RBT Tingkatan 3 Bab 3 Reka Bentuk Dan Instrumen Pemasaran
Menyatakan Maksud Pemasaran Pemasaran – aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna – proses atau aktiviti yang dilakukan oleh pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Aliran bidang pemasaran 1) Keperluan dan kehendak pengguna 2) Permintaan 3) Produk 4) Nilai 5) Pertukaran 6) Urus niaga 7) Pasaran
a) Pengeluar – menentukan produk yang hendak dikeluarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
b) Pergudangan – kegiatan menyimpan produk di dalam gudang. Di sini aktiviti akhir seperti melabel dan membungkus dilakukan
c) Pengguna organisasi – pengguna yang membeli produk untuk digunakan dalam kegiatan perniagaan seperti teksi sewa beli
d) Pengguna akhir – pengguna yang membeli produk bagi kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah
e) Pengangkutan – aktiviti mengagihkan produk dari satu tempat ke tempat yang memerlukan
f) Promosi – aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti yang bertujuan untuk memperkenalkan produk
g) Perniagaan – aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran
Peranan reka bentuk dalam pemasaran 1) Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna – produk yang dicipta ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pengguna
Ciri-ciri produk a) fungsi produk b) reka bentuk produk c) kekuatan dan kelemahan produk d) nilai produk e) trend
2) Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna Komunikasi – proses untuk menyampaikan maklumat dan peihal mengenai produk dan perkhidmatan
Pengenalan diri produk a) Penjenamaan – pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan Jenis: bentuk nama, bentuk cap, bentuk cap dagangan, bentuk persendirian
b) Kesetiaan – pilihan pengguna untuk terus kekal dengan produk dan jenama tertentu
c) Boleh Diingat – produk yang mempunyai identiti boleh diingat oleh pengguna
d) Dikenali – produk telah lama berada dipasaran dan boleh dikenali walaupun hanya melalui bentuk fizikalnya sahaja
e) Kebolehpercayaan kepada jenama – pengguna akan memilih produk yang mempunyai jenama yang boleh dipercayai dan mempunyai ciri-ciri yang terbaik dari segi kualiti, fungsi, jaminan keselamatan dan reka bentuk.
3) Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk – cara meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan dan keuntungan adalah dengan melibatkan kegiatan rakan strategik
a) Rakan perkongsian teknologi dan produk – gabungan teknologi dan produk daripada pengeluar yang berlainan digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk produk baharu
b) Rakan strategik perniagaan – dapat mewujudkan kerjasama dengan rakan niaga strategik yang berdaya maju, berpengalaman dan menguntungkan kedua-dua belah pihak
Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan Pengiklanan – sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran – mempromosikan. memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan atau idea penaja yang tertentu
A) Kaedah reka bentuk pengiklanan – karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk
Kaedah i) Matlamat produk – bagi memperkenalkan ciri-ciri atau keistimewaan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
ii) Penyampaian fakta – fakta yang disampaikan berkaitan fungsi yang memerlukan bantuan teknikal dari segi penggunaan dan pengendalian produk
iii) Demonstrasi – disampakan melalui rakaman yang ditayangkan di media massa atau secara langsung di hadapan pengguna
iv) Perbandingan – perbandingan antara produk baharu dengan produk yang telah lama berada di pasaran
v) Kiasan atau ibarat – untuk menegaskan kelebihan yang akan diperoleh pengguna sekiranya menggunakan produk mereka
vi) Kenyatan merangsang – untuk membuatkan pelanggan berfikir dan tertarik dengan produk
vii) Gambar pegun – titik fokus atau tumpuan pada bahagian tertentu produk
B) Media Pengiklanan – saluran, atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna
1) Media cetak – dilakukan melalui surat khabar, majalah, brosur, katalog, poster dan lain-lain
2) Media elektronik – menggunakan lakonan, gambar, perkataan, suara dan muzik untuk menjadikan iklan tersebut lebih menarik – radio, televisyen, dan papan digital
3) Media sosial – kemudahan internet di hujung jari membolehkan pengeluar menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperkenalkan produk mereka di serata dunia
C) Faktor pemilihan media pengiklanan 1) Jenis dan sifat produk – setiap produk yang akan diiklankan perlu sesuai dengan media pengiklanannya
2) Kos pengiklanan – pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan yang dipilih supaya sesuai dengan kemampuan dan saiz operasi perniagaan mereka
3) Luas pasaran – luas pasaran sesuatu produk akan mempengaruhi jenis media yang akan dipilih
4) Sasaran pengguna – pengeluar perlu memastikan media pengiklanan yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarannya.
5) Saiz perniagaan – pengeluar yang mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal berbanding dengan penriagaan yang bersaiz kecil
Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan 1) Kreatif – gabungan ilustrasi dan perkataan menghasilkan daya penarik yang memberikan kesan psikologi kepada pengguna
2) Memberi impak – mempunyai reka bentuk yang membuat pengguna terpuka dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang diiklankan
3) Mesej yang jelas – mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna mestilah jelas supaya pengguna sasaran lebih tertarik dengan produk
4) Maklumat yang tepat – mempunyai maklumat tepat dan telut untuk mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk
5) Mudah diingat – gabungan ilustrasi, tema dan slogan yang sesuai akan menghasilkan visual yang menari, mudah diingat dan dikenali oleh pengguna
6) Unsur unik dan tersendiri – unsur unik dan tersendiri amat penting bagi iklan sesuatu produk untuk menarik perhatian pengguna
Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai – perlu dilakukan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan sebelum reka bentuk pengiklanan dihasilkan
Menghasilkan reka bentuk pengiklanan – penghasilan iklan produk
Penghasilan Produk – aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang.
Langkah proses penghasilan produk i) Kajian keperluan pelanggan ii) Penyelesaian masalah inventif iii) Projek brief iv) Penjanaan idea v) Lakaran idea vi) Penghasilan model vii) Pengujian/penambahbaikan viii) Pendokumentasi
Menyatakan produk yang hendak dihasilkan A) Kajian keperluan pelanggan – untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
Kriteria i) Maklumat pelanggan – pereka bentuk dapat mengenal pasti pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk dihasilkan
ii) Latar belakang produk – latar belakang seperti jenama, kegunaan, kebaikan, kelemahan dan pengeluar produk merupakan faktor yang boleh mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk
iii) Penambahbaikan – melalui kajian keperluan pelanggan, pereka bentuk boleh melakukan penambahbaikan dengan mengenal pasti pandangan pelanggan dari pelbagai aspek terhadap produk
Penyelesaian masalah inventif – kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea spontan. Proses penyelesaian masalah inventif i) Kenal pasti masalah inventif ii) Bina model fungsi dengan garisan interaksi iii) Buat analisis berantai punca kesan iv) Tentukan jenis percanggahan fizikal v) Pilih prinsip inventif yang sesuai vi) Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran
Kaedah penyelesaian masalah inventif i) Pengantara – memperkenalkan komponen baharu untuk membantu pelanggan ii) Tidak simetri – mengubah bentuk kepada simetri atau tidak simetri
B) Projek brief – proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk – pereka bentuk menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran
Kriteria pertimbangan utama i) Fungsi ii) Persembahan iii) Tujuan pasaran iv) Kuantiti v) Stail/gaya vi) Kualiti vii) Anggaran kos seunit viii) Jangka masa
– maklumat dalam borang projek brief yang telah disaring, akan diaplikasikan dalam bentuk jadual dan lakaran – aplikasi projek brief dalam bentuk jadual melibatkan semua ciri-ciri projek brief – aplikasi projek brief dalam bentuk lakaran melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip dan elemen reka bentuk serta idea inovasi
Aplikasi projek brief i) Tajuk projek ii) Gambaran keseluruhan projek iii) Reka bentuk produk iv) Perancangan dalam pengurusan projek v) Analisis kajian rka bentuk produk dan pasaran vi) Lakaran idea vii) Penghasilan mock-up atau model
Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai A) Justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi i) Aplikasi teknologi yang dipilih – menggabungkan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai dan tepat semasa proses menghasilkan reka bentuk produk baharu
ii) Tujuan penggunaan teknologi – memahami tujuan suatu teknologi dipilih bagi reka bentuk produk baharu yang akan dihasilkan
iii) Fungsi teknologi – teknologi yang digunakan mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang terdapat pada produk sedia ada
iv) Kekuatan dan kelemahan teknologi – mengenal pasti kekuatan dan kelemahan teknologi adalah amat penting dalam proses menghasilkan suatu reka bentuk produk baharu.
B) Teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk Aplikasi teknologi – (Komponen, kekuatan, kelemahan) i) Reka bentuk mekanikal ii) Reka bentuk elektrik
Merancang Konsep, Elemen dan Prinsip Reka Bentuk A) Konsep penghasilan idea – penghasilan produk bermula dengan menyampaikan idea tentang produk dalam bentuk lakaran.
i) Bentuk mengikut fungsi – reka bentuk produk mengikut fungsi yang dikehendaki oleh pelanggan – reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi sepenuhnya
ii) Fungsi mengikut bentuk – reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi produk yang telah dihasilkan – reka bentuk menentukan bagaimana produk aka berfungsi – produk mempunyai reka bentuk yang menarik
B) Elemen dan prinsip reka bentuk Elemen reka bentuk – unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal suatu rekaan i) garisan – cantuman satu siri titik yang mempunyai panjang dan jarak – digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayang
ii) warna – kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek – warna dibahagikan 3 kumpulan iaitu primer, sekunder dan tertier dan boleh dikategorikan kepada warna panas dan sejuk
iii) bentuk – merujuk kepada objek yang mempunyai ruang, isi padu dan mempunyai lebih daripada satu permukaan.
iv) rupa – dibentuk apabila hujung garisan bertemu dengan permulaannya – ruang yang dikelilingi oleh garisan
v) nilai – kesan terang atau gelap sesuatu rona atau warna
vi) ruang – kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan – ruang antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek
vii) tekstur – merupakan teknik memberikan impak terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan – impak juga boleh dirasai melalui sentuhan
viii) saiz – ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
Prinsip reka bentuk – konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen-elemen reka bentuk i) harmoni – merujuk kepada sesuatu yang dapat memberikan kedamaian.
ii) keseimbangan – merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang digabungkan untuk membentuk suatu komposisi
iii) pergerakan – merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata terhadap sesuatu objek
iv) kontras – merujuk kepada perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
v) pengulangan – merujuk kepada penyusunan elemen yang sama secara berulang
vi) penekanan – merujuk kepada tumpuan terhadap elemen yang diserlahkan
vii) keringkasan – merujuk kepada olahan terhadap idea yang kompleks untuk menghasilkan inti pati atau elemen yang penting sahaja
viii) kesatuan – merujuk kepada gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep, tema atau idea yang sempurna
ix) kepelbagaian – merujuk kepada aplikasi pelbagai elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam sesuatu reka bentuk
Menghasilkan lakaran produk
A) Lakaran 3D Maklumat i) Elemen reka bentuk yang digunakan ii) Nama produk iii) Saiz produk dan komponen iv) Bahan yang digunakan pada produk v) Komponen atau bahagian-bahagia produk vi) Prinsip reka bentuk yang digunakan
B) Lakaran ceraian – lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen pada suatu reka
Fungsi lakaran ceraian i) menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk ii) menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk iii) menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk iv) menunjukkan hubungan antara komponen-komponen pada reka bentuk produk v) menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai lebih daripada satu bahagian vi) memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk
C) Lukisan Kerja – lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk komponen suatu produk yang akan dihasilkan – lukisan ini dihasilkan sebelum suatu model atau produk dihasilkan
i) Isometrik – lukisan piktorial yang dapat memberikan maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas
ii) Skematik – litar elektronik yang menunjukkan kedudukan komponen elektronik dalam bentuk simbol
iii) Unjuran ortografik – menunjukkan bentuk suatu objek dalam 2D melalui pandangan atas, hadapan dan sisi – ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan unjuran ortografik untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses penghasilan produk
Menyediakan Jadual Kerja Jadual kerja – suatu perancangan aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Garis panduan i) Menentukan aktiviti yang pelru ada di dalam jadual ii) Menyusun aktiviti mengikut keutamaan iii) Menganggarkan sumber yand diperlukan untuk setiap aktiviti iv) Menganggarkan tempoh masa untuk melaksanakan setiap aktiviti v) Menganggarkan kos dan menyediakan bajet bagi projek
Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet A) Senarai bahan Contoh: kayu, MDF. kepingan akrilik hitam, span, suis tekan tutup, bateri AA
B) Senarai peralatan i) Gergaji jig – memotong papan lapis, papan dan MDF dengan ketebalan tertentu serta kepingan akrilik secara melengkung atau lurus
ii) Pembaris Keluli – mengukur, menguji kerataan permukaan dan memindahkan ukuran kepada bahan kerja
iii) Sesiku L – membuat garisan bersudut tepat, menguji kerataan permukaan dan menguji kepersegian
iv) Mesin gerudi – membuat kerja-kerja mengerudi lubang dan memasang skru
v) Mesin pelelas – membuat kemasan, meratakan dan melicinkan permukaan bahan kerja
vi) Apit G – mengapit bahan kerja ketika proses mengglu, menggerudi, memahat atau menggergaji
vii) Set memateri elektronik – memateri komponen elektronik
viii) Penjalur wayar – menjalur penebat wayar dan memotong wayar
ix) Pemotong styrofoam – memotong bahan kerja seperti span dan polistirena
x) Alas memotong dan pisau pemotong – alas untuk meletakkan bahan kerja ketika memotong menggunakan pisau pemotong
xi) Ragum meja – memegang bahan kerja semasa proses memotong, melelas dan lain-lain
xii) Set lukisan kejuruteraan – peralatan yang digunakan ketika menghasilkan lukisan kerja
C) Bajet produk – anggaran perbelanjaan yang dierlukan untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya dan menguntungkan
Kaedah unit – bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan Kaedah SMART – digunakan pakai dalam penentuan bajet projek Specific (spesifik) – penetapan tujuan atau objektif projek
Measurable (boleh diukur) – pengukuran pengagihan kewangan dalam kos yang terlibat
Attainable (boleh dicapai) – projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja
Realistic (realistik) – sesuai dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek
Time-bound (jangka masa ditetapkan) – tempoh masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek
Menghasilkan produk berfungsi atau befungsi sebahagian a) Mock-up Bahan – direka bentuk bukan menggunakan bahan sebenar – kertas, gabus, kadbod, polistirena, kayu lembut dan lain-lain
Skala – tidak mengikut saiz produk sebenar – sama ada lebih kecil, sama besar atau lebih besar daripada produk sebenar
Kefungsian – tidak berfungsi sepenuhnya
b) Produk berfungsi sebahagian Bahan – tidak semestinya direka bentuk menggunakan bahan sebenar – foam, kadbod, paip PVC, MDF, polistirena. kayu, papan lapis dan lain-lain
Skala – tidak mengikut saiz produk sebenar – sama ada lebih kecil, sama besar atau lebih besar daripada produk sebenar
Kefungsian – tidak menunjukkan fungsi sebenar produk – hanya sebahagian komponen boleh berfungsi. – produk hanya dinilai dari segi reka bentuk luaran
c) Produk berfungsi Bahan – direka bentuk menggunakan bahan sebenar – boleh direka bentuk menggunakan kayu, keluli, zink, getah, plastik, perspeks dan lain-lain bergantung kepada reka b entuk dan kegunaan produk
Skala – mengikut saiz produk sebenar
Kefungsian – berfungsi sepenuhnya – diuji dalam situasi sebenar dari segi reka bentuk dan kefungsian
B) Kepentingan merancang pembinaan produk i) menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna ii) membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk iii) membantu menganggar kos jualan produk iv) merancang tenaga kerja yang diperlukan v) menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka bentuk dan kefungsian vi) menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk
C) Langkah menghasilkan produk berfungsi i) mengukur, menanda dan memotong bahan mengukur: dilakukan berdasarkan lukisan unjuran ortografik menanda: dilakukan pada permukaan yang hendak dipotong dan digeudi memotong: dilakukan untuk mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk yang dikenhendaki dengan membuang bahagian yang tidak diperlukan
ii) membina dan mencantum bahagian-bahagian produk iii) membuat kemasan – kemasan dapat menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu produk
Membuat pengujian dan penilaian Faktor keberkesanan i) mematuhi projek brief ii) memenuhi kehendak pelanggan iii) ketepatan rupa bentuk
A) Pengujian – untuk tujuan penambahbaikan dan sebagai rujukan pada masa akan datang
i) Ujian Makmal – pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk
ii) Ujian Parameter – pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan produk.
B) Penilaian – untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh
C) Kesesuaian Produk – ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk
D) Tahap Keselamatan – memastikan produk yang telah dihasilkan adalah selamat digunakan
Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujian
Perkara utama penambahbaikan produk 1) menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian 2) membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan efisien 3) menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang digunakan 4) mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya 5) memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna 6) memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk
Menyediakan Dokumentasi
A) Pendokumentasian – satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehingga ke peringkat mock-up atau model produk dihasilkan.
Kepentingan pendokumentasian 1) Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk 2) Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten 3) Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan
B) Format Laporan Penghasilan Produk 1) Muka hadapan 2) Abstrak 3) Pengenalan 4) Perancangan konsep 5) Jadual kerja 6) Penghasilan produk 7) Cadangan penambahbaikan 8) Bibliografi
Reka bentuk mekatronik – reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikenhendaki
Sejarah Perkembangan Revolusi Industri 1) Revolusi Industri 1.0 – penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk menghasilkan suatu produk
2) Revolusi Industri 2.0 – penemuan tenaga elektrik yang membolehkan produk dihasilkan dalam kuantiti lebih besar dan cepat
3) Revolusi Industri 3.0 – penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan seterusnya penggabungan reka bentuk bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik
4) Revolusi Industri 4.0 – penggabungan reka bentuk mekatronik bersama Internet benda, data raya dan pengkomputeran awan bagi membentuk sistem pengeluaran pintar
Elemen Revolusi Industri 4.0 i) Robot berautonomi ii) Keselamatan siber iii) Data raya iv) Realiti terimbuh v) Pengkomputeran awan vi) Simulasi vii) Pembuatan bahan tambah viii) Internet benda xi) Persepaduan sistem
Mekatronik – gabungan semua elemen asas iaitu elektrik, mekanikal, elektronik dan kawalan dan pengaturcaraan
Elemen Mekatronik i) Kawalan dan pengatucaraan Kawalan – satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna
Pengaturcaraan – proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.
ii) Elektrik – sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau ulang-alik sebagai sumber bekalan kuasa – berfungsi untuk membekalkan arus elektrik bagi membolehkan peranti mekatronik menjalankan fungsi yang ditetapkan
iii) Elektronik – susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi suatu sistem
iv) Mekanikal – gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber geraka kepada bentuk yang lain – membolehkan produk berfungsi sama ada secara bergerak atau berputar
Menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada
1) Kereta kawalan Jauh Sistem Mekanikal – gear berfungsi untuk mengurangkan atau meningkatkan halaju dan menambah daya kilas motor Sistem Elektronik– menerima dan menukarkan isyarat input dari alat kawalan jauh kepada isyarat elektrik bagi memacu motor AT Sistem Elektrik – bateri sebagai sumber tenaga elektrik Sistem Kawalan dan pengaturcaraan– terdiri daripada mikropengawal dan sistem kawalan yang diatur cara. Berfungsi untuk mengawal halaju dan arah putaran motor AT
2) Pintu gelangsar automatik SistemElektronik – komponen elektronik disatukan di dalam litar pemacu motor. Penderia gerakan mengesan sebarang pergerakan dan memberikan isyarat kepada sistem kawalan Sistem Elektrik – terdiri daripada motor AT dan pengubah. Berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik pada keseluruhan sistem Sistem kawalan dan pengaturcaraan – terdiri daripada sistem kawalan yang telah diatur cara. berfungsi untuk memproses isyarat input dari penderia gerakan dan menghantar isyarat output kepada pemacu motor AT untuk membuka dan menutup pintu
3) Mesin basuh automatik Sistem mekanikal – antara komponen mekanikal ialah tali, takal, sawat, gear, dram dan galas bebola. Gabungan komponen ini menghasilkan putaran pada dram ketika mencuci pakaian Sistem Elektronik – butang pada panel kawalan digunakan oleh pengguna untuk memberikan arahan Sistem Elektrik – membekalkan tenaga elektrik kepada sistem kawalan motor dan motor AU. Sistem kawalan dan pengaturcaraan – untuk menghasilkan tindakan kawalan terhadap sistem elektrik, elektronik dan mekanikal dalam mesin basuh automatik. Fungsi kawalan bergantung kepada pengaturcaraan yang direka dan tindakan kawalan yang dimasukkan pada panel kawalan mesin basuh automatik
Menghasilkan Gambar Rajah Blok 1) Kereta Kawalan Jauh – panel kawalan pada telefon pintar bertindak sebagai pemancar isyarat (transmitter) menghantar isyarat input kepada mikropengawal (receiver) pada kereta kawlaan jauh melalui sambungan Bluetooth – pemacu motor dan motor AT akan menggerakkan roda seperti diarahkan oleh mikropengawal
2) Pintu Gelangsar Automatik – penderia gerakan pada pintu gelangsar automatik akan mengesan sebarang pergerakan di hadapannya – isyarat input akan dihantar kepada sistem kawalan yang terdiri daripada mikropengawal. – isyarat kawalan diterima daripada mikropengawal akan menggerakkan motor AT yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat untuk mengerakkan pintu – pintu akan sentiasa dalam keadaan tertutup jika tiada sebarang pergerakan dikesan oleh penderia gerakan
3) Mesin Basuh Automatik – isyarat input daripada mod pilihan pada panel kawalan akan dihantar kepada sistem kawalan yang terdiri daripada mikropengawal. – penderiak juga akan memberikan isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh – isyarat kawalan yang diterima akan menggerakkan motor AU yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat setelah menerima isyarat input.
Menghasilkan Lakaran
Kereta Kawalan Jauh 1) Model Fungsi – mengenal pasti masalah suatu produk
2) Analisis berantai punca-kesan
3) Cadangan penyelesaian masalah
4) Gambar rajah blok yang telah diubah suai
5) Lakaranidea
6) Lakaran 3D Bermaklumat
Membuat Penambahbaikan Produk – lakaran perkembangan idea yang telah dihasilkan dan dipilih perlu dianalisis keberkesanannya – merujuk pada lakaran perkembangan idea yang diplih, justifikasi terhadap idea, bahan dan teknologi yang dipilih perlu dilakukan bagi menentukan sama ada menghasilkan produk berfungsi sebahagian atau produk berfungsi sepenuhnya – penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dicadangankan pada lakaran perkembangan idea akan dibangunkan melalui proses pembangunan produk.
Langkah proses penambahbaikan 1) Membuat lakaran 2) Memilih bahan 3) Membuat pengaturcaraan 4) Membina dan memasang 5) Membuat kemasan 6) Produk akhir
Membuat penilaian – penilaian merupakan perkara penting untuk membuat pertimbangan terhadap hasil penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap produk – beberapa ujian parameter digunakan bagi menilai kefungsian produk mengikut objektif yang telah ditetapkan – keputusan pengujian akan direkodkan dalam bentuk laporan