromosom homolog manusia
Mitosis dan Meiosis Mitosis – proses pembahagian sel yang membentuk 2 sel anak yang seiras. dengan setiap satunya mengandungi bilangan kromosom dan kandungan bahan genetik yang sama dengan sel induk – berlaku dalam sel soma di dalam badan manusia dan haiwan – berlaku dalam tisu meristem sepeti di hujung akar dan pucuk tumbuhkan
Meiosis – proses apabila sel membahagi menjadi 4 sel anak yang tidak seiras dengan setiap satunya mengandungi separuh daripada bilangan kromosom sel induk. – belaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet bagi pembiakan seks – berlaku dalam testis lelaki dan ovari perempuan
Persamaan Metosis dan Meiosis i) replikasi DNA ii) pembahagian sel
Perbezaan Metosis i) berlaku di sel soma ii) 2 sel anak dihasilkan iii) tiada pindah silang iv) sel anak seiras dari segi genetik v) tiada variasi vi) bilangan kromosom sel anak sama dengan sel induk
Meiosis i) berlaku di sel pembiakan ii) 4 sel anak dihasilkan iii) ada pindah silang iv) sel anak berbeza dari segi genetik v) ada variasi vi) bilangan kromosom sel anak separuh daripada sel induk
Kepentingan i) mitosis penting untuk pertumbuhan ii) meiosis penting untuk penghasilan gamet iii) mitosis menghasilkan sel baharu yang sama dengan sel induk. Apabila kulit terluka, sel kulit yang sihat akan bermitosis untuk menghasilkan sel baharu iv) mitosis menggantikan sel-sel rosak atau mati.
Pewarisan – pemindahan ciri daripada ibubapa kepada anak-anaknya – ciri-ciri diturunkan melalui gen – sepasang gen yang berada pada lokus atau kedudukan yang sdama pada kromosom homolog akan mengawal satu trait organisma
Alel – pasangan gen yang berada pada lokus yang sama Alel dominan – mempamerkan ciri yang dikawalnya dan menutupi kesan alel resesif Alel resesif – hanya menunjukkan ciri yang dikawal apabila alel yang dominan tidak hadir
Mekanisme Pewarisan Gregor Mendel – orang pertama menemui mekanisme pewarisan secara teratur dan mendalam – beliau menggunkan pokok kacang pea berbaka tulen dalam eksperimen beliau tentang kacukan monohibrid – kacukan monohibrid melibatkan kajian tentang satu ciri pada satu masa
Genotip – maklumat genetik dalam sesuatu organisma Fenotip – ciri-ciri fizikal yang dipamerkan pada sesuatu organisma itu
Mutasi – perubahan spontan dan rawak yang berlaku kepada gen dan kromosom yang boleh menyebabkan perubahan ciri kepada anak yang mewarisi bahan genetik suai tersebut
Jenis Mutasi A) Mutasi Kromosom – berlaku apabila terdapat perubahan dalam bilangan atau struktur kromosom i) Sindrom Down – berlaku kerana tedapat penambahan satu kromosom pada pasangan kromosom ke-21 – penghidap sindrom Down mempunyai 47 kromosom berbanding dengan individu normal yang mempunyai 46 kromosom Ciri-ciri: kerencatan fizikal dan mental, leher pendek, mata sepet dan badan lebih rendah
ii) Sindrom Turner (XO) – penghidap ini mempunyai kurang bilangan kromosom seks berbanding dengan individu normal – jumlah keseluruhan kromosom hanya 45 kromosom (44 + XO) sahaja – individu yang menghidap sindrom Turner ialah seorang perempuan yang kehilangan satu kromosom X. – tidak mengalami perkembangan ciri-ciri seks sekunder seorang perempuan
iii) Sindrom Klinefelter (XXY) – mempunyai lebih bilangan kromosom seks berbanding dengan individu normal – jumlah keseluruhan kromosom adalah 47 kromosom (44 + XXY) – individu yang menghidap sindrom Klinefelter ialah seorang lelaki dengan penambahan satu kromosom X – mempunyai ciri-ciri perempuan
B) Mutasi Gen – perubahan kimia yang berlaku pada sesuatu gen i) Buta warna – mempunyai gen mutan resesif yang terdapat pada kromosom X – tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau – penyakit ini dikawal oleh gen resesif pada kromosom X
ii) Anemia sel sabit – disebabkan perubahan spontan yang berlaku kepada gen yang bertanggungjawab dalam penghasilan hemoglobin – mempunyai bentuk sel darah merah abnormal yang berbentuk sabit yang menjejaskan pengangkutan oksigen – disebabkan oleh gen rsesif pada autosom
iii) Talasemia – sejenis penyakit genetikf yang disebabkan oleh mutasi pada gen yang mengawal penghasilan hemoglobin – mempunyai sel darah merah yang kecil dan jangka hayat sel ini lebih singkat – boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk
iv) Hemofilia – mengalami kesukaran darah membeku – berlaku mutasi pada gen menghasilkan faktor pembekuan – individu akan kehilangan darah berterusan sekiranya terluka atau tercedera
Faktor mutasi i) Semula jadi ii) Kehamilan pada usia yang lewat iii) Karsinogen iv) Sinar ultraungu v) Sinar-X vi) Sinaran radioaktif
Penyakit gangguan gen
Hemofilia – penyakit genetik yang dialami oleh seseorang individu apabila darah pada lukanya lambat membeku – hanya diwarisi apabila terdapat alel resesif yang membawa penyakit hemofilia pada kromosom X
Amniosentesis – mengesan keabnormalan sel fetus pada minggu ke-15 hingga ke-20 kehamilan – pada mulanya kedudukan fetus di dalam uterus dikenal pasti menggunakan teknik ultrabunyi untuk memastikan kedudukan fetus yang selamat
Kaedah Amniosentesis i) jarum akan dimasukkan dengan berhati-hati melalui bahagian abdomen ibu menembusi dinding uterus ii) bendalir amnion yang mengandungi sel fetus yang terampai diekstrak keluar iii) bendalir amnion ini kemudiannya diemparkan untuk mengasingkan bendalir amion dan sel fetus iv) sel fetus yang terasing akan digunakan untuk mendapatkan kariotip
Kaedah Kariotip
Aplikasi Penyelidikan Genetik i) Sains forensik – satu daripada bidang sains dan teknologi yang menjalankan kajian tentang penyiasatan jenayah dengan mengenalpasti dan mengesahkan kronologi sesuatu kejadian berdasarkan bukti-bukti saintifik yang diperoleh
ii) Terapi gen – satu teknik yang masih dalam peirngkat eksperimen bertujuan untuk membaiki gen-gen mutan yang menyebabkan penyakit.
iii) Genealogi genetik – kajian pengumpulan genetik untuk menentukan salasilah atau susur galur tentang keluarga, keturunan dan sejarahnya
Teknologi Kejuruteraan Genetik – istilah digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.
i) Teknologi DNA Rekombinan – merupakan teknologi yang mengabungkan 2 spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetik baharu
ii) Organisma Termodifikasi Genetik (GMO) – organisma yang diubah suai secara genetik untuk tujuan tertentu – menggabungkan gen daripada 2 spesies yang berbeza, boleh dilakukan dengan menggabungkan gen haiwan dengan gen tanaman atau gen bakteria untuk menghasilkan GMO dengan ciri baharu yang tidak mungkin boleh dihasilkan melalui proses persilangan tradisional.
Kesan Tekologi Kejuruteraan Genetik Kebaikan i) mengenal pasti dan menentukan penyakit baka dan seterusnya merawat penyakit tersebut ii) menghasilkan tanaman dan ternakan yang berkualiti iii) menghasilkan tanaman dan ternakan yang mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi berbanding dengan generasi sebelumnya iv) menghasilkan tanaman yang lebih banyak dan memerlukan masa yang lebih singkat untuk tuaian v) penghasilan insulin dan enzim daripada bakteria yang boleh membantu kesihatan manusia
Keburukan i) hasil perubahan genetik memberikan alahan dan kesan-kesan sampingan kepada pengguna yang mengalami alahan ii) penyelidikan genetik yang menghasilkan spesies baharu menyebabkan spesies asal akan pupus iii) boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mutasi pada pengguna iv) pengubahsuaian genetik mungkin digunakan secara tidak beretika v) menghasilkan organisma yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap pestisid
Variasi – perbezaan ciri antara individu daripada spesies yang sama
i) Variasi selanjar – variasi yang menunjukkan perbezaan yang tidak ketara atau tidak jelas antara individu dalam populasi yang sama – kuantitatif – ditentukan oleh gen`
ii) Varias tidak selanjar – variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara atau sangat jelas antara individu dalam populasi yang sama
Faktor Variasi i) Genetik – pindah silang antara kromosom homolog semasa meiosis membolehkan petukaran bahan genetik dan menghasilkan kombinasi genetik yang baharu – penyusunan kromosom secara bebas menghasilkan gamet yang mempunyai maklumat genetik berlainan – persenyawaan secara rawak antara gamet jantan dengan gamet betina menghasilkan rigot dengan kombinasi genotip yang berlainan – mutasi kromosom dan gen menghasilkan fenotip baharu akibat perubahan dalam maklumat genetik
ii) Persekitaran – seseorang akan mempunyai warna kulit yang lebih gelap jika selalu terdedah kepada cahaya matahari – akan menjadi gemuk sekiranya terlebih makan – bungan hydrangea sp berwarna biru jika ditanam di dalam tanah berasid dan berwarna merah jambu jika ditanam di dalam tanah beralkali atau neutral
Kepentingan variasi i) membolehkan organisma menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitarannya ii) membolehkan membezakan dan mengecam setiap individu dalam spesies yang sama dengan mudah iii) membenarkan pemilihan semula jadi iaitu organisma dengan ciri-ciri yang sesuai akan terus hidup manakala organisma dengan ciri-ciri yang kurang sesuai akan pupus iv) meningkatkan nilai tambah sesuatu haiwan dan tumbuhan. Boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian.
Sains Tingkatan 4 Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam
Kelestarian Alam Sekitar Teknologi hijau – pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
Kepentingan teknologi hijau i) mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar ii) mengurangkan pengeluaran karbon iii) meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia iv) menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu
Tonggak utama i) tenaga – mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga ii) alam sekitar – meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar iii) ekonomi – menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi iv) sosial – meningkatkan kualiti hidup untuk semua
Sektor dalam Teknologi Hijau i) Sektor Tenaga – memfokuskan penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, bebas karbon serta dapat menggantikan penggunaan bahan api fosi.
ii) Sektor Pertanian Dan Perhutanan – berfokus kepada pengawalan kadar gas karbon dioksida di dalam udara melalui petanian dan perhutanan
iii) Sektor Pengangkutan – berfokus kepada penambahbaikan prasarana pengangkutan yang lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan pengangkutan awam
iv) Sektor Pengurusan Sisa Dan Air Sisa – memfokuskan usaha untuk meminimumkan pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran dengan cara mengolah sisa atau air sisa menjadi sesuatu yang baharu
v) Sektor Bangunan – berfokus kepada pembinaan Bangunan Hijau yang menekankan aspek-aspek sepeti penelitian kualiti yangbaik terhadap alam sekitar dan bangunan.
vi) Sektor Perindustrian Dan Pembuatan – berfokus kepada program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga bagi mengurangkan kesan-kesan negatif
vii) Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) – berfokus pengamalan TMK hijau dalam pembuatan, reka bentuk, penggunaan serta pelupusan peralatan komputer.
Sektor Tenaga
Isu Sosiosaintifik i) Pemanasan global ii) Pencemaran udara iii) Pembuangan tidak terang iv) Pencemaran air v) Penebangan hutan
Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Tenaga – penggunaan sumber tenaga tidak boleh baharu meningkat setiap tahun mengikut kadar keperluan setiap negara di dunia – pembakaran sumber bahan api fosil menghasilkan gas rumah hijau menyebabkan belakunya pemanasan global yang semakin kritikal – kesan pembakaran bahan api fosil menyumbang kepada perubahan iklim yang ekstrem sehingga menyebabkan berlakunya kemarau panjang dan pelbagai lagi bencana alam
Aplikasi menangani isu Sosiosaintifik i) Sumber tenaga angin – sumber tenaga bersih yang boleh menggantikan penggunaan sumber bahan api fosil pada masa hadapan
ii) Sumber tenaga hidro – sumber tenaga boleh baharu yang kini menjadi antara sumber tenaga utama dunia untuk penjanaan tenaga elektrik
iii) Sumber tenaga solar – sumber tenaga boleh baharu yang berpotensi dibangunkan memandangkan Malaysia menerima cahaya matahari yang mencukupi sepanjang tahun
iv) Sumber tenaga geoterma – tenaga alternatif yang sesuai menggantikan penggunaan bahan api fosil
Sektor Pengurusan Sisa Dan Air Sisa Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengurusan Sisa Dan Air Sisa i) Kumbahan, sisa kimia serta sampah sarap yang dibuang ke sungai dan laut telah mengganggu ekosistem sungai dan lautan sertan kawasan berhampiran
ii) Penjanaan, pengurusan dan penguraian sisa pepejal menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Hal ini menyebabkan berlaku perubahan iklim dunia
iii) Sisa makanan yang tidak dilupuskan dengan baik menyebabkan pencemaran alam sekitar
iv) Kira-kira 268 juta tan kertas dihasilkan setahun. Bagi menghasilkan 1 tan kertas sahaja, kita memerlukan 2 hingga 4 tan batang kayu. Kertas menjadi penyumbang utama sisa pepejal
Aplikasi menangani isu Sosiosaintifik i) Pencegahan dan pengurangan – pengguna digalakkan untuk meminimumkan penggunaan kertas dengan mengguna semula kertas-kertas terpakai atau menggunakan kertas apabila betul-betul diperlukan sahaja
ii) Pengasingan dan kitar semula – pihak kerajaan telah menggalakkan pengasingan sisa rumah sejak tahun 2015. Melalui pengasingan ini, kita dapat mengurangkan pembuangan bahan kitar semula, di samping mengurangkan sisa pepejal di tapak pelupusan
iii) Rawatan dan pemprosesan – proses rawatan biologi ke atas sisa pepejal membolehkan sisa-sisa tersebut diubah kepada bahan organik yang bermanfaat
iv) Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan (5R) – Konsep 5R telah diperkenalkan bagi menggantikan konsep 3R sebelum ini.
Sektor Pertanian Dan Perhutanan
Isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan i) Penerokaan hutan – berleluasa akan mengganggu kitaran gas di Bumi. Merujuk kepada hutan merupakan ‘peparu bumi’. Penukaran gas karbon dioksida kepada gas oksigen hanya berlaku semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis
ii) Pembakaran terbuka – dilakukan oleh para petani di kawasan ladang mereka boleh menyebabkan belakunya jerebu yang teruk. Keadaan yang berlarutan ini boleh menjejaskan kualiti udara di seluruh negara dan negara jiran
iii) Penggunaan racun seranggan dan baja kimia – berleluasa oleh para petani telah menyebabkan tanah tanaman tercemar
Aplikasi Menangani Isu Sosiosaintifik i) merawat dan memproses kembali sisa-sisa pertanian untuk dijadikan baja kompos merupakan amalan Teknologi Hijau yang mampu mengawal keseimbangan alam semula jadi ii) penanaman semula pokok-pokok boleh membantu mengekalkan spesies yang sedia ada iii) aktiviti pembalakan pelu dikawal supaya sumber hutan terperlihara
Sektor Pengangkutan
Isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan i) asap kenderaan yang dikeluarkan mengandungi gas-gas kimia. Kehadiran gas ini di dalam udara menyebabkan kesan rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak
ii) 95% kenderaan bermotor yang digunakan pada hari ini menggunakan petrol dan diesel. Petrol dan diesel diperoleh daripada petroleum. Kira-kira 60% petroleum di dunia digunakan dalam sektor pengangkutan. Petroleum yang merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu akan habis digunakan
Aplikas Menangani Isu Sosiosaintifik i) Pengangkutan hijau – sebarang bentuk pengangkutan mesra alam yang membebaskan gas rumah hijau pada kadar yang amat minimum atau tidak membebaskan gas rumah hijau
ii) Penciptaan kenderaan gas asli – menggunakan sama ada gas asli cecair atau gas asli mampat – kenderaan yang menggunakan petrol boleh diubah suai untuk penggunaan LNG atau CNG
iii) Penggunaan bahan api bio sebagai pengganti petroleum – sumber alternatif yang merujuk kepada metil ester asid lemak yang dihasilkan daripada minyak sayuran serta lemak haiwan
iv) Inframerah – menyukat suhu badan tanpa bersentuhan dengan badan
Teknik menggunakan termometer i) Klinik – pastikan suhu termometer bawah 35 darjah celcius sebelum digunakan – letakkan termometer di bawah ketiak atau di dalam mulut kira-kira dalam 2-3 minit – keluarkan termometer tersebut dan rekodkan bacaan suhu
ii) Makmal – tidak sesuai digunakan untuk menyukat suhu badan kerana tidak mempunyai bahagian pencerutan pada turus mekuri
iii) Rektal – biasa digunakan pada bayi yang kurang daripada 3 bulan – bersihkan muncung termometer menggunakan alkohol – sapukan jeli petroleum pada muncung termometer untuk memudahkan termometer dimasukkan ke dalam dubur bayi – angkat kaki bayi dan masukkan termometer ke dalam dubur bayi kira-kira 1.5-2.5cm – biarkan termometer sehingga kedenganran bunyi “Bip” – rekodkan bacaan suhu
iv) Inframerah – arahkan termometer pada jarak kira-kira 5cm pada individu tersebut – rekodkan bacaan suhu – pembacaan suhu menggunakan termometer ini adalah tepat
Faktor menyebabkan suhu badan melebihi normal i) Jangkitan – bakteria – virus
ii) Terdedah kepada keadaan panas melampau – strok haba – selaran matahari yang melampau
iii) Senaman – senaman berat
Kadar denyutan nadi – pengukuran bilangan degupan jantung per minit
Tekanan Darah – tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah semasa peredaran darah – sfigmomanometer
Mengukur tekanan darah – tekanan darah diukur dengan mengambil dua ukuran Sistolik – nombor atas menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut. Diastolik – Nombor bawah menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah apabila otot jantung berehat
Bacaan tekanan darah
Indeks Jisim Badan – ukuran jisim badan berbandingn dengan ketinggian
Menginterpretasi indeks jisim badan i) Cara menambah jisim badan – mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang – makan mengikut waktu yang tetap – makan makanan yang berkhasiat lebih daripada biasa
ii) Cara menurunkan jisim badan – tetapkan sasaran yang lebih realistik – pantau dan rekod jisim badan seminggu sekali – makan makanan yang sihat secara sederhana – kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula atau lemak