Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4 Bab Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

Pengenalan
a) Islam tersebar merangkumi sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
b) Kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur-Barat menjadi wilayah terbuka kedatangan pedagang serata dunia seawal abad masihi
c) Pedagang Islam juga turut terlibat dan berdagang di pelabuhan Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Pattani dan Brunei, Tanah Melayu – Melaka jadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam. Kemudia diikuti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor
d) Pengaruh dalam politik, ekonomi dan sosial hanya berlaku dan ketara selapas abad ke 15M – Zaman Melaka
e) Melaka – Islam jadi teras kehidupan dalam politik, ekonomi dan sosial
f) Dilakukan menerusi peluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan dan kegiatan intelektual.

Pengaruh Islam Terhadap Politik
– Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

1) Pentadbiran dan Pemerintahan
a) Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
i) Gelaran Sultan – bayangan Allah di muka bumi
ii) Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan SUltan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang
iii) Nasab Sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum ini daripada Dewa
iv) Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
v) Pentadbiran dibantu oleh pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari
vi) Ulama jadi penasihat Sultan
vii) Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan.
viii) Adat istiadat yang membabitkan budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan
ix) Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
x) Upacara lafaz taat setia – baiah dalam pelantikan sultan
xi) Pengganti Sultan dilantik sebelum pemakaman sultan – seperti dalam Bani Umaiyah

2) Ulama sebagai penasihat Sultan:
a) Melaka: Makhdum Syaid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin , Qadi Yusuf
b) Kelantan: Tuk Pulau Condong
c) Terengganu: Tuk PUlau Manis

3) Perundangan
4) Terikat dengan hukum adat – undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu
5) Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong
6) Peranan adat:
a) Menjamin keselamatan
b) Mengawal pelakuan dalam masyarakat
c) Menentukan hak pewarisan harta
d) Menentukan bidang tugas
e) Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
f) Merapatkan tali persaudaraan

7) Beza adat pepatih dan temenggong

a) Temenggong
– Diasas Dato Ketemenggongan: Palembang
– Negeri lain di Tanah Melayu
– Asas pentadbiran mutlak Sultan dilantik: warisan
– Pilihan pasangan terbuka asal patuh hukum Islam
– Sistem nasab cara patrilineal: bapa
– Warisan harta keutamaan anak lelaki seperti faraid
– Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran
– Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki

b) Pepatih
– Dato Pepatih Nan Sebatang: Pagar Ruyung
– Negeri Sembilan dan Utara Melaka
– Musyawarah
– Dari bawa – pilihan pembesar
– Perkahwinan dari suku berlainan
– Matrilineal: ibu
– Harta pusaka: perempuan
– Berbentuk pemulihan atau diat/denda
– Menetap rumah perempuan

8) Undang-undang bertulis di Melaka
a) Hukum kanun Melaka – 44 fasal
b) Undang-undang laut Melaka – 24 fasal

9) Sebab Penggubalan Undang-Undang Melaka
a) Sebagai peraturan dan hukuman
b) Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
c) Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
d) Hukum Kanun – Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap pesalah, undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman
e) Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah makmum.

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya
– Unsur pengaruh dalam sosiobudaya dapat dilihat dari aspek

1) Pendidikan
a) Pengaruh Islam terhadap pendidikan
i) 2 jenis pendidikan – formal / tak formal
ii) Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
iii) Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat dan perhati
iv) Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
v) Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah
vi) Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dan lain-lain.
vii) Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
viii) Pantun, peribahasa, teka-teki dan pepatah ajar kelakuan baik.

b) Sistem Pendidikan Agama
i) Formal – Berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan
ii) Tempat – Istana, masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok
iii) Pendidikan di rumah:
– Bentuk pendidikan tak formal
– Pendidikan Al-Quran
– Di rumah Tok Guru
– Umur 7 hingga 15 tahun
– Selepas waktu Zohor atau Maghrib
– Kitab, Muqadam & Al-Quran
– Bayaran percuma

iv) Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajwid, cara bacaan dalam solat dan perkara wajib
v) Sistem pendidikan Pondok
– Bentuk pendidikan – formal
– Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
– Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
– Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terenggani, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
– Penekanan ilmu Agama
– Guru daripada para pelajar yang lulus
– Masa panjang hingga 10 tahun
– Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf. Nahu Arab, Tauhid, Sirah, Manfik * Tawarif Islam
– Sistem tersusun
– Pakaian tutup aurat
– Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

vi) Sistem Pendidikan Madrasah
– Berdasarkan sukatan pelajaran
– Secara bilik darjah
– Ada jadual waktu
– Diawasi oleh mudir, guru besar
– Diselia sebuah lembaga, jawatan kuasa kewangan dan lain-lain

v) Peranan Istana – Pusat Intelektual
– Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
– Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
– Ulama dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Ilam
– Melaka beri perhatian terhadap perkembangan ilmu – ramai tinggal di Melaka
– Melaka berminat terhadap ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke Istana
– Mansur Shah berminat tasauf
– Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
– Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
– Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik

2) Bahasa dan Kesusateraan
a) Pengaruh Islam Dalam Bahasa
i) Perkenal tulisan Jawi
ii) Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan – milik Melayu
iii) Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
iv) Pinjam dari Bahasa Arab seperti adat, adil, sultan, syaitan dan lain-lain
v) Istilah bidang lain tambah seperti dalam fiqah, tauhid & tafsir
vi) Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa pertuturan harian
vii) Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu

b) Pengaruh Islam Dalam Sastera
i) Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan dalam Bahasa Melayu
ii) Hasil sastera terpengaruh gaya bahasa, tatabahasa * bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
iii) Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
iv) Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa perantaraan
v) Prosa memperkenalkan cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
vi) Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting dan disimpan di istana Melaka
vii) Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu Nawas & Hikayat Hassan Damsyik
viii) Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku Ampuan Mariam – Terengganu

c) Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
i) Tersebar secara lisan
ii) Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat, tumbuhan dan binatang – guna nama binatang
iii) Cerita jenaka dan lucu seperti Pak Kaduk, Pak Pandir dan lain lain
iv) Cerita dongeng seperti Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih, Bawang Merah
v) Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam

d) Kesenian – Pengaruh kesenian Islam
i) Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, pancuran dan bumbung seperti Masjid Kg Laut, Kelatntan, Masjid Peringgit, Masjid Tengkera Melaka.
ii) Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat – contoh Istana Melaka
iii) Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri
iv) Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Terengganu
v) Seni khat atau kaligrafi
vi) Tarian dabus, Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali
vii) Tarian Mak Inang – di istana Melaka
viii) Nazam bersyair riwayat Nabi sangat terkenal
ix) Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab
x) Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor

e) Gaya Hidup – Adat dan Nilai kehidupan

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi
1) Perdagangan
2) Penggunaan Mata Wang
3) Percukaian

Kuiz Sejarah Bab 8: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 8:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4 Bab Islam Di Asia Tenggara

Pengenalan
1) Kedudukan yang strategik sebab
a) Kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur Barat
b) Dihubungi dengan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan
c) Hubungan penting Cina dan India
d) Mewujudkan banyak bandar seperti: Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei dan Pattani

2) Sebelum kemunculan Islam Asia Tenggara menjadi kawasan dagangan Melayu, Arab, China dan India.
3) Jadi tarikan sebab: Kekayaan hasil bumi – pertanian, logam, serta hasil hutan
4) Apabila Islam berkembang menjadi pusat penyebaran Islam. Sebelum Islam mereka menganuti Hindu, Buddha, agama nenek moyang. Menetap di Acheh, Pasasi, Perlak, Melaka, Brunei, Gerisik, Terengganu, Pattani dan Makasar.

Kedatangan Islam Di Asia Tenggara
1) Teori kedatangan Islam dari
a) Semenanjung Arab
b) India
c) China

2) Teori Semenanjung Arab:
a) Dikemukakan oleh John Crawford disokong Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Buktinya:
i) Aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton pada 300M
ii) Pedagang Arab dapat kuasai laut dari pelabuhan Iskandariah hingga China. Telah berdagang di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam pada abad 7M.
iii) Pedagan Arab singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara sebelum ke China. Jadi tempat menunggu dari angin monsun.
iv) Menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan dan ada urusan jual beli barangan mewah dari China dan India. Perkampungan Islam – Ta Shih di Sumatera Utara pada 650M – catatan China
v) Perkahwinan dengan orang tempatan
vi) Wujud persamaan tulisan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Arab. Perkataan arab terdapat dalam tulisan Jawi, Zapin dan dabus.
vii) Pengislaman raja-raja melayu oleh syeikh dari Arab seperti dalam Hikayat Raja-Raja Pasai. Keturunan sufi. Berjaya mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih). Raja Pattani – Phaya Tu Nakpa – diislamkan Syeikh Said

b) Mengapakah tertarik dengan Islam:
i) Tertarik dengan nilai Islam yang murni
ii) Amalan pendakwah Islam mengamalkan nilai Islam yang murni seperti
– Kejujuran pedagang Islam
– Mementingkan kebersihan
– Berhemah tinggi

c) Catatan tempatan tentang pengislaman Raja-raja Melayu”
i) Hikayat Raja-raja Pasai
ii) Hikayat Merong mahawangsa – Raja Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani
iii) Hikayat Acheh – Syed Abdullah Ariff berusaha kembangkan Islam
iv) Sejarah Kepulauan SUlu – Sharif Hassan dan Awlia sebar Islam di Sulu

3) Teori China: Dikemuka oleh: Emanuel Gadinho: Alasan beliau:
a) khan Fo atau Canton menjadi pusat perdagangan Arab sejak abad 9M
b) Menyebarkan Islam dikalangan peniaga China kemudian sebar ke Asia Tenggara
i) SQ Fatimi. Alasan beliau:
– Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke Asia Tenggara pada 876M
– Diperkukuhkan dengan adanya batu bersurat Kuala Berang. Wujud Islam di Terengganu. Dijumpai pada 1899M. Isi tulisan tentang hukum syarak. peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman zina, hukuman terhadap yang tidak hutang.
ii) Bukti lain:
– Penemuan batu nisan bertarikh 1028M di Kg Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang mempunyai ayat al-Quran dan kalimah Arab.
– Bukti Islam telah sampai sebelum abad 13M.
– DIbawa oleh mubaligh Cina menerusi Laut Cina Selatan ke Phang Rang IndoCina dan Pekan Pahang.
– Persamaan seni bina China dan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan jawa. Di Melaka bentuk bumbung, atap genting, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap, lantai, dinding, tangga dan kolam air.

4) Teori India: Dari wilayah Gujerat dan Pantai Coromandel abad 13M Dikemukakan oleh:
a) Snouck Hurgronge. Buktinya:
i) Hubungan rantau Asia Tenggara dan India sudah lama wujud. Boleh pedagang Islam India sebar Islam ke Asia Tenggara
ii) Gujerat pelabuhan penting pada zaman Alaudin Khinji di India
iii) Batu marmar pada batu nesan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di pasai mempunyai ciri-ciri India.
iv) Kewujudan unsur India dan kebudayaan masyarakat

5) Keseimpulan sejarawan kedatangan Islam menerusi – Pedangang kemudian oleh para ulama.

Penyebaran Islam Di Asia Tenggara
Cara Penyebaran:
1) Perdagangan (Bagaimana)
a) Pedagang China, India dan Arab
b) Hubungan dengan pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo China, Kepulauan Rempah seperti Maluku dan Makasar. Pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat.
c) Islam menjadi ikutan kerana kemurnian Islam dan tingkah laku pendakwah serta pedagang
d) Semangat ingin mendakwah wujudkan perkampungan pedagang Islam
e) Pedagang juga membawa para ulama
f) Sifat pedagang dan ulama – berhemah, lemah lembut dan mahmudah – sopan santun, ikhlas dan lemah lembut
g) Wjud hubungan baik pedagang dengan penduduk tempatan – pemerintah tempatan beri kelebihan – beri peluang berdakwah
h) Jawatan Syah Bandar beri kepada pedagang Islam kerana kejujuran dan amanah

2) Perkahwinan
a) Melalui perkahwinan biasa dan siasah
b) Perkahwinan siasah dengan kerabat diraja. Mansur Shah dan Muzaffar Shah berkahwin dengan puteri raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi. Puteri Raja Melaka dikahwinkan dengan Raja Pahang dan Kedah
c) Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang atau ulama Islam dengan penduduk tempatan

3) Pengislaman Raja dan golongan bangsawan
a) Pengaruh Raja dan pembesar yang kuat membolehkan rakyat memeluk Islam
b) Sebagai Contoh: Megat Iskandar Shah Melaka, Raja Malik Al Salih Pasai.

4) Kelahiran kerajaan Islam
a) Kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanoa, Brunei, Pattani, Johor Riau, Champa.
b) Meluaskan kawasan pengaruhnya – jadi pusat penyebaran Islam
c) Melaka sejak abad ke 15. Tu Perak Bendahara Melaka. Berjaya menawan pesisiran pantai Sumatera Utara, Seperti Aru, Rokan, SIak, Kampar dan Inderagiri
d) Kerajaan Johor-RIau berusaha kembalikan keunggulan Kerajaan Melaka cuba menghalang penyebaran Kristian
e) Demak sebarkan Islam ke Jawa dengan menguasai Majapahit, kemudian diikuti Pahang dan Mataram
f) Acheh – zaman Iskandar Muda, menjadi kuasa yang kuat. Langkah yang diambil untuk halang penyebaran Kristian
– Menaungi kerajaan kecil. Di Sumatera Utara dan negeri-negeri di Tanah Melayu
– Menjadi pusat perdagangan yang penting
– Digelar serambi Mekah

g) Pattani – diislamkan pada `1457 – Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam tukar kepada Sultan Mahmud Shah.
– Mula Islam sejak abad ke-10 dengan kedatangan pendakwah dan pedagang Islam
– Dilakukan sepenuhnya pada zaman Sultan Muzaffar Shah

h) Brunei – pusat perdagangan penting di Borneo. Islam mula tersebar pada abad ke 15 dan 16
– Catatan Cina 977M – Brunei hantar seorang pembesar Pu Ali ke China
– Pendakwah Islam Syariff Ali Mufaqih Muqqadam atau Syarif Berkat
– Tersebar sehingga Sulu dan Mindanoa.
i) Champa – Bukti keislaman penemuan batu nesan 1039M dan prasasti 1025M yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang

5) Peranan pusat kebudayaan
a) Pusat kebudayaan telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau dan Acheh
b) Pusat keilmuan dan penyebaran Islam
c) Wujud Institusi pendidikan dan gerdik pandai
d) Zaman Samudera-Pasai – menjadi pusat penterjemahan kitab Arab ke Melayu. Antaranya Kitab Al_Dural am-Manzun dihantar oleh Sultan Mansur Shah. Diterjemah oleh Makdun Patakan
e|) Cerdik pandai Samudera Pasai jadi pakar rujuk tentang agama.
f) Hasil kesusateraan Zaman Melaka dipengaruhi tulisan Arab seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Bercukur dan Amir Hamzah menjadi bahan bacaan dan semangat menentang musuh perang
g) Acheh – karya puisi seperti Bustanus Salatin kisahkan sebuah kerajaan istana kota dan taman-taman
– Ulama yang hasilkan karya pemikiran Islam seperti Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Samsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singket
– Karangan Nuruddin al-Raniri -Syarabul Asyikin, Asranul Ariffin, Puisi -Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pungguk dan Syair Sidang Fakir
h) Johor – pusat kebudayaan pada abad ke 18 seperti Thufat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor. Juga pusat emporium di Asia Tenggara,

6) Peranan Mubaligh
a) Syeikh Ismail, Fakir Muhammad, Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani di Pasai, Melaka – Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf.
b) Di Melaka ajar perkara asas secara tidak formal, Bila dah berkembang cara formal Masjid, istana dan rumah menjadi tempat pembelajaran
c) Institusi awal di pondok, atau pesantren. Acheh pondok dikenali sebagai Dayah
d) Lahir tokoh seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin al-Sumaterani
e) Acheh jadikan ulama penasihat raja – 22 ulama ditugaskan di Balai Gadang
f) Jawa – Wali Songo (Wali Sembilan) – Demak dijadikan pusat pergerakan dakwah Islamiah. DIrikan masjid Agung Demak – markas dakwah
g) Cara wali songo berdakwah:
– Menimbulkan kesedaran dan tanamkan semangat tentang maksud bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar
– Berusaha hapuskan pengangguran dengan kikis sifat malas
– Elak hidup serba mewah dan membazir

7) Keistimewaan Islam
a) mencakupi bidang kehidupan antaranya:
i) konsep Tuhan yang Maha Esa atau Tauhid
ii) Keadilan
iii) Hak individu dan masyarakat
iv) kehidupan yang harmoni
v) Menyanjung akhlak mulia
vi) Konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat
vii) Islam menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini diterima

Pengaruh Islam Di Asia Tenggara
– sebelum Islam masyarakat Asia Tenggara berpegang pada amalan Hindu, Buddha dan roh nenek moyang. Wujud dalam politik, ekonomi dan sosial
– Selepas Islam wujud unsur-unsur baru yang diperkenalkan dan kekal hingga kini yang merangkumi dalam:

1) Pemerintahan dan Pentadbiran
a) Perubahan dalam sistem pemerintahan beraja. Dalam sistem pentadbiran Islam seperti berikut:
i) Sultan (Raja) – Ketua Negara dan Kerajaan
ii) Mufti – penasihat Sultan. Wujud juga jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitul mal, dan penjaga harta wakaf
iii) Penggunaan gelaran Sultan – kelebihannya:
– kukukan kedudukan kerajaan Islam
– jamin kewibawaan raja
– setaraf dengan kerajaan Islam lain
– memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam

iv) Dalam Hukum Kanun Melaka:
– Raja Melaka diberi gelaran Khalifahtul Mukminin ertinya pemimpin orang mukmin
– Perkataan itu tercatat pada wang syilling kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
– Gelaran Zillulah fil’Alam – bayangan Allah di dalam alam digunakan juga

v) Islam menjadi agama rasmi dalam kerajaan Melaka, Acheh, Brunei
vi) Penggunaan Konsep Khalifah Allah ialah wakil Allah di bumi – Harus tunaikan amanah dan perintah dengan adil serta menerapkan unsur Islam bagi menggantikan konsep dewaraja Hindu. Contoh Sultan yang alim:
– Sultan al-Zahir Samudera Pasai
– Sultan Ali MUghayat Shah – Acheh
– Sultan Iskandar Thani – Acheh

vii) Konsep Sultan – bermakna kuasa, kewibawaan atau pemerintah
ix) Kensep Dewa Raja – Raja keturunan tuhan atau penjelmaan tuhan hindu
x) Penggunaan nama negeri seperti: Acheh Darus Salam, Nama sultan -Sultan Mansur Shah (Pemerintah yang dibantu Allah). SUltan Mahmud Shah (Sultan Terpuji)

xi) Undang-undang Syariah diperkenalkan
– Di Melaka dimasukkan dalam Hukum Kanun Melaka. Diperkenalkan oleh Sultan MUzaffar Shah. Zaman Alaudin Riayat Shah hukum syariah diamalkan dengan tegas
– Tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana ada undang-undang adat
– Antara aspek syariah yang ada jenayah, kecurian, pembunuhan, perniagaan serta pembahagian harta pusaka.
– Di Acheh – Kanun yang sama ialah Kanun Mahkota Alam – terangkan tentang
* Tanggungjawab raja, catat adat istiadat
* Peraturan tradisi Acheh seperti Balairung Seri dipimpin Sultan, Balai Majlis Mahkamah Rakyat oleh Kadi Malik al-Adi.

xii) Konsep jihad. Semangat penentangan terhadap penjajahan. Tokoh agama yang membicarakan Jihad
– Syeikh Nuruddin al-Raniri
– Abdul Rauf Singkel
– Syeikh Daud Pattani @ Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Pattani – membolehkan orang melayu belajar agama Islam dan bahasa melayu terutama Jawi.

2) Sistem Pendidikan
a) Sebelum Islam pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan sahaja
b) Selepas Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat. Disebarkan melalui
i) Istana
ii) Pondok
iii) Pesantren
iv) Madrasah
v) Surau

c) Pusat pendidikan awal Islam:
i) Kerajaan Perlak di Sumatera Utara – melalui Dayah @ Pondok. Yang terkenal Dayah Bukit Ce Breek pada 9M.
ii) Samudera Pasai – Pusat terjemahan karya agama – tempat rujukan kerajaan Islam lain seperti Melaka.

d) Pendidikan Pondok muncul seawal kedatangan dan peluasan Islam di Asia Tenggara seperti di Pattani, Acheh dan Jawa
e) Tempat belajar dan masyarakatnya:
i) Pondok – masyarakat tempatan dan pelajar negeri lain: Pattani
ii) Melaka: Rumah ulama, masjid dan surau – tidak formal dan masyarakat bawahan, Istana – formal dan golongan bangsawan.
iii) Acheh – Lebih sistematik. Terdapat peringkat:
– rendah (rangkang)
– menengah (Muenasah)
– pengajian tinggi atau Universiti (Jamiah Bait Rahman)
– Wanita juga digalakkan belajar dan diberi peluang yang sama dengan lelaki baik dalam pemerintahan. Dalam pemerintahan Sultan Safiatudin
* 22 wanita anggotai Majlis Rakyat Acheh daripada 73 ahli
* 9 jadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat
* Undang-undang lindungi hak wanita sebagai anak, ibu, tunggal dan isteri

– Digelar serambi mekah

d) Peranan Institusi Pendidikan
i) Istana – tempat ulama bicara hukum dengan sultan dan pembesar, juga sampaikan ilmu dan nasihati sultan.
ii) Surau – tempat belajar al-Quran secara tidak formal dan gurunya ajar tidak tetap
iii) Madrasah – sistem pendidikan formal
iv) Pondok – pusat pengajian Islam terutama di Pattani dan Tanah Melayu, Acheh – Dayah, Jawa – Pesantren
v) Keperluan asas disediakan oleh pelajar sendiri

3) Bahasa Dan Kesusateraan.
a) Pengaruh Islam dapat dikenalpasti melalui
i) Tulisan – Jawi, Angka tulisan jawi.
– Ulama tempatan ubah suai huruf Arab bagi perkataan Melayu.
– Jadi tulisan rasmi – ambil alih tulisan Palava Dewanagari
– Istilah Arab digunapakai seperti Sultan, syukur, masjid, berkat dan alam
– Lahir juga sasterawan seperti Tun Seri Lanang, Shamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel

ii) Bahasa melayu menjadi
– Bahasa Lingua Franca
– Bahasa Ilmu
– menjadi lebih mantap contoh: cerita panji dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu
– Hasil kesusateraan Melayu terpengaruh dengan bentuk, gaya dan tatabahasa Arab. Seperti Gurindam, syair, nazam dan cerita hikayat. Hasil sastera Arab Parsi yang diterjemah
* Hikayat Perang Badar
* Hikayat Nur Muhamad
* Hikayat Bulan Berbelah
* Hikayat Nabi Wafat
– Penggunaannya dalam bidang banyak bidang – ekonomi, politik, kesusateraan, lingua franca, Abad ke 7M digunakan sebagai bahasa bersuratan, perhubungan antara wilayah, ilmu pengetahuan, dakwah

4) Cara Hidup
a) Sebelum Islam dipengaruh oleh animisme, hindu dan buddha. Selepas Islam
i) Unsur semangat dan keramat beransur hilang
ii) Cara Islam diasimilasikan – wujud cara berpakaian Islam seperti bertudung, bersongkok.
iii) Islam jadi Addin – satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh
iv) Sistem sosial berubah
– Tiada kelas – wujud persaudaraan Islam dan persamaan taraf
– Nilai akhlak Islam jadi panduan hidup
– Sifat tolong menolong, hormat menghormati dan berkerjasama, bersatu padu dan wujud semangat kerjasama.

5) Kesenian
a) Kesenian Islam yang meresap
i) khat – pada batu nesan, bilah mata keris dan ukiran kayu. Kreativiti masyarakat tempatan batu nesan semakin menarik seperti: Batu nesan Sultan al-Malik Ibrahim.
ii) Ditulis dengan ayat Al-Quran, selain syair
iii) Makam Naina Hisham al-Din 1420M, pengaruh seni Arab Parsi

b) Seni Bina
c) Seni Ukir
d) Seni bina seperti masjid, surau, rumah kediaman guna kaligrafi arab. Contoh Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Brunei

6) Ekonomi
a) Wujud Baitul Mal di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda mahkota Alam. Berfungsi sebagai Perbendaharaan Negara dari hasil
i) Zakat dan sedekah
ii) Harta milik negara – kekayaan sumber alam seperti minyak
iii) Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi yang ditubuhkan BaitulMal.
b) Islam galakkan umatnya rajin bekerja dan melarang mengemis
c) Nilai jimat cermat dan menghalang unsur yang bertentangan dengan ekonomi Islam seperti Riba, tipu, peras, penindasan

Kuiz Sejarah Bab 7: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 7:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4 Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

Pengenalan

Khutbah terakhir Nabi Muhammad menjelaskan Aspek Berikut
a) umat islam mesti bersatu padu
b) mencintai perdamaian
c) berpegang teguh kepada agama islam

Dugaan besar umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
a) mendapatkan calon pengganti nabi Muhammad
b) munculnya individu yang mengaku nabi
c) golongan yang tidak membayar zakat
d) murtad – golongan al-riddah

Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin
– Selepas wafat 632M – sistem pemerintahan Islam dikenali sebagai khalifah dikenali dengan khulafa al-rasyidin. Antara khalifahnya:
a) Abu Bakar Assiddiq – Bani Tamim – 632M – 634M
b) Umar Al Khattab – Bani Adi – 634M-644M
c) Uthman bin Affan – Bani Umaiyah – 644M-656M
d) Ali bin Abu Talib – Bani Hasyim – 656M – 661M

Konsep Khalifah
a) Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
b) Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad dan tanggungjawab kekalkan keharmonian serta kestabilan Islam

Syarat
a) Lelaki yang merdeka
b) Beragama Islam
c) Memiliki pengetahuan Islam
d) Mematuhi perintah Allah
e) Sanggup melaksanakan hukum islam
f) Bersifat adil dan akhlak yang mulia
g) Tubuh badan yang sifat dan sempurna
h) Berfikiran cerdas, warak
i) Pandai mentadbir

Kaedah Atau Cara
a) Musyarawarah atau syura
b) Cadangan satu nama sahaja
c) Pemilihan beberapa calon
d) Pencalonan sekelompok masyarakat
e) Baiah atau lafaz setia selepas dilantik jadi khalifah

Kepentingan Baiah dan Syura
a) Jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi
b) Pentadbiran kerajaan lancar

Tugas Khalifah
Aspek Agama
a) Memelihara kedudukan agama
b) Mentadbir mengikut hukum syariah
c) Menitikberatkan sistem politik, ekonomi, soaial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani

Politik
a) Memastikan kelicinan pentadbiran negara
b) Mempertahankan negara Islam daripada msuuh
c) Bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai
d) Ketua Negara

Sosial
a) Menjaga kebajikan rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat
b) Menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt
c) Mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
d) Memantapkan sistem perundangan Islam

Ekonomi
a) Menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara baitulmal
b) Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Sumbangan Khulafa Al Rasyidin

Abu Bakar As Siddiq
a) Lahir 573M. Nama sebenar Absdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana sentiasa menyakini kebenaran nabi saw. Ikhlas, jujur dan setia. Juga digelar penyelamat umat Islam

Sumbangan
a) Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam. Berpunca daripada:
1) Orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran sehingga tindak mahu bayar zakat
2) Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi, Rom Timur, Menghantar Khalid Al Walid tentang Parsi di Iraq, Usamah bin Zaid ke Ghassan
3) Melicinkan pentadbiran dengan pembahagian 10 wilayah:
– Makkah
– Taif
– Yaman
– Al Jund
– Khalwan
– Bahrin
– Jarsh
– Zabid
– Hadrahmaut
– Nijran
– Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
– Memperkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan Mawali – orang bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai tambahan

– Mengumpulkan kita al-Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul
i) Ramai hafiz al quran gugur syahid semasa gerakan ar riddah
ii) sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk batu, kulit binatang, kayu dan tulang
iii) Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah (insteri Nabi saw) dan Uthman bin Affan

Umar Bin Al-Khattab
a) Berasal daripada Bani Adi, Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al Khattab bin Naufal. Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang. Dikenali dengan Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin

b) Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para sahabat

Sumbangan
a) Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab:
i) Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan
ii) Bidan Politik:
– perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantinkan pegawai
– tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar
– bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah
– melantik wali atau gabenor sebagai ketua bertindak sebagai ketua pentadbiran dan tentera
– menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian dan Perbendaharaan. Negara diketuai Khatib atau setiausaha
– Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bualan – 500 dirham

Uthman Bin Affan
a) Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abis As Bin Umaiyah. Lahir pada 576M
b) Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati
c) Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi saw
d) Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan
e) Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman Bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga

Sumbangan
a) Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand, Cyprus dan Tripoli
b) Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam
c) Menjadi satu naskah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah
d) Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat
e) Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negara dan perkuat tentera islam seperti pembelian senjata dan kapal
f) Jizyah dikekalkan

Ali Abu Talib
a) Lahir 602M Bani Hasyim
b) Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawannya. Tegas serta berpengetahuan luas dalam Islam
c) Pelantinkan mendapat sokongan terbanyak
d) Kepakaran dalam perundangan Islam

Sumbangan
a) Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Contoh dalam Perang Siffin. Sanggup berdamai dan berunding
b) Membina markas tentera di Parsi dan Sempadan Syria
c) Ekonomi: Kutipan Jizyah diteruskan. Seperti dalam surat kepada al-Asytar

Kesimpulan Khulafa Ar-Rasyidin
a) Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan: Kesejahteraan agama, rakyat dan negara
b) Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang kuat
c) Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah
d) Berjuang mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata
e) Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup
f) Pada akhir pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki

Kerajaan Bani Umaiyah
a) Sempena mengambil nama Umaiyah bin Abdul Shams bin Abd Manaf. Tokoh peniaga terkenal dan dipadang tinggi pada waktu itu
b) Diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Suffian – berikutan penyerahan oleh Hassan Bin Ali
c) Penyerahan dilakukan bagi mengelakkan umat Islam berpecah belah
d) Bermula dari 661M hingga 750M berpusat di Damsyik. Merupakan tahap pertama dan masih guna gelaran Khalifah
e) Tahap kedua di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdu Rahman 1 di Cordova dengan Andalusia sebagai ibu kota
f) Bermula dari 756M hingga 1031M. Gelaran ketua negara ialah Amir.

Sumbangan
Politik
a) Sistem Khalifah – pelantikan khalifah menggantikan Nabi saw.
b Sistem wazarah – pelantikan wazir – mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat dan gabenor dilantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah
c) Sistem urus setia – beberapa pegawai dilantik bagi mengumpul rekod, mengurus surat. Bahagian yang diwujudkan – Surat menyurat, cukai ketenteraan, polis dan kehakiman
d) Sistem hijabah – seorang pegawai ditugas untuk menjaga keselamatan khalifah
e) Satu sistem politik sistematik dan jelas
f) 4 sistem diatas diperkukuhkan dengan penubuhan:
– Jabatan cukai, Jabatan Surat menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Cap Mohor Pemerintahan (diasaskan oleh Muawiyah)
g) tahap pertama sistem ketenteraan diperkemaskan – Jabatan Ketenteraan, diikuti dengan penubuhan tentera darat dan laut

Sosial
a) Kota Basrah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuan seperti:
– Khalili bin Ahmad – pakar bahasa dan filologi arab
– Sibawayhi – ahli nahwu arab
– Al – Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri – sasterawan.

b) Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara. Orang bukan Arab jua mendapat faedah dengan adanya tanda bunyi atau baris dalam al-Quran.
c) Perkembangan ilmu agama terutama dalam era Umar Abdul Aziz. Lahir tokoh seperti:
– Urwah bin al-Zubayr – Hadis
– Zihat al Zuhri – Hadis
– Ibn Jarih – tafsir
– Hasan al Basri – Usuluddin
– Wasli bin Ata – Usuluddin

d) Taraf kesihatan meningkat – pembinaan hospital di Damsyik oleh al-Walid bin Abdul Malik. Hospital Kusta oleh Umar Abdul Aziz
– Buku diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
– Ibn al Nafis – pakar bedah menghasilkan al Shamsil fis Sinaah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran) – bincang teknik pembedahan dan rawatan selepas bedah
– Ilmu dalam bidan kimia dan astronomi turut berkembang

e) Sistem perundangan:
– Hakim mengenakan hukum berdasarkan itjuhad berpandukan Quran, Hadis dan ijmak
– Hakim tidak boleh mempengaruhi

Sumbangan Bani Umaiyah Tahap Kedua – Andalusia
Pendidikan
a) Pusat Pengajian Tinggi di Cardova. Diasaskan Abd Rahman III. Menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
b) Perpustakaan dibina – al-Hakam II
c) 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia
d) Pusat ilmu – Seville, Toledo dan Granada

e) Pusat Terjemahaan
– terjemah karya yunani ke Arab di Toledo
– Cardova pusat kegemilangan ilmu – jambatan dunia Islam dan Eropah
– Ilmu Islam faedah kepada Eropah

f) Seni Bina
– Masjid cardova 36 meter, kubah berasaskan kayu berukir, tiang marmar 1293, 4700 lampu guna tan minyak setahun
– Baitulmal
i) Sistem kewangan – imbang pendapatan dan perbelanjaan
ii) Sumber pendapatan berdasarkan Kharaj – cukai tanah, Jizyah – cukai perlindungan, zakat, Usyur – cukai satu persepuluh daripada hasil pertanian, Haninah – rampasan perang
iii) Cardova pusat ekonomi dan perdagangan antara bangsa
iv) Andalusia buat tembikar/perhiasan perak dan emas, memproses kulit, senjata
v) Sektor pertanian – sistem saliran, penyelidikan untuk dapat benih terbaik.

Kesan
a) Tunjuk kebijaksanaan pemerintah merancang dan melaksanakan pembaharuan
b) Selaraskan pentadbiran kerajaan
c) Pembangunan dan perkembangan tamadun perlu menyeluruh merangkumi politik, ekonomi dan sosial

Sebab Keruntunhan Umaiyah Dan Kemunculan Abbasiyah
a) Penentangan luar dan dalam negara kerana:
i) Orang Islam bukan Arab seperti Parsi dan Barbar merasakan mereka tidak diberi jawatan dan didiskriminasikan
ii) Kena kadar cukai yang intti daripada orang Arab Islam
iii) Abai tanggungjawab terhadap rakyat dan agama Islam
iv Pemilihan Khalifah secara warisan ditentang sebilangan besar orang Islam seperti Siah dan Khawarij

Kerajaan Abbasiyah
Pembentukan Kerajaan

a) Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah
b) Peringkat awal sulit kemudian terbuka
c) Gunakan kempen Ahlul Bait
d) Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah
e) Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al -Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan
f) Ambil sempena nama bapa saudara Nabi Muhammad saw – Abbas
g) Amal sistem monarki warisan
h) Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Baghdad
i) Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan – cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam

Sumbangan Abbasiyah
a) Zaman kegemiloangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun
b) Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing seperti Yunani, Sanskirt, Suriani
c) Baitulhikimah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al_Makmun Harus al Rashid.
d) Kegiatan utama
i) terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani 3 tahap:
– catat segala idea atau percakapan
– Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku
– mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu

e) Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal seperti Imam Malik (Al-Muwatta), Ibn Ishaq (Sejarah hidup Nabi), Abu Hanifah (Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafiee, Imam Ahmad Hanbal.
f) Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.

g) Kelebihan terjemahan:
i) terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya. Hurai dan buat penambahbaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan
ii) Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah
iii) Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah, kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah

iv) Kesan perkembangan ilmu:
– Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance
– Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai
– Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam
– Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal
– Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu

Kerajaan Turki Uthamaniyah
– terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abaasiyah

Pembentukan Kerajaan
a) Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah – suku Qayi – Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia
b) Bersempadan dengan Byzantine @ Rom Timur
c) 1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi @ pahlawan bersatu dibawah Uthman
d) Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1
e) 1336-1354 Orhan 1 menguasai Marwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph, Murad 1 dan Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Phlippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia
f) Mehmed 11 menawan Istanbul (Constantinople) ibu negeri Roma Timur
g) Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453-1566 sehingga kematian Suleiman 1

Faktor Kemerosotan Uthmaniyah
a) Pemimpin yang lemah
b) Keruntuhan sistem pungutan cukai
c) Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal

Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah
a) Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung 2 bandar suci

b) Sistem perundangan – Dikenali sebagai Kanun Suleiman
1) Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman
2) Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam
i) Jawatan kadi, mufti, Sheikhful Islam – Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang
ii) Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan Islam
– Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean
– Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul
– Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam. Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat
– Perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, budaya, penerbitan, penterjemahan
– Pendidikan Sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan
– Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis: Mehmed al-Fanari, Mofla Lufti, Katib Clebi.

c) Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hostpital dan rumah
d) Seni bina – minar sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad (masjid biru)

Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah
a) Semangat Ketenteraan – Ghazi
i) Tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama
ii) Penaklukan kawasan Sicily, Selatan Sepanyol, – Zaman Umaiyah, Zaman Uthmaniyah takluk Constantinople (Kejatuhan Kerajaan Byzantine) sebarkan ke kawasan Balkan dan Eropah Timur
iii) Pegangan Aqidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi
iv) Sistem ketenteraan tersusun serta penggunaan peralatan moden
– meriam besar
– tentera berkuda/infantri
– kumpulan janisari – elit dan terlatih 5400 orang
– tentera laut – 300 buah kapal – kawal laut Mediteranean
– Keadaan politik Eropah yang tidak stabil
i) Pertelingkahan dan peperangan, kerajaan kecil bantu kerajaan Islam
ii) Tentera Islam ke Eropah atas jemputan Maharaja John VI Cantacuzens untuk dapatkan bantuan Uthmaniah (Orhan) bagi dapatkan Kerajaan Byzantine
iii) Kelemahan dan Kejatuhan Kerajaan Byzantine
iv) Kejatuhan institusi gereja, pergaduhan pemimpin dan kekurangan wang
v) Aspek politik dan keagaaman
– Dasar diplomasi, tiada paksaan untuk peluk islam
– penganut Kristian bebas amal agama, urus sendiri gereja, Islam tidak campur tangan
– tertarik dengan dasar sosial islam:
i) berasaskan kecemerlangan indiviu, bukannya keturunan
ii) membina sekolah, rumah sakit, dan kawasan perdagangan

b) Penghijrahan orang Turki ke Balkan dan usaha dakwah
c) Terutama ke Thrace, Lembah Maritsa, Utara Bulgaria, Albania pada abad 14 dan 15M
d) Bina petempatan yang didiami mubaligh dan ahli sufi – menekankan toleransi dan assimilasi, Kesannya:
– islam tersebar ke Utara Albania, Montenegero, dan Selatan / Barat Macedonia serta Crete

Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Cara Pertembungan
a) Perdagangan dan perniagaan
i) Zaman Nabi pertembungan dengan Syam
ii) Penguasaan Islam di Teluk Parsi, Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
iii) Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina
iv) Hubungan diplomatik
– penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.
– bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran
– penaklukan dan ketenteran
i) kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan menguasai Iran dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi
ii) penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah
iii) Kebudayaan:
– kemasukan islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama berpusat di Cardova
– lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambil kebudayaan Islam dan berbahasa Arab
– intelektual: berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam. Ilmuan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.

Kesan Pertembungan
a) Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia
i) Keagamaan sendiri – satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasaskan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.
ii) Perluasan kawasan penyebaran Islam. Melahirkan bentuk jeraan dan masyarakat seperti:
– Kerajaan Delhi Mughal
– Cina wujud masyarakat Islam
– Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.

b) Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi. Dengan memastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara
– Uthamaniah mempunyai Armada laut yang kuat. Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi

c) Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India, Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia dan selatan gurun Sahara
d) Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat
e) Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial
i) mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama- Contoh di Balkan Zaman Uthmaniyah
ii) Kebudayaan dan Intelektual
– perkembangan pendidikan agama dan bukan agama seperti Matematik, sains dan teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajibkan belajar – ilmu Mantik (logik), geografi, sejarah, sains fizikal dan biologi.
– tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik Zaman Uthmaniyah, Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam
a) bertutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan – dilakukan sehingga zaman Renaissance
b) peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian
c) Pertukaran pendapat antara cendikiawan
i) peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan
ii) Diterjemahkan daripada penulis Greek spt Aristotloe, Plato, Galen dan Hipocrates
iii) Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
iv) Wujudkan budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi
v) Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan ialah:
– Abu al-Aswad al Duali 7M
– Hunayn bin Ishaq 873M – terjemah karya Greek
– Al-Fazari – terjemahan hasil karya Tamadun India

vi) Perkembangan penterjemahan dan intelektual
– Zaman kemuncak antara 8M – 1258M, mula runtuh Kerajaan Abbasiyah
– Lahirkan cendikiawan Islam seperti:
*Zakaria al-Razi (865 -925M) Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya seperti Al-Hawi (Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen -ahli perubataan Greek
* Al-Zahrawi (936-013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi
* Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi
* Al-Battani – Matematik dan Astronomi
* Abu Ishaq – Matematik dan Astronomi
* Al-Biruqi – Matematik dan Astronomi
* Al-Bitruni – Matematik dan Astronomi
* Al-Farabi – Pemikiran politik dan Undang-Undang
* Al-Miskawayh – Pemikiran politik dan Undang-Undang
* Al-Mawardi – Pemikiran politik dan Undang-Undang
* Ibn-Sina – Ilmu Mantik dan falsafah
* Al-Kindi – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Fakhr al-Din – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Al-Razi – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Ibn Al-Arabi – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Ibn Rushd – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Imam Ghazali – Ilmu Mantik dan Falsafah


Kuiz Sejarah Bab 6: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 6:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4 Kerajaan Islam Di Madinah

Peristiwa Penghijrahan Ke Madinah

Kedudukan Penduduk Madinah Sebelum Hijrah
a) Madinah terletak di utara Makkah di tengah-tengah perjalanan jalan dangan antara Makkah dan Syam
b) 3 golongan pendudukannya – Nasrani, Yahudi dan Arab
c) 3 golongan Yahudi – Bani Quraizah, Qunaiqa’, Nadhir
d) 2 golongan Arab – suku Aus dan Khazraj
e) Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka

Perjanjian Aqabah 1 dan 2
a) Ketikta di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali kemereka menyebarkan Islam di Madinah
b) Pada tahun berikutnya (621M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian Aqabah 1
c) Isi perjanjiannya – suku Aus/Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji membantu nabi. Mereka tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak
d) Selepas perjanjian ini nabi menghantar Mus’ab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana

e) Pada tahun 622M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi kandungannya – suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam

Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad
a) Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 september 622M
b) Ia berlaku secara senyap dan berperingkat-peringkat
c) Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain
d) Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari
e) Umar al-Khattab berhijrah dengan terang-terangan, bersendirian dan dengan berani

Konsep Hijrah
a) Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam)
b) Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukan dan kejahatanm perubahan sikap, cara berfikir dan tingkah laku

c) Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam

Bagaimana Nabi Melepaskan Diri Dari Makkah Ke Madinah
a) Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah baginda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi

b) Kemudian Nabi berjumpa Abu Bakar memberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b Arqat

Apakah Sebab Dan Tujuan Hijrah
a) Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi
b) Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah
c) Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam
d) Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka

Apakah Kepentingan Hjirah
a) Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang
b) Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus Dan Khazraj)
c) Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah
d) Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar
e) Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi tempat beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli
f) Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar
g) Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya
h) Hijrah membawa sikap tolenrasi, tolong-menolong. Contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah
i) Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf
j) Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita
k) Hijrah menunjukkan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa
l) Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur

Piagam Madinah/Sahifah Madinah

Latar Belakang Piagam Madinah
a) Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah
b) Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat
c) Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam
d) 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya
e) 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah
f) Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia

Kandungan Piagam Madinah
a) Politik – nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil
b) Agama – bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam
c) Sosial – masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa
d) Undang-undang Islam – dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan Hukuman dikenakan adalah adil
e) Ekonomi – riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi
f) Pertahanan – semua penduduk diwajibkan mempertahankan Madinah dari ancaman musuh
g) Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah

Kepentingan Piagam Madinah
a) Model pemerintahan berasaskan Islam – agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa
b) Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat
c) Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan
d) Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah
e) Konsep keadilan sosial – Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat
f) Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu-membantu
g) Syariah Islam yang adil sesuai diikuti oleh semua masyarakat
h) Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan
i) Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi
j) Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab
k) Semua bangsa mesti mematuhi peraturan
l) Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam

Strategi Negara Islam Madinah Dalam Menyebarkan Islam
a) Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah
b) Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir
c) Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam
d) Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam
e) Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri, agama dan negara Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah membenarkannya

Konsep Perang Dalam Islam
a) Antara siri perang Islam di Madinah seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk
b) Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy
c) Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri
d) Sekiranya musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian
e) Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara suka rela
f) Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan, tawanan lelaki dibebaskan jika berjaya mengajar 0 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai
g) Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan
h( Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.

Perjanjian Hudaibiah
Latar Belakang Berlakunya Perjanjian Hudaibiah
a) Pada tahun 628M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah tempat asal mujahirin dan mengerjakan umrah
b) Mereka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah kerana Quraisy merasa maruah mereka tercabar
c) Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang
d) Tetapi Quraisy enggan menerimanya. Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru memeterai Perjanjian Hudaibiah
e) Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai pengajaran yang besar.

Kandungan Hudaibiah
a) Genjatan senjara selama 10 tahun
b) Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah
c) Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
d) Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan
e) Umat Islam boleh mengerjakan umrah tahun berikutnya

Kepentingan Perjanjian Hudaibiah
a) Memberi umat Islam menunaikan haji
b) Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah
c) Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy
d) Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman
e) Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia menguntungkan Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid, AMru al-As
f) Perjanjian juga menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan
g) Perjanjian ini menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah

Pencabulan Perjanjian Hudaibiah Berlaku
a) Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya
b) Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah
c) Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah
d) Bermakna Quraisy melanggar perjanjian genjalan senjata
e) Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah.

Pembukaan Kota Makkah

Peristiwa Pembukaan Semula Kota Makkah
a) Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir 8 tahun tinggal di Madinah
b) Pembukaan ini kesan daripada tindakan Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiah
c) Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarkan Islam kerana penguasaan makkah akan memantapkan Islam
d) Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman
e) Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al-Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam
f) 4 pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al-Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah dan Zubair al-Awwan dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah
g) Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka

Kepentingan Pembukaan Kota Makkah
a) Pembukaan Makkah menyebabkan Abu Suffian dan al-Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain
b) Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam Kota Makkah
c) setelah berjaya, nabi bertawaf mengelilingi Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama
d) Nabi memaafkan pihak Quraisy dan tidak berdendam
e) Kaabah terpelihara daripada unsure jahiliah, berhala dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam

f) Makkah menjadi Kota Suci umat Islam dan tempat beribadat seperti ibadat haji
g) Walau bagaimanapun Madinah tetap menjadi pusat pemerintahan Islam, Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam
h) Selepas itu berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad S.A.W dalam khutbah haji terakhir itu nabi berpesan, “pusaka yang nabi tinggalkan selapas wafat ialah al-Quran dan sunnah, umat Islam tidak akan sesat selagi tidak meninggalkan pusaka ini
i) Nabi wafat pada 632 M bersamaan 11 hijrah

Kuiz Sejarah Bab 5: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Bab 4 Kemunculan Tamadaun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Zaman Masyarakat Jahiliah

Apakah Pengertian Jahiliah
a) Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan
b) Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turungnya wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W
c) Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa.
d) Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka menyembah berhala dan menyembah anismisme
e) Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci
f) Akhlak mereka rendah – kejam, angkuh, degil

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Jahiliah
a) 2 golongan iaitu Badwi (tinggal di gurun dan pendalaman) dan Hadari (tinggal dipesisiran pantai)
b) Mengamalkan perbuatan tidak bermoral – judi, zina, arak
c) Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna
d) Wanita dipandang rendah – tidak mewarisi harta ibubapa, bayi perempuan ditanam hidup-hidup (dianggap menjatuhkan maruah keluarga).
e) Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai
f) Perniagaan – berasaskan riba, merompak/merampas satu kewajipan, orang kaya menindas orang miskin

g) Kepercayaan – menyembah berhala, pokok, menilik nasib|
h) Agama samawi – Kristian, Yahudi, Hanif
i) Sistem kabilah – berpuak-puak dalam suku tertentu, sangat taksub/fanatik dengan suku sendiri, diketuai oleh syeikh (seseorang yang disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah)
j) Semangat assabiah – semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah, sanggup menuntun bela demi diri dan kabilah
k) Keadaan geografi panas kering kontang – membawa sikap ingin berperang, kacau-bilau contohnya perang al-Basus

Nabi Muhammad S.A.W Sebelum Menjadi Rasul

Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W Sebelum Menjadi Rasul
a) Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy)
b) Keluarga nabi menguasai Makkah, Kaabah, telaga zamzam
c) Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga
d) Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt Wahab.
e) Nabi dilahirkan pada 12 rabiulawal tahun 570M (tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji

f) Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan
g) Nabi menyusu dengan Halimatus Sa’diyah
h) Pada usia 6 yahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu dipelihara datuk saudaranya Abu Talib
i) Pengalaman hidup – mengembala kambing bapa saudaranya berniaga di Syam (usia 12 tahun)

j) Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah
k) Kemudiannya baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama-sama Maisarah (hamba Khadijah). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W
a) 4 sifat terpuji nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana
b) Nabi digelar Al-Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong
c) Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi
d) Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketan meletakkan batu Hajar Aswad
e) Nabi ketua keluarga contoh – membvantu isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak

f) Anak diberi pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak-anak
g) Baginda merendah diri – bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak-kanak
h) Sifat pemaaf – contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah
i) Sifat bijaksana- Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam
j) Bertahannuth (mengasingkan diri beribadat) – di Gua Hira’
k) Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hira’, di Bukit Nur
l) Pada tahun 610M menerima wahyu pertama

Nabi Muhammad S.A.W Menyebarkan Islam Di Makkah

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
a) Wahyu pertama – surah al-Alaq 1-5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat

b) Wahyu kedua – surah al-Muddasir ayat 1-7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia

c) Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya
d) Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah

Cara Penyebaran Islam Di Makkah
a) Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat dan kaum kerabat
b) Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang-terangan selepas menerima perintah Allah
c) Pengislaman secara rahsia – Khadijah bt Khuwali (isteri), Ali b Abu Talib (10 tahun – sepupu), Abu Bakar al-Siddiq (sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan Uthman b Affan dan al-Arqam b. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah
d) Pengislaman secara terbuka – kepada keluarga Abdul Muttalib, ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab (bapa saudara nabi)

Penerimaan Terhadap Islam Peringkat Awal
a) Ahli kelurga menerima secara rahsia (jumlahnya sikit)
b) Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b Rabah, keluarga Yassir
c) Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yessir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid
d) Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah-lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam
e) Nabi menanamkan iman yang kuat, harta bukan ukuran tetapi kesabaran dan pengorbanan yang diutamakan
f) Nabi menunjukkan teladan positif – berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam mencari kejayaan.

Penentangan Terhadap Islam Peringkat Awal
a) Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahayang (meletakkan benda kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi
b) Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung)
c) Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat, konsep persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi diterima Quraisy
d) Quraisy menganggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa politik akan terganggu
e) Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung
f) Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy
g) Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda
h) Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib
i) Nabi juga dibantu oleh wanita seperti Khadijah, Aisyahm Ummu Salamah dalam menghadapi cabaran sama ada di Makkah mahupun di Madinah

Nabi Muhammad S.A.W Menyelesaikan Masalah
a) Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia
b) Nabi membenarkan orang Islam mendapatkan perlindungan di Habsyah
c) Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan
d) Nabi tetap sabar sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah
e) Penghijrahan ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan Khazraj.

Kuiz Sejarah Bab 4: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 4:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara

Petempatan Awal Asia Tenggara

Pembahagian Kerajaan Awal Asia Tenggara
– Terbahagi 2 iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara
– Kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara seperti kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan Srivijaya, Majapahit (di Kepulauan Indonesia)

Kemunculan Petempatan Dan Kerajaan Awal
– Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan

– Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati India

– Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik

– Hubungan awan dengan India berbentuk kebudayaan

– Hubungan perdangangan antarabangsa berlaku sejak zaman logam buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terengganu), Sg.Klang (Selangor).

– Hubungan perdangangan dengan Rom juga berlaku buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).

– Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal

– Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum mepunyai raja

– Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu

– Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritim berlaku sejak abad ke-5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke-2 M.

Ekonomi Kerajaan Awal Asia Tenggara

Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal Asia Tenggara
– Kerajaan Agraria: berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut

– Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar). Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi kerajaan Taruma (Indonesia)

– Kerajaan Maritim: berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).

– Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan

Kegiatan Ekonomi Kerajaan Agraria
a) Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup
b) Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air
c) Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
d) Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah-buahan
e) Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam
f) Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan
g) Menangkap ikan di sawah, sungai, paya
h) Kura-kura mendapatkan kulitnya
i) Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam
j) Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim
k) Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor

Kegiatan Pertanian Kerajaan Agraria Angkor
a) Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan penduduk Angkor
b) Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah
c) Tasik ini turut mengairi sawah padi
d) Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar
e) Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman

Kegiatan Ekonomi Kerajaan Maritim
a) Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan
b) Peringakat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut
c) Kemudian menjadi perkampungan nelayan
d) Ada yang berkembanga menjadi pengeluar emas, bijih timah
e) Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang (Selangor), Kuala Selinsing (Perak).

f) Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan – emas, timah, rotan, damar, hasil laut
h) Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka
i) Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan Barat.
j) Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan antara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang kedua-dua negara ke situ.
k) Bekalan pelabuhan etrepot seperti emas, timah, hasil hutan dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya
l) Emas menajadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas – orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.

m) Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
n) Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya
o) Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat) dan kapal layar (jarah jauh).
p) Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit

Ciri-Ciri Kerajaan Maritim Srivijaya
a) Terletak di Sg Musi dan Batang Hari
b) Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka
c) Kapal dangan dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di Selat Melaka
d) Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya
e) Menurut I Tsing Srivijaya mampu menghasilkan kapal besar.

Ciri-Ciri Kerajaan Kedah Tua/Chieh-Cha/Kataha
a) Terletak di Sg Mas (pada abad ke-5 hingga 1 – menganut agama Buddha) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke-11 hingga 13 – menganut agama Hindu)
b) Buktinya ialah jumpaan candi berundu Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha
c) Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar
d) Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini
e) Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya
f) Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang seperti damar, rotan, timah
h) Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar

Konsep Saling Bergantung Dan Melengkapi Antara Kerajaan Agraria Dan Maritim
– Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan Maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah China/India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.

– Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran
– Kerajaan maritim mebina kapal dengan mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan Pegu)
– Gajah yang menjadi kenderaan raja maritim juga didapati daripada kerajaan agraria di Siam

Pengaruh Agama Hindu/Buddha Dalam Kerajaan Awal

Proses Permulaan Kedatangan Pengaruh Hindu/Buddha
a) Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan
b) Peranan pedagang atau Vaisya
c) Peranan Brahmin atau pendeta

d) Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua (Buddha) Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu Mazhab Vishnu).

e) Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.

Pengaruh Hindu/Buddha Dalam Sistem Pemerintahan
a) Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali)

b) Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang-undang, menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah

c) Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempunyai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya

d) Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah

e) Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta)

Pengaruh Hindu/Buddha Dalam Pemerintahan Angkor
a) Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II
b) Raja dianggap raja dewa
c) Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah
d) Brahmin pula berperanan dalam upacara agama
e) Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim

Pengaruh Hindu/Buddha Dalam Pemerintahan Srivijaya
a) Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana
b) Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah
c) Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yubaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik
d) Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan penghulu

e) Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali
f) Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik Raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
g) Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ

Pengaruh Hindu/Buddha Dalam Kesenian Monumen
a) Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung

b) Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan raja

c) Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos
d) Rumah ibadat di Thailand, Kemobja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebeut candi
e) Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha
f) Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga
g) Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara
h) Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta

Pengaruh Hindu Dalam Kesenian Angkor Wat
a) Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu
b) Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
c) Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata

Pengaruh Buddha Dalam Kesenian Borobudur
a) Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana
b) Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap tingkat diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha
c) Di tingkat pertama diukur cerita Gautama Buddha

Pengaruh Hindu/Buddha Dalam Kesenian Candi Lembah Bujang
a) Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang
b) Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana (bahagian suci tempat arca keagamaan) dan Mandapa (bahagian luar).
c) Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform

Pengaruh Bahasa Sanskrit
a) Bidang intelektual – batu bersurat tulisan sankrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan, raja. Contohnya di Kutei tentang keturunan raja, di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha
b) Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu yang tinggi – penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sankrit
c) Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab-kitab keagamaan dan bahasa
d) Bahasa samkrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka (derhaka)
e) Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, Tamil.
f) Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara

Pengaruh Hindu/Buddha Dalam Kesusasteraan
a) Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara)
b) Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma
c) Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit
d) Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya
e) Karya Ramayana pula melahirkan HikayatSeri Rama.

Kuiz Sejarah Bab 3: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 3:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Bab 2 Peningkatan Tamadun

Latar Belakang Tamadun
Peningkatan Tamadun
– Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar
– Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding sebelumnya
– Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi

Tamadun Yunani
– Letakan: di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen
– Bermula dengan negara kota (polis): hasil gabungan beberapa bandar dan kampung
– Setiap negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian
– Dalam kota pula terdapat pasar kubu kuil dan istana
– Contoh negara kota terkenal ialah Athens dan Sparta yang terletak berhampiran Laut Mediterranean
– Setiap negara kota mempunyai pemerintahan dan undang-undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan
– Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara negara kota

Tamadun Rom
– Letakan: di Bukit Palatine berhampiran Sg. Tiber di lembah Latium yang di diami oleh masyarakat latin
– Ia berkembang ketika diperintah oleh Romulus
– Kemudian wujud majlis perbandaran di setiap bandar yang mentadbir tanpa gangguan pentadbiran pusat di Rom
– Bandarnya lengkap dengan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat forum, rumah mandi awam dan istana.
– Contohnya Bandar Pompei lengkap dengan pejabat, dewan, perpustakaan mahkamah, pintu gerbang, Colloseum, paip bawah tanah, saliran, terusan, industri dan pengangkutan
– Penduduknya seramai 50 ribu orang pada tahun 80 M.

Tamadun India
– Kedatangan orang Aryan membentuk zaman Vedik sempena kelahiran kitab-kitab Veda
– Agama Hindu lahir pada zaman Vedik ini
– Kemudian tamadun ini berpindah ke Lembah Ganges
– Pada masa ini, pemerintah ialah golongan raja
– Dua bentuk kerajaan terbentuk: janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar)
– Chandragupta Maurya kemudiannya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil, maka muncullah empayar pertama di India di bawah Dinasti Maurya (menyatukan utara India)
– Kemuncak kegemilangan dinasti ini ketika di zaman Asoka

Tamadun China
– Letakan: di Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China
– Empayar pertama ialah Dinasti Chin
– Maharaja Shih Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam
– Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat

Pemerintahan Dan Pentadbiran

Tamadun Yunani
– Bentuknya berubah-ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi

– Di Athens: mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya

– Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot: raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah, sistem ini dinamakan oligraki.

– Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi

– Kemudian berlaku rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati maka muncul sistem ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera

– Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristokrat maka muncullah demokrasi

– Sistem demokrasi di Athens terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewa Perhimpunan selama 6 hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga-tiganya

– Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi

– Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotik.

Tamadun Rom
– Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan)

– Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan

– Kemudian dibentuk sistem Republik: dua konsul dilantik oleh Dewan Semat supaya tiada yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik dikalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan (semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan

– Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar: berlaku selepas perluasan kuasa ke Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan Senat

– Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah

Tamadun India
– 2 bentuk kerajaan: kerajaan kecil (kepuakan/tiada raja) dan kerajaan besar (diketuai raja seperti kerajaan Kashi, Kosala).

– Raja berkuasa mutlak diperkukuhkan dengan kepercayaan raja suci dan harus dihormati. Brahim menjadi penasihat raja dan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi

– Pemerintahan empayar: Raja Maurya menjadi maharaja. Empayar ini meliputi dari Teluk Benggala ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya ialah Pataliputra

– Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka telah menamatkan perang Kalinga, membentuk kedaiaman menakluk melalui penyebaran agama Buddha dan membentuk birokrasi pentadbiran

Tamadun China
– Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin

– Konsep raga menjadi maharaja

– Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti.

Perundangan

Tamadun Yunani
– Dewan perhimpunan menggubal undang-undang
– Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah
– Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang-undang

Tamadun Rom
– Dharma Sastra ialah kitab undang-undang Hindu tertua
– Raja memelihara kesucian undang-undang
– Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan
– Brahmin dominan dalam hal undang-undang kerana mereka mahir berkaitan hal keagamaan
– Ketika Dinasti Maurya undang-undang disampaikan sebagai titah perintah diraja yang diukir pada tiang Asoka yang berpegang kepada kesejahteraan rakyat

Tamadun China
– 2 prinsip utama: hukuman berat dan bercorak kolektif
– undang-undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan oleh Han Fei Tzu yang menyatakan undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia
– Undang-undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara
– Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian

Perluasan Kuasa

Tamadun Yunani
– Philip II: menyatukan Macedonia dan Yunani
– Alexander The Great: menguasai Parsi, Mersi, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean
– Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi dan budaya timur yang lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch
– Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom

Tamadun Rom
– Augustus Caesar: mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin

Tamadun India
– Changragupta Maurya mempunyai tentera yang besar untuk menguasai India Utara, Punjabi dan sempadan India Barat.
– Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India
– Asoka lebih lembut dan menekankan agama Budha
– Ketika Asoka seluruh India berjaya ditakluk hasil kemenangan dalam Perang Kalinga

Tamadun China
– Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
– Beliau memerintah secara automatik (tegas dan mutlak)
– Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah
– Beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar
– Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China diwujudkan

Peningkatan Ekonomi

Tamadun Yunani
– semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung-ganang tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria

– Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian, maka mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dari Laut Hitam
– Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur
– Cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandra pada zaman Gracco Rom

Tamadun India
– Perdangangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan Kalinga barangnya seperti senjata, emas, gading gajah

– Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara pelabuhan terlibat, Tamralipti, Cambay

– Wujud persatuan perdagangan (sresthin) di setiap Bandar seperti Persatuan Tukang Kayu, Tukang Logam

– Matlamat persatuan ini, mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja persatuan ini dikawal oleh raja

– Mata wang emas digunakan ketika zaman Gupta
– Perusahaan utama: sutera (di Bengal), kain kapas, emas
– Cukai hasil perdagangan buah-buahan dan pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan raja
– Zaman Gupta: memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar dari China

Tamadun China
– Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah, tanaman bergilir, teres bukit dan terusan

– Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat

– Mula-mula melaui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang)

– Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdangangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.

Pendidikan

Tamadun Yunani
– Di Athens: pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis

– Di Sparta: pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dari setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan)

– Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti Herodotus, pemikir sains seperti Thalse, Anaxagoras

– Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika pericles

Tamadun Rom
– Mereka menyerap unsur Yunani pada peringkat awal
– Pendidikan mementingkan aplikasi pratikal ilmu: contohnya membina infrastruktur dan kemudahan awam
– Pendidikan ini melahirkan jurutera pengairan, bangunan

Tamadun India
– Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang mementingkan agama Hindu yang mendominasi oleh kaum lelaki
– Mereka menggunakan kitab veda dalam bahasa Sanskrit
– Kaedah yang digunakan ialah agama (persediaan selepas mati)
– Pendidikan awal terdapat di Istana dan rumah
– Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, Universiti agama Buddha di Nalanda
– Untuk menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang mengandungi peraturan ritual, mentera dan lagu-lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah
– Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan kerajaan

Tamadun China
– Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
– Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi
– Peringkat rendah: mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci
– Peringakat menengah menumpukan karangan dan sastera
– Peringkat tinggi: menterjemahkan buku suci
– Peperiksaan awam 3 tahap Hsiu Tai (Ijazah pertama), Chun Jen (sarjana) dan Chin Shih (doktor falsafah).
– Peluang kerjaya: menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik
– Waktu peperiksaan: tahap 1 (3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun 1 kali)

Falsafah

Tamadun Yunani
– Ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle, Plato
– Isu utama: nilai individualisme, kehidupan manusia, demokrasi
– Herodotus ialah bapa sejarah, karyanya ialah History Of Persian War?
– Thucydidies seorang pengasas sejarah saintifik, karyanya ialah History of The Peloponnesia War?

Tamadun Rom
– Mengambil falsafah Yunani contohnya falsafah Rom (stoisisme) diasaskan oleh Zeno (ahli Yunani)
– Falsah ini mengajar kebahagian dan nasib manusia bergantung kepada alam, penekanan kepada keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusian

Tamadun India
– Falsafah terawal di dunia direkod ialah falsafah India
– Falsafah mereka bersumberkan kitab Veda seperti Rig Veda, Yajur Veda, Upanishad
– Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran seperti Carvaka Buddhisme.

Tamadun China
– Falsafah China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama Confucianisme, Taoisme, Mo Tzu tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme
– Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar
– Falsafah Legalisme pula berasaskan fahaman hanya undang-undang akan memberi nilai baik.

Sains Dan Teknologi

Tamadun Yunani
– Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba
Pythagoras: memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon
Hippocrates: Bapa Perubatan
Archimedes: ahli matematik dan fizik, teorinya ialah isipadu air dan graviti
Ptolemy: ahli astronomi Yunani
– Sistem angka Yunani ialah heodianic dan ionic

Tamadun Rom
Boethius: mendapat pengaruh matematik Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri, astronomi
– Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar): memajukan perdagangan dengan Yunani, India dan China

Tamadun India
– Ilmu astronomi diambil daripada kitab Rig Veda
– Ilmu matematik India seperti konsep geometri, angka Brahmin, angka Kharosti
– Ilmu perubatan: berkaitan dengan fisiologi (yoga)

Tamadun China
– China menganggap astronomi ialah ilmu sains negara
– Ilmu perubatan: berkaitan konsep Yin Yang (kesimbangan membolehkan manusia sihat)

Seni Bina
Tamadun Yunani
– Aeropolis oleh Pericles atas tujuan keagamaan dan pusat kegiatan

Tamadun Rom
– Aqueduct bekalan air
– Colloseum pahlawan bertarung dan teater

Tamadun India
– Stupa Besar di Sanchi tujuan keagamaan
– Great Bath binaannya baik dan lengkap
– Kompleks kuil di Gua Ajantha dan Gua Ellora bercirikan agama Buddha/Hindu
– Menara pelbagai bentuk kon, kubah dan pagoda

Tamadun China
Tembok Besar China: kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
Bandar purba tembok batu: Changan, anyang, Peking
– Mereka turut menggunakan tanah liat, batu-bata, pintu gerbang, parit besar, menara
Kota Larangan: istana maharaja yang banyak dewan (balai penghadapan, tempat hukuman, kerajaan) dan tanam
Kuil dan Pagoda: tempat tinggal, ruang tamu, pemujaan

Bahasa Dan Kesusateraan

Tamadun Yunani
– Hesiod: penyair dan penulis puisi Theology dan Works dan Days
– Homer: mengahsilkan Lliad dan Odyssey
– Tulisan orang Phoenecia tersebar di Yunani (ditambah huruf vokal) kemudian ke Rom dan Asia Tenggara (huruf rumi)

Tamadun Rom
– Penulis dan penyajak patriotisme: Cicero dan Virgil

Tamadun India
– Masyarakat Dravidia: bahasa Telegu, Malayalam
– Masyarakat Indon: Arya bahasa Sanskrit yang melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi
– Sastera India terbahagi 3: Vedik, epik dan sajak
– Epik Mahabharata dan Ramayana: mengenai tentera baik dan tentera jahat

Tamadun China
– Wujud dialek: Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis
– Ssu: ma Chien mencipta karya sastera prosa, Shih Chi
– Tokoh puisi: Tu Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang)
– Ketika Dinasti Han: pelajar perlu mampu bersajak

Sistem Sosial

Tamadun Yunani
– Di Athens terbahagi 3 kumpulan: warganegara (ada hak politk), bukan warganegara dan hamba (tiada hak politik)

– Di Sparta 3 kelas: warganegara tulen, pekerja/artisan/pedagang, helot (penguasaha tanah/majoriti)

Tamadun Rom
– Terbahagi 3: warganegara (orang Rom). bukan warganegara (penduduk taklukan) dan hamba

Tamadun India
– Sistem 4 kasta utama: Brahmin, Ksyatria. Vaisya, Sudra
– Perkahwinan lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbezs tidak dibenarkan

Tamadun China
– Terbahagi 3 kelas utama: Atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya; bangsawan dan sida-sida), rakyat bawahan (petani,artisan) dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 ialah kumpulan sokongan

– Confiusius membahagikan 4 kelas: teratas (sarjana/pegawai), ke-2 (petani), ke-3 (tukang), terbawah (pedagang).

– Setiap individu boleh bertukar kelas

Sumbangan Tamadun Kepada Dunia Hari Ini
Tamadun Yunani
– Demokrasi: rakyat terlibat secara langsung
– Kesan Di Malaysia: demokrasi berparlimen
– Aristotle, Socrates, Plato menjadi rujukan falsafah moden
– Karya lliad masih dirujuk
– Teknologi matematik dan sains masih diterima pakai

Tamadun Rom
– Republik: sistem 2 konsul
– Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan: mempunyai unsure demokrasi memilih president
– Aqueduct, Collosium menjadi sumber pelancongan
– Bahasa Latin digunakan agama Kristian
– Sukan Olimpik terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini

Tamadun India
– Agama Buddha dan Hindu hingga kini
– Stupa, candi dan pagoda menjadi sumber pelancongan
– Bahasa Sanskrit digunakan agama Hindu/Buddha
– Karya Ramayana Mahabharata masih dirujuk

Tamadun China
– Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini
– Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan
– Mewariskan teknologi kertas dan tembikar
– Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuai

Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia
Agama Hindu
– Perkataan Hindu mulanya merujuk penduduk di Sg Sindhu (Indus)

– Kemunculan agama ini tidak dapat dikenalpasti. Dikatakan muncul ketika tamadun Indus dan kian jelas pada zaman Vedik dengan adanya kitab Veda (pegangan Hindu)

– Percaya tuhan 3 fungsi: Brahman (mencipta), Vishnu (memelihara) dan Siva (membinasa).

– 6 aliran agama ini ialah Savisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura

– Hindu didominasi golongan Brahmin

– Zaman Gupta ialah zaman kegemilangan Hindu, zaman Maurya dan Asoka pula Buddha menjadi saingan Hindu

– Hukum Karma: berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati, kelahiran ini bergantung Karma (kelakuan baik/buruk ketika hidup).

– Tujuan hidup untuk mencapai Moksya (kebebasan mutlak), sesiapa mencapai Moksya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir ke dunia

– Syarat mencapai Moksya perlu berbuat baik semasa hidup.

Agama Buddha
– Diasaskan oleh Siddharta Gautama (dikenali Buddha)

– Kemunculannya kesan penentangan golongan Ksyatria terhadap Brahmin dalam hal agama

– Sistem kasta yang ketat menyebabkan Gautama mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok bodhi di Uruveda. Kebenaran yang di temuinya dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengasaraan.

– Asas ajarannya ialah 4 kebenaran mulia (kesengsaraan dan kepahitan hidup adalah lumrah, kesengsaraan berpunca daripada nafsu memperoleh kekayaan, cara mengelak kesengsaraan dengan mengatasi nafsu, cara menamatkan kesengsaraan dengan “Jalan Lapan Lapis Mulia”).

– 4 kebenaran dapat dicapai melalui 8 jalan, antaranya pengetahuan yang baik, membuat amalan suci seperti bersedekah

– Kegemilangan agama ini ketika zaman Asoka, ia menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan berkembang ke Tibet, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China

– Agama ini menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka.

Agama Kristian
– Diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerusalem

– 25 Disember tarikh lahir Jesus (Hari Natal)

– 2 kitab suci (Old Testament dan New Testament) dikenali sebagai Bible.

– Pada mulanya, agama ini mendapat tentangan orang Eropah termasuk pemerintah Rom. Sebelum kedatangan Kristian orang Eropah majoritinya adalah pagan (tiada agama)

– Kristian diterima pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine. Beliau mengecualikan kerja berat kepada mereka yang menjalankan aktiviti agama ini.

– Hari Ahad dikhaskan kepada aktiviti agama

– Agama ini terus berkembang dari Zaman Rom dikenali Empayar Kristian, kejatuhan Rom tidak meruntuhkan Kristian malah terus kukuh ketika Zaman Pertengahan.

Agama Islam
– Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril di Gua Hira

– Islam ditentang oleh kaum Quraisy Makkah dan nabi pun berhijrah ke Madinah. Islam bertapak kuat bermula di sini

– 2 teras agama ini ialah akidah (keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah) dan syariah (undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan as-sunnah).

Confucianisme
– Diasaskan oleh Confucius yang lahir di Lu

– Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu, tetapi meletakkan jawatan mengembara menyebar idea kepada orang China

– Beliau di sembah sebagai salah satu dewa orang China

– Ajarannya menekankan prinsip moral tinggi yang didapati daripada pendidikan seperti perimanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat ibubapa (xiao)

Taoisme
– Pengasasnya Lao Tze yang lahir di Chu

– Bekerja di Chou kemudian mengembara menyebar idea

– Bukunya Tao Te Ching: mengandungi falsafah Taoisme

– Ajarannya seperti konsep Tao (jalan): setiap tindakan ditentukan oleh Tao, maka manusia tidak boleh bertindak terhadap apa-apa yang berlaku pada alam (wu-wei), jika bertindak manusia akan merosakkan dunia.

Kuiz Sejarah Bab 2: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Sejarah Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia

A) Zaman Prasejarah
– Zaman ini manusia belum mengenali tulisan
– Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi
– 4 tahap zaman ini ialah Paleotik, Mesolitik, Neolitik dan Logam

Ciri-ciri Zaman Paleolitik Dan Mesolitik
i) Hidup secara nomad – berpindah randah
ii) Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua
iii) Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan
iv) Menyara hidup – menangkap ikan, memburu binatang, memungut hasil hutan
v) Alat-alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni

Ciri-ciri Zaman Neolitik
i) Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang
ii) Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang
iii) Mempunyai bahan tembikar
iv) Alat-alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi
v) Mula mewujudkan pengkhususan kerja
vi) Hasil artifak mereka lebih baik
vii) Pada akhir zaman ini, mula melebur logam
viii) Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan

Ciri-ciri Zaman Logam
i) Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi
ii) Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah
iii) Mereka mula meneroka laut
iv) Mereka menjalankan perdagangan maritim
v) Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar
vi) Mereka mula membina kota pertahanan
vii) Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan

B) Tamadun Manusia

Makna Tamadun
– Tamadun bererti peradaban
– Perkataan Tamadun daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
Civilization daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar
– Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang-undang dan pembandaraan
– Orang barat menolak kemajuan rohaniah
– Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
– Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan

Ciri-Ciri Tamadun
i) Pembentukan Tamadun
– Hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia

ii) Petempatan kekal
– Corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk

iii) Kehidupan berorganisasi
– Merangkumi sosial, ekonomi dan politik.
– Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai.

Sistem sosial berbentuk piramid
a) Atas Sekali
– Bangsawan diketuali oleh raja
b) Kedua
– Pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir, ilmuan, pakar seni
c) Ketiga
– Rakyat biasa seperti petani dan pedagang
d) Bawah Sekali
– Hamba

iv) Sistem pemerintahan
– Untuk menjalankan pentadbiran.
– Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran

v) Pengkhususan pekerjaan
– Berlaku kesan kestabilan politik.
– Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu
– Kemudian berlaku sistem barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi budaya dan hubungan dengan tamadun luar

vi) Agama dan Kepercayaan
– Manusia mula dengan kepercayaan Animisme
– Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari
– Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme)

vii) Bahasa dan Tulisan
– Bahasa terawal seperti hieroglif, cuneiform dan ideogram
– Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea dan pemikiran.

Proses Pembentukan Tamadun Berlaku
– Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling
– Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan
– Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg Hwang Ho.

C) Tamadun Mesopotamia

Lokasi Tamadun Mesopotamia
– Tamadun paling awal
– Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai
– Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi
– Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Parsi di selatan

Sejarah Tamadun Mesopatamia Berlaku
– Bermula daripada zaman Neolitik
– Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria, Chaldea dan Parsi
– Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia

Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamia
– Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad
– Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer
– Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik
– Kemudian orang Sumeria berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan
– Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia
i) Negara Kota
Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang
Dalam Kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebah
Pusat Kota – rumah ibadat
Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai
Hubungan luar – melalui jalan laut, Bandar dan negara kota

ii) Organisasi Sosial
– Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat
– Pemerintah terdiri dari raja, ketua pendeta, ketua tentera dan bangsawan
– Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas dan hamba

iii) Sistem Pemerintahan
Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan, wakil tuhan dan pemilik negara kota
– Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja, kecuali Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agun bergelar ” Raja Empat Penjuru Alam
– Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta
– Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat
– Zigurat ialah pusat ibadat, perdagangan dan menyimpan khazanah negara
– Raja turut dalam soal tanah, cukai, pertanian dan perniagaan
– Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga

iv) Pengkhususan Kerja
– Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian
– Maka ada petani bertukar kerja menjadi peniaga, pedagang
– Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus
– Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah
– Maka logam, kayu-kayan, meas dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka
– Terdapat juga pengusaha tekstil, tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk
– Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh.

v) Sistem Tulisan
– Ia bermula dalam bentuk gambar
– Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas
– Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform


Sumbangan Tamadun Mesopotamia
i) Kod undang-undang Hammurabi:
– Ia digubal oleh Raja Hammurabi pemerintah Babylon
– Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
– Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat
– Ia dipahat pada tembok dan tiang besar
– Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia
– Undang-undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan

ii) Hasil Tulisan
– Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit, nota dan surat kredit
– Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

iii) Ilmu Pengetahuan
– Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan, bintang, matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi
– Ilmu astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut
– kalendar mereka berasaskan sistem solar (12 bulan 1 tahun)
– Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba. Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan

iv) Pengangkutan
– Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir
– Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean

v) Seni Bina
– Mereka membuat batu-bata dari tanah liat
– Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes
– Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat

vi) Empayar Pertama Dunia
– Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia) yang menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria
– Beliau juga membentuk masyarakat berestika

vii) Perpustakaan Diraja
– Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh

D) Tamadun Mesir Purba

Lokasi Tamadun Mesir Purba
– Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean
– Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil Putih dari Uganda
– Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan

Sejarah Tamadun Mesir Purba Berlaku
– Bermula daripada zaman Neolitik
– Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal
– Tamadun terbahagi 4 zaman iaitu zaman awal, pertengahan, empayar dan keruntuhan
– Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom

Proses Pembentukan Tamadun Mesir Purba
– Lembah Nil mulanya di diami oleh manusia zaman Gangsa
– Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan
– Ia membantu menyauburkan tanah pertanian dan pertempatan
– Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah
– Akhirnya daerah-daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir

Ciri-Ciri Tamadun Mesir Puraba
i) Pusat Pentadbiran Firaun
– Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis
– Kemudian berpindah ke Bandar Memphis, Thebes, Heliopolis, Fayoum dan Abydos
– Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun, pusat pentadbiran, pelabuhan dan keagamaan

ii) Organisasi Masyarakat
– Firaun (atas sekali) – raja berkuasa mutlak, dianggap sesuci, diwarisi turun-temurun. Antara gelaran Firaun Tuhan Horus, Raja Matahari, (dipercayai anak tuhan Matahari iaitu Amon Ra), Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan
– Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis
– Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan
– Hamba (bawah sekali)

iii) Sistem Pemerintahan
– Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengagih dan mengurus hasil makanan
– Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditaluki.
– Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan
– Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan)
– Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan
– Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan hingga ke Syria.

iv) Pengkhususan Kerja
– Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia
– Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
– Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.

v) Konsep Politeisme Dalam Agama
– Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Ra (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit)
– Mereka percaya hidup selepas mati – mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat.

vi) Sistem Tulisan
– Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif
– Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
– Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.

vii) Sumbangan Tamadun Mesir Purba
a) Seni Bina
– Seni bina piramid hasil ilham imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang dan penasihat firaun)
– Imhotep membina bangunan menggunakan batu-bata

b) Kertas
– Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus
– Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu-bata

c) Tulisan
– Tulisan hieroglif terpahat pada makanan dan batu
– Tulisannya amat halus, cantik dan seni

d) Pendidikan
– Untuk kanak-kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah
– Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan
– Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih

e) Ilmu Perubatan
– Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat
– Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir
– Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan

f) Ilmu Matematik
– Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg Nil, bangunan dan piramid
– Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir
– Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan
– Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun.

E) Tamadun Indus

Lokasi Tamadun Indus
– Tamadun terawal di India terletak di Sg Lembah Indus (barat laut India)
– Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab
– Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa
– Ia di kelilingi Bandaran Makran, Pergunungan Baluchisan, Punjab dan Rajasthan (timur), serta Kathiawar dan Gujerat (tengara)

Sejarah Tamadun Indus Berlaku
– Muncul 2500 S.M dan merosot 1800 S.M
– Kemerosotannya disebabkan serangan orang Aryan, banjir, kemarau dan gempa bumi

Proses Pembentukan Tamadun Indus
– Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan
– Kemudian wujud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus
– Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo-Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor

Ciri-Ciri Tamadun Indus
i) Bandar Terancang
– Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimbah kawasan pertanian
– Bahagian kedua – kawasan perumahan
– Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
– Bandar di sini berasaskan blok-blok segi empat yang dipisahkan antara blok oelh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
– Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan
– Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan

ii) Organisasi Sosial
– Terbahagi 2 golongan, atasan dan bawahan
– Golongan atasan ialah pendeta, pedagang
– Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya
– Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini
– Golongan bawahan ialah petani dan buruh
– Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa
– Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan

iii) Pengkhususan Pekerjaan
– Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan pertanian, pertukangan dan pembuatan
– Perdagangan luar sehingga ke Mosopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia
– Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian
– Pertani menanam barli dan kacang
– Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar

iv) Amalan Agama
– Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu
– Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotami, Syria, Palestin

v) Sistem Tulisan
– Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan

Sumbangan Tamadun Indus
i) Perancangan Bandar
– Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar
– Merancang bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan
– Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu-bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi

ii) Sifat Keterbukaan
– Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba
– Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan

F) Tamadun Hwang Ho

Lokasi Tamadun Hwang Ho
– Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China – dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur)
– Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung-ganang dan padang pasir

Sejarah Tamadun Hwang Ho Berlaku
– Bermula pada zaman paleolitik (perjumpaan Peking Men)
– Kemudian zaman Neolitik – bertani dan menternak
– Seterusnya Dinasti Hsia (Dinasti pertama/belum dipastikan)
– Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan

Proses Pembetukan Tamadun Hwang Ho
– Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini
– Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho
– Mereka bertani, menternak dan berburu
– Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg Huan
– Ketika dinasti Shang berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho
– Ketika Dinasti Chao meluas ke selatan Sg Yangtze

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
i) Negara Kota
– Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg Huan
– Di sini terdapat Istana, kuil dan pusat pentadbiran
– Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di Bandar ini
– Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan petani

ii) Organisasi Sosial
– Lapisan atas – raja (teraju dan pembesar
– Lapisan bawah – petani (luar Bandar disekeliling kota) dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan)
– Lapisan paling bawah – Hamba

iii) Pengkhususan Pekerjaan
– Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki
– Petani memenuhi keperluan golongan atasan
– Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar
– Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan

iv) Sistem pemerintahan Dinasi Shang
– Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja
– Raja berkuasa di pusat pentadbiran
– Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik
– Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
– Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang-undang
– Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao

v) Sistem pemerintahan Dinasti Chao
– Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
– Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan
– Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
– Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang
– Pembesar ini juga menjadi ketua agama

vi) Keagamaan
– Mereka mengamalkan kepercayaan animisme politeisme
– Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung
– Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh
– Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan
– Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh tditafsir olehnya

vii) Sistem Tulisan
– Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol)
– Pada mulanya tulisan ini berbentukl gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini

Sumbangan Tamadun Hwang Ho
i) Pemerintahan Monarki
– Sistem ini berterusan hinggan Dinasti Ching
– Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja
– Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga

ii) Kemajuan Pertanian
– Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti
– Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta
– Petani telah mula menggunakan batas tanaman
– Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi

iii) Kemajuan Tulisan
– Tulisan meluas dalam bidang penulisan dan pencetakan
– Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun

iv) Kepercayaan
– Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan
– Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar) juga masih diamalkan hingga kini

v) Sistem Kalendar
– Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun
– Raja menentukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar
– Kalendar penting untuk menentukan tarikh perkahwinan memburu dan pengkebumian

vi) Falsafah Perang Sun Tzu
– Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh
– Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

Kuiz Sejarah Bab 1: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 1:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 12

Sains Tahun 6 Bab 12 Mesin

Mesin Ringkas
– mesin ringkas ialah alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan mudah dan cepat

Jenis Mesin
i) Roda dan Gandar
ii) Satah condong
iii) Baji
iv) Gear
v) Skru
vi) Takal
vii) Tuas

a) Satah Condong
snthn6b12 1
– terdiri daripada satu permukaan yang disendengkan dengan kedua-dua hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza
– digunakan untuk memudahkan kita bergerak atau menggerakkan beban dari satu aras ke aras yang lebih tinggi

b) Skru
snthn6b12 2
– terdiri daripada satah condong yang berlingkar yang dinamakan bebenang
– digunakan untuk menyatukan dan mengetatkan dua kepingan objek yang bergabung

c) Tuas
snthn6b12 3
– mesin ringkas yang terdiri daripada satu rod yang bergerak pada satu titik tetap yang dinamakan fulkrum
– tuas mempunyai 3 bahagian iaitu beban, daya dan fulkrum

i) Tuas Kelas Pertama
snthn6b12 4
– pada tuas kelas pertama fulkrum berada di tengah-tengah.
beban berada pada satu hujung dan daya di hujung yang satu lagi

ii) Tuas Kelas Kedua
snthn6b12 5
– tuas kelas kedua ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya menentang, beban berada di tengah-tengah dan daya berada pada hujung yang satu lagi

iii) Tuas Kelas Ketiga
snthn6b12 6
– tuas kelas ketiga ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya berada di tengah-tengah dan daya menentang, beban berada pada hujung yang satu lagi

d) Takal
snthn6b12 7
– takal terdiri daripada sebuah roda beralur yang boleh bergerak bebas.
– seutas tali atau rantai dialukan pada alur itu
– takal digunakan untuk mengangkat, menurun atau menarik beban

e) Roda dan Gandar
snthn6b12 8
– roda dan gandar terdiri daripada roda yang dipasang pada satu rod yang dinamakan gandsr
– roda dan gandar yang digunakan untuk menggerakkan atau memutarkan objek

f) Baji
snthn6b12 9
– baji terdiri daripada satu atau dua satah condong yang membentuk hujung yang tajam
– baji digunakan untuk memotong atau memisah objek

g) Gear
snthn6b12 10
– gear terdiri daripada roda atau silinder bergigi
– apabila gua gera bersentuhan, pergerakan satu gear akan memutarkan satu lagi gear supaya bergerak

Mesin Kompleks
– gabungan dua atau lebih mesin ringkas yang berfungsi bersama membentuk mesin bergabung atau mesin kompleks.

i) Basikal
snthn6b12 11
– terdiri daripada mesin ringkas roda dan gandar, gear, tuas dan skru

ii) Kereta Sorong
snthn6b12 12
– terdiri daripada mesing ringkas roda dan gandar, tuas dan satah condong

iii) Gunting
snthn6b12 13
– teridiri daripada mesin ringkas baji dan tuas

iv) Joran Pancing
snthn6b12 14
– terdiri daripada mesin ringkas tuas dan roda dan gandar

v) Pemukul Telur
snthn6b12 15
– terdiri daripada mesin ringkas roda dan gandar, tuas dan gear

vi) Pengasah pensil
snthn6b12 16
– terdiri daripada mesin ringkas baji dan roda dan gandar

Kuiz Sains Bab 12: Klik Sini
Sains Tahun 6 Bab 12:
Nota Sains: Tahun 6

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 12

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 11

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 10

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 9

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 8

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 7

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 6

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 5

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 4

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 3

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 2

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Categories
Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 11

Sains Tahun 6 Bab 11 Buruj

Buruj
snthn6b11 1
– Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk suatu corak di langit
– terdapat 88 buruj yang ditetapkan secara rasmi oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IUA)
– terdapat 4 buruj yang perlu diketahui dan mudah dilihat

– kegunaan buruj adalah sebagai petunjuk arah kepada pengembara dan pedagang dalam sesuatu perjalanan atau pelayaran serta sebagai petunjuk musim kepada petani di kawasan 4 musim sebagai petunjuk musim menanam dan musim menuai

– kedudukan Malysia terletak di garisan Khatulistiwa membolehkan kita melihat buruj-buruj di hemisfera utara dan hemisfera selatan

Kenali Buruj
i) Buruj Belantik
snthn6b1 2
– ialah salah satu buruj yang paling menonjol di langit
– berbentuk seorang pemburu memakai tali pinggang yang tergantung sebilah pedang
– muncul pada waktu malam di antara hemisfera utara dan selatan

ii) Buruj Pari
snthn6b1 3
– buruj yang paling kecil dan muncul di hemisfera selatan pada waktu malam
– terdiri daripada 4 bintang berbentuk seperti layang-layang
– menunjukkan arah selatan

iii) Buruj Scorpio
snthn6b1 4
– berbentuk kala jengking
– muncul pada Jun – Ogos
– muncul di langit pada waktu malam di hemisfera utara dan selatan

iv) Buruj Biduk
snthn6b1 5
– berbentuk sudip
– muncul pada bulan April – Jun
– menunjukkan arah utara

Kuiz Sains Bab 11: Klik Sini
Sains Tahun 6 Bab 11:
Nota Sains: Tahun 6

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 12

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 11

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 10

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 9

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 8

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 7

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 6

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 5

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 4

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 3

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 2

Sains Tahun 6

Sains Tahun 6 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah