Categories
Cerpen

Cerpen Hipertensi

Cerpen Hipertensi: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.

Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

TEMA
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang penuh cabaran. Mindanya sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil yang merupakan watak utama sering berhalusinasi sebagai seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa berangan-angan tidak kira tempat sama ada ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Dia pernah membayangkan bahawa dirinya sudah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun dia sering berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan membiarkan angan-angannya menjadi seperti angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-angan tentang kehebatannya dalam bidang aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia bukan sahaja membayangkan bahawa dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

PERSOALAN
1. Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar.

2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik.

3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling
Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya.

4. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.

5. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga
Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah.

6. Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar
Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan.

7. Persoalan kepentingan prinsip hidup
Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

8. Persoalan kasih sayang seorang ibu
Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.

GAYA BAHASA
1. Anafora – Tidakada udara. Tidak ada air.
2. Epifora – Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak berlaku juga ada.
3. Metafora – kalendar waktu, dedaun kemaafan, tasik hati.
4. Sinkope – ku, mu, tak.
5. Personifikasi – lereng bukit yang sudah tempang, sang suria terus setia memancarkan cahayanya.
6. Simile – hatinya seteguh karang, terlompat-lompat macam beruk, terhampar persis Sahara.
7. Bahasa pinjaman – graviti, planet, orbit, genius, formula, halusinasi, futuristik.
8. Bahasa Arab – Ilahi.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mendalami sesuatu ilmu dengan bersungguh-sungguh.
2. Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan masalah atau cabaran.
3. Kita sewajarnya bertindak berdasarkan pemikiran yang rasional.
4. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
5. Kita sepatutnya menerima teguran ibu bapa sebagai tanda hormat.
6. Kita janganlah bersikap angkuh akan kelebihan yang dimiliki.
7. Kita hendaklah memupuk kasih sayang dalam keluarga agar hidup lebih harmoni.

NILAI
1. Nilai kebijaksanaan – Aiman dan rakan-rakannya bijak kerana mempunyai IQ yang tinggi.
2. Nilai kasih sayang – Ibu Aiman sayang akan Aiman dan adik-adiknya.
3. Nilai keprihatinan – Babah dan ibu Aiman prihatin akan tindakannya yang memanjat pokok kelapa dara kerana berangan-anagn ke angkasa lepas dengan menyediakan tilam.
4. Nilai kegigihan – Aiman gigih menempuhi detik-detik di stesen angkasa lepas walaupun sekadar berangan-angan.
5. Nilai keberanian – Aiman berani memanjat pokok kelapa dara hingga ke pucuk kerana membayangkan dirinya menaiki kapal Soyuz.
6. Nilai keinsafan – Aiman insaf setelah mendengar bisikan yang menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Aiman Aqil
1. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.
2. Dia murid yang pintar sehingga digelar profesor kerana mempunyai IQ yang tinggi.
3. Aiman bongkak akan kepintarannya. Dia sering menyindir adik-adik dan rakannya ketika mereka membuat kerja sekolah.
4. Dia juga bersikap degil kerana tidak mengendahkan teguran guru apabila mengganggu rakan di kelas.
5. Aiman suka memberontak kerana tertekan dengan sikap dan layanan bapanya yang garang.
6. Dia seorang yang pendendam, iaitu menyimpan dendam terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.
7. Aiman seorang yang bercita-cita tinggi iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan seperti Neil Armstrong.
8. Aiman suka berhalusinasi dan membayangkan dirinya seorang angkasawan.

WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN
Babah (Bapa Aiman)

1. Bapa Aiman yang bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
2. Dia seorang yang bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anak di rumahnya.
3. Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu pernah menampar dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu.
4. Bapa Aiman juga seorang yang penyayang, iaitu dia berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latiahn intensif dan terapi.
5. Selain itu, dia seorang yang mementingkan pelajaran kerana telah merotan Aiman setelah mendapat tahu Aiman ponteng sekolah.

Ibu Aiman
1. Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
2. Dia seorang yang penyayang. Contohnya, dia berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
3. Dia seorang isteri yang taat dan patuh kepada suami. Ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman.
4. Dia juga seorang yang penyabar, iaitu tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.

Cikgu Faridah
1. Seorang guru Sains di sekolah Aiman.
2. Dia seorang yang dedikasi ketika mengajar apabila bersungguh-sungguh menerangkan sesuatu ketika mengajar di dalam kelas.
3. Dia seorang yang cepat marah. Contohnya, wajah berubah apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan.
4. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi muridnya. Dia menggelar Aiman sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikannya.

Latar Tempat
1. Hadapan sebuah bukit – Aiman melihat sebuah banglo ditimpa tanah runtuh.
2. Dalam kelas – Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan dengan Teori Graviti.
3. Rumah keluarga Aiman – Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Di rumah juga Aiman dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana suka menimbulkan masalah.
4. Planet bulan – ketika berhalusinasi, Aiman membayangkan dirinya sampai di bulan setelah berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Latar Masa
1. Zaman moden – sudah wujud Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan menjalankan ujian.
2. Waktu tengah hari – Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari.
3. Waktu siang – Aiman mendongak ke langit dan ternampak awan berarak.
4. Zaman remaja – zaman persekolahan Aiman, adik-adiknya dan rakan-rakannya yang lain.
5. Sepanjang minggu – tempoh Aiman ponteng kelas kerana lebam-lebam di pinggul.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat remaja yang pintar dan bercita-cita tinggi. Aiman Aqil murid yang pintar dan mempunyai cita-cita menjadi seorang angkasawan.
2. Masyarakat guru yang mendidik anak bangsa. Cikgu Faridah yang bekerja sebagai guru mendidik murid-muridnya dengan dedikasi.
3. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Babah menegur Aiman apabila mengganggu adik-adiknya membuat kerja sekolah. Babah juga marah kepada Aiman yang ponteng sekolah.
4. Masyarakat golongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Babah mempunyai pendidikan berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal manakala ibu Aiman seorang saintis dalam bidang geologi.
5. Masyarakat golongan ibu bapa yang tegas mendidik anak. Babah tegas menjaga disiplin anak-anaknya dengan memukul Aiman kerana suka melawan dan memberontak.
6. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Aiman tidak suka melihat lereng-lereng bukit berhampiran rumahnya terancam.

PLOT
Permulaan
1. Aiman merenung lereng bukit dari celah jemarinya.
2. Lereng bukit itu terhakis dan runtuh menimpa sebuah banglo.
3. Dia teringat dan teori graviti dan suasana di kelas ketika Cikgu Faridah mengajarnya.

Perkembangan
1. Suasana di dalam kelas sewaktu Aiman dan rakan sekelasnya belajar.
2. Cikgu Faridah mengelarnya profesor disebabkan kepintarannya, ketinggian daya berfikirnya dan kematangannya berbanding dengan murid-murid yang lain.
3. Walaupun Aiman bijak, tetapi dia suka memberontak dan bersikap angkuh. Dia menganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja sekolah. Dia juga memandang rendah kepada rakannya yang gagal menjawab soalan.
4. Aiman dipanggil oleh pengetua kerana menimbulkan masalah di sekolah.

Perumitan
1. Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibunya tidak berani menghalang.
2. Ketika dirotan, Aiman berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia.
3. Kemudian dia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan seterusnya ke bulan.
4. Setelah melihat persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman berasa sangat terasing dan mahu segera pulang.
5. Aiman yang berangan-angan ke angkasa lepas berada di pucuk kelapa dara.

Klimaks
1. Dia berharap ibu dan ayahnya menyambut kepulangannya dengan gembira.
2. Aiman berasa sedih kerana keluarganya tidak harmonis disebabkan sikap garang dan bengis ayahnya.
Peleraian
1. Aiman teringatkan bisikan ghaib yang mengajaknya mendekati Ilahi.
2. Aiman berdoa dengan penuh harapan ke hadrat Ilahi tatkala melihat kemusnahan lereng-lereng bukit.
3. Dia insaf dan bertekad untuk terus berusaha mencapai impiannya.

TEKNIK PLOT
1. Teknik Pemerian – pengarang memerihalkan keadaan Aiman Aqil sewaktu dia dilahirkan di bilik bersalin.
2. Teknik dialog – perbualan antara Aiman dengan Cikgu Faridah di dalam kelas berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton.
3. Teknik monolog dalaman – Aiman bercakap dalam hati sama ada dia selamat berlepas dan mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa kelak atau sebaliknya.
4. Teknik imbas kembali – Aiman teringat akan pengajaran Cikgu Faridah di kelas berhubung dengan Teori Graviti.
5. Teknik Kejutan – kedegilan Aiman yang berterusan mengganggu rakan sekelasnya hingga dia dirotan oleh bapanya juga menimbulkan kejutan kepada pembaca kerana tindakan keras bapanya itu.
6. Teknik saspens – peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman dengan Cikgu Faridah benar-benar menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca.

Cerpen Hipertensi: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen Gerhana Manusia: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Cerpen Gerhana Manusia
Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.

Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.

Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.

Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin (seakan-akan darah).

Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100 ribu. Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.

LATAR TEMPAT
Hospital Nusia

Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi berkerja untuk memastikan pesakit sembuh

Unit Rawatan Rapi
Tuan Besar Musa dan beberapa orang pesakit yang sedang koma dirawat

Makmal darah
Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal darah untuk mengambil darah dan diberikan kepada empat orang yang sedang koma

NILAI
Bertanggungjawab
Doktor Murni dan Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat

Keprihatinan
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah

Baik hati
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi

Keberanian
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain

TEMA
Sikap mementingkan ganjaran sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
Profesor Doktor Juaidi mementingkan ganjaran dalam melaksanakan tanggung jawabnya sehingga mengabaikan nilai kemanusian terhadap pesakit di hospitalnya

PERSOALAN
Persoalan bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat

Persoalan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa orang lain
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah

Persoalan berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi

Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain

WATAK DAN PERWATAKAN
1. Doktor Murni
Seorang yang bertanggung jawab menjalankan tugas
Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat

Seorang yang prihatin
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah

Seorang yang baik hati
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi

Seorang yang berani membuat keputusan
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain

2. Nusia
Seorang yang bertanggung jawab menjalankan tugas
Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat

Seorang yang prihatin
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang bertanggung jawab menjalankan tugas
Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat

Masyarakat yang prihatin terhadap orang lain
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah

Masyarakat yang baik hati terhadap orang lain.
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi

Masyarakat yang berani membuat keputusan
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain

PENGAJARAN
Kita perlulah bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat

Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah

Kita mestilah berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi

Kita perlulah berani membuat keputusan
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain

Cerpen Gerhana Manusia: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.

Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.

TEKNIK PLOT
1. Teknik dialog – Contohnya, dialog antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra. Ahmad Mutawakkil berasa terhutang budi atas kesudian Sandra mengajarnya menulis dan membaca.

2. Teknik imbas kembali – Contohnya, penulis mengimbas kembali peristiwa kedatangan sebuah keluarga Orang Putih ke kampungnya.

3. Teknik imbas muka – Contohnya, penulis membayangkan ketiadaan Sandra, anak gadis Tuan Booth pada malam penyampaian pidato oleh Ahmad Mutawakkil di kampungnya berkemungkinan disebabkan faktor kesihatan atau faktor merajuk.

4. Teknik kejutan – contohnya, kemunculan Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah di pintu surau pada permulaan cerita menimbulkan kejutan kepada pembaca sedangkan dialah watak utama dalam cerpen ini.

5. Teknik monolog dalaman – Contohnya, penulis melahirkan rasa kesyukuran dalam hatinya atas dua perkara walaupun ketika itu Jepun sedang menjajah negerinya.

6. Teknik pemerian – contohnya, penulis memerihalkan keadaan Ahmad Mutawakkil sewaktu dia muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya.

7. Teknik saspens – contohnya, peristiwa kemaraan askar Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah menimbulkan tanda tanya kepada pembaca tentang nasib penduduk kampung penulis.

TEMA
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rasyid Ahmad) memaparkan tema perjuangan menentang penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.

PERSOALAN
1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah.

2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih.

3. Persoalan kesan kedatangan penjajah
Contoh: Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang.

4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya.

5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

6. Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Ahmad Mutawakkil

1. Anak Wak Sadir.
2. Yatim piatu.
3. Anak angkat Imam Ngah Deraman.
4. Bekerja di banglo estet Tuan Booth sehingga dia pandai membaca dan menulis serta bercakap dalam bahasa Inggeris setelah diajar oleh Sandra.
5. Ahmad Mutawakkil nasionalis dan aktif dalam parti. Dia berjuang menentang Inggeris secara terbuka melalui pidato dan ceramah.
6. Dia mempunyai kewibawaan dan sangat berpengaruh serta dihormati oleh penduduk kampungnya. Ketika berusia 24 tahun, dia terpilih sebagai pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
7. Dia pemuda yang berani kerana tidak gentar akan ancaman komunis yang mengugutnya.
8. Seorang yang berbudi bahasa kerana menyantuni keluarga Tuan Booth yang banyak berjasa kepadanya.
9. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil mati akibat ditembak oleh komunis. Watak sampingan

Imam Ngah Deraman
1. Imam surau di kampung.
2. Bapa angkat Ahmad Mutawakkil.
3. Seorang yang penyayang – sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu.
4. Seorang yang taat akan agama – menunaikan solat berjemaah dengan penduduk kampung setiap waktu solat.
5. Dia seorang yang prihatin – sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil.

Sandra
1. Anak gadis Tuan Booth.
2. Seorang gadis bermata biru dan berambut perang.
3. Fasih berbahasa Melayu.
4. Sandra tidak kedekut ilmu – mengajar Ahmad Mutawakkil membaca dan menulis serta berbahasa Inggeris.
5. Dia mempunyai perasaan terhadap Ahmad Mutawakkil – kecewa apabila Ahmad Mutawakkil jarang hadir ke majlis di banglo bapanya.
6. Seorang yang prihatin – ambil berat tentang kehilangan Ahmad Mutawakkil.
7. Dia membuka kelas dan mengajar anak-anak kampung selepas setahun negara mencapai kemerdekaan.

Tuan Booth
1. Berbangsa Inggeris.
2. Tuan punya estet getah.
3. Peramah – mesra dengan penduduk kampung.
4. Baik hati – turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil yang hilang.

LATAR MASA
1. Zaman penjajahan – penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.
2. Zaman pendudukan Jepun – Jepun menakluki Tanah Melayu dengan melakukan pelbagai kezaliman.
3. Zaman darurat – komunis bermaharajalela di seluruh negara sehingga diisytiharkan perintah darurat.
4. Zaman selepas merdeka – Sandra kembali ke kampung itu selepas setahun negara ini merdeka.
5. Malam – waktu yang sering menjadi tumpuan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap membincangkan berita yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil. Waktu Ahmad Mutawakkil menghembuskan nafas terakhir.
6. Tengah hari – waktu Ahmad Mutawakkil tiba di kampung.

LATAR TEMPAT
1. Surau – tempat penduduk kampung menunaikan solat berjemaah.
2. Banglo – tempat Tuan Booth sekeluarga tinggal. Juga tempat Ahmad Mutawakkil menumpang nasib.
3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput – tiga serangan berkembar yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris.
4. England – tempat asal keluarga Tuan Booth.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yan berbudi bahasa – Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan penduduk kampung.

2. Masyarakat petani – penduduk kampung menanam pisang, ubi kayu dan keledek.

3. Masyarakat yang taat akan perintah agama – Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap dan jemaah kampung selalu menunaikan solat jemaah di surau kampung.

4. Masyarakat yang kejam dan zalim – golongan ini diwakili oleh kumpulan komunis yang bertindak kejam terhadap sesiapa sahaja yang menentang perjuangan mereka.

5. Masyarakat peneroka Inggeris – Tuan Booth datang ke kampung itu lalu membuka estet getah.

6. Masyarakat yang bekerjasama – penduduk kampung dan Tuan Booth bekerjasama meredah belukar di seluruh pelosok kampung kerana mencari Ahmad Mutawakkil.

7. Masyarakat yang cinta akan negara – Ahmad Mutawakkil sentiasa bersemangat dalam memperjuangkan rasa cinta akan negara melalui ceramah dan penulisannya.

GAYA BAHASA
1. Inversi – perlahan dan sangat rengsa bunyinya (bunyinya perlahan dan sangat rengsa)
2. Personifikasi – diratah dan dirobek peluru , setiap mata kami yang hadir tetap liar menyelinap…
3. Simile – laksana lampu ayan, darah membuak-buak bagai mata air
4. Bahasa Arab – alhamdulillah
5. Sinkope – ku, tak, mu
6. Hiperbola – kami masih keras membatu, nyala semangat dalam bola matanya.
7. Metafora – ambang maut, bahang kemerdekaan
8. Peribahasa – orang berbudi kita berbahasa, macam kera mendapat bunga.

NILAI
1. Keberanian – Ahmad Mutawakkil berani menyampaikan pidato kemerdekaan kepada penduduk kampung.
2. Kebijaksanaan – Ahmad Mutawakkil bijak menulis dan berbahasa Inggeris.
3. Hormat-menghormati – Tuan Booth hormat akan budaya penduduk tempatan.
4. Kesyukuran – penduduk kampung berasa bersyukur kerana kawasan mereka terpencil dan tidak menjadi sasaran peperangan.
5. Kerajinan – penduduk kampung rajin mengusahakan tanaman pisang, ubi kayu dan keledek.
6. Ketaatan – Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap dan jemaah kampung taat akan perintah Allah dengan menunaikan sembahyang berjemaah di surau kampung.
7. Patriotisme – Ahmad Mutawakkil berjiwa patriotik sehingga sanggup memperjuangkan kemerdekaan dalam pelbagai cara.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai rasa cinta akan negara dengan memastikan negara berada dalam keadaan aman dan merdeka.
2. Kita hendaklah saling menghormati sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan keharmonian hidup.
3. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan mempamerkan peribadi yang baik agar dihormati serta disenangi orang.
4. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat meningkatkan pengetahuan.
5. Kita hendaklah saling bekerjasama demi menjayakan sesuatu tindakan.
6. Kita hendaklah sanggup berkorban demi memperjuangkan hak bangsa dan negara.

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen Munsyi: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Cerpen Munsyi
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.

Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.

Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

TEMA Cerpen Munsyi
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

PERSOALAN Cerpen Munsyi
1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.

3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.

4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.

5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

Plot
Permulaan

Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.

Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada ‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini. Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini. Ibu menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga membaca membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’ Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk membaiki taraf hidup saya. ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi. Di Bandar ,’saya’ dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai murni dan batas kehidupan. ‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Klimaks
Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.

Peleraian
Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog – “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
2. Imbas kembali – Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
3. Imbas muka. – Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4. Pemerian. Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu. Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
5. Kejutan. Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
6. Saspens. Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

WATAK DAN PERWATAKAN
1. Watak utama – ‘Saya’
 Seorang yang taat -‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
 Seorang yang amanah. -‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
 Seorang yang gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
 Seorang yang tidak mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

2. Watak sampingan
Bonda ‘saya’
 Seorang yang berpengetahuan luas. -Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
 Seorang yang bersifat patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
 Seorang yang amat memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya. Munsyi
 Kawan lama bonda.
 Seorang yang cinta akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
 Seorang yang mengalu-alukan tetamu. -Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.

LATAR
Latar Masa

1. Zaman pemerintahan penjajah – Penjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah.
2. Zaman selepas merdeka – Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.

Latar Tempat
1. Di Kampung -Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota.
2. Di kota -‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota -Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung. -‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.

2. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.

3. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.

4. Masyarakat yang cekal dan berani. – Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda – Zaman- berzaman.
2. Metafora. – Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa. -Bahasa jiwa bangsa
4. Simile – Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
5. Hiperbola -Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

NILAI
1. Patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
4. Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar

2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

3. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.

4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Cerpen Munsyi: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 4

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen Kaduk Ayam Dan Raja: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Cerpen Kaduk Ayam Dan Raja
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.

Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

PERSOALAN
1. Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

2. Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

3. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

4. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina reban ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.

2. Dialog – “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam

3. Imbas muka – Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial.”

4. Imbas kembali – “Kau ingat kan , tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”

5. Kejutan – Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.

Plot
Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam dengan raja. Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang sebenarnya miliknya sendiri.

Perkembangan
Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya. Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut keluarganya itu. Usaha Hakim berjaya.Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untuk melialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialah pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun bermula.Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam melalui jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.

Klimaks
Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam kepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.

Peleraian
Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang terpaksa akur pada golongan yang berkuasa.

LATAR
Latar Masa

1. Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
2. Zaman selepas merdeka. Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.
3. Dalam masa setahun. Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan penternakan ayamnya.

Latar Tempat
1. Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.
2. Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.
3. Kampung. Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.
4. Universiti. Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di university yang sama.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.

2. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.

3. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

4. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.

WATAK DAN PERWATAKAN
1. Hakim
 Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.
 Seorang yang berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
 Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
 Seorang yang tabah menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
 Seorang yang rajin menuntut ilmu. Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. Azam
 Sahabat baik Hakim semasa di universiti.
 Seorang yang suka membantu orang lain. Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.
 Seorang yang rajin menuntut ilmu. Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya.
 Seorang yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.

3. Kaduk
 Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.
 Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.
 Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.

4. Raja
 Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.
 Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.

GAYA BAHASA
1. Sinkope – kau, ku
2. Pengulangan kata – Sebagai contohnya: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.
3. Kata ganda – Sebagai contohnya: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-tanah.
4. Bahasa Arab – Sebagai contoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah Bahasa Inggeris – Sebagai contoh Global Chicken
5. Simile – Sebagai contoh : Bank akan merampas tanahku tak ubah seperti raja merampas tanah datuk ku dahulu.
6. Personifikasi. Sebagai contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.

NILAI
1. Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.
2. Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
3. Nilai kegigihan. Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.
4. Nilai keprihatinan. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
5. Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk Hakim.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain. Sebagai contoh Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.

2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.

3. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.

4. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.

5. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 4

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukkan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya. Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.

Aku mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya. Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin.

Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat. Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku.

Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

TEMA
Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.

PERSOALAN
1. Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.

2. Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.

3. Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.

4. Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.

5. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Plot
1. Permulaan
Aku mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke negara Turki. Dengan berbekalkan AS$400 yang bersamaan dengan RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin dibeli. Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-mara, kawan pejabat dan kenalan rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai membeli beberapa buah buku terbitan Turki.

2. Perkembangan
Aku mengisahkan bagaimana dia terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima lawatannya ke Turki. Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum sampai di Istanbul, Aku telah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah mendapatkan cenderamata yang popular dan unik.

3. Klimaks
Aku disapa oleh seorang lelaki berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari sebuah kedai jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk membelinya tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan ditipu oleh penjualnya. Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket kulit itu dan mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar kemampuannya. Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku berasa tersentak dengan sikap pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa terkilan kerana tertipu dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh pekedai Turki itu.

4. Peleraian
Sewaktu beratur untuk menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun apabila dicubanya, jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan mengurangkan AS$20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang berjaya menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin. Akhirnya kegembiraannya itu ingin dikongsi dengan orang lain iaitu dengan berhasrat menjual jaket tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.

TEKNIK PLOT
1. Imbas Muka
Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di situ.

2. Imbas Kembali
Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja.

3. Saspens
Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin :melangkah keluar tetapi dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.

4. Monolog
Contoh: Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat menggembirakan Shahmeem?

5. Dialog
Contoh: “Dah beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah. “Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg plastiknya.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama – Aku ( Mas )
1. Seseorang gemar membaca. – Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.

2. Baik dan murah hati. – Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira.

3. Berbudi bahasa. – Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.

4. Tidak boros berbelanja. – Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.

5. Sayang akan haiwan. – Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.

6. Bersederhana apabila berbelanja. – Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukkan.

Watak Sampingan
1. Pekedai Turki
 Pemuda berkulit putih, mempunyai kumis. (misai)
 Fasih berbahasa Inggeris.- Pekedai Turki berbahasa Inggeris apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
 Peramah dan mesra :Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.
 Tidak berputus asa. Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.
 Pandai mengambil hati :Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.
 Cepat marah :Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya walaupun telah mencubanya.

2. Polis Turki
 Lelaki dewasa, bertubuh tegap, berbaju T dan berseluar panjang
 Berwajah serius –Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.

3. Shahmeem
 Kawan kepada Aku
 Mudah terpengaruh :Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
 Murah hati :Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.

LATAR
Latar Tempat.

1. Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
2. Kedai menjual jaket kulit –tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
3. Pigeon Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
4. Gunung Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta.
5. Masjid Ulu – Aku bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
6. Masjid Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.
7. Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
8. Terminal feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar Masa
1. Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
2. Siang –Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
2. Masyarakat yang berkerjaya untuk menampung kehidupan seharian. Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.
3. Masyarakat tidak berkemampuan. -Wanita tua yang menjual makanan burung dan remaja kurus serta lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap,
4. Masyarakat yang suka melancong. -Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara Turki.
5. Masyarakat yang suka akan kemewahan. -Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
6. Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan. -Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda – cenderamata untuk pensyarah-pensyarahyang banyak berjasa membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana
2. Bahasa Asing – a) bahasa inggeris (“Hello lady! …. “ , “Please… “ bahasa Arab. – Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat
3. Sinkope – ‘Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah ke?”

NILAI
1. Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannya agar membeli barangan kulitnya.
2. Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
3. Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
4. Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

PENGAJARAN
1. Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian mahupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.

2. Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang. Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

3. Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.

4. Kita patut bersikap prihatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 4

Cerpen

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Cerpen

Cerpen Oren

Cerpen

Cerpen Hadiah

Cerpen

Cerpen Menuai Emas

Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cerpen

Cerpen Kaduk, Ayam Dan Raja

Cerpen

Cerpen Munsyi

Cerpen

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen

Cerpen Gerhana Manusia

Cerpen

Cerpen Hipertensi

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Categories
Cerpen

Cerpen Legasi Tapai Ubi

Cerpen Legasi Tapai Ubi: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Sejak kecil lagi Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti sehinggalah dibawa pada peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyen. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

Tema
Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser.

Persoalan
1. Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.
2. Ketelitian semasa melakukan sesuatu.
3. Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.
4. Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.
5. Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.
6. Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan.

Watak dan Perwatakan
Parjo
 Anak sulung Wak Salikon.
 Penerima Ijazah Kedoktoran.
 Pensyarah universiti.
 Taat akan emak dan bapanya.
 Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
 Tidak melupakan jasa emak dan bapanya.
 Seorang yang teliti.

Wak Salikon
 Bapa Parjo.
 Gigih melakukan pekerjaan.
 Mementingkan pendidikan anak-anak.
 Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya.
 Teliti ketika melakukan kerja.

Emak
 Emak Parjo.
 Gigih membantu suami menjalankan perniagaan tapai.
 Teliti ketika melakukan kerja.
 Prihatin terhadap anak.

Profesor Haidar
 Pensyarah kepada Parjo.
 Berpandangan jauh.

Plot – Binaan Plot
Permulaan
Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

Perkembangan
Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke manara gading.

Klimaks
Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo. Peleraian –
Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang lain, terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Plot – Teknik Plot
1. Dialog.
2. Imbas kembali.
3. Saspens.
4. Kejutan.
5. Pemerian.

Gaya Bahasa
1. Laras bahasa sains
2. Contohnya, bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.
3. Peribahasa. Contohnya, alah bisa tegal biasa.
4. Repetisi. Contohnya, Tapai! Tapai! Tapai!
5. Sinkope. Contohnya, “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!”

Plot – Teknik Plot
Dialog.
Imbas kembali.
Saspens.
Kejutan.
Pemerian.

Latar
Latar Masa

1. Waktu pagi.
2. Selepas sembahyang isyak.
3. Permulaan semester.
4. Enam puluh hari.

Latar Tempat
1. Kantin sekolah.
2. Rumah Wak Salikon.
3. Fakulti perubatan di universiti.
4. Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.
2. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.
3. Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.
4. Masyarakat yang berpandangan jauh.
5. Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.
6. Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan.

Nilai
Kegigihan.
Kerajinan.
Kesyukuran.
Kasih sayang.
Kerjasama.

Pengajaran
1. Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.
2. Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.
3. Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
4. Kita patutlah menghargai jasa ibu bapa.
5. Kita mestilah bijak merebut peluang demi kemajuan.
6. Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain.

Cerpen Legasi Tapai Ubi: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 3

Categories
Cerpen

Cerpen Bawod

Cerpen Bawod: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Cerpen Bawod
Cerpen Bawod mengisahkan hubungan yang akrab antara Beluntung dengan dua ekor haiwan peliharaannya, Tuyog yang merupakan seekor kerbau dan Bawod yang merupakan seekor kambing. Cerita bermula apabila pada suatu petang hujan lebat telah turun di kampung Beluntung menyebabkan air Sungai Layong telah melepasi paras tebing dan menenggelamkan rumput-rumput di halaman rumah Beluntung yang terletak berhampiran sungai itu. Keadaan ini mengundang keresahan di jiwa Beluntung kerana memikirkan keselamatan nyawa dua ekor haiwan peliharaannya, Tuyog dan Bawod. Dalam keadaan hujan yang lebat dan angin yang kencang, Beluntung turun dari rumah untuk mencari dan menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaannya itu daripada mati lemas walaupun tindakannya itu dilarang oleh ibunya. Namun, dia berasa kecewa apabila pencariannya itu tidak berhasil.

Keesokan harinya, pada awal-awal pagi, Beluntung telah turun ke tanah mencari haiwan-haiwan peliharaannya berbekalkan lampu suluh. Namun, Beluntung berasa sedih kerana dia masih gagal menemukan haiwannya itu dan menyangkakan haiwannya itu telah mati lemas. Setelah dia selesai membasuh kakinya di sungai, dia akhirnya menemukan haiwan-haiwan peliharaannya itu berdekatan dengan pokok nangka yang rimbun. Beluntung berusaha memanaskan badan kambingnya, Bawod yang kesejukan dengan menyalakan unggun api dan memberikan kambingnya itu makan pucuk ubi kayu. Akhirnya, kambingnya dapat diselamatkan daripada mati kesejukan.

Beluntung menggunakan khidmat kerbaunya, Tuyog yang ditungganginya setiap hari untuk ke sekolah. Dia terpaksa menggunakan khidmat kerbaunya untuk meredah air sungai yang agak dalam. Sesampainya di sekolah, Beluntung akan menambat kerbaunya, Tuyog pada pohon kelapa di halaman sekolahnya. Beluntung gigih ke sekolah memandangkan dia akan menghadapi peperiksaan darjah enam yang tinggal dua bulan sahaja lagi. Beluntung tekun belajar tatkala Cikgu Rambayut mengajarkan mata pelajaran Ilmu Alam di kelasnya. Sewaktu rehat, Beluntung akan pergi mendapatkan kerbaunya, Tuyog yang tertambat pada pohon kelapa. Beluntung sering menjadi bahan ejekan kawan-kawannya seperti Basil kerana tindakannya membawa kerbau yang ditungganginya, Tuyog ke sekolah. Beluntung tidak mengendahkan usikan dan ejekan kawan-kawannya kerana sememangnya dia amat memerlukan khidmatkerbaunya untuk membawanya ke sekolah disebabkan jalan berlumpur dan beberapa batang sungai perlu diharungi. Seperti biasa, suatu pagi dalam keadaan masih hujan renyai-renyai, Beluntung tekad ke sekolah dengan menunggang kerbaunya, Tuyog dengan memakai baju hujan. Tetapi, pada kali ini, kambingnya, Bawod turut mengekorinya hingga ke sekolah walaupun terpaksa meredah hujan yang lebat dan mengharungi air sungai. Kegigihan Bawod menyuntik suatu semangat kepada Beluntung untuk belajar bersungguh-sungguh demi peperiksaan darjah enam yang kian hampir. Pada waktu rehat, Beluntung menuju ke tempat Bawod dan Tuyog ditambat namun dia melihat kambingnya telah tiada. Rupa-rupanya, kambingnya telah masuk ke dalam bilik darjahnya sehingga menyebabkan dia diusik lagi oleh kawan-kawan sekelasnya. Beluntung menambat kambingnya, Bawod pada sebatang pohon.

Ketika di dalam kelas, Beluntung mendengar suara kerbaunya menguak dan disusuli dengan suara kambingnya. Dia menyangkakan kerbaunya diganggu oleh anjing, tetapi sangkaannya meleset apabila dia mendapati leher kerbaunya telah terjerut tali. Setelah membuka ikatan tali yang melilit leher Tuyog, Beluntung kembali ke kelasnya. Beluntung berasa kesabarannya tercabar apabila Basil telah membuang buku-bukunya ke lantai. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Cikgu Rambuyat meminta Basil memungut buku Beluntung semula dan memohon maaf. Beluntung tidak mahu berkelahi dengan Basil kerana dia bertekad untuk fokus dalam pelajarannya dan menjadi salah seorang pelajar terbaik di SRK Timbang Pasir.

Pada suatu pagi, Beluntung telah menyertai Pesta Lumba Kerbau peringkat Kampung Layong. Dia menunggangi Tuyog ketika menyertai perlumbaan itu. Dia berjaya memenangi perlumbaan itu dengan memperoleh hadiah sebanyak RM10.00. Dia memutuskan untuk membeli seekor kambing lain dengan menggunakan wang kemenangannya itu supaya kambingnya, Bawod mempunyai kawan. Sebelum dia pergi ke Pesta Lumba Kerbau, bapanya berpesan kepadanya agar menambat Bawod pada pohon nangka. Pagi itu, bapa dan ibunya tidak turut pergi ke pesta itu hingga mengundang pertanyaan di hati Beluntung.

Beluntung mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada seminggu yang lalu. Bapanya berasa amat girang apabila Beluntung berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Lebih membanggakan bapanya, hanya dua orang anak Kampung Layong yang mempunyai sijil darjah enam tetapi mereka sekadar lulus sahaja berbanding dengan Beluntung yang lulus dengan cemerlang. Beluntung turut teringat akan kata-kata bapanya perihal dirinya boleh menjadi seorang guru apabila besar kelak.

Beluntung berasa hairan apabila melihat banyak orang kampung berada di rumahnya dan di sungai berhampiran dengan rumahnya selepas dia pulang dari Pesta Lumba Kerbau. Beluntung mencari ibunya di dapur dan mendapati ibunya sedang memasak sambil tertawa riang bersama jiran. Selepas memeluk ibunya, dia mencari bapanya dan mendapati bapanya duduk tenang sahaja sambil sesekali tergelak mendengar perbualan rakan-rakannya di halaman rumah. Beluntung tersenyum apabila bapanya memaklumkan kehadiran ramai orang kampung ke rumah mereka kerana bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran. Namun begitu, Beluntung terkejut hingga menyebabkan dia tersungkur dan pengsan buat seketika akibat tersadung tunggul kayu sewaktu berlari mendapatkan kambingnya. Bawod sudah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri bagi meraikan kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan darjah enam. Beluntung menangis apabila kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabat baiknya itu telah mati disembelih. Orang kampung memujuk Beluntung. Begitu juga dengan bapanya yang memeluk Beluntung dan berasa kesal atas tindakannya yang tidak berbincang lebih dahulu dengan anaknya itu.

Tema Cerpen Bawod
Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.

Persoalan
(a) Kegigihan seorang murid dalam mengejar impian.
(b) Kedaifan hidup di luar bandar bukan suatu penghalang untuk bersaing dalam dunia pendidikan.
(c) Pengorbanan dan kesetiaan antara dua ekor haiwan.
(d) Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan sesebuah keluarga.
(e) Kesetiaan haiwan peliharaan terhadap tuan.

Watak dan Perwatakan
Beluntung
(a) Anak tunggal dalam keluarganya.
(b) Berumur dua belas tahun dan bersekolah dalam darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.
(c) Dia mempunyai dua ekor haiwan peliharaan, iaitu Tuyog dan Bawod.
(d) Penyayang dan prihatin terhadap haiwan peliharaannya.
(e) Bersikap rasional dalam membuat keputusan.
(f) Gigih dalam menuntut ilmu.
(g) Penyabar apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.
(h) Bijak dalam pelajaran.
(i) Seorang yang patuh akan arahan bapanya.

Bawod
(a) Seekor kambing peliharaan Beluntung.
(b) Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau.
(c) Sangat setia kepada tuannya, Beluntung dan kepada Tuyog, seekor kerbau.
(d) Seekor kambing yang penakut akan air hujan dan air sungai.
(e) Bersifat gigih apabila sanggup meredah air sungai.
(f) Bawod menjadi haiwan sembelihan untuk kenduri kesyukuran.

Tuyog
(a) Seekor kerbau peliharaan Beluntung.
(b) Tuyog dijadikan haiwan tunggangan Beluntung ke sekolah pada setiap hari.
(c) Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Bawod, seekor kambing.
(d) Sangat setia kepada tuannya, Beluntung.
(e) Kerbau yang suka berendam dalam air sungai.
(f) Kerbau yang gagah dan pantas berlari.

Gaya Bahasa
(a) Personifikasi. Contohnya, Cahaya itu merayapi kawasan sekitar.
(b) Simile. Contohnya, Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah kelihatan seperti tasik kecil.
(c) Sinkope. Contohnya, Hisyy …, asyik tanya saja.
(d) Inversi. Contohnya, Di hadapannya, Tuyog tertambat pada pohon nangka.
(e) Repetisi. Contohnya, Bawod takut akan air, takut akan hujan.
(f) Peribahasa. Contohnya, Bapa tentu senang hati.

Latar
Latar Tempat

(a) Rumah Beluntung.
(b) Kelas darjah enam.
(c) Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.
(d) Bawah pohon kelapa, halaman sekolah.
(e) Padang Kampung Layong.
(f) Tebing sungai.

Latar Masa
(a) Waktu awal pagi.
(b) Waktu pagi.
(c) Waktu rehat.
(d) Waktu siang.
(e) Seminggu yang lalu.
(f) Dalam tempoh dua bulan.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.
(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.
(c) Masyarakat yang berani menyertai pertandingan walaupun berdepan dengan saingan yang lebih hebat.
(d) Masyarakat pendidik yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas.
(e) Masyarakat kampung yang bermuafakat dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.
(f) Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah.
(g) Masyarakat murid yang gigih dan tekun menuntut ilmu.

Plot Cerpen Bawod
Binaan Plot
(a) Pengenalan
Cerpen ini dimulakan dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan resah apabila haiwan-haiwan peliharaannya, seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong.

(b) Perkembangan
Penulis memerihalkan kisah Beluntung yang gigih ke sekolah dengan menunggang kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam kian hampir.

(c) Perumitan
Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan-kawannya kerana dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, kawan sekelasnya, iaitu Basil telah mencampakkan buku-bukunya ke lantai hingga menyebabkan tercetus pertengkaran kecil.

(d) Klimaks
Beluntung berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Selain itu, Beluntung juga berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Ketika pulang dari Pesta Lumba Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di rumahnya. Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran sebagai meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam.

(e) Peleraian
Beluntung terkejut apabila mendengar Bawod menjerit-jerit. Ketika dia menuju ke arah Bawod itu, kakinya telah tersepak tunggul kayu lalu menyebabkan dia pengsan seketika. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung menangis semahu-mahunya apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kesyukuran itu.

Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Imbas muka.
(e) Kejutan.
(f) Saspens.

Nilai
(a) Berdikari.
(b) Baik hati.
(c) Tanggungjawab.
(d) Kerjasama.
(e) Kebijaksanaan.
(f) Kasih sayang.
(g) Kegigihan.
(h) Keberanian.

Pengajaran
(a) Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan.
(b) Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas kejayaan yang diperoleh.
(c) Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
(d) Kita perlulah rajin dan gigih dalam menuntut ilmu demi kejayaan masa depan.
(e) Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada diri.
(f) Kita hendaklah gigih dalam menempuh sebarang cabaran dan rintangan demi kejayaan masa depan.
(g) Sebagai seorang anak, kita mestilah patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.
(h) Kita mestilah berhemah tinggi dan berbuat baik terhadap jiran sekampung.
(i) Kita mestilah mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan.

Cerpen Bawod: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 3

Categories
Cerpen

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis Cerpen talia dan raksasa qadqad
Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu bermain-main di sempadan huma berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan bapa Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. Isterinya, Misa pula membawa Jini di dalam bakul sandang.

Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang telah meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera.

Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-pembalak di kem berkenaan.

Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja termasuklah Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan Qadqad yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan menaiki sebuah kenderaan.

Talia sekeluarga dan Sidek tiba di kawasan huma. Mereka mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjeit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan kea rah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

Tema dan Persoalan
Tema

Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.

Persoalan
(a) Buat baik akan dibalas baik.
(b) Kasih sayang terhadap keluarga.
(c) Sikap tamak segelintir manusia.
(d) Kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman.
(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
(f) Kepentingan alam semula jadi kepada manusia.

Watak dan Perwatakan
Talia

(a) Seorang budak perempuan kecil berketurunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Berani merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu bapanya.

Raksasa Qadqad
(a) Rupanya mirip katak.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna hijau kuning.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan penduduk kaum asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung tersebut.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang.
(d) Bapa yang bertanggungjawab.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan ahli keluarganya.

Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

Sidek
(a) Bekerja sebagai pemandu kereta api.
(b) Bekerja dengan Binjah.
(c) Baik hati.

Binaan Plot Cerpen talia dan raksasa qadqad
(a) Permulaan – Sewaktu bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan.

(b) Perkembangan – Adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Talia sekeluarga pergi ke bandar. Sewaktu Dodo dan isterinya, hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh Binjah. Dodo memberitahu Binjah tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Binjah memarahi Dodo. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu Binjah tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku.

(c) Klimaks – Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli tersebut. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo.

(d) Peleraian – Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak yang terkorban termasuk Binjah sendiri. Penduduk kampung orang asli itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

Latar Tempat
a) Kawasan Bukit Ungu
b) Rumah Talia
c) Stesen kereta api
d) Kawasan perlombongan
e) Hospital
f) Balai Polis

Latar Masa
(a) Waktu siang.
(b) Waktu tengah hari.
(c) Tiga hari.
(d) Waktu matahari tergelincir.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat orang asli.
(b) Masyarakat yang menyayangi haiwan.
(c) Masyarakat yang tamak dan kejam.
(d) Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi

Unsur Gaya Bahasa
(a) Simile. Contohnya, Gempal macam disumbat air; bagaikan bola bertanduk yang terbang laju; bagai butir gula dihurungi semut manusia.
(b) Personifikasi. Contohnya, ditelan hutan belantara; Matahari mula tergelincir.
(c) Sinkope. Contohnya, Kami ada padi saja; Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu.
(d) Repetisi. Contohnya, “Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut …”
(e) Inversi. Contohnya, Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi.

Nilai dan Pengajaran
Nilai

a) Baik Hati
b) Kasih Sayang
c) Keberanian
d) Kegigihan
e) Tanggungjawab
f) Tolong-menolong

Pengajaran
(a) Kita haruslah bersimpati terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
(b) Kita mestilah menyayangi anggota keluarga kita.
(c) Kita haruslah berani mempertahankan hak kita.
(d) Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang ditimpa kesusahan.
(e) Kita hendaklah menjaga alam semula jadi.

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 2

Categories
Cerpen

Cerpen Banjir Di Mata Emak

Cerpen Banjir Di Mata Emak: Sinopsis, Tema & Persoalan. Watak & Perwatakan, Plot dan Nilai Pengajaran

Sinopsis
Watak “saya” hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu “Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada “Nana” kerana menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Malangnya, abang Nana yang tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung dan tidak menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut.

Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada jawapan. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. “Saya“ membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu.

“Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab panggilan “saya”. Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.

“Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira.

Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Daripada Mak Piah, “saya” mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah. Hal ini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk “saya” lantas mengucapkan terima kasih.

“Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. Selepas makan, “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk.

“Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana.

“Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana amat menyesal.

Tema
Kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.
(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.
(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
(e) Rasa simpati yang wujud dalam diri seseorang.

Watak dan Perwatakan
“Saya”
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Mudah bersimpati.
(e) Baik hati.
(f) Terlalu merindui ibunya.
(g) Mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(h) Sanggup berbohong kerana hendak melihat Mak Piah bahagia.

Mak Piah
(a) Hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) Mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang ibu yang penyayang.
(e) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(f) Kurang pendengaran.
(g) Sangat merindui anak-anaknya.

Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Takut akan suami.
(c) Tidak bertanggungjawab.

Plot – Binaan Plot Cerpen Banjir Di mata emak
(a) Permulaan – “Saya” hendak menelefon temannya, tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada “saya” yang disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini berlaku demikian kerana air banjir sudah naik ke paras dada. Tanpa sempat “saya” memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefon.

(b) Perkembangan – “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri dalam keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Akhirnya, Mak Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi hanya sekejap. Hati “saya” mula resah apabila memikirkan Mak Piah. “Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. “Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi.

(c) Klimaks – “Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum pun sempat “saya” melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian – Anak-anak Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Emak mereka tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.

Latar
Latar Tempat

(a) Kampung. (c) Rumah Mak Piah.
(b) Rumah “saya”. (d) Tanah perkuburan.

Latar Masa
(a) Empat hari empat malam (d) Lima hari.
(b) Ketika banjir (e) Selepas banjir.
(c) Waktu zuhur (f) Waktu pagi.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin.
(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang.
(e) Masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya.
(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama.

Gaya Bahasa
Unsur Gaya Bahasa

(a) Bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah.

(b) Metafora. Contohnya, lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir.

(c) Simile. Contohnya, Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?

(d) Personifikasi. Contohnya, banjir kali ini menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan.

(e) Peribahasa. Contohnya, isi hati.

(f) Sinkope. Contohnya, Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.

(g) Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!

Nilai
(a) Kasih sayang (c) Baik hati.Nilai
(b) Keprihatinan (d) Simpati.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.
(b) Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.
(c) Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.
(d) Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri.
(e) Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.

Cerpen Banjir Di Mata Emak: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 2