Categories
Drama

Drama Bukan Gila

Drama Bukan Gila: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.

ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupanv

ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

PEMIKIRAN
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh mempengaruhi tindakan/cara hidup.

PERSOALAN
1. Perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling.
Contoh : Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.

2. Kepentingan cinta dan kasih sayang
Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan

3. Rencah kehidupan
Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.

4. Dunia ini ibarat pentas lakonan
Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak

5. Kesakitan boleh membawa penderitaan
Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.

6. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.
Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

7. Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh: Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Amir

8. Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit kepalanya

9. Kekuasaan Tuhan
Contoh: perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh Tuhan

10. Sifat berterima kasih
Contoh: setiap manusia perlu berterima kasih terhadap sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka – ibu bapa, para petani.

11. Hikmah di sebalik sesuatu kejadian
Contoh: sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Azmir

1. Azmir diletakkan di wad sakit jiwa kerana keluarganya menyangka bahawa dia tidak siuman akibat sering terguling-guling dan menghantukkan kepada ke lantai.
2. Dia suka berfalsafah dan bersyarah.
3. Dia bijak kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan memberi pendapat yang bernas.
4. Menghidap penyakit barah yang kronik.
5. Seorang yang berbudi bahasa kerana menyatakan penghargaan kepada mereka yang berjasa dalam membangunkan negara.
6. Seorang yang petah berkata-kata apabila menyuarakan pendapat.
7. Seorang yang bijak menyatakan pendapat sewaktu menyertai drama ‘Sasau’ secara spontan.
8. Azmir seorang yang optimis kerana tidak mudah melatah apabila disoal para pelakon drama sebaliknya menerangkannya dengan baik.

Bapa
1. Bapa kepada Azmir
2. Seorang yang penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
3. Namun, dia kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada Azmir kerana tidak tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.

Ibu
1. Ibu kepada Azmir
2. Dia tidak prihatin terhadap anaknya.
3. Mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu sengaja buat-buat gila.
4. Mudah putus asa kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang sengaja berbuat gila.
5. Mudah percaya tuduhan orang yang menyatakan Azmir menjadi Orang Putih.

Arif
1. Pengarah drama ‘Sasau’.
2. Seorang yang rasional iaitu tidak mudah menerima komentar pelakon tentang Azmir.
3. Mudah bersimpati – bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita bukannya gila seperti dakwaan doktor.
4. Seorang yang prihatin – berusaha menjejaki keluarga Azmir untuk mengetahui kedudukan sebenar Azmir yang dikatakan gila.

Ani
1. Kekasih Azmir.
2. Tidak setia kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
3. Menyedari kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal dunia.

PLOT
1. Permulaan
Keadaan Azmir yang bercakap-cakap sendirian di wad pesakit jiwa. Azmir berhalusinasi dan berjumpa dengan bapa dan Pak Haji.

2. Perkembangan
Azmir bertemu dengan pelakon drama ‘Sasau’.

3. Konflik
Pendapat Azmir dengan bapanya berbeza tentang kemasukannya ke wad pesakit jiwa. Pendapat Azmir dengan Pak Haji berbeza tentang menjawab salam. Perbezaan pendapat ibu Azmir dengan Arif serta para pelakon tentang Azmir yang dianggap gila.

4. Klimaks
Azmir menarik-narik rambut dan menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai sehingga darah mengalir serta berguling-guling.

5. Peleraian
Azmir melayani perasaannya terhadap Ani di wad dengan bercakap-cakap sendirian. Akhirnya, Azmir rebah ke lantai dan meninggal dunia. Ani menyesal setelah membaca akhbar tentang pemergian Azmir bersendirian akibat barah otak.

Latar Tempat
1. Wad pesakit gila – tempat Azmir menjalani rawatan.
2. Pentas – tempat para pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
3. Rumah Azmir – tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
4. Ruang tamu rumah Ani – tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.

Latar Masa
1. Waktu siang – Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
2. Tiga hari – tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
3. Sehari – tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
4. 21 Jun 1993 – tarikh kematian Azmir.

Latar Masyarakat
1. Golongan pesakit yang menderita penyakit kronik – Azmir mengalami sakit kepala yang teruk kerana menghidap penyakit barah otak.

2. Masyarakat golongan doktor yang kurang ilmu – Dr Razi tidak teliti ketika memeriksa dan merawat Azmir. Sebaliknya, dia mengambil jalan mudah dengan mengatakan Azmir gila.

3. Masyarakat golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan dan kasih sayang. – Ibu bapa Azmir sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir. Mereka tidak mengambil tahu tentang penderitaan Azmir yang menghidap barah otak.

4. Masyarakat yang prihatin dan mengambil berat. – Arif dan rakan-rakannya prihatin terhadap penderitaan Azmir. Mereka berkunjung ke rumah Azmir untuk melawatnya.

5. Masyarakat yang bijak dan petah berkata-kata. – Azmir mampu berkata-kata dengan petah dan hujah yang bernas.

6. Masyarakat yang penyayang, – Bapa Azmir melawatnya di hospital.

7. Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih dahulu. – Ani mengambil keputusan memutuskan cinta dengan Azmir dan meninggalkannya setelah mendengar khabar bahawa Azmir kurang siuman.

8. Masyarakat yang menginsafi kesilapan. – Ani menginsafi kesilapannya kerana meninggalkan Azmir. Namun, tindakannya telah terlambat kerana Azmir sudah meninggal dunia.

9. Masyarakat yang bertimbang rasa. Arif dan para pelakon memberi peluang kepada Azmir berlakon dan mendudukkannya yang sakit apabila dipinta serta memicit-micit kepalanya.

GAYA BAHASA
1. Simile – mata Azmir semacam melihat tepat ke arah suatu objek.
2. Anafora – HAMBA : Rahsiamu? Rahsiamuialah penderitaanku tetapi kepuasanmu.
3. Repetisi – ANI : Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-sungguh mencintai abang.
4. Metafora – kamus kemanusiaan, pesona keghairahan, angin kemudaan, pohon-pohon jasa.
5. Sinkope – kau, mu, tak.
6. Kata ganda – daging-daging, saat-saat.
7. Bahasa Arab – Assalamualaikum, Astaghfirullah.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengkaji sesuatu permasalahan yang timbul sebelum membuat penilaian.
2. Kita haruslah menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.
3. Kita sewajarnya menyatakan masalah yang melanda lebih awal agar tindakan segera dapat diambil.
4. Kita hendaklah bersedia mendengar rintihan seseorang yang menghadapi masalah.
5. Kita sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
6. Kita mestilah peka akan perubahan yang berlaku ke atas seseorang dan bukannya menghukumnya.
7. Kita hendaklah memberikan sokongan kepada pesakit supaya mereka kuat semangat dan berfikiran positif.
8. Janganlah kita terburu-buru mengambil tindakan yang akhirnya merugikan diri sendiri.

NILAI
1. Kasih sayang – bapa sayang akan Azmir dan menziarahinya di wad.
2. Keprihatinan – Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri Azmir.
3. Rasional – Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir menunjukkan rasa kurang senang.
4. Kebijaksanaan – Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan manusia kepada para pelakon drama ‘Sasau’.
5. Bertanggungjawab – Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab menyampaikan khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.
6. Kebebasan – Azmir berasa tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila diberi peluang untuk bersiar-siar.
7. Belas kasihan – Arif dan rakan-rakannya bersimpati dengan keadaan Azmir yang kesakitan.
8. Kesihatan mental dan fizikal – Azmir sering terguling-guling dan menghantukkan kepalanya ke lantai akibat sakit tetapi pakar perubatan mengatakan bahawa dia gila.

Drama Bukan Gila: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Drama

Drama Hadiah

Drama

Drama Mahkamah

Drama

Drama A Night Out

Drama

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik

Drama

Drama Berkhidmat Untuk Negara

Drama

Drama The Right Thing To Do

Drama

Drama Bukan Gila

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Drama

Drama The Right Thing To Do

Drama The Right Thing To Do: Synopsis,Setting, Characters, Themes, Moral Values, Point of View, Tone and Mood, Language and Style, Literary Device

Synopsis
A man is lying in the street. He has a heart condition. Three passers-by encounter the man but they are not bothered about him. They all feel it is not their responsibility to help the man. Then the woman in blue arrives. She reprimands them for their inaction. She orders them to get help for the man. The three passers-by are stunned by her manner and orders. Yet, they do what she has told them to do. Then when the ambulance arrives, the woman in blue walks away. The three learn that the fallen man is the famous TV chef, Michael Scott. The three congratulate themselves on having saved his life. As for the woman in blue, the three speak ill of her for having “done nothing”. Is this a fair judgement?

Theme
Civic-mindedness
At first, Rebecca, Patrick and David take an uncaring attitude to the sick man. They did not want to help himas it was not their problem. It is the woman in blue who awakens them to take up their civic responsibility. This shows that we must be civic-minded and help people in need.

Leadership/Initiative
The play shows that leadership/initiative can transform people. This is especially true of leadership by example. The woman in blue is the catalyst that sparks a change in the others who are apathetic towards the man in distress.

Spirit of voluntarism
The play shows that prompt voluntary action by citizens is essential in society. Imagine what would have happened if no one had given the sick man his pills and water. What would have happened if no one had called for an ambulance? This shows that we must take action voluntarily when there is a crisis at hand.

Characters
The woman in blue
• She is the conscience of the play. Although she is nameless, she is firm and assertive in her demands
• She is the moral anchor of the play and embodies its central message that we must care for the needy in our midst.

Rebecca, Patrick and David
• They are all passers-by who at first do not want to get involved in helping the fallen man.They all try to escape responsibility until the woman in blue orders them to get things done.
• However, after they discover that the fallen man is Michael Scott, they congratulate themselves on their good deed.
• They also speak ill of the woman in blue and take credit for helping the man on the street. They agree it is the right thing to do.

Plot
The play is a simple one with only one scene enacted in an open street. The play is patterned on the story of the Good Samaritan. It is superimposed with the mystery of the identity of the woman in blue. The audience is made to examine its conscience by evaluating the behaviour and actions of the protagonists. A man is lying on the street. First a woman, Rebecca walks past him and stops. She hesitates to help, walks off and goes back to the man again. Then another man, Patrick walks past and stops to look at the man. They argue over who should help the man first. Then, David walks past and asks about the man. All three of them argue over who should help him. They are reluctant to help as it is not their problem. A woman in blue comes and barks orders at the three of them to help. She tells David to call an ambulance. Next, she asks Rebecca to get some water from a nearby house. Then she tells Patrick to feel the man’s pulse. The man stirs and says ‘pills’. Patrick finds a bottle of pills in the man’s pocket. Rebecca comes back with water. The woman in blue tells Patrick to give the man his pills with water. The man finally wakes up and thanks Patrick for his help. Then, the woman in blue quietly goes away while David tells the rest the ambulance is on the way. The man identifies himself as a famous TV chef and thanks all of them for helping him. The three of them claim to have rescued the man. They speak ill of the woman in blue for not helping out. They feel they have helped the man and were there for him. They praise themselves for doing the right thing.

Setting
The play is set in modern times possibly in the 1960s to 1980s. There is no mention of handphones or computers. The urban setting of the play includes mention of cars and ambulances. The character names also suggest an English-speaking environment.

Moral Values
We should help the needy.
The man in distress was a famous TV chef. Does this mean we should only help the rich and famous? On the contrary, the woman in blue shows us that we should help all needy persons, regardless of whether they are rich or poor.

We should not take undeserved credit.
Rebecca, Patrick and David begin to congratulate themselves on having saved the life of Michael Scott. They give no credit to the woman in blue. They even go so far as to accuse her of walking away from her responsibility.

We should not speak ill of the absent.
Rebecca, Patrick and David criticise the woman in blue when she is gone from the scene. We do not know the real reason for her sudden disappearance. She may have gone away to help others in distress elsewhere.

Language and Style
The language of the play reflects the educational level of all the characters. The script consists mostly of an exchange of one-liners. The language turns sharp and heated when the woman in blue barks out her orders. It is also tense when Patrick, Rebecca and David refuse to help the sick man.

Drama The Right Thing To Do: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 4

Drama

Drama Hadiah

Drama

Drama Mahkamah

Drama

Drama A Night Out

Drama

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik

Drama

Drama Berkhidmat Untuk Negara

Drama

Drama The Right Thing To Do

Drama

Drama Bukan Gila

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Drama

Drama Berkhidmat Untuk Negara

Drama Berkhidmat Untuk Negara: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya. Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara. Akhirnya, setelah melayari laman sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.

Tema
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negatif tentang PLKN. – Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.

PERSOALAN
1. Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara. Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpampang di papan kenyataan sekolah.

2. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak. Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasannya di universiti.

3. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak. Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.

4. Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama – Aiman
Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun, berasal daripada keluarga yang berada
Seorang yang agresif. -Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan mesra
Seorang yang pemalas – Contoh: segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah ,dia akan tidur.
Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat. – Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu bercuti di luar negara.

Watak sampingan

1. Khir Ghazali -Ayah kepada Aiman
Seorang yang bertanggungjawab.- Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.

Seorang yang tegas. – Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman

Seorang yang sensitif – Contoh: apabila isterinya bertegang leher dengannya untuk tidak menghantar Aiman ke PLKN, beliau berasa tersinggung lalu beredar meninggalkan tempat perbincangan mereka.

2. Masnah – Ibu kepada Aiman , Berpangkat Datin
Seorang yang suka berfikiran negatif -. Contoh: beranggapan bahawa PLKN membahayakan nyawa anaknya dan turut menyokong hasrat anaknya untuk menghadiri PLKN

Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk kepentingan sendiri.- Contoh: Datin Masnah meminta suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya daripada menghadiri PLKN.

3. Cikgu Dahari – guru Aiman.
 Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul program Penghayatan Sastera dan budaya

Seorang yang berfikiran positif. -Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman moden, Cikgu Dahari menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa keselamatan peserta sentiasa terjamin. Beliau juga menerangkan peranan sastera dan budaya dalam kalangan masyarakat.

Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada anak murid. -Contoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.

4. Posmen
Seorang yang berfikiran positif. Contoh:- Apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.

Seorang yang amanah.- Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

PLOT
1. Permulaan
 Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Posmen yang menyampaikannya cuba member penenrangan kepada Aiman tentang manfaat PLKN apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut. Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung dan kesal akan sikap Aiman dan layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja.

2. Perkembangan
 Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu Dahari memberi penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Beliau menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan jawapan yang positrif agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.

3. Perumitan
 Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin Masnah menyuruh Khir Ghazali menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa marah dan kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang mempunyai tanggapan dan negative tentang PLKN.

4. Peleraian
 Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkas di Desaru Johor. Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya.

TEKNIK PLOT
1. Monolog Dalaman.
Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

2. Pemerian.
Pada permulaan cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi seorang remaja yang manja dan malas.

3. Imbas Muka.
Aiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya ketika bermimpi.

Latar Masa
1. Alaf baru (Program PLKN – bermula tahun 2004)

2. Waktu tengah hari. Contoh: Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk bersantai di rumah – Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari

3. Waktu pagi – Contoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka

4. Waktu petang – Contoh: Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.

Latar Tempat
1. Rumah Aiman. -Contoh: peristiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN

2. Sekolah Menengah -Contoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat bandar yang sibuk bekerja . –
contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.

2. Masyarakat yang penyayang
Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.

3. Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab
Contoh: Posmen dalam drama ini mengedarkan surat kepada penerima dengan penuh tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa surat itu adalah amanah masyarakat terhadapnya.

4. Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan. –
Contoh: Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit

5. Masyarakat yang berfikiran positif.
Contoh: Walaupun Khir Johari mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk membantu Aiman mengecualikan diri daripada menyertai PLKN, namun Khir Ghazali mahu anaknya menyertai program tersebut kerana beliau tahu bahawa anaknya akan memperoleh banyak manfaat daripada PLKN. Cikgu Dahari menerangkan tentang kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negatif mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan mereka kepada negara.

GAYA BAHASA
1. Sinkope. Contoh: kata singkatan ‘tak’ dalam ayat. Saya tak berminat langsung (m.s 3)
2. Inversi. Contoh: amanah orang semua surat ini (m.s 4)
3. Peribahasa. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. (m.s 7)
4. Bahasa asing. Contoh: penggunaan perkataan bahasa Inggeris daddy, mummy (m.s 14)
5. Simile. Contoh: perkataan ‘macam’ dalam ayat, Nak angan-angan macam Mat Jenin

NILAI
1. Nilai Amanah
Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat

2. Nilai kasih sayang.
Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.

3. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman.

4. Nilai cinta akan tanah air.
Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita

PENGAJARAN
1. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh: Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri

2. Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas.
Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah

3. Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan.
Contoh: Masnah tidak memberi galakan kepada anaknya untuk menyertai PLKN malah memberitahu suaminya bahawa program tersebut mungkin membahayakan nyawa anaknya.
Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.

Drama Berkhidmat Untuk Negara: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 4

Drama

Drama Hadiah

Drama

Drama Mahkamah

Drama

Drama A Night Out

Drama

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik

Drama

Drama Berkhidmat Untuk Negara

Drama

Drama The Right Thing To Do

Drama

Drama Bukan Gila

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Drama

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik
Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar yang memberitahu ibunya tentang kerelaannya untuk melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana dia bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu. Menurut ibunya lagi, tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

Walau bagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih kumpulan peserta itu memandangkan ramai pekerja di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga berjanji untuk menjaga keselamatannya sepanjang empat hari tiga malam dia berada di tempat peranginan tersebut. Azizi berasa hairan apabila Muzafar menceritakan kisah ibunya yang melarangnya melatih kumpulan orang cacat penglihatan sedangkan ibu Muzafar merupakan seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh. Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu menyayanginya sehingga menyebabkan dia berasa bimbang dan bertindak sedemikian.

Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan itu dengan baik dan mesra. Kumpulan itu terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul, Haris, dan Chee Keong.

Pada malamnya, Azizi bersembang dengan Muzamir di beranda chalet. Dalam perbualan mereka, Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar kerana dia akhirnya berpeluang merasai pengalaman berkayak. Hal ini demikian kerana Muzamir berasa kecewa terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya sebagai orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka.

Seterusnya, Nurul dan Azizi bercerita tentang peristiwa ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai yang telah ditempuhi oleh mereka. Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membantu pasukannya sepanjang ekspedisi tersebut. Azizi juga berterima kasih kepada Nurul, Haris dan Chee Keong yang turut membantu untuk memudahkan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai pada siang itu. Azizi juga memperoleh pengajaran dan menyatakan kekagumannya terhadap Nurul, Haris dan Chee Keong yang mempunyai darjah kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan membimbing rakan-rakannya yang cacat penglihatan sehingga mereka mampu berkayak dengan begitu baik.

Dalam perbualan antara Muzafar, Haris, dan Nurul, Muzafar dapat mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar membelek mukanya di hadapan cermin untuk melihat persamaannya dengan Muzamir. Azizi menegaskan bahawa Muzafar dan Muzamir banyak mempunyai persamaan dari segi wajah dan perawakan. Muzafar pulang ke rumah setelah aktiviti ekspedisi berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam bersama Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Ibu Muzafar bersyukur apabila anaknya, Muzafar pulang ke rumah dengan selamat. Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan oleh anaknya, Muzafar.

Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang perasaannya sewaktu dia membantu Muzamir akibat kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.

Tema dan Persoalan Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik
Tema

Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya.

Persoalan
(a) Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.
(b) Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.
(c) Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.
(d) Kepentingan sikap bertoleransi dalam melaksanakan tugas.
(e) Kegigihan dalam mempelajari ilmu baharu.

Watak dan Perwatakan
Muzafar
(a) Anak tunggal dalam keluarga.
(b) Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.
(c) Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas seorang pegawai.
(d) Bekerja di sebuah tempat peranginan yang bernama Permai Resort.
(e) Amanah dan bertanggungjawab.
(f) Rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
(g) Penyayang.
(h) Gigih dalam melakukan sesuatu perkara.

Muzamir
(a) Sebaya dan seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perawakan.
(b) Berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor disebabkan dia dilahirkan buta.
(c) Gigih menjalani latihan berkayak.
(d) Mengenang budi.
(e) Tabah dengan kecacatan matanya yang buta itu.

Ibu Muzafar
(a) Balu yang kematian suami.
(b) Seorang yang pandai bergaya moden.
(c) Mantan pegawai dan kini bergiat aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa Kaum Ibu.
(d) Seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh.
(e) Penyayang.
(f) Pandai menyimpan rahsia.
(g) Bersifat pilih kasih dalam membesarkan anak-anak.
(h) Mementingkan status dan maruah keluarga

Latar
Latar Tempat

(a) Rumah batu mewah.
(b) Tasik Permai.
(c) Pekarangan Permai Resort.
(d) Studio, Permai Resort.

Latar Masa
(a) Waktu pagi.
(b) Waktu siang.
(c) Waktu malam.
(d) Empat hari tiga malam.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.
(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.
(c) Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.
(d) Masyarakat yang bekerjasama dan bantu-membantu dalam menjayakan ekspedisi berkayak.
(e) Masyarakat golongan berada dan ternama yang mementingkan kedudukan dan maruah keluarga.
(f) Masyarakat golongan kelainan upaya yang gigih mempelajari ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.
(g) Masyarakat yang bertanggungjawab dalam memikul tugas.
(h) Masyarakat yang berhemah tinggi.

Plot
Binaan Plot

(a) Pengenalan –
Muzafar memberitahu ibunya berkaitan dengan tugasnya yang akan melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan untuk berkayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

(b) Perkembangan –
Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan dengan baik dan mesra. Mereka terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Keesokannya, Azizi dan Muzafar mula memberi tunjuk ajar dan melatih peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul. Azizi dan Muzafar dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris.

(c) Perumitan
Muzamir meluahkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya disebabkan dia merupakan orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan sangat gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka. Muzafar mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar pulang ke rumah setelah program selama empat hari tiga malam bersama-sama dengan Muzamir dan rakan-rakannya tamat.

(d) Klimaks
Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai oleh para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan itu.

(e) Peleraian
Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang suatu perasaan lain yang dirasainya sewaktu dia membantu Muzamir apabila kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.

Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Imbas muka.
(e) Monolog.
(f) Kejutan.
(g) Saspens.

Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Insya-Allah; Assalamualaikum.
(b) Bahasa Inggeris. Contohnya; rafting; commando rescue; water confidence.
(c) Metafora. Contohnya, lautan mimpi.
(d) Sinkope. Contohnya, Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?
(e) Repetisi. Contohnya, Tidak … tidak … tidak.
(f) Peribahasa. Contohnya, Tak ada beban, batu digalas; mati akal;
ambil hati; sampai hati; jantung hati.

Nilai
(a) Kerjasama.
(b) Baik hati.
(c) Bertanggungjawab.
(d) Berhemah tinggi.
(e) Kasih sayang.
(f) Keberanian.
(g) Kegigihan.
(h) Kesabaran.
(i) Rasional.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah bijak menyusun sesuatu aktiviti ketika memberi latihan kepada orang lain.
(b) Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
(c) Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang.
(d) Kita janganlah memandang rendah terhadap orang kelainan upaya.
(e) Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
(f) Kita perlulah menanamkan sifat sabar ketika membimbing orang kelainan upaya.
(g) Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.
(h) Kita hendaklah berani mengambil keputusan untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.
(i) Kita mestilah mengamalkan sikap kerjasama dalam menjalankan aktiviti berpasukan.

Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 3

Categories
Drama

Drama A Night Out

Drama A Night Out: Synopsis, Character and Characteristics, Theme, Setting Value and Messages, Point of View, Plot

Synopsis
Towers Chandler is an ordinary man living in New York. He earns very little but once every ten weeks, he dresses up and goes for a meal at one of the best restaurants in the city. On one of his nights out, a girl named Marian bumps into him on the street and falls, hurting her foot. Chandler invites him for dinner. They talk and Chandler pretends to be a wealthy man who does not need to work. Marian seems to lose interest in him. After dinner, they go their separate ways. At home, Marian and her sister talk about a kinf of man they would like to marry. Marian reveals that she cannot love a rich man who does not to work.

Themes
(1) Appearances versus reality
– The main character in this play-Towers Chandler-dresses like a rich man and dines at an expensive restaurant.In reality he is just a wage earner.
– Chandler meets Marian who is wearingan old hat and a cheap coat. He thinks she is just as shop girl. In reality,Marian is from a rich family with a maid and chauffeur.

(2) The importance of character
– Marian is a from a rich family, and she she is expected to marry someone equally rich. However,she feels that she can only love a man who does some kind of work, and not a rich loafer.
– If Chandler had been truthful with Marian, she would let herself fall in love with him. Unfortunately,Chanler’s dishonesty causes them to miss the chance of true love.

Characters
Main : Tower Chandler, Jeff White, Marian
Minor : Mrs Black, Sissie,Marie

Moral Values
Honesty, prudence, contentment
Setting
Physical : new York
Time : E 20th century
Social : American urban society

Language and Style
– simple and direct, repetition, irony, comparison and contrast,symbolism

Messages
– Appearance can be deceiving
– Be yourself
– Character is more important than wealth

Point of View
– Third person omniscient

Plot
(1) Exposition
Towers Chandler is all dressed up like a rich man for a night out. He meets his friend, Jeff White, and tells him about his habit of saving one dollar a week so that he can enjoy the lifestyle of the rich once every ten weeks.

(2) Rising Action
A girl dressed in an old hat and cheap coat knocks intoChandler and falls, hurting her foot. Chandler invites her to have dinner with him. The girl, Marian, asks Chandler what he does. Chandler pretends to be rich and tells her he does not work. Marian loses interest in Chandler and they go their separate ways. Chandler disappointed and regrets not telling Marian the truth.

(3) Climax
Marian return home and gets a scolding from her sister for disappearing for two hous. It is reavealed that Marian is a from rich family.

(4) Fallng Action
Marian talks about her wish to marry a man who has important work to do even if he were poor.

(5) Resolution
Marian thinks Chandler is just another rich man and says that she cannot love a man like him even though he is attractive and kind.

Drama A Night Out: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 2

Categories
Drama

Drama Mahkamah

Drama Mahkamah: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih.

Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Pendakwa raya menyatakan bahawa seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu.

Nenek tersebut tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah. Malah, nenek tua itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bahawa pernyataan tersebut benar. Bulat bin Leper tetap tidak mahu mengaku. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang seolah-olah cuba menekan anak guamnya.

Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang berangan. Kulit pisang itu dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak. Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, tindakan membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik Bulat bin Leper. Malah, Bulat bin Leper telah menunjukkan contoh yang baik.

Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga kulit pisang tersebut tercampak ke jalan raya. Oleh sebab kambing tersebut terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak nampak kulit pisang sehingga kulit pisang itu terkais ke atas jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Yang bersalah ialah kambing yang kurus itu. Oleh itu, kambing tersebutlah yang perlu dihukum bukannya Bulat bin Leper. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.

Pendakwa raya pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakwa raya. Peguam bela menyatakan bahawa setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan empunya kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah kecuali hakim ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa Raya memberi penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.

Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya.

Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.

Tema
Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.

Persoalan
(a) Kemiskinan menghalang seseorang itu mengambil peguam untuk membela dirinya.
(b) Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun
(c) Kehidupan golongan yang terlibat dengan kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti kehidupan orang biasa.
(d) Isu bahasa Melayu di mahkamah.
(e) Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.

Watak dan Perwatakan
Hakim
(a) Golongan intelektual.
(b) Pandai bergurau.
(c) Adil dan saksama.
(d) Amanah dalam menjalankan tugas.

Pendakwa raya
(a) Golongan intelektual.
(b) Tegas dengan hujahnya.
(c) Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.

Peguam bela
(a) Tegas.
(b) Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
(c) Sanggup berkhidmat secara percuma untuk orang susah.
(d) Yakin ketika berhujah.

Tertuduh I (Bulat bin Leper)
(a) Orang miskin.
(b) Dituduh membunuh nenek tua.
(c) Berani berdepan dengan pendakwa raya.
(d) Seorang yang bertanggungjawab.

Tertuduh II (Akikino-komokotoko)
(a) Dipanggil Akinomoto.
(b) Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
(c) Tidak fasih berbahasa Melayu.
(d) Prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.

Binaan Plot
(a) Permulaan – Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Peguam bela diberi tempoh seminit untuk berunding dengan anak guamnya.

(b) Perkembangan – Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

(c) Klimaks – Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa raya memberikan penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya.

(d) Peleraian – Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.

Teknik Plot
(a) Dialog. (b) Pemerian.

Latar Tempat
a) Mahkamah
b) Taman Gagak Putih
c) Stor JKK ulu Dungun

Latar Masa
a) Waktu pagi
b) 10 Januari 1988
c) 20 Mac 1988
d) 1 Minit
e) 2 Minit

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat intelektual.
(b) Masyarakat yang hidup miskin.
(c) Masyarakat yang baik hati.
(d) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan.

Unsur Gaya Bahasa
(a) Penggunaan bahasa Inggeris. Contohnya, The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysians World.
(b) Peribahasa. Contohnya, Malang tak berbau.
(c) Sinkope. Contohnya, Oh, itu tak jadi masalah; tapi sikit saja, tau.

Nilai
a) Keadilan
b) Tanggungjawab
c) Ketegasan
d) Keyakinan
e) Rasional
f) Simpati
g) Keberanian
h) Keprihatinan

Pengajaran
(a) Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
(c) Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan miskin.
(d) Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas.
(e) Kita mestilah menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi.
(f) Kita mestilah berani kerana benar.

Drama Mahkamah: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 2

Categories
Drama

Drama Hadiah

Drama Hadiah: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Drama Hadiah
Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar berdepan dengan kesempitan hidup. Dia dan dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa bergantung hidup dengan bapanya, Pak Mail seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu, Yati yang belajar di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka dan duduk di asrama mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Hal ini demikian kerana Yati masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit.

Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah tentang nasib hidup keluarga mereka, Yati pun sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Pak Mail mengatakan bahawa dia telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung dengan masalah mereka. Yati memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah memaklumkan masalahnya kepada pengetua. Selepas itu, Yati masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah meneruskan perbualan mereka dua beranak.

Tiba-Tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau adalah untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu, Encik Musa pun menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anak-anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek itu, Encik Musa dan Datuk Penghulu ingin pulang. Tiba-tiba, Yati muncul. Pak Mail memberitahu Yati bahawa dia akan dihantar ke asrama semula dan meminta Yati belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada datuknya adakah dia boleh belajar semula. Encik Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar belajar rajin-rajin. Kemudian Encik Musa minta diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan ucapan terima kasih. Pak Mail menghantar Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.

Tema
Kesempitan hidup.

Persoalan
(a) Kesedihan dan kesempitan hidup akibat kematian suami.
(b) Kasih sayang bapa yang sanggup memelihara anaknya yang kematian suami.
(c) Tanggungjawab seorang ketua yang sanggup membantu anak buahnya yang susah.
(d) Keprihatinan kerajaan akan nasib keluarga kakitangannya yang menghadapi musibah menerusi pemberian bantuan.
(e) Berfikiran positif dan reda terhadap nasib diri.

Watak dan Perwatakan
Pak Mail
(a) Bapa kepada Fauziah.
(b) Mempunyai dua orang cucu, iaitu Hayati dan Farid.
(c) Bertanggungjawab.
(d) Gigih membantu anak dan cucunya yang susah.
(e) Pandai memberikan nasihat.
(f) Seorang yang bersopan santun.

Hayati
(a) Murid sekolah.
(b) Anak yang bersopan santun.
(c) Seorang yang berterus terang.
(d) Berani membuat keputusan.

Fauziah
(a) Balu kepada Sarjan Akhbar.
(b) Mempunyai dua orang anak.
(c) Penyedih.

Latar Masa
(a) Lebih kurang dua bulan.
(b) Hari ini.
(c) Waktu petang.

Latar Tempat
(a) Di ruang tamu rumah Pak Mail.
(b) Di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
(c) Di pintu rumah Pak Mail.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat ibu tunggal yang memelihara anaknya tanpa suami.
(b) Masyarakat perajurit yang sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan tanah air.
(c) Masyarakat yang terdiri daripada golongan tua yang sudah berpencen.
(d) Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak buahnya.
(e) Masyarakat pelajar.

Plot – Binaan Plot
(a) Permulaan – Fauziah membaca surat anaknya, Yati yang bersekolah dan tinggal di asrama Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka. Dalam surat itu, Yati memberitahu bahawa dia akan pulang ke rumah kerana tidak mahu menambah masalah kewangan keluarga mereka.

(b) Perkembangan – Pak Mail, iaitu datuk Yati datang dari dapur dan berbual-bual akan nasib keluarga Fauziah. Pak Mail mengatakan bahawa kesempitan hidup yang dihadapi telah dibincang dengan Datuk Penghulu. Yati yang baru pulang dari asrama bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Yati menjelaskan bahawa dia telah menceritakan masalah kehidupannya kepada pengetua. Kemudian, Yati masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah menyambung semula perbualan mereka tentang kematian Sarjan Akhbar. Fauziah kehilangan suami, dia kehilangan menantu, dan Sarjan Akhbar tidak sempat melihat anak bongsunya, Farid. Namun begitu Pak Mail bangga kerana Sarjan Akhbar mati sebagai seorang pahlawan.

(c) Klimaks – Datuk Penghulu datang bersama-sama Encik Musa, iaitu pegawai daripada Kementerian Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa beliau ada tugas datang ke rumah Pak Mail.

(d) Peleraian – Encik Musa menyampaikan penghargaan berupa cek bernilai sepuluh ribu ringgit kepada Fauziah sebagai balu Sarjan Akhbar. Pak Mail memberitahu Yati bahawa Yati boleh bersekolah semula.

Plot – Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Saspens.
(e) Imbas muka.

Gaya Bahasa
(a) Bahasa Indonesia. Contohnya, beres.
(b) Bahasa Arab. Contohnya, ikhtiar.
(c) Bahasa istana. Contohnya, bonda; ayahanda; anakanda.
(d) Hiperbola. Contohnya, Fauziah menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan bahunya bergoncang.
(e) Perulangan perkataan. Contohnya, PAK MAIL : Ha, itu pun Yati! Yati, esok datuk akan hantar Yati ke asrama semula. Yati mesti belajar rajin-rajin.
(f) Peribahasa. Contohnya, Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah; menegakkan benang yang basah; masuk campur.

Nilai
(a) Bertanggungjawab.
(b) Pasrah.
(c) Keprihatinan.
(d) Kesopanan.
(e) Kejujuran.

Pengajaran
(a) Kita harus bertanggungjawab terhadap amanah supaya kita berdosa.
(b) Kita harus reda dengan nasib kehidupan kita.
(c) Kita mesti prihatin akan nasib orang di bawah tanggungjawab kita agar mereka terbela.
(d) Kita mesti bersopan santun terhadap orang lain.
(e) Kita mesti bersikap jujur supaya tidak berlaku salah faham.

Drama Hadiah: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1