Sistem Dan Struktur Bumi 4 Komponem bumi – atmosfera, biosfera, hidrosfera dan geosfera
Hidrosfera – zon air Atmosfera – zon udara Geosfera – zon batu dan tanah Biosfera – zon kehidupan
Stratifikasi atmosfera eksosfera – gas helium, hidrogen (480KM ke atas) termosfera – ion memantulkan gelombang radio (80-480KM) mesosfera – pembakaran dan penghancuram meteorit (50-80KM) straosfera – lapisan ozon (13-50KM) troposfera – benda hidup bernafas, awan hujan dan salji (0-13KM)
~ Dari troposfera ke stratosfera altitud semakin meningkat, semakin rendah tekanan udara dan suhu juga rendah.
Stratifikasi Dalam Lautan Zon Permukaan – air sangat cetek dan cahaya boleh menembusinya, membolehkan zon ini sesuai untuk habitat tumbuhan Zon Tengah Malam -mempunyai sedikit cahaya atau tiada cahaya, tumbuhan sukar untuk hidup tetapi tahap kedalaman ini menjadi habitat untuk haiwan laut yang besar.
Zon Gelap -tiada cahaya boleh sampai, haiwan dalam zon ini mempunyai badan yang berkilau atau bersinar dalam gelap
Kitaran Air
Lapisan Bumi 3 Lapisan utama -kerak,mantel dan teras
Bahan Bumi i) Igneus – terbentuk daripada proses penyejukan dan pembekuan magma atau lava yang mengalir keluar dari lapisan mantel – mengadungi pelbagai bahan mineral
ii) Sedimen -terbentuk daripada mampatan bahan-bahan enapan yang dibawa oleh sungai, glasier, dan angin – terdiri daripada lapisan yang banyak berongga dan mengandungi fosil
iii) Metamorfik -terbentuk apabila bantuan igneus atau batuan sedimen terdedah kepada tekanan dan suhu yang sangat tinggi – lebih keras daripada batuan asal yang membentuknya
Proses pembuatan batuan
Proses Utama Bumi i) Proses Eksogen – berlaku di permukaan bumi. Hakisan, luluhawa, susutan jisim dan darat, angkutan dan pengenapan
ii) Proses Endogen – berlaku di dalam bumi, membentuk dan mengubah permukaan bumi. Proses olakan mantel, pergerakan kerak bumi, aktiviti magma
Fenomena Geobencana i) Volkanisme ii) Pemanasan global iii) Tsunami iv) Tanah runtuh v) Lubang benam vi) Gempa bumi vii) Tanah jerlus viii) Hujan Asid
Usia Bumi – dianggarkan 4,5 billion tahun daripada meteorit yang diperolehi. Fosil – bahan bumi yang terbenam dan tertimbus
Sumber Bumi dan geologi gunaan Air permukaan– dijumpai di atas permukaan bumi Air Bawah Tanah– dikenali sebagai akuifer, meliputi ruang kosong antara butiran tanah sehingga aras batuan tidak telap air
Mineral Ekonomi – logam, bukan logam dan nadir
Proses Hidroterma – air kolam dipanaskan oleh haba daripada bumi secara semula jadi atau proses hidroterma.
Kesan Buruk daripada aktiviti manusia 1) Hakisan Tanah 2) Banjir kilat 3) Kepupusan flora dan fauna 4) Pencemaran air, udara, terma dan bunyi 5) Pemanasan global
Penggunaan Cermin Imejsahih – imej yang terbentuk pada skrin Imej maya – imej yang tidak dapat terbentuk pada skrin
Cermin Satah Cermin Cekung Cermin Cembung
Alat Optik – untuk meningkatkan deria penglihatan manusia i) Periskop – alat digunakan pada kapal selam untuk melihat permukaan laut ii) Kaleidoskop
Sifat Cahaya i) Cahaya bergerak lurus ii) Cahaya tidak dapat menembusi objek legap iii) Apabila cahaya dihalang oleh objek legap maka bayang-bayang terbentuk di belakang objek
Pantulan Cahaya – suatu sinar cahaya ditujukan ke atas cermin satah pada sudut tertentu, sinar cahaya itu akan dipantulkan ke sudut tertentu.
Hukum Pantulan i) sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal semuanya berada pada satah yang sama ii) sudut tuju, i adalah sama dengan sudut pantulan, r.
Pembiasan Cahaya – terjadi apabila perubahan arah perambatan atau pembengkokan cahaya apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza ketumpatan.
Penyebaran Cahaya – cahaya terdiri tujuh warna berlainan – apabila sinar matahari mengenai titisan air hujan di langit, maka cahaya putih akan dibiaskan dan disebarkan kepada tujuh warna yang berlainan yang dikenal sebagai pelangi
Penyerakan Cahaya -apabila sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah oleh awan atau zarah dalam udara
Tengah hari – cahaya biru diserak banyak ke semua arah oleh molekul udara yang halus dalam atmosfera Senja– bersinar secara mengufuk dan kurang diserak.
Penambahan Dan Penolakan Cahaya Warna primer – warna asas yang tidak boleh dihasilkan melalui pencampuran warna Warna sekunder – warna dihasilkan melalui pencampuran dua warna asas/primer. Penolakan Cahaya – warna cahaya yang sama dengan objek legap akan dipantulkan ke mata dan warna lain akan diserap.
Prinsip i) objek berwarna primer hanya memantulkan cahaya yang sama warna dengannya ii) objek berwarna sekunder memantulkan cahaya yang sama warna dengannya dan juga warna primer yang membentuknya iii) objek putih kelihatan putih dalam cahaya putih kerana objek putih memantulkan semua warna iv) objek hitam kelihatan hitam kerana semua cahaya berwarna diserap olehnya
Komposisi Udara Udara – mengandungi nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan gas-gas nadir.
Kepentingan Gas Dalam Kehidupan Harian Oksigen – pernafasan, pembakaran enjin roket, kimpalan dan pemotongan logam dalam industri. Karbon Dioksida – fotosintesis, pembuatan minuman berkarbonat, alat pemadam api, kitar karbon Nitrogen – penghasilan asid nitrik dan ammonia, kitar nitrogen, nitrogen cecair sebagai agen penyejuk Gas Nadir – gas helium digunakan untuk mengisi belon udara, gas neon digunakan dalam lampu, gas argon untuk mengisi mentol
Kitar Karbon- kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida dari udara dan menggembalikkan semula ke udara secara berterusan
Kitar Oksigen – kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembalian oksigen semula ke udara secara berterusan
Langkah Mengelakkan Gangguan Kitar Oksigen dan Karbon i. mencegah pembalakan haram ii. mengelakkan penggunaan racun serangga berleluasa iii. mengelakkan pembebasan asap kenderaan yang berlebihan iv. tidak melakukan pembakaran hutan
Pembakaran – tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan dipanaskan dengan kehadiran oksigen dan membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya
Alat Pemadam Api i) Menyelimuti ii) Mendinginkan iii) Mengurangkan jumlah bahan yang terbakar iv) Memutuskan sumber bahan bakar
Sikap berjaga-jaga mengelakkan kebakaran i) Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada api ii) Simpan mancis dan pemetik api di tempat selamat iii) Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan iv) Tidak membuang puntung rokok ketika apinya masih menyala v) memasang alat pengesan asap dan penggera kebakaran vi) Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu sumber elektrik
Pencemaran Udara – satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang bahan pencemar dalam udara.
Punca Bahan Pencemar i) Bahan Radioaktif – loji kuasa nuklear ii) pestisid, baja kimia – aktiviti pertanina dan perladangan iii) Klorofluorokarbon – peti sejuk, kilang elektronik, pendingin udara. iv) Habuk & Debu– tapak pembinaan, kilang asbestos, kuari
Punca dan Kesan buruk pencemaran udara i. Kesihatan Manusia– kesesakan nafas, sakit kepala, kanser peparu. ii. Bangungan Dan Infrastruktur – mengotorkan bangunan, mengakis struktur, pengaratan besi. iii. Tumbuhan Dan Haiwan – tanah berasid, kadar fotosintesis rendah. iv. Iklim Bumi – jerebu,penipisan lapisan ozon, hujan asid
Langkah mencegah dan mengawal pencemaran udara i) Undang-undang – denda kepada pesalah ii) Pendidikan – mendidik tentang pencemaran udara, galakan berjalan kaki, berbasikal atau pengangkutan awam iii) Sains Dan Teknologi – kenderaan hibrid, memasang penapis cerobong asap di kilang, menukar bermangkin pada kenderaan.
Pengelasan Unsur Atom – terdiri 3 zarah proton, neutron dan elektron Proton – bercas positif Elektron – bercas negatif Neutron – tidak bercas
Unsur – bahan ringkas, terdapat hanya satu jenis zarah setiap unsur Sebatian – terdiri dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia
Jadual Berkala Kepelbagaian sifat bahan Bahan dapat dikelaskan kepada : 1. Bahan Atom – mengandungi zarah atom – semua logam adalah bahan atom – aluminum, ferum
2. Bahan Molekul – gabungan satu kumpulan atom yang mengandungi dua atau lebih jenis atom – Terdiri daripada molekul unsur dan molekul sebatian – Oksigen, Karbon Dioksida.
3. Bahan Ion – Mengandungi zarah-zarah ion iaitu ion positif dan ion negatif – Plumbum bromida, Natrium Klorida.
Perbezaan sifat bahan atom, bahan molekul dan bahan ion
Logam dan Bukan Logam
Penulenan bahan • Bahan tulen adalah bahan yang tidak mengandungi bendasing. • Hanya terdiri daripada satu jenis bahan sahaja. • Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tertentu dan tetap, contoh takat didih air 100C dan etanol 780C. • Kehadiran benda asing mempengaruhi takat didih
Campuran -terdiri daripada 2 atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal.
Kaedah Penurasan – mengasingkan bahan pepejal yang tidak larut daripada cecair di dalam suatu campuran cecair dan pepejal
Kaedah Penyulingan – untuk mengasingkan campuran cecair dan cecair yang terlarut campur dan mempunyai takat didih berbeza
Pemisahan Menggunakan Magnet – mengasingkan dua bahan pepejal yang bersifat bahan magnet dan bukan magnet.
Kaedah Pengenapan – mengasingkan campuran cecair dan bahan pepejal yang tidak larut dalam cecair itu dan terenap di dasar.
Kaedah Pengapungan – mengasingkan bahan yang tidak larut dan terapung di atas permukaan air.
Kaedah Kromatografi – mengasingkan pewarna dalam dakwat yang digunakan.
Sebatian – terdiri daripada dua atau lebih unsur bercampur
Jirim – mempunyai jisim dan ruang Sifat Fizik – dapat dikenalpasti dengan deria manusia dan alat penggukur Sifat Kimia – suatu bahan menunjukkan tindak balas sesuatu bahan itu berubah menjadi bahan yang berbeza Ketumpatan – menentukan kebolehan sesuatu bahan untuk terapung dan tenggelam Takat Lebur – suhu pepejal bertukar menjadi cecair Takat Didih – suhu cecair bertukar menjadi gas Keterlarutan – kebolehan bahan untuk melarut di dalam pelarut
Perubahan Keadaan Jirim 1. Teori Kinetik Jirim – jirim terdiri daripada zarah-zarah seni dan diskret – Zarah-zarah sentiasa bergerak, bergetar atau berputar secara rawak – tenaga kinetik zarah – tenaga kinetik zarah bertambah bila suhu meningkat
2. Tiga keadaan jirim Kesan haba kepada jirim 1) Peleburan – pepejal menyerap haba, pepejal menjadi cecair 2) Pendidihan – cecair menyerap haba capai takat didih, cecair berubah menjadi gas 3) Penyejatan – cecair menyerap haba dan cecair tersejat secara perlahan menjadi gas 4) Kondensasi – haba dibebaskan ketika disejukkan dan gas menjadi cecair 5) Pembekuan – cecair membebaskan haba, cecair menjadi pepejal 6) Pemejalwapan – proses pepejal berubah menjadi gas
Pembiakan – Proses penghasilan individu baru daripada induk untuk mengekalkan kemandirian spesies.
Jenis Pembiakan i) Aseks a) pembiakan vegetatif – pembiakan vegetatif melibatkan bahagian daun batang dan akar b) belahan dedua – satu sel matang akan membahagi menjadi dua c) penjanaan semula – bahagian badan organisma yang tertanggal atau terasing boleh berkembang menjadi individu baru.
d) pertunasan – sel hidra induk > sel induk mula betunas > sel anak akan teruberkembang dan membesar > sel anak akan terpisah daripada induk menghasilkan sel anak yang baru
e) pembentukan spora – spora matang yang terhasil dilepaskan apabila kandul spora pecah – spora tumbuh menjadi tumbuhan baru.
ii) Seks – melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot a) organisma jantan/betina b) gamet jantan/betina c) zigot d) organisma baru
Perbezaan Persenyawaan luar dan dalam
PerbezaanAseks dan Seks
4.2 Sistem Pembiakan Manusia
Sistem Pembiakan Lelaki Fungsi – menghasil, menyimpan dan menyalurkan sperma serta menghasilkan hormon untuk sifat kelelakian i) Vesikel semen – menghasilkan bendalir semen ii) Uretra – menyalurkan air kencing dan semen keluar dari badan iii) Duktus Sperma – menyalurkan sperma dari testis ke uretra iv) Zakar – memindahkan semen ke dalam faraj perempuan v) Skrotum – melindungi testis vi) Testis – menghasilkan sperma vii) Kelenjar prostat – menghasilkan cecair yang berkhasiat dan melindungi sel sperma
Sistem Pembiakan Perempuan -menghasilkan ovum -menyediakan perkembangan fetus -menghasilkan hormon perempuan i) Tiub Falopio – tempat persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku ii) Ovari – menghasilkan gamet betina dan hormon seks wanita iii) Uterus (rahim) – tempat embrio berkembang dan membesar iv) Serviks – mengeluarkan mukus untuk memudahkan sperma berenang ke dalam uterus v) Faraj – menerima sperma dan menjadi saluran bayi dilahirkan
Perubahan Fizikal Ketika Akil Baligh Akil Baligh – bermaksud peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang menghasilkan sel pembiakan. – Umur lelaki ketika mencapai akil baligh adalah lebih kurang 14-17 tahun manakala perempuan antara 10-12 tahun.
PerubahanLelaki – peti suara (larinks) membesar, suara menjadi garau – misai dan janggut mula tumbuk – bulu tumbuh di muka, ketiak dan dada. – testis menghasilkan sperma dan hormon seks – bulu tumbuh di bahagian sulit – Zakar dan skrotum mula membesar
Perubahan Perempuan – buah dada membesar – punggung mula padat dan lebat – bulu tumbuh di bahagian ketiak – Ovari menghasilkan ovum dan hormon seks – bulu tumbuh di bahagian sulit – kitaran haid bermula
Perbandingan Gamet Sperma i) Kepala – membawa genetik lelaki ii) Leher – menghasilkan tenaga bagi pergerakan ekor iii) Ekor – menggerakkan sperma
Ovum
i) membran sel – memberi bentuk kepada ovum ii) nukleus – mengandungi bahan keturunan daripada ibu iii) sitoplasma – membekalkan nutrien kepada ovum iv) lapisan jeli – membantu ovum menempel pada dinding uterus
Perbezaan dan persamaan gamet
4.3 Kitar Haid – Haid merupakan tanda bermulanya kitar haid bagi setiap perempuan – peluluhan lapisan dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj. i) Fasa Haid – lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak tersenyawa terluluh dan disingkirkan apabila hadi bermula ii) Fasa Pemulihan – dinding uterus mula dibina semula dan menebal. Salur darah pada dinding uterus mula terbentuk dan bersedia untuk menerima penempelan sel yang telah disenyawakan iii) Fasa Subur – Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 kitar haid. Dinding uterus dan salur darah terus berkembang. Jika ada sperma, persenyawaan mungkin berlaku. iv) Fasa prahaid – Dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah. Jika berlaku prsenyawaan, penempelan embrio akan terjadi di dinding uterus. Kitar haid akan berulang semula sekiranya persenyawaan tidak berlaku
Kepentingan mengurus kebersihan diri semasa haid – penjagaan sangat penting bagi memastikan sistem pembiakan tidak dijangkiti oleh mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat 1) Semasa haid, wanita perlu sentiasa menukar tuala wanita 3-4 kali sehari 2) Wanita haid digalakkan mandi dengan kerap untuk membersihkan tubuh badan
Kitar Haid Tidak Stabil 1) Kemandulan 2) Kesukaran merancang keluarga 3) Masalah kesihatan seperti anemia
4.4 Persenyawaan Dan Kehamilan Embrio yang telah menempel pada dinding uterus akan terus berkembang menjadi fetus yang menyerupai manusia (bayi). Proses ini dinamakan sebagai kehamilan. Selepas kira-kira 38 minggu, fetus akan dilahirkan melalui faraj.
Minggu 1-4 – tangan dan kaki mula terbentuk – embrio mempunyai ekor yang kecil
Minggu 7-9 – hidung, telinga dan jari akan kelihatan
Minggu 10-19 – embrio akan kelihatan seperti bayi – embrio kini dipanggil fetus
Minggu 20-37 – fetus akan semakin kelihatan menyerupai bayi
Minggu 38-40 – fetus terbentuk dengan lengkap – badan fetus berputar sehingga kepalanya menuju ke arah serviks – dinding berotot uterus mengecut dengan kuat, amnion pecah dan bendalir amnion dibebaskan – fetus ditolak keluar dari uterus melalui faraj dan seterusnya keluar daripada badan
Kepentingan Dan Fungsi Plasenta dan Tali Pusat
4.5 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi
Kelas Makanan untuk wanita hamil i) Serat ii) Ferum iii) Karbohidrat dan Lemak iv) Vitamin C v) Asid Folik vi) Protein vii) Kalsium Dan fosforus
Kesan yang mungkin berlaku kepada wanita hamil i) Rokok – bayi yang dilahirkan berkemungkinan bersaiz kecil – risiko kematian bayi semasa kelahiran berkemungkinan tinggi – bayi yang dilahirkan berkemungkinan terencat akal dan cacat fizikal – bayi berkemungkinan dilahirkan pramtang
ii) Minuman beralkohol – fetus berkemungkinan terencat – fungsi otak, sistem saraf dan jantung berkemungkinan musnah
iii) Dadah – fetus berkemungkinan cacat
Kepentingan Susu ibu i) Susu ibu mengandungi segala keperluan makanan bayi ii) Susu ibu mempunyai antibodi yang dapat melindungi bayi daripada sesetengah penyakit iii) Hubungan bayi dan ibu menjadi erat dan penting untuk emosi bayi iv) Penghadaman bayi lebih baik dengan meminum susu ibu berbanding dengan susu formula.
4.6 Kemandulan Dan Pencegahan Kehamilan Kemandulan ialah ketidakupayaan seseorang untuk melahirkan anak.
Punca Kemandulan Lelaki 1) Bilangan sperma tidak mencukupi 2) Testis tidak menghasilkan sperma 3) Kualiti sperma rendah 4) Mati pucuk 5) Hormon tidak seimbang 6) Organ seks cacat atau berpenyakit 7) Masalah kesihatan
Punca Kemandulan Wanita 1) ketumbuhan dalam uterus 2) uterus yang tidak normal 3) tiub falopio tersumbat 4) ovari tidak dapat menghasilkan ovum 5) hormon tidak seimbang 6) organ seks cacat atau berpenyakit 7) masalah kesihatan
Kaedah Mengatasi Kemandulan 1) Rawatan hormon 2) Pembedahan 3) Kaedah persenyawaan in vitro (IVF)
Kaedah Pencegahan Kehamilan 1) Pil pencegah hamil 2) Implan 3) Penggunaan Kondom 4) Alat kontraseptif dalam uterus 5) Vasektomi 6) Ligasi
4.7 Pembiakan Tumbuhan
Struktur dan Fungsi Bahagian Bunga 1) Stamen – organ pembiakan jantan bunga 2) Ranggi – biasanya berwarna-warni untuk menarik perhatian serangga dan haiwan 3) Sepal – biasanya berwarna hijau dan berfungsi untuk melindungi bunga pada peringkat kudup 4) Pistil – organ pembiakan betina bunga.
Pendebungaan Pendebungaan ialah proses pemindahan butir debunga matang dari anter ke stigma. i) Uniseks ii) Biseks
Pendebungaan Sendiri – butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain tetapi pada pokok yang sama – butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang sama
Pendebungaan Kacuk – butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain dan pokok yang lain tetapi daripada spesies pokok yang sama
Kelebihan Pendebungaan kacuk i) Pokok lebih sihat dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran ii) pokok baharu mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap perosak dan penyakit iii) biji benih lebih berkualiti iv) tanaman mempunyai varieti baharu
Proses Persenyawaan 1) Butir debunga jatuh ke atas stigma 2) Tiub debunga tumbuh ke arah ovari membawa gamet jantan 3) Selepas tiub debunga menembusi ovul, gamet jantan bercantum dengan gamet betina.
Sains Tingkatan 1 Bab 3 Koordinasi Dan Tindak Balas
Homeostasis Dalam Benda Hidup Homeostasis-proses kawalan atur faktor fizikal dan faktor kimia dalam badan pada julat yang normal
Sebarang perubahan nilai daripada julat normal mencetuskan suatu mekanisme pembetulan
Mekanisme Pembetulan Nilai yang melebihi julat normal diturunkan semula kepada nilai normal
Nilai yang turun di bawah nilai normal ditingkatkan semula kepada nilai normal
Melalui mekanisme pembetulan ini,sel dapat berfungsi dengan cekap
Faktor fizikal seperti suhu badan manusia perlu dikekalkan pada 37 ̊c kerana pelbagai tindak balas biokimia berlaku dalam sel badan kita pada suhu ini
Tindak balas biokimia hanya akan berlaku sekiranya persekitaran dalam badan dalam keadaan stabil dan seimbang.
Jika suhu badan di luar julat suhu normal badan, tindak balas biokimia dalam sel berhenti.Keadaan ini boleh membawa maut
Haiwan berdarah panas iaitu mamalia dan burung juga mempunyai sistem kawal atur yang serupa seperti manusia
Suhu badan haiwan ini dikawal atur pada suatu nilai yang tetap walaupun suhu persekitaran berubah
Selain homeostasis,haiwan mempunyai ciri penyesuaian serta perlakuan yang membantu mengekalkan keadaan homeostasis dalam badan, contohnya
Haiwan yang hidup di habitat sejuk mempunyai bulu yang tebal
Pada musim sejuk kebanyakan haiwan berhibernasi
Keadaan persekitaran yang panas di tropika menyebabkan kerbau berkubang di dalam air
HAIWAN CARA HOMEOSTASIS 1) Anjing Menjelirkan lidah 2) Beruang Kutub Berbulu tebal Kulit berlemak 3) Kerbau Berkubang di dalam lumpur 4) Badak Air Berendam dalam air 5) Kucing Menjilat badan 6) Buaya Berendam dalam air
Kawal Atur Suhu Badan Manusia mempunyai sistem saraf dan sistem endokrin yang berfungsi mengkoordinasi dan bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan Hipotalamus merupakan bahagian posterior otak depan yang berfungsi mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran dalam
a) Suhu badan meningkat melebihi 37 darjah celcius i) Sel otak yang mengesan perubahan suhu dirangsang ii) Satu isyarat dicetuskan dan dihantar melalui sistem saraf ke bahagian badan yang lain iii) Kelenjar peluhdirangsang untuk mengeluarkan lebih banyak peluh iv) Salur darahmengembang. Lebih banyak darah mengalir ke permukaan kulit untuk memancarkan haba berlebihan ke persekitaran
b) Suhu badan jatuh di bawah 37 darjah celcius i) Sel otak yang mengesan perubahan suhu dirangsang ii) Satu isyarat dicetuskan dan dihantar melalui sistem saraf ke bahagian badan yang lain iii) Kelenjar peluh tidak dirangsang tetapi badan menggigil untuk menjanakan lebih banyak haba iv) Bulu roma berdiri tegak untuk memerangkap haba v) Salur darah mengecut. Kurang darah mengalir ke permukaan kulit maka kurang haba dipancarkan dari badan ke persekitaran
c) Kawal atur kandungan air dalam badan
Sistem Kawal Atur Faktor Persekitaran Yang Lain Selain berpeluh,seseorang atlet yang menjalani aktiviti cergas juga bernafas tercungap-cungap dan jantungnya berdegup dengan pantas
Keadaan kekurangan oksigen dalam badan dapat diatasi melalui kadar pernafasan yang kuat dan cepat
Kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam ketika aktiviti cergas i) Atlet melakukan aktiviti cergas ii) Kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung meningkat iii) Kadar pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida yang lebih cepat di peparu iv) Darah mengangkut lebih banyak oksigen dan glukosa dengan cepat v) Tisu otot vi) Respirasi sel meningkat. Tenaga tambahan dijanakan. Karbon dioksida disingkirkan lebih cepat dari peparu
Homoeostasis dalam tumbuhan Tumbuhan mempunyai dua sistem utama iaitu sistem pucuk dan sistem akar
Sistem Pucuk Daun,batang dan bunga Mengangkut makanan dan air keseluruh tumbuhan
Sistem Akar Terdiri daripada akar utama,akar sisi dan rerambut akar Menyerap air dan garam mineral daripada tanah Memberi sokongan pada tumbuhan Dalam persekitaran yang panas- tumbuhan berkeadaan layu Dalam persekitaran yang kurang panas- tumbuhan berkeadaan segah Pada hari panas- transpirasi membawa kesan penyejukan kepada tumbuhan
Transpirasi Proses kehilangan air melalui sejatan pada stoma tumbuhan Menyejukkan daun dan mencegah kepanasan melampau pada tumbuhan Mengawal atur air dalam tumbuhan
PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN STOMA i) Pembukaan stoma – Pada siang hari, stoma terbuka untuk pertukaran gas berlaku. Wap air juga akan hilang daripada daun melalui stoma. Wap air ini tersejat daripada daun melalui transpirasi. Daun kelihatan mengembang.
ii) Penutupan stoma – Pada hari yang terlalu panas stoma tertutup untuk mengurangkan air yang tersejat daripada daun melalui transpirasi. Daun kelihatan menguncup di bawah cahaya matahari terik.
Hari Terlalu Panas Transpirasi yang berterusan akan menyebabkan tumbuhan mengalami kelayuan Stoma tertutup untuk mengurangkan transpirasi dan mencegah tumbuhan daripada penyahidratan
KEPENTINGAN HOMEOSTASIS KEPADA MANUSIA DAN BENDA HIDUP i) Menyediakan keadaan persekitaran dalam yang optimum supaya semua proses hidup dalam badan organisma berjalan dengan lancar ii) Membolehkan organisma hidup dalam satu julat habitat yang lebih luas supaya spesis itu dapat menyebarkan dirinya ke persekitaran yang berubah-ubah iii) Mengekalkan persekitaran dalam yang seimbang dan stabil walaupun persekitaran luar berubah iv) Membolehkan tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim berlaku pada kadar optimum v) Membolehkan kadar metabolisme organisma dikawal dengan cekap mengikut keperluan dirinya
Sains Tingkatan 1 Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan
2.1 Sel-Struktur, Fungsi Dan Organisasi 1) Sel adalah unit yang palingasas kepada semua benda hidup 2) Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik dimana ianya tempat beribu-ribu tindak balas kimia berlaku agar semua organisma terus kekal hidup 3) Struktur sebuah mikroskop
Bahagian Mata Dan Fungsi 1) Kanta mata – membesarkan imej pada kanta objek 2) Kanta Objek – memfokus dan membesarkan objek 3) Klip Kertas – menetapkan slaid 4) Pentas – tempat yang meletakkan slaid 5) Diafragma – mengawal cahaya yang menyinar ke slaid 6) Cermin – memantul cahaya dari sumber cahaya ke slaid 7) Pelaras Kasar – menyelaraskan kedudukan salur mikroskop utk fokus kasar 8) Pelaras Halus – menyelaraskan kedudukan salur mikroskop untuk fokus lebih tepat 9) Salur Badan – memegang kanta mata pada jarak yang tetap dari kanta objek 10) Lengan – menyokokng salur badan
Nukleus 1) Setiap sel mempunyai nukleus 2) Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai “asid deoksiribonukleik” 3) DNA adalah struktur yang menyimpan semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan 4) Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya 5) Nukleus ialah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh membran nukleus 6) Pusat kawalan bagi sel 7) Nukleus mengandungi arahan kimia dalam bentuk DNA 8) DNA ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus
Sel Haiwan 1. Sel haiwan adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut. 2. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus yang dikenali sebagai membran sel. Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan- bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. 3. Nukleus adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma (cytoplasm). 4. Sitoplasma mengandungi ‘organ kecil’ yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel mempunyai fungsi-fungsi tertentu.
Sel Tumbuhan 1. Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai: a) Dinding sel selulosa (cellulose cell wall) – bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. b) Organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). – mengandungi klorofil yang membolehkan tumbuhan untuk melakukan fotosintesis.
2. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol yang besar bagi menyimpan sap sel untuk mengekalkan kesegaran setiap sel.
Fungsi Struktur Sel 1) Membran Sel – Mengawal pergerakan bahan yang keluar dari dan masuk ke sel 2) Dinding Sel – Memberi bentuk dan sokongan kepada sel tumbuhan 3) Nukleus – Mengawal semua aktiviti sel 4) Kloroplas – Klorofil menyerap cahaya untuk menjalankan fotosintesis yang menghasilkan makanan dan oksigen 5) Vakuol – Menyokong dan memberi kesegaran kepada sel dan sebagai tempat untuk menyimpan air dan bahan terlarut 6) Sitoplasma – Tempat yang menyimpan banyak bahan dan merupakan medium untuk tindak balas kimia
Persamaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan 1. Dapat menjalankan proses-proses hidup. 2. Mempunyai membrane sel dan protoplasma (sitoplasma dan nukleus)
Perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan
Organisma Unisel dan Multisel Organisma Unisel 1. Organisma unisel (unicellular organisms) adalah organisma ringkas yang terdiri daripada hanya satu sel (uni: satu). 2. Organisma unisel dalam alam haiwan ∼ protozoa ∼ amoeba ∼ paramesium.
3. Organisma unisel dalam alam tumbuhan ∼ pluerococcus ∼ euglena ∼ chlamydomonas ∼ yis
4. Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop, dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma.
Organisma multisel 1. Organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi: banyak: banyak). – spirogira – hidra
2. Organisma multisel dalam alam haiwan mamalia amfibia reptilian burung ikan beberapa haiwan kecil lain
3. Organisma multisel dalam alam tumbuhan lumut alga paku pakis kebanyakan tumbuhan yang berbunga.
Proses kehidupan organisma unisel dan multisel. 1. Proses kehidupan adalah satu proses yang dijalani oleh semua benda hidup/hidupan untuk membolehkan ia terus hidup di dunia ini.
2. Semua hidupan menjalankan proses kehidupan seperti: – makan – bernafas – bergerak – mengeluarkan sisa buanganv – membiak – membesar – bertindak balas terhadap rangsangan.
3. Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada yang dijalankan oleh organisma unisel.
4. Proses hidup yang dijalani oleh organisma unisel (amoeba) dan organisma multisel (ikan) adalah sama. Sebagai contoh:
• Organisma unisel (amoeba) – Makanan utamanya adalah bakteria. – Bernafas melalui membran sel. – Bergerak dengan melanjutkan pseudopodium. – Organ perkumuhannya adalah vakuol. – Membiak dengan cara belahan penduaan (binary fission). – Boleh membesar. – Bertindak balas terhadap bahan-bahan kimia yang ringan.
• Organisma multisel (ikan) – Makanan utamanya adalah planktons. – Bernafas melalui insang. – Bergerak dengan menggunakan ekor dan sirip. – Mengeluarkan buangan melalui liang perkumuhan. – Membiak dengan cara bertelur. – Boleh membesar. – Bertindak balas terhadap cahaya dan getaran didalam air.
• Organisasi Sel Dalam Manusia 1. Manusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis sel.
2. Setiap sel adalah berbeza saiz, bentuk dan struktur, untuk membolehkannya melaksanakan tugas-tugas tertentu.
3. Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi khusus, yang mana setiap jenis sel hanya melakukan satu fungsi yang spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagai pengkhususan sel.
4. Contoh jenis-jenis sel yang biasa dijumpai dalam badan manusia: Sel saraf. Sel darah merah. Sel epitelium. Sel sperma (pembiakan lelaki). Sel otot rangka. Sel tulang.
Tisu 1. Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama, dan melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu.
2. Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, adaptasi, dan perubahan dalam sifat-sifat yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu.
3. Terdapat empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia iaitu: I. tisu epitelium (epithelial tissue) – Terdiri daripada sel-sel epitelium yang tersusun dalam lapisan. – Bertindak untuk melindungi tisu dibawahnya. – Tisu epitelium ditemui di dinding usus yang sama, dinding perut, pundi hempedu, dan dinding usus besar.
II. tisu penghubung (connective tissue) – Tisu penghubung bertindak untuk menghubungkan dua tisu, melindungi, dan menyokong organ-organ dan badan. – Darah adalah contoh tisu penghubung dalam bentuk cecair.
III. tisu otot (muscle tissue) – Tisu otot adalah tisu yang ditugaskan untuk menggerakkan bahagian-bahagian badan melalui penguncupan. – Tisu otot terdapat didalam badan. – Ia dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot jantung. – Tisu ini ditemui di dalam organ-organ berongga seperti perut, usus kecil, jantung, pundi kencing, dan vena darah. IV. tisu saraf (nerve tissue). – Tisu saraf adalah sensitif terhadap rangsangan seperti sakit, panas, sejuk, sentuhan, dan tekanan. – Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan (coordinate) aktiviti- aktiviti badan dengan cara menghantar dan menerima impuls.
Organ-organ 1. Sekumpulan tisu yang berlainan yang menjalankan proses kehidupan yang tertentu dipanggil organ.
2. Sebagai contoh, kulit adalah organ yang terbentuk daripada: • tisu epithelium • tisu penyambung • otot tissue • tisu saraf
3. Contoh lain organ-organ ialah manusia perut, paru-paru, jantung, buah pinggang, dan otak.
Sistem 1. Beberapa organ yang berlainan bergabung bagi membentuk sebuah sistem untuk menyelaraskan fungsi tertentu di dalam badan.
2. Sistem badan secara keseluruhannya membolehkan manusia menjalankan proses kehidupan yang normal dan lebih cekap.
3. Sistem-sistem badan yang utama adalah seperti dibawah:
a) Sistem perkumuhan (excretory system). Membuang produk sisa toksik.
b) Sistem pembiakan (reproductive system). Menghasilkan anak.
c) Sistem pernafasan (respiratory system). Menyerap, mengangkut oksigen dan membuang karbon dioksida.
d) Sistem rangka (skeletal system). Memberi sokongan badan dan perlindungan untuk organ dalaman yang lembut.
e) Sistem endokrin (endocrine system). Mengeluarkan hormon yang mengawal aktiviti badan.
f) Sistem saraf (nervous system). Menyelaras dan mengawal semua aktiviti badan yang berkaitan dengan impuls dan tindak balas.
g) Sistem peredaran darah (blood circulatory system). Mengangkut bahan-bahan makanan, oksigen, hormon, dan lain-lain ke seluruh badan.
Kepentingan organisasi sel: 1) Pengkhususan sel-sel di dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan penghadaman secara serentak. 2) Memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar. 3) Organisma multisel boleh menyesuaikan diri (adapt) dengan perubahan dalam sekitarnya.
Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks 1) Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.
2) Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.
3) Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel.
4) Melalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.
5) Fungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama melalui pengkhususan sel.
2.2 Respirasi Sel Dan Fotosintesis ~ respirasi terbahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam (sel) ~pernafasan ialah pertukaran gas antara organisma dengan persekitaranya ~respirasi sel ialah proses penguraian makanan untuk membebaskan tenaga.
Fotosintesis ~ proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia ~tumbuhan hijau mensintesis makanan sendiri melalui fotosintesis
Sains Tingkatan 1 Bab 1 Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik
1.1 Sains Adalah Sebahagian Daripada Kehidupan Seharian
> Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi
Kepentingan 1) Menyumbang kepada bidang kejuruteraan seperti pembinaan bangunan pencakar langit yang canggih
2) Penciptaan satelit menyebabkan komunikasi menjadi lebih cepat dan efektif.
3) Meningkatkan hasil tanaman dengan penemuan baja, racun serangga dan penggunaan kaedah hidroponik
4) Penemuan vaksin dan antibiotik dalam bidang perubatan membantu mengawal penyakit berjangkit dan mengurangkan kadar kematian
Karier dalam Sains 1) Doktor 2) Farmasi 3) Fizik 4) Geologi 5) Kimia 6) Jurutera
1.2 Makmal Sains
Peraturan Dalam Makmal 1) Masuk ke dalam makmal sains dengan kebenaran guru sahaja. 2) Tidak boleh membawa makanan atau minuman ke dalam makmal sains 3) Tidak boleh membawa sebarang radas atau bahan kimia keluar daripada makmal. 4) Jangan melakukan sebarang eksperiman tanpa kebenaran guru 5) Jangan bermain dengan bahan dan radas di dalam makmal. 6) Laporkan sebarang kemalangan dengan segera kepada guru. 7) Bersihkan kesemua bahan dan radas setelah eksperimen selesai
Simbol Amaran Merengsa Radioaktif Mengakis Beracun/Toksik Mudah Meletup Mudah Terbakar
1.3 Kuantiti Fizik Dan Unitnya Kuantiti Fizik 1) Panjang – meter – m 2) Jisim – kilogram – kg 3) Masa – saat – s 4) Suhu – kelvin – K 5) Arus elektrik – ampere – A
Simbol dan Nilai Imbuhan Awalan 1) mega – M – 1.000.000 2) kilo – k – 1.000 3) senti – c – 0.01 4) milli – m – 0.001 5) mikro – µ – 0.000.001
Kepentingan Unit Piawai
Menyeragamkan unit-unit kuantiti fizik yang digunakan secara berlainan oleh pelbagai negara. Menyeragamkan unit-unit kuantiti fizik yang digunakan secara berlainan oleh pelbagai negara. Memudahkan perbandingan yang melibatkan pengukuran. Memudahkan perbandingan yang melibatkan Komunikasi antarabangsa. Komunikasi antarabangsa. Memudahkan pemahaman kajian saintifik dan eksperimen. Memudahkan pemahaman kajian saintifik dan Memudahkan penukaran maklumat. Memudahkan penukaran maklumat
1.4 Penggunaan Alat Pengukur, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat
Alat Pengukur 1) Panjang – jarak antara dua titik 2) Jisim – kuantiti jirim yang terkandung dalam objek 3) Masa 4) Suhu – darjah kepanasan atau kesejukan objek 5) Arus elektrik 6) Isi Padu Air
Diameter > Angkup Dalam – mengukur diameter dalam objek > Angkup Luar – mengukur diameter luar objek
Garis Lurus > Pembaris Meter – mengukur panjang garis lurus
Garis Melengkung >Tali dan Pembaris – mengukur garis melengkung
1.5 Ketumpatan > Jisim per unit isi padu bahan > Ketumpatan = Jisim(g) / Isi padu(cm) > Unit = gcm-3
1.6 Langkah-Langkah Dalam Penyiasatan Saintifik 1) Mengenal Pasti Masalah 2) Membuat Hipotesis 3) Merancang Eksperimen 4) Mengawal Pemboleh Ubah 5) Mengumpul Data 6) Menganalisis dan Mentafsir Data 7) Membuat kesimpulan 8) Menulis Laporan
1.7 Sikap Saintifik dan Nilai Murni Dalam Menjalankan Penyiasatan Saintifik • Jujur dan tepat semasa merekod dan mengesahkan data. • Rajin dan tabah. • Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan serta ke atas alam sekitar. • Menyedari bahawa sains adalah salah satu cara untuk memahami alam. • Menghargai keseimbangan alam semula jadi. • Saling menghormati. • Mensyukuri kurniaan Tuhan. • Berfikiran analitikal dan kritikal. • Berfikiran terbuka. • Baik hati. • Bersifat objektif. • Sistematik. • Berkerjasama. • Adil dan saksama. • Berani mencuba. • Berfikiran secara rasional. • Yakin dan berdikari.
Kepentingan Amalan Sikap Saintifik Dan Nilai Murni Dalam Penyiasatan Saintifik 1) Sains sentiasa tertakluk kepada pembetulan untuk memperbaiki yang sedia ada menjadi lebih baik.
2) Sikap saintifik yang positif dan nilai murni yang baik membantu dalam pembangunan saintifik dan meningkatkan peluang untuk berjaya dalam penyiasatan saintifik.