Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6 Reka Bentuk Makanan

Takrif reka bentuk – pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk.

Takrif Makanan – sesuatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair dan dihasilkan daripada haiwan atau tumbuhan
ciri-ciri – tekstur, rupa, rasa, bau, dan warna

Takrif reka bentuk makanan – aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti.
Faktor reka bentuk makanan – permintaan, budaya, sosial, tempat dan cara hidup masyarakat yang berubah mengikut trend.

Aspek reka bentuk makanan
i) proses, kaedah, dan ruang tempat produk diproses, diedarkan dan digunakan
ii) makanan dari segi estetika, komunikasi dan perwakilan
iii) semua aktviti komunikasi yang dilaksanakan untuk mempromosikan produk makanan
iv) peralatan dan perkakasan yang digunakan untuk digunakan untuk menyediakan dan mengambil makanan

Klasifikasi reka bentuk makanan
i) reka bentuk susunan makanan dalam pinggan atau bekas
ii) reka bentuk pada makanan itu sendiri

Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan
a) Kebebasan memlih kepada pengguna
b) Menzahirkan nilai estetika
c) Melindungi Etika sosial
d) Memberikan faedah kepada pengusaha
e) Pembangunan sains dan teknologi moden
f) Kepelbagaian etika budaya

Penggunaan alatan dan perkakasan
alatan – perkakasan yang digunakan untuk membuat dan menghasilkan sesuatu makanan.
perkakasan – peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu krja yang dilakukan.

a) Alatan memotong
i) Pisau tukang masak (chef knife)
rbt t2b2.6 1
– semua jenis bahan masakan atau makanan dapat dipotong
– mata pisau diperbuat daripada keluli tahan karat
– bentuk rata dan melengkung di bahagian hujung matanya

ii) Pisau bergerigi (serrated knife)
rbt t2b2.6 2
– memudahkan memotong bahan makanan yang lembut
– bentuk panjang, mendatar dan mempunyai mata yang bergerigi

iii) Pisau penyisih (boning knife)
rbt t2b2.6 3
– memisahkan daging dengan tulang, membuang urat dan lemak pada daging dan memisahkan isi ikan dari tulang
– bentuk yang melengkung dan mengecil di bahagian hujung

iv) Pisau paring (paring knife)
rbt t2b2.6 4
-digunakan untuk memotong buah-buahan, sayur-sayuran, keju dan mengupas bawang
– bentuk yang sama dengan pisau tukang masak tetapi ukuran yang lebih kecil
– mata pisau berbentuk melengkung di bahagian hujung

v) Pisau bulan sabit (mincing knife)
rbt t2b2.6 5
– digunakan memotong halus herba dan sayur-sayuran
– diperbuat dari keluli tahan karat
– berbentuk melengkung seperti bulan sabit serta mempunyai dua pemegang

vi) Pisau pengupas (peeler knife)
rbt t2b2.6 6
– digunakan membuang kulit sayur-sayuran dan buah-buahan
– mudah digunakan kerana kecil dan ringan
– bentuk seperti pisau pencukur.

b) Alatan membentuk dan mengukir
i) Pisau ukir (fruit craving knife)
rbt t2b2.6 7
– digunakan untuk mengukir buah dan sayur
– ringan dan bersaiz kecil
– bentuknya kecil, pendek dan melengkung dan mempunyai bentuk yang pelbagai.

ii) Pisau turning (turning knife)
rbt t2b2.6 8
– digunakan untuk membentuk, merapi, dan membuang kulit buah dan sayur
– bersaiz kecil dan ringan
– bentuk melengkung

iii) Parisian scoop
rbt t2b2.6 9
– digunakan untuk mendapatkan bentuk bulat pada makanan, buah dan sayur
– ringan dan terdapat dalam pelbagai saiz

iv) Penerap (cutter)
rbt t2b2.6 10
– digunakan untuk membentuk doh, sayur-sayuran berubi dan buah-buahan
– ringan dan diperbuat daripada keluli lembut tahan karat
– mempunyai pelbagai bentuk dan saiz

c) Alatan menghias – komponen untuk memberikan rupa bentuk yang menarik pada setiap reka bentuk makanan
– alatan yang digunakan untuk kerja menghias makanan jenis pastri dan kek

i) pisau pelepa
rbt t2b2.6 11

ii) redai kek
rbt t2b2.6 12

iii) meja pemutar kek (cake turn table)
rbt t2b2.6 13

iv) tiub aising
rbt t2b2.6 14

v) beg aising
rbt t2b2.6 15

d) Alatan menghidang – menghidang bagi reka bentuk susunan makanan di dalam pinggan memerlukan peralatan menghidang yang bersesuaian dengan jenis reka bentuk makanan yang direka.

e) Perkakasan – peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan
i) Pengisar pelbagai guna
rbt t2b2.6 16
– digunakan untuk mengisar pelbagai jenis makanan
– lebih menjimatkan masa dan tenaga untuk melakukan pengisaran

ii) Mesin pengisar jus buah-buahan
rbt t2b2.6 17
– digunakan untuk membuat jus buah-buahan dan sayur-sayuran
– menjimatkan masa dan tenaga untuk menghasilkan jus

iii) Pengadun roti
– digunakan untuk mengadun adunan roti dan boleh terus dibakar
– dapat menjumatkan masa dan tenaga

iv) Mesin mengadun
rbt t2b2.6 18
– digunakan untuk mengadun semua jenis adunan untuk membuat kek, biskut, roti, mi dan pasta
– membantu mempercepat proses mengadun bahan
– tekstur adunan lebih cantik dan lembut

v) Periuk nasi elektrik
rbt t2b2.6 19
– digunakan untuk memasak nasi
– dapat menjimatkan masa dan tenaga

vi) Ketuhar elektrik
rbt t2b2.6 20
– digunakan untuk membakar makanan
– lebih menjimatkan masa dan tenaga

vii) Pengukus elektrik
rbt t2b2.6 21
– digunakan untuk mengukus makanan
– kebersihan makanan menggunakan pengukus elektrik lebih terjamin
– jangka masa memasak lebih pendek

viii) Ketuhar gelombang mikro
rbt t2b2.6 22
– digunakan untuk memasak makanan yang pelbagai dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro
– masa memasak menjadi lebih singkat.

Melakar
Maklumat yang perlu ada pada lakaran
i) bahan yang digunakan
ii) prinsip reka bentuk
iii) elemen reka bentuk
iv) dimensi

a) Elemen reka bentuk
1) Garisan – berkemungkinan dalam bentuk 2D atau 3D, sama ada jelas atau abstrak
2) Rupa – elemen yang berbentuk 2D da rata. apa-apa ruang yang dikelilingi oleh garisanm nilai dan warna
3) Bentuk – elemen 3D yang mempunyai ketinggian, kelebaran dan kedalaman

4) Warna – elemen yang terdiri 2 sifat/ciri
i) hue: jenis warna
ii) emosi:
– merujuk kepada warna yang terang atau gelap atau boleh berubah
– merujuk kepada kualiti kecerahan dan ketulenan yang boleh mempengaruhi emosi

5) Nilai – impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna.
6) Tekstur – struktur dan keadaan permukaan yang boleh ‘dirasai’ melalui perasaan atau sentuhan.
7) Ruang – kawasan kosong di sekeliling objek, jarak atau rongga dalam sesuatu objek.
8) Saiz – ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek

b) Prinsip reka bentuk – konsep digunakan untuk menyusun elemen-elemen bagi menjadikan satu struktur objek berkesan, bermutu dan menarik
1) Keseimbangan – suatu konsep fizik yang menekankan kesamaan berat, tarikan dan tumpuan pada satu objek berbentuk simetri.
2) Kontras – pelbagai elemen yang berlawanan bagi memberikan impak yang lebih jelas kepada objek.
3) Pengulangan – tumpuan pergerakan yang dihasilkan melalui perletakkan sesuatu elemen yang berulang-ulang
4) Keringkasan – menapis mana-mana elemen yang tidak diperlukan dan hanya mengekalkan elemen yang penting sahaja.
5) Pergerakan – tindakan aliran yang akan memimpin pandangan mata dan perasaan terhadap sesuatu.
6) Penekanan – penumpuan kepada sesuatu melalui gabungan elemen-elemen yang dicadangkan
7) Pembahagian – hubung kait antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul dalam ukuran
8) Kepelbagaian – penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk
9) Kesatuan – penggabung elemen dapat membentuk imej, konsep atau idea yang sempurna.
10) Harmoni – dapat mewujudkan gambaran emosi yang positif

c) Lakaran – dihasilkan berdasarkan tema yang dikehendaki oleh pelanggan. Dihasilkan perlu dijustifikasi berdasarkan elemen dan prinsip reka bentuk

d) Pembungkusan makanan – suatu mekanisme yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam memelihara produk bagi tujuan pengedaran, penstoran, jualan dan penggunaan.

1) Tanda jenama – merupakan nama yang diberikan kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna
2) Tipografi – mencipta satu jenama kepada sesuatu produk. penggunaan tipografi yang unik dan kreatif dapat menarik pehatian pengguna.
3) Warna – mewujudkan identiti sesuatu produk serta menyatakan sesuatu maksud. memberi kesan secara langsung kepada reka bentuk pembungkusan makanan.
4) Ilustrasi – menggambarkan produk yang dibungkus. illustrasi yang digunakan perlu menarik, unik, dan sesuai dengan reka bentuk makanan yang dibungkus.
5) Reka bentuk – perlu menepati beberapa sifat iaitu ergonomik, mudak dibawa, selamat digunakan dan mesra alam.
6) Maklumat – setiap bungkusan mesti mempunyai maklumat yang perlu disampaikan kepada pengguna
7) Saiz – dapat membeirkan lebih banyak pilihan mengikut keperluan dan kehendak pengguna

Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan makanan
Reka bentuk makanan
1) Keseimbangan – cara menyusun makanan
2) Bentuk – merancang bentuk dan susunan makanan
3) Tekstur – gabungan keseimbangan dan tekstur dalam pinggan
4) Rasa – gabungan bahan yang menghasilkan rasa yang unik
5) Saiz – perlu seimbang dengan saiz pinggan atau bekas

Reka bentuk pembungkus makanan
– menentukan sasaran pasaran dan demografi
– membentuk imej atau personaliti produk berdasarkan cita rasa dan keuntungan sasaran konsumer
– memasukkan informasi penting dengan padat dan tersusun
– pemilihan warna yang sesuai dalam pembungkusan makanan
– penggunaan imej yang tepat dengan produk
– pemilihan bahan pembungkusan yang mesra alam

Menilai reka bentuk makanan
1) kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk
2) kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
3) kecenderungan fungsi dan praktikal
4) kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
5) ergonomik

Kuiz RBT Bab 2.6: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.6: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5 Reka Bentuk Akuaponik

Akuaponik – merupakan teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur dengan aktiviti hidroponik dalam satu pusingan air.
– akuaponik ini penting kerana unsur kewujudan ikan, tanaman dan bakteria membentuk suatu hubungan yang saling menguntungkan atau simbiosis mutualisme.

Tujuan akuaponik
i) mengekalkan kualiti air dan mengurangkan kadar ammonia di dalam air supaya dapat dimanfaatkan oleh organisma lain
ii) menjimatkan ruang dan dapat menghasilkan dua jenis makanan manusia serentak

Sistem kitaran akuaponik
rbt t2b2.5 2
– sistem pengaliran air dari kolam ikan ke media penanaman dan air akan dikitar semula ke dalam kolam
– air dari kolam ikan yang kaya dengan bahan organik diserap oleh tanaman dan air yang mengalami proses kitaran akuaponik yang lengkap akan menjadi jernih

Akuaponik secara takungan
rbt t2b2.5 1
– menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama untuk ikan dan tanaman
– ikan dipelihara di dalam bekas dan tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam

Akuaponik secara kitaran
rbt t2b2.5 3
– menggunakan dua bekas tangki iaitu tangki ikan dan bekas tanaman secara berasingan.
– mempunyai kelebihan dari segi penyediaan oksigen untuk akar tanaman supaya lebih terjamin dan membuatkan tanaman lebih sihat selain mengurangi risiko busuk akar.

Model Akuaponik
a) Sistem raft (rakit)
rbt t2b2.5 6
– tanaman diletakkan terus di atas permukaan air sehingga akar tanaman terendam di dalam air dengan menggunakan stereofoam, atau span.
kelebihan:
i) akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara langsung,
ii) tumbuhan tumbuh lebih cepat dari sistem lain
ii) produktiviti sistem lebih tinggi dan dugnakan secara meluas dalam komersial

kelemahan:
i) terdedah oleh serangan bakteria pada akar tanaman kerana akar yang terendam di adalam air adalah sesuai untuk perkembangan bakteria patogenik yang menyebabkan reput akar

b) Sistem ebb & flow (sistem pasang surut)
rbt t2b2.5 4
– berfungsi dengan menggunakan alat yang dipanggil loceng sifon, alat ini mengalirkan air dari media penanaman apabila ari suda memenuhi media penanaman.
– loceng sifon berkerja dengan prinsip yang mirip dengan pelampung pada tangki simbah
kelebihan:
i) biofilter berlaku dalam media penanaman dan dapat mengurangkan kesukaran dalam mereka bentuk sistem akuaponik
ii) biji benih nurseri boleh ditanam terus pada media penanaman

kelemahan:
i) menggunakan elektrik 24 jam untuk mengairi media tanaman
ii) perlu memberikan penekanan dalam penyelenggaraan loceng sifon krana kegagalan pada loceng sifon akan menyebabkan air melimpah, air di dalam kolam berkurangan dan ikan akan mati

c) Sistem NFT (Nutrient Film Technique)
rbt t2b2.5 5
– sistem seolah seperti sistem raft cuma tidak menggunakan media penanaman dan akarnya menyentuh lapisan air yang mengalir.
– ait yang mengalir tidak boleh bertakung dan sentiasa mengalir dengan cepat
kelebihan:
i) air digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah sedikit.
ii) pam yang digunakan agak kecil
iii) produktiviti yang memberikan hasil yang memuaskan

kelemahan:
i) memerlukan penapis tambahan bagi menapis sebarang kekotoran masuk ke dalam tangki ikan
ii) penyemaian benih tidak boleh dilakukan secara terus.

Mengenalpasti Komponen Akuaponik
1) Tangki ikan
– tempat untuk memelihara ikan sebagai sumber nutrisi bagi tanaman dan tempat pembiakan ikan
– jenis tangki: kolam simen, akuarium, kolam fibreglass, drum plastik dan lain-lain
– penggunaan kolam berwarna gelap akan menghalang pertumbuhan lumut.

2) Bekas tanaman
– tempat untuk menanam tenaman digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan air.

3) Media tanaman
– digunakan sebagai pemegang tanaman agar dapat tumbuh
– haruslah mempunyai ruang udara dan daya tahan supaya tanaman lebih subur.

4) Sistem perpaipan
rbt t2b2.5 7

5) Pam air
– digunakan untuk memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman
– pam ini menggerakkan air secara menegak.

6) Penapis
– menyingkirkan pepejal dan penukaran arah air
– digunakan agar kualiti air menjadi bersih dan jernih.

Melakar Reka Bentuk Sistem Akuaponik
1) Pilih jenis sistem akuaponik
2) Melakar
rbt t2b2.5 8
3) Bahan-bahan
– span, akuarium ikan, tiub udara, pam air, bekas tanaman, baju udara

Menganalisis lakaran reka bentuk
Elemen reka bentuk
1) Garisan – cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak
2) Rupa – hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya
3) Bentuk – objek yang mempunyai ruang, isi padu dan mempunyai lebih daripada satu permukaan
4) Tekstur – rupa, bentuk, jalinan pada permukaan objek, lukisan dan gambar
5) Saiz – ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
6) Warna – kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
7) Ruang – kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas
8) Nilai – merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna

Prinsip reka bentuk
1) Keseimbangan – seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian, atau berbentuk simetri
2) Pengulangan – penyususnan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk
3) Kontras – perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
4) Kepelbagaian – aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilaim dan idea yang berbeza
5) Kesatuan – semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna
6) Keringkasan – idea kompleks yang diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas
7) Harmoni – melihat sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian
8) Pergerakan – cadangan tindakan atau arah berdasarkan sudut pandangan mata pada hasil reka bentuk
9) Penekanan – tekanan yang diletakkan di akwasan tunggal sesuatu kerja atau menyatukan tema visual
10) Pembahagian – hubung kai antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul dalam ukuran.

Membina model sistem akuaponik
Langkah-langkah
1) sediakan alatan
2) sediakan komponen utama dan bahan yang hendak digunakan
3) buat pemasangan kerangka sistem akuaponik
4) sediakan bekas penanaman
5) buat lubang untuk meletakkan pasu kecil
6) buat pemasangan sistem perpaipan air
7) pasangkan sambungan paip untuk saluran air masuk dan air keluar
8) letakkan tangki ikan pada kerangka dan buat pemasangan pam dengan sistem perpaipan
9) susun pasu kecil di dalam lubang pada bekas penanaman
10) isi tangki ikan dengan air dan uji sistem akuaponik

Kriteria penilaian reka bentuk sistem akuaponik
1) kecenderungan inovasi, kreativiti, dan keaslian reka bentuk
2) kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
3) kecenderungan fungsi dan praktikal
4) ergonomik
5) kekuatan kualiti dan kebolehpasaran.

Kuiz RBT Bab 2.5: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.5: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4 Reka Bentuk Elektronik

Mikropengawal & Mikropemproses
1) Mikropengawal (microcontroller)
rbt t2b2.4 1
– komputer kecil yang berfungsi untuk menerima dan memporses isyarat dan menghasilkan isyarat untuk dilaksanakan.
– peranti kawalan dalam satu cip
– terdiri daripada unit pemprosesan pusat (CPU), RAM (random access memory), ROM (read onli memory) dan port input/output yang dibina di dalamnya.
– berfungsi untuk mengawal peranti elektronik

2) Mikropemproses (microprocessor)
rbt t2b2.4 2
– peranti pemprosesan mikro dalam satu cip.
– digunakan untuk melakukan kawalan yang besar
– disokong cip seperti input, output, RAM dan ROM, dan dihubungkan melalui System Bus.

Menjelaskan Bahagian Mikropengawal
– terdiri daripada input, proses dan output.
1) Input
– menerima isyarat dan menghantarkannya kepada Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
– peranti input digital dan peranti input analog
a) peranti input digital
i) suis tekan tutup – apabila ditekan litar akan tertutup dan arus dapat mengalir
ii) suis tekan buka – apabila ditekan litar akan terbuka dan arus terputus
iii) suis mikro – suis tekan tutup & suis tekan buka.
iv) penderia pergerakan (motion sensor) – mengesan pergerakan haba yang dihasilkan oleh manusia atau haiwan, apabila berlaku pergerakan isyarat akan dihantar kepada mikropengawal dalam bentuk digital
v) penderia air – mengesan kehadiran air pada sesuatu tempat

b) peranti input analog
i) penderia jarak – mengesan dan membaca ukuran jarak antara penderia dengan objek
ii) penderia cahaya – isyarat analog yang dihasilkan berdasarkan perubahan kecerahan cahaya yang diterima.
iii) penderia suhu – mengesan suhu dalam julat tertentu.

2) Proses
– dilakukan oleh CPU dan melaksanakan atur cara yang disimpan dalam ROM
– ROM digunakan untuk menyimpan atur cara dan data secara kekal dalam mikropengawal
– RAM digunakan untuk menyimpan data secara sementara. Data akan terpadam apabila bekalan kuasa dimatikan.
-Isyarat diterima dari input akan diproses oleh CPU, kemudian CPU akan menghasilkan isyarat kepada output.

3) Output
– menerima isyarat dariapada CPU dan menghantarnya kepada pranti output
– terhasil dalam bentuk digital atau analog
a) Peranti Output
– melaksanakan isyarat yang diberi oleh output
– menggunakan melebihi 5V bekalan kuasa tambahan
i) Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting Diode – LED) – mengeluarkan cahaya dan sebagai lampu perhiasan.
ii) Pembaz (buzzer piezo) – berfungsi dengan cara menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.
iii) Geganti (relay) – suis kawalan litar berarus tinggi.
iv) Motor arus terus – berputar apabila ada arus elektrik yang melaluinya
– akan berputar berlawanan arah apabila penyambungan wayar secara terbalik.
v) Lampu LED – mengeluarkan cahaya

Menghasilkan lakaran
1) Lakaran gambar rajah blok – menerangkan secara ringkas tentang cara sistem beroprasi
rbt t2b2.4 3

2) Lakaran reka bentuk litar skematik – menunjukkan aliran kendalian suatu litar elektronik.
rbt t2b2.4 4

Binaan Papan Litar – menggabungkan beberapa komponen elektronik dengan mikropengaal dalam satu papan litar elektronik,
rbt t2b2.4 5
rbt t2b2.4 6

Membina litar simulasi
– litar yang hampir menyerupai litar sebenar
– dapat melihat cara sesuatu sistem yang dibina itu beroperasi dan berfungsi sebelum sistem sebenar dibangunkan bagi mengurangkan masalah kerosakan.

1) Pengenalan perisian pemprosesan pengaturcaraan secara teks
2) Fungsi asas arahan atur cara untuk membina simulasi blok
3) Pembinaan simulasi asas menggunakan blok
4) Merancang pengatucaraan untuk menghasilkan simulasi blok
5) Langkah untuk memaparkan simulasi blok

Membuat penyambungan litar input dan output kepada mikropengawal
Langkah-langkah
1) baca dan fahami lakaran litar skematik
2) sediakan komponen, peranti, bahan, dan papan litar yang diperlukan
3) bina litar input dan output
4) sambungkan litar input dan output menggunakan wayar pelompat dan soket pada plag papan litar.
5) pastikan litar input dan output dipasang pada plag yang betul pada papan litar
6) semak penyambungan litar yang dilakukan itu berdasarkan lakaran litar skematik

Menulis pengatucaraan mudah – suatu set tatacara arahan kepada mikropengawal untuk memproses isyarat input dan menghasilkan isyarat output untuk melaksanakan arahan.

Membuat pengujian dan penilaian
1) Pengujian – memastikan penyambungan litar adalah betul dari segi kekutuban dan keadaan komponen serta peranti yang digunakan berfungsi dengan baik
2) Penilaian – dilakukan berdasarkan kefungsian litar elektronik beroperasi mengikut tujuan yang hendak dilakukan.

Mencadangkan penambahbaikan – dilakukan dari segi penambahan peranti input dan output.

Kuiz RBT Bab 2.4: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.4: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3 Reka Bentuk Elektrik

Elemen sistem elektrik – sumber, medium, beban, kawalan
1) Sumber – berpunca daripada jana kuasa, bateri, solar dan sebagainya.
i) tenaga boleh diperbaharui – sumber yang boleh digunakan semula dan bekalan tenaga ini akan kekal selama-lamanya.
ii) tenaga tidak boleh diperbaharui – sumber yang akan habis dan tidak dapat dikitar semula.

2) Medium – perantara antara sumber dengan beban.
i) medium berwayar
ii) medium tanpa wayar

3) Beban – sebarang peralatan elektrik yang disambungkan pada litar elektrik untuk membolehkannya berfungsi dan beroperasi.

4) Kawalan – pengawalan arus elektrik secara selamat iaitu dengan cara memutus dan menyambungkan litar.

5) Jenis arus
i) Arus ulang-alik (AU)
– arus yang mengalir ke rumah adalah menggunakan arus ulang-alik.
– voltan boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan transformer

ii) Arus terus (AT)
– sistem kuasa dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus
– arus ini mengalir secara sehala

Menunjukkan cara reka bentuk litar peralatan elektrik
1) Keselamatan
– ciri-ciri keselamatan adalah penting untuk melindungi pengguna daripada berlakunya litar pintas
contoh ciri-ciri keselamatan
kedudukan litar adalah tersembunyi tidak dapat dicapai tangan dan tidak terdedah.

2) Kedudukan peranti dalam litar
– reka bentuk kedudukan peranti-peranti diletakkan bersama dengan litar elektrik bertujuan untuk menjimatkan ruang selain menekankan aspek keselamatan, kemas dan menarik

3) Sambungan litar
– reka bentuk sambungan litar elektrik pada komponen atau peranti disusun mengikut fungsi yang dikehendaki.
i) litar tertutup (suis on) – mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik
ii) litar buka (suis off) – litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik.
iii) litar pintas – berlaku apabila wayar positif yang bocor bersentuhan dengan wayar negatif yang bocor tanpa melalui beban dan menghasilkan percikan api yang dapat menyebabkan kebakaran.

Membuat pengiraan parameter elektrik
rbt t2b2.3 1
I = arus
V = voltan
R = rintangan
P = kuasa elektrik

Contoh pengiraan
1) Mencari voltan & kuasa pada litar
Diberi nilai arus 0.5A dan nilai rintangan 3Ω
V = I x R
V = 0.5A x 3Ω
V = 1.5V

P = V x I
P = 1.5V x 0.5A
P = 0.75W

2) Mencari nilai arus
Diberi nilai voltan 3V dan nilai rintangan 5Ω
I = V/R
I = 3V / 5Ω
I = 0.6A

3) Mencari nilai rintangan
Diberi nilai voltan 3V dan nilai arus 0.5A
R = V/I
R = 3V / 0.5A
R = 6Ω

Menghasilkan lakaran
– gambaran awal projek, untuk memastikan kuantiti dan kedudukan yang betul bagi komponen-komponen. Setelah litar dibina, langkah seterusnya melakar reka bentuk litar skematik.
– pengiraan parameter

Menganalisis elemen sistem elektrik
– dilakukan untuk memastikan setiap elemen dalam litar elektrik mencukupi dan mematuhi nilainya
– analisis sistem elektrik
– analisis elemen sistem elektrik

Membina gajet elektrik berfungsi
Langkah-langkah
1) Sediakan bahan diperlukan merujuk lakaran
2) Tentukan susunan dan kedudukan gajet
3) Lakukan penyambungan litar gajet
4) Pasang penyambungan litar gajet di tempat yang ditetapkan

Membuat pengujian dan penilaian
Pengujian – untuk memastikan gajet pada litar dapat berfungsi seperti yang dikehendaki
Penilaian – dilakukan selepas pengujian, untuk memudahkan apa yang perlu dilakukan penambahbaikkan fungsi agar menjadi lebih cekap dan kemas

Mencadangkan penambahbaikan
1) Litar siri
2) Litar selari

Kuiz RBT Bab 2.3: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.3: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2 Reka Bentuk Mekanikal

Komponen Mekanikal
1) Gear
rbt t2b2.2 1
– komponen yang digunakan untuk memindahkan kuasa
– gigi terdapat pada bahan gear befungsi untuk menyalurkan kuasa daripada sumber kepada penerima
Jenis gear
a) gear serong (bevel gear)
rbt t2b2.2 12
b) gear taji (spur gear)
rbt t2b2.2 13
c) gear heliks (helical gear)
rbt t2b2.2 13
d) gear tulang hering (herringbone gear)
rbt t2b2.2 14
e) gear rak dan pinan (rack and pinion gear)
rbt t2b2.2 15
f) gear miter (miter gear)
rbt t2b2.2 16
g) gear skru (screw gear)
rbt t2b2.2 17
h) gear dalam (internal gear)
rbt t2b2.2 20
i) gear serong pilin (spiral bevel gear)
rbt t2b2.2 18
j) gear belitan (worm gear)
rbt t2b2.2 19

2) Rantai (chain)
rbt t2b2.2 2
– berfungsi sebagai pengantara bagi penghataran kuasa antara dua gear

3) Bindu (chuck)
rbt t2b2.2 3
– digunakan bersama dengan mesin gerudi
– memegang dan mencengkam mata gerudi

4) Galas bebola (ball bearing)
rbt t2b2.2 5
– digunakan sebagai pengatara bagi objek yang berputar.
– bertindak sebagai pengurang geseran dan melancarkan pegerakan

5) Pautan (linkage)
rbt t2b2.2 4
– penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan suatu sistem

6) Tuil/tuas (lever)
rbt t2b2.2 6
– sistem yang berkaitan daya, beban dan fulkrum

7) Takal (pully)
rbt t2b2.2 8
– mesin ringkas terdiri daripada satu roda berputar pada gandar
– beban menjadi ringan dan mudah untuk diangkat

8) Gelongsor (slider)
rbt t2b2.2 11
– berfungsi sebagai pengurang geseran bagi menggerakkan sesuatu komponen
– digunakan untuk memindah beban yang berat digelongsor secara mendatar

9) Aci engkol (crank shaft)
rbt t2b2.2 9
– berfungsi untuk menukarkan gerakan linear kepada gerakan berputar seterusnya sebagai penghantar kuasa ke kotak gear untuk menggerakkan kenderaan

10) Aci sesondol (cam shaft)
rbt t2b2.2 10
– digunakan untuk membuka dan menutup injap

11) Tali sawat (belting)
rbt t2b2.2 7
– digunakan untuk menghubungkan takal pemacu yang dipasang pada enjin atau motor elektrik dengan takal dipacu

Cara sistem mekanikal berfungsi
sistem mekanikal – sistem yang melibatkan penggabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi pada produk yang dipilih dan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu tugas
– setiap komponen mempunyai fungsi tersendiri.

Menganalisis kesesuaian komponen
1) Reka bentuk komponen
– reka bentuk menepati cita rasa pelnggan dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi
2) Jenis bahan binaan yang digunakan
– bahan yang digunakan harus bersesuaian dan dapat berfungsi seperti yang diharapkan
3) Kedudukan pemasangan komponen
– kedudukan pemasangan komponen dapat mempengaruhi jenis-jenis pautan yang digunakan
4) Kemasan
– kemasan yang digunakan menarik dan dapat melindungi kelemahan yang ada pada komponen

Membuat rumusan kekuatan dan kelemahan
– setelah dianalisis, pereka bentuk harus membuat rumusan dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan sistem mekanikal yang dipilih untuk membina gajet.

Membina gajet mekanikal berfungsi
Proses pembinaan model/produk
1) Mula projek
2) Sesi brief bersama pelanggan
3) Kaji selidik
4) Lakaran awal
5) Lakaran idea
6) Sesi kritik (jika lakaran tidak diterima patah balik ke proses 4)
7) Lakaran akhir
8) Lukisan kerja
9) Penyediaan komponen pembinaan
10) Proses penghasilan komponen
11) Pemasangan komponen
12) Pengujian (jika terdapat kekurangan/kelemahan pada produk patah balik ke proses 11)
13) Kemasan akhir
14) Selesai

Cadangan penambaikan
i) Rupa bentuk
ii) Bahan
iii) Kemasan
iv) Fungsi

Kuiz RBT Bab 2.2: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.2: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1 Teknologi Pembuatan

Teknologi Pembuatan – satu kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan atau mesin

i) Kaedah Konvensional
– menggunakan teknologi yang asas dan biasanya dikendalikan oleh individu dengan tangan.
– kemahiran individu diperlukan dalam penghasilan produk
– jenis produk yang dihasilkan terhad dan memerlukan masa yang lama untuk disiapkan
– contoh peralatan : tukul, pahat, gergaji tangan

ii) Kaedah Moden
– menggunakan kaedah moden dapat menjimatkan masa, kos dan bahan
– menggantikan penggunaan alatan tangan
– individu dapat menjalankan banyak tugas yang berlainan.

Menghuraikan proses pembuatan produk
Proses pembuatan produk – kaeadah dan teknik tentang sumber tenaga kerja, mesin dan bahan yang ada diubah untuk menghasilkan produk siap.

Peringkat pembuatan
i) pemotongan
ii) pembinaan
iii) tuangan
iv) pemasangan
v) pembersihan
vi) Kemasan

Proses Pembuatan
i) Perancangan
ii) Kaji selidik
iii) Lakaran/lukisan
iv) Mock-up / Model
v) Penilaian/Pengujian
vi) Pembinaan Produk
vii) Kaedah konvensional / Kaedah Moden

Membanding beza teknologi pembuatan

Aspek elemen perbezaan konvensional dan moden
rbt t2b2.1 1

Membuat lakaran model 3D

i) Lakaran Idea – lakaran yang dihasilkan mengandungi maklumat penting seperti bahan, saiz, warna, dan sebagainya.
rbt t2b2.1 2

Menganalisis lakaran model 3D
Analisis perlu dilakukan pada lakaran akhir untuk mencari kecacatan sekiranya ada.
rbt t2b2.1 3

Maklumat acuan model 3D
Kaedah Pembuatan
1) Tuangan (Casting)
rbt t2b2.1 4
– proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan

2) Acuan (Moulding)
rbt t2b2.1 5
– rongga yang terdapat pada acuan menyerupai bentuk produk sebenar. Bahan dimasukkan ke dalam acuan sama ada melalui tuangan atau injection moulding dan dibarkan mengeras

3) Pembentukan (Forming)
rbt t2b2.1 6
– proses megubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh digunakan untuk membina satu produk

4) Pemesinan (Machining)
rbt t2b2.1 7
– proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki

5) Sambungan (Joining)
rbt t2b2.1 8
– bahagian atau komponen yang dihasilkan melalui proses sebelumnya disambungkan supaya menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi.

Model
i) Model statik – untuk melihat rupa bentuk sebenar sesuatu produk.
ii) Model berfungsimenilai kefungsian beberapa bahagian pada produk

Proses menghasilkan acuan model 3D
i) Menghasilkan model awal 3D
– model awal yang digunakan untuk mendapatkan rupa bentuk luaran dalam proses pembinaan acuan.

ii) Membuat acuan
– bekas tuangan sesuatu bahan yang hendak dibentuk
– dibentuk menggunakan bahan seperti pasir, tanah liat, botol, kulit kerang, kayu, zink, simen dan plaster of paris.

iii) Tuangan
a) Tuangan panas
– teknik tuangan yang menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan
– bahan: plastik, timah, tembaga dan besi keluli

b) Tuangan sejuk
– dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan seperti plaster of paris dan resin epoxy.

Plaster of Paris
rbt t2b2.1 9

Membuat model 3D berdasarkan proses kerja
i) Penggunaan Acuan Dan Tuangan
ii) Penggunaan Pen 3D

Membuat kemasan model 3D
– untuk melindungi permukaan produk daripada calar dan karat akibat daripada tindak balas udara dan air
i) Konsep Electrostatic
– kajian sains digunakan untuk menjelaskan cas elektrik yang statik
statik – tidak bergerak, cas elektrik berada pada permukaan atau di tempas cas itu terhasil

ii) Konsep Electroplating (saduk elektrik)
– kaedah kemasan yang digunakan untuk membuat saduran pada permukaan bagi menghilangkan kelemahan sesuatu bahan.

Bahan untuk proses Electroplating
i) cecair elektrolit
ii) bikar
iii) kepingan bar tembaga
iv) wayar berserta klip buaya
v) sel 9 voltan

Menilai model 3D
i) Borang penilaian reka bentuk produk
– model 3D dinilai dari segi prinsip dan elemen reka bentuk.

Menjana Idea utnuk penghasilan reka bentuk yang lebih efisien
– model atau produk yang telah dihasilkan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa kerana produk perlu bersaing dengan produk sama yang dihasilkan oleh pengeluar lain.
– dengan ini dapat memastikan produk itu lebih kompetitif dan mempunyai kelebihan dalam pasaran.

Kuiz RBT Bab 2.1: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 2.1: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Categories
RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2 Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Invent

Pengenalpastian Masalah

Inventif – suatu penemuan yang baharu hasil daripada kreativiti manusia
Penyelesaian masalah – suatu proses kognitif.

Mengenal Pasti Masalah Bukan Inventif dan Inventif
1) Masalah Bukan Inventif – masalah yang tiada mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku.
a) alatan tidak berfungsi dengan baik
b) masalah dikenal pasti
c) proses penambahbaikan alatan
d) alatan dapat digunakan semula
e) tiada kesan sampingan

2) Masalah Invetif – masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku

Menerangkan Proses Penyelesaian
1) Bukan Inventif
Proses penyelesaian masalah bukan inventif
– suatu proses penyelesaian masalah biasa yang dialami dalam kehidupan seharian.
rbt t2b1 1
Langkah
i) Mengenal pasti masalah
ii) Menyenaraikan pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah
iii) Membuat Pilihan yang sesuai daripada senarai pilihan yang ada
iv) Melaksanakan pilihan yang telah dibuat
v) Membuat penilaian sama ada pilihan tersebut berjaya atau sebaliknya

2) Inventif
rbt t2b1 2
Langkah
i) Mengenal pasti masalah yang dihadapi
ii) Memodelkan masalah dengan menggunakan konsep percanggahan fizikal
iii) Kaedah penyelesaian (kaedah pemisahan ruang dan masa)
iv) Model penyelesaian spesifik

Analisis Fungsi
– bertujuan untuk membantu mengenal pasti sistem yang ada pada produk
– setelah analisis, setiap komponen yang ada melengkapkan sesuatu produk akan dinyatakan.
– jika terdapat komponen pincang maka fungsi produk itu akan terjejas.

produk – sebuah sistem yang mempunyai satu atau lebih komponen
fungsi (tindakan) – tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran
objek (penerima kesan) – pengguna produk
rbt t2b1 4

Melukis Sistem Fungsi
fungsi komponen – melaksanakan tugas yang tertentu bagi melengkapkan sistem fungsi produk
komponen – bahagian kecil yang berfungsi menyokong sesuatu produk

Contoh produk meja
rbt t2b1 3

Lukisan model fungsi
rbt t2b1 5

Membina Model Fungsi
rbt t2b1 6
rbt t2b1 7
– model fungsi menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dengan kesannya dalam satu sistem

a) Masalah fungsi dan punca masalah
rbt t2b1 8

b) Analisis berantai punca dan kesan
rbt t2b1 9
rbt t2b1 10
Kesimpulan – Meja tidak stabil kerana skru yang memegang antara kaki meja dan muka meja telah berkarat dan patah kerana kelembapan cuaca semula jadi

– mencari punca masalah menggunakan analisis berantai punca dan kesan
– mencari parameter puncar masalah

Percanggahan Fizikal
– fizikal salah satu parameter komponen yang bertentangan.

Mengenal pasti dan mengalisis – keadaan berlawanan antara satu dengan yang lain yang dipelukan dalam suatu objek.
– terdapat 4 kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan.
rbt t2b1 11

Penentuan kaedah penyelesaian masalh inventif secara pemisahan
rbt t2b1 12
– sekiranya percanggahan fizikal berlaku pada masa yang sama, maka pemisahan ruang dipilih
– sekiranya percanggahan fizikal berlaku pada masa yang berlainan, maka pemisahan masa dipilih

Mencadangkan pemilihan prinsip inventif
Peminsahan Ruang – pembahagian, pengekstrakan, kualiti setempat, penyarangan, filem nipis dan cangkerang boleh lentur, pengantara, tidak simetri
Pemisahan Masa – kedinamikan, tindakan awal, tindakan berkala, tindakan keterlaluan, pengembangan terma, pembuangan dan pemulihan, tindakan berterusan yang berfaedah

Kuiz RBT Bab 1: Klik Sini
RBT Tingkatan 2 Bab 1: –
Nota RBT: Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.1

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.2

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.3

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.4

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.5

RBT Tingkatan 2

RBT Tingkatan 2 Bab 2.6

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara